KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, August 18, 2011

STOP comparing yourself to others - Enjoy your LIFE

Assalamualaikum. Ramadhan ke-18

Ramai antara kita yang tidak tahu bahawasanya kaedah terapi 'suka membanding-bandingkan' adalah satu kaedah terapi yang sangat tidak bagus dan tidak dapat membantu kita agar tampak lebih muda dan bergaya.

Menurut kajian yang telah dijalankan secara peribadi, tanpa menggunakan alat-alat canggih masa kini, Membuat perbandingan antara satu sama lain akan membantu diri kita sendiri jika kita melihatnya secara positif dan bermoral serta bersivik<-- Tapi? adakah anda begitu? adakah saya pun begitu?? Tepuk dada tanya hati, biar otak ligat berfikir.. yea ke tak yea.. =)

"Biasalah, dia budak genius, bijak, pandai..bla..blaa.. Tapi aku apa ada? dah la bodoh, bengap, belajar hari ni, hari ni jugak lupa" <-- tentu korang pernah dengar Statement power macam ni kan? Aku punya telinga ni dah lali dah dengan ayat yang macam ni.

"Weh, cuba ko tengok kedai si Kayu tu, bukan main sesak orang berduyun-duyun. Kedai kita ni kosong jea, lalat jea selalu datang. Ini tak boleh jadi ni, Kena jumpa TOK DUKUN ni.. kasi jampi baik punya" <-- Hadeh, ni lagi satu statement yang tak masuk akal, kesian.. Bukan setakat hidup tak hepi, dosa lagi tuu...

"Abang, Ayam (ayang) nak sofa besar berkilat dari jauh nampak bersinar macam Kak Bunga tu. Belilah..belilah..Murah jea pun... 18 Juta jea..huhu..belilah" <-- Ha, yang ni memang jenis yang tak sedar diri. Kalau yea pun nak banding-bandingkan dengan orang, cermin dulu. Jiran sebelah tu Dato' kelas High class.. hang? apo ado?? tak dok gapo weh... hekhekhek

"Kenapa muka dia licin gebu gila tahap cipan, muka aku berkerutu macam kulit nangka? sob..sob..sedih" <-- See?? tak kea tetiba tak de mood nak hang out, tak de motivasi diri untuk berhadapan dengan orang? come on man, come on girl.

tuan-tuan dan puan-puan,

Sebenarnya sikap yang suka membanding-bandingkan atau membeza-bezakan banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Setuju? Yeah! Aku setuju 100%

Selalunya, banyak perbezaan yang salah yang selalu kita buat. Perbandingan yang kita buat tu kadang-kadang melemahkan lagi diri kita. Sampai ke sudah tak akan ada penamat kalau kita selalu dok tengok kehebatan orang dan kelemahan kita, kenapa dia, mengapa dia, kenapa aku, mengapa aku...bla..bla.. SO? mana FULLSTOPnya?

Apa yang TERBAIK?? [ Untuk diri sendiri dan my Silent readers dan bloggers sekalian alam]

Bisikkan dalam hati, tak pun Jerit kuat-kuat - STOP THAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cuba fikirkan apa yang kita ada, apa yang kita sayang, sape yang sayang kita dan yang terbaik, ALLAH selalu bersama kita. Baik buruk kita.. INILAH kita. terima seadanya.

RAIKAN DIRI KITA SENDIRI. tak semestinya nak raikan diri kena beli kek secret recipe, tiup lilin, phiuuuuhhhh. tak..tak.. Apabila kita dah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu, berjaya atau tidak, silalah lompat atau tepuk tangan atau ketawa sendiri atau senyum sendiri lagi bagus bila kita menyebut, Alhamdulillah. Senyum sendiri tidak bermakna syok sendiri, tapi untuk memotivasikan diri! =) (senyum! tak perlu kata apa-apa)

HIDUP bukan SATU PERTANDINGAN!. Tak payah laa,,bila jiran sebelah tukar BMW, hang pun nak BMW, Bila nampak orang pakai gelang sampai siku, ko pun nak pakai sampai ke bahu, bila orang buat majlis perkahwinan besar-besaran sampai berjuta-juta, kita pun nak lebih dari tu.. isk..isk..tak payah..tak payah.. Bersyukurlah apa yang ada.

Belajar untuk menghargai dan menyayangi!. "To love is to stop comparing" - Bernard Grasset

Kalau kita selalu nak apa yang orang lain ada, kita akan selalu rasa kita tak punya apa-apa. Tak cukup untuk diri kita. Kita akan rasa nak lagi..nak lagi..nak lagi.. Nak lagi boleh? Ketuk kepala sendiri.. Cara yang terbaik, belajar untuk menghargai, menyayangi dan cukuplah apa yang kita ada. [ Ayam, abang nak kawin lagi satu boleh - kita bakooo...kita bakooooooo]

Kita adalah kita, hanya kita yang berhak menjadi kita..hehehehe


ENJOY YOUR LIFE!!! YESSSSSSSSSSSSS.... WE CAN..

Papai!!









3 comments:

UyaRayza said...

nice info 4 sharing..thankz dear

~izan~ said...

btol tu dik. dgn pasangan pun mcm tu,kena terima seadanya..tak bley nk banding2..

mahal tu sofa 18juta hehe..ada berlian bagai tu hehe

NinaAz said...

yup! agree with you sis Izan =)