Assalamualaikum... Halo readers!
Walaupun hari ni hari sabtu, aku tetap rajin pergi sekolah. haha. yea la, kalau bukan sebab tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat karate, sah2 aku tak pergi.
Kerja yang perlu dibereskan pun banyak, sampai aku pun tak tahu yang mana satu aku nak buat dulu.. haih! ! Alang-alang dah sampai sekolah, aku settlekan sikit2 mana yang patut, . bawak balik kerja sekolah kerumah??? oh! tidak. itu bukan aku. Aku lagi suka buat kat sekolah daripada aku bawak balik, buat kat rumah. sebab aku tahu, SAH2 aku takkan buat punya kat rumah ni.. muahaha :D
Kat rumah, aku banyak menghabiskan masa dengan internet.internet.internet. online.onlie.online. tu jea la kot kerja aku. maklumlaaa, bujang katakan.. Tapi sekarang, ada kelainan sikit dengan dulu-dulu. sekarang ni aku banyak menghabiskan masa di FB dengan segala bagai input berkaitan dengan HERBALIFE! tiap kali aku online, tiap kali tuuu laaa pasal herbalife jea dekat wall aku.. kalau dulu, merapu entah apa-apa status, ahaks!
Aku suka dengan hidup aku sekarang. Ada sesuatu yang aku inginkan dalam setiap tindakan yang aku lakukan. Aku akan berusaha, berusaha dan terus berusaha sehingga apa yang aku rancang menjadi kenyataan.. :)
Dah setahun aku kerja, dan sepanjang itulah, entah kemana-mana aku laburkan wang yang aku dapat tiap-tipa bulan. YES! aku memang boros. sangat2 boros. dalam seminggu, sebulan gaji aku boleh habiskan. bahkan, NEGATIF kottt!! gile laaa..
Aku ingat lagi kata-kata kawan mama time mama cakap kat dia yang aku ni boros,
"biasalah tu long, mula-mula kerja memang macam tu, semua nak, itu ini nak. Keinginan yang disimpan selama ni, semuanya nak direalisasikan" - lebih kurang macam ni la ayat dia
Aku dengan bangganya senyum dekat mama aku.. hahaha. Hampeh punya anak
Tapi, time tu, baru dalam 4 bulan kerja, boleh laa dia cakap mula2 kerja. Tapi, sampai nak hujung tahun pun, tak reti2 nak menyimpan, tak reti2 nak berjimat cermat. Aku tabur macam tu jea duit kat kedai makan, kat petronas, kat shopping mall, bla..bla..blaa..
Sampai pernah satu ketika, akibat keborosanku, sampai abah aku yang kena bayarkan ANSURAN KERETA pada bulan tersebut. adeh! hampeh punya anak
hahaha.. tapi tu suma cerita tahun 2011.. Tahun ni? hehe,, aku dah berubah OK!! Nasib baik aku jumpa dengan Herbalife. Kalau tak, tak tahu laa bila aku nak insaf.
Sejak aku kenal herbalife 4 bulan yang lalu.. banyak perubahan yang aku dapat rasa dalam hidup aku. Aku dah tak banyak merapu benda2 yang entah hapa2.. Aku banyak fokus pada komitmen aku sebagai seorang guru, komitmen aku sebagai seorang anak, komitmen aku sebagai seorang pengedar bebas herbalife dan banyak memikirkan tentang masa depan aku.
Kalau dulu, tiap kali balik kampung, aku banyak lepak kat rumah, habiskan makanan kat dapur, tercongak depan TV, support family utk tambahkan lemak,gula, dalam badan (buat kek bagai, kadang2 sehari dua biji kek aku buat)..
Tapi sekarang, asal balik rumah.. mesti fokus untuk tolong family (mama dan abah buat katering, so aku sbg anak kena tolong) - rajin sangat aku tolong (sebab dah cukup nutrisi kot, perasaan malas tu dah terbang melayang) , fokus untuk cari customer, pernah SEHARI aku kuar jam 8 pagi, jam 11 malam baru balik rumah, dan income aku untuk satu hari tu dapat cecah 1k! wow~ luar biasa. Alhamdulillah. , dan yang paling penting, aku lebih fokus untuk membantu orang untuk jadi lebih sihat. :)
Energy tahun ni, lebih power kalau dibandingkan dengan tahun sebelumnya :)
Ok. dah habis cakap pasal perubahan aku. Aku nak wish Ulangtahun kelahiran buat insan yang cukup bermakna dalam hidup ni.. cewah! *jiwang tetiba*
Selamat Hari lahir yang ke-25. Orang herbalife, walaupun umur meningkat, tapi still maintain muda. am i right?? AHAKS! Tq herbalife kerana membuatkan kami sentiasa muda dan ceria!
Semoga DIA makbulkan impian kita tahun ni. Semoga apa yang dirancang, akan terlaksana. AMIN~
~JUMPA esok! STS pan pacific hotel KL. Nak tengok dan jumpa ramai orang positif, jumpa esok ok! ~
papai!
1 comment:
Howdy I am so excited I found your site, I really found you by accident, while I was searching on Bing for
something else, Regardless I am here now and would just like to say many
thanks for a remarkable post and a all round thrilling blog (I also love the theme/design),
I don’t have time to read it all at the minute but I have book-marked it and also added in
your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more, Please do keep up
the awesome work.
Feel free to surf to my site MTV Roadies X Pune Audition Images
Post a Comment