KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, July 24, 2011

Kracker Ubi Kentang yang HOT!!

Korang nak makan biskut sedap tak?? lagi satu minggu kita nak sambut Ramadhan ni.. Apa kata korang pergi cari stok biskut ni banyak2 untukl buat sahur.. hikhikhik..

Aku jarang sangat sahur dengan nasi.. Balik rumah kat kampung jea dapat merasa bersahur dengan nasi. Kalau di perantauan ni, biskut kering dengan roti jea la.. At least sahur....(padahal pemalas) =)

Ok, entri kali ni aku nak show off kat korang biskut yang sedap ni ha.. Aku ingat aku sorang jea cakap biskut ni sedap, bila aku bawak ke tempat kerja, ada jugak yang cakap sedap macam aku cakap ni.. =)

Dua minggu lepas, family aku datang KL, mama la yang belikan biskut ni.. First time makan, kalau boleh satu kotak tu nak habiskan terus.. nafsu..nafsu... nasib aku dapat kawal.. =)

ni dia... Kraker Kentang Perisa Sayur (ada tiga jenis perisa: BBQ, Tomato, Sayur) - Tak sampai 10 ringgit pown!
Dalam kotak ni ada 30 paket benda alah ni (tengok tu..sampai terkeluar lidah..sedap sangat la ni kan)

dan dalam satu paket ada 5 keping kracker (Kracker ni sangat nipis) - kemain aku susun dalam pinggan semata2 nak show off kat hang pa semua..kalau tak, dengan plastik2 aku NGAP!

Produk ni dari Win Win Food Industries Sdn. Bhd. ( Johor)

Kalau korang nak rasa macam mana kesedapan biskut ni, apa lagi.. carilah sendiri...muahahahahaha!!! Selamat mencuba~

Papai!




No comments: