KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, August 6, 2011

Peminangan Pendahuluan Pernikahan

Salam Ramadhan ke-6 !!! =)

Definisi peminangan : proses menyatakan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap satu ikatan apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.

" Peminangan yang lebih berkat kepada seorang gadis adalah sebagaimana yang mengikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali yang bermaksud, menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali " - petikan SOLUSI edisi khas isu 34

Pernah baca tak yang ada satu nota dalam facebook tu.. aku pun lupa dah link dia kat mana dan aku pun lupa dah sape yang men'tag' aku hari tu.. lepas aku baca, aku terus me'remove' tag itu..muahahaha... yang aku ingat, dalam nota tu ada tertaip yang 'Apabila seorang lelaki menyatakan hasrat untuk menjadi suami dan bernikah dengan seseorang perempuan itu, maka secara automatiknya mereka berdua sudah pun bertunang'

haa.. memandangkan hari ini hari aku memerapkan diri dalam rumah daripada sinaran UV yang semakin berbahaya.. aku nak kongsi sikit apa yang telah aku baca dalam solusi berkaitan dengan isu di atas. Menurut Fatimah Syarha Mohd. Noordin (lulusan UIA Fiqah dan Psikologi), Beliau menyatakan bahawa apabila seorang lelaki menyatakan hasrat, ini baru proses sebelah pihak atau disebut peminangan dan ianya belum lagi dikira bertunang kerana perlu melihat persetujuan pihak yang satu lagi pula. Adakah perempuan itu sebulat hati menerima ataupun berbelah bahagi? jika perempuan itu menerima, barulah dua pihak lelaki dan perempuan ini telah dikira berjanji untuk berkahwin atau disebut bertunang.

YES!!! bertunang sudah!!.... NAMUN? sedar tak yang kita ni ada keluarga? ada mak ayah, sedara mara.. kan bagus dan beradabnya jika bertunang melibatkan komitmen keluarga? malah kita sememangnya digalakkan menggunakan khidmat orang tengah dan memuliakan wali dalam urusan itu..

Bertunang nie tak susah mana pun.. yang susahnya, orang yang mengsusahkannya.. nak buat besar-besaranlah.. nak ajak 1001 manusia laa..nak ada 45 dulang la.. heloo.. bertunang jea pun... rilek laa..cukuplah sekadar beritahu sedara yang terdekat.. ada wali.. ada family kedua-dua belah pihak, lepas tu, minum kopi cecah biskut kering pun dah ok doe.. tak payah grand2..

Islam ni cukup mudah..dan cukup indah! keindahan Islam bukan sekadar pada hukum hakamnya ataupun syariah, malah terzahir juga melalui akidah dan akhlaknya. Akhlak Islam pula MEMULIAKAN ibu bapa sama ada mereka berlainan agama dengan kita, sama ada mereka berbuat baik atau tidak kepada kita, kita TETAP perlu berakhlak mulia terhadap mereka kerana ia perintah Allah...

Nasihat untuk diri sendiri dan kengkawan semua ( aku cilok dalam solusi jugak ni..muauaahahhaah XD)

Buat para remaja, muliakan ibu bapamu. raikan ibu bapa si dia. Dahulukan mereka dalam urusan peminangan dan pertunangan. InsyaAllah, urusanmu ini lebih berkat dan mengikat. Moga keberkatannya berpanjangan sepanjang alam perkahwinan pula. Ingatlah, sesungguhnya sukar mencari bahagia tanpa restu orang tua...

Sekian, dari Ustazah tak bertauliah kaki cilok..NinaAz.. =D

credit pictures to Mr. Google


Papai!!




No comments: