KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 12, 2014

Pengalaman Bersalin - Kelahiran anak pertama

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???  

Helo world!!!! setelah sebulan berlalu... blur~!! 

Sejak dah jadi mak budak ni, masa aku dah jadi tak tentu hala. Banyak masa dihabiskan dengan berkepit dengan baby jea. Baby pun nak berkepit dengan mak dia jea. Tapi lepas sebulan ni, aku dah boleh biasakan diri dengan situasi sebagai ibu.. ibu yang mithali. ececece. Baru sempat bukak laptop wei. Lama gile laptop ni duduk dalam almari. hahaha. 

Seperti yang dijanjikan, entri kali ni aku nak share pengalaman aku bersalin sebulan yang lalu. Pengalaman pertama aku sebagai seorang wanita yang kini telah pun selamat bergelar ibu. ececece... Pengalaman yang cukup indah uollsss. pengalaman yang ssaangat mahal, dan pengalaman yang cukup bermakna untuk menyedarkan aku bahawasanya benarlah! syurga itu dibawah telapak kaki ibu.... 

Ekceli, seminggu sebelum aku warded hari tu, hari2 kerjanya menggugel jeaa baca pengalaman2 bersalin blogger2 lain. Seronok baca pengalaman2 orang yang nak bersalin ni. Macam2 kekdahnya. Ada yang mudah. Ada yang payah. Ada tu aku baca, siap kena tahan lagi kepala baby yang dah nak terkeluar dalam ambulans, sebab tak sampai lagi hospital. Ya Allah. Lain orang lain pengalamannya kann. Mudah ke susah kea tu semua kuasa Allah. Apa yang mampu kita buat hanya berdoa dan berserah segalanya kepada Dia ♥. 

Eh. Korang pernah tahu tak pasal gentle birthing??? First time aku tau kewujudan gentle birthing ni dari pengalaman president team herbalife kami. Dia ada sharing pasal pengalaman dia bersalin dengan gentle birthing.. Aku apalagi.. seminggu duk menggugel cari pasal gentle birthing ni. Siap follow group gentle birthing dalam fb lagi tawww. Macam2 pengalaman bersalin korang boleh baca. Nanti ibu2 yang tengah pegnent sekarang ni dan yang akan datang boleh laa usha2 apa itu gentle birthing. Kalo dah tahu baguslah. Hehee. 

Oh ya! ni belog president team kami tu. Kalau korang nak baca pengalaman dia bersalin dengan gentle birthing dan nak tahu serba sedikit berkaitan dengan gentle birthing, boleh la ke blog RUDIKHA ni yea!!  

Berbalik kepada tajuk diatas. Aku selamat bersalin masa tu dah 38 minggu 6 hari, awal 9 hari dari tarikh EDD aku. Nasib baik aku balik kampung awal seminggu. Alhamdulillah. syukur sangat2. memang niat aku nak bersalin di kelantan. dan masa bersalin hari tu pun, suami aku ada disisi. Nasib baik sempat dia travel balik dari KL ke Kelantan masa aku dah warded hari tu. 

Aku travel balik ke Kelantan masa kandungan 37 minggu 6 hari. Makkk aiiii.. penat wehh travel jauh2. Agak sembap jugaklah kaki aku duduk lelama dalam kereta. Sekali tayar masuk lubang, sekali sengal perut aku. kesian baby. mengerasss jea dia dalam perut time tu. tak selesa gamaknya. kalau 39 weeks baru nak balik kampung, tak tahulah camanoo gayanyaa. :)       

Sempat lagi berselfie dalam kereta. OTW balik kampung 

Aku warded lepas seminggu aku kat kampung. 21 februari 2014. Aku ingat lagi, bangun subuh pagi tu, aku tengok ada darah kat katil aku. Dalam hati ' eh! ni tanda2 nak bersalin nihhh..' Serius time tu aku betul2 tak sabar nak jumpa anak aku. happy semacam pulak aku bila tengok darah kat katil. Lepas tu terus aku bagitau mama aku. Mama aku pulak buat muka kecut pucat plus berkerut risau. Risaula dia sebab sepanjang dia mengandung dan beranak 7 orang anaknya, tak pernah2 keluar darah macam aku ni. Mungkin aku ni jenis 'ketuban darah' katanya. Biasa yang selalu berlaku 'ketuban air'.  

Mama terus ajak pergi klinik. Risau dia takut aku terberanak terus. Aku cakap lahh.. macam mana nak pergi klinik, tak sakit punnn. Iyaa.. masa tu sikit pun contraction aku tak rasa. Sebab aku ada baca dalam belog rudikha tu yang doktor dia pesan, kalau betul2 surge yang kuat baru datang klinik. Aku ni yang langsung tak de surge mabe 1cm pun tak terbukak kot. hehe. 

Lepas siap2 solat semua, aku pun pergilah jugak klinik. Sampai2 jea klinik, nurse suruh baring untuk check bukaan. Orang kata kena seluk tu sakitkan... Tapi bagi aku, tak sakit pun. sakit2 manja gitu jea. hikhik. So, ibu2 yang baru first time nak kena seluk nanti, jangan takut2 yeaa. tak sakit punn. apa yang korang perlu buat, tarik nafas dalam333333 jangan hembus sampai nurse/doktor settle menyeluk. hihihi. (janganla tak hembus langsung. sikit2 jealah. kang pengsan kang aku pulak yang kena.haha). Nurse tu cakap jalan aku masih lagi tertutup. tak de bukaan pun. cuma yang adanya lendir dan darah. Aku dah agak dah. Aku ingat boleh laa balik rumah semula. Rupanya2 diaorang nak hantar aku terus ke hospital. naik ambulans uolls. hehe.. 

Bermalamlah aku di hospital malam tuu. Dapatlah makan free dan tidur dalam aircond. haha. yang kesiannya, mama, adik dan suami aku tidur di luar wad bertilamkan kerusi keras. huhuhu. kesian diaorang. Aku suruh balik tido rumah tak nak. Nakkk jugak tunggu aku. huhu. terima kasih semua. terharu sangat dapat keluarga yang sweet macam ni. hikhik. 

Malam tu, dalam jam 3 pagi, aku dah start rasa small contraction. aku try tengok masa. selang 5 minit aku dah rasa surge. setiap kali surge tuu dalam beberapa saat jea. Sah.. sah.. memang sah aku akan bersalin hari ni (22.2.2014). Lepas tu aku sambung tidur balik. nyenyak sampai ke subuh. 

Pagi tu, surge makin lama. Kalau semalam beberapa saat jea. ni nak dekat satu minit surge tu datang selang 5 minit sekali. Tiap kali surge datang, aku praktikkan apa yang aku baca dalam belog rudhika. SLEEP BREATHING, SLOW BREATHING. memang menjadi. kalau ada bola besar dan air panas mesti lagi siok kot. enjoy with my contraction pain. hikhik

Pagi tu aku jalan keliling wad dengan harapan cepat2lahh bukaan bukak. Borak dengan pesakit2 yang lain. Macam2 orang aku jumpa. Ada makcik tu dah sebulan lebih warded sebab tekanan darah tinggi. Ada akak tu kena warded sebab anak dia sebelum ni meninggal semasa lahir, so untuk kandungan sekarang kena warded dan bersalin awal. Ada makcik tu kena operate sebab anak 5kg dan ada kencing manis. terkejut aku. 5kg??? huhuhu. beratnya baby dia. 

Dalam jam 10 pagi, nurse check bukaan sebab aku cakap yang aku dah rasa surge 5 minit sekali. Bila dia check, dia cakap baru 2cm. Yeay!!! means on that day jugak aku akan bersalin.. tak putus2 aku berdoa agar dipercepatkan dan dipermudahkan. 

Jam 11 pagi, masa waktu melawat, family aku datang. mama bawak telur masak separuh, nasi bungkus dan macam2 lagilah. sebab dia tahu anak dia ni kuat makan. sakit macam mana sekalipun makan tetap aku makan. settle makan telur, nasik. tetiba aku rasa surge makin kuat. Aku pun terus bagitaw nurse. Bila dia check bukaan, dah 4 cm. So dia suruh aku bersedia, bawak barang2 baby dan masuk labour room. Biasanya bila dah 4cm diaorang akan hantar terus patient ke labour room. Sebelum masuk labour room, sempat lagi aku suruh abang bancuh Cappucino shake. Aku tanya nurse, boleh bawak masuk labour room ke tak shake tu. Nurse cakap tak boleh. hamboiihhh, nak terberanak pun masih ingat nak makan lagikah?? haha. So, aku telan jea la semua shake tu sebelum masuk labour room. 

Dalam jam 1 petang aku masuk labour room, diaorang terus pakaikan aku benda alah yang lekat2 kat perut tu (CTG), untuk monitor jantung baby. Lepastu aku nampak doktor keluarkan wayar panjang. Aku tanyala, doc nak buat apa tu. Dia cakap nak keluarkan air kencing aku. Aku ni. blur. Hah??? guna wayar?? biar betikkkkk. Macam la aku tak boleh bangun pergi tandas. adei~. Sakit oiii guna wayar tu buang air kencing. nyesal aku minum banyak2. air kencing pun dah bau cappucino uollss. hahaha. Bila dah settle buang. aku rasa macam tak puas jeaa. still rasa masih ada lagi air dalam pundi kencing aku tu. Aku mintak izin nak pergi tandas. memula macam diaorang tak kasi jea aku keluar.. last2 bagila jugak. kenalah buang balik wayar2 yang bersirat dekat perut aku tu.. terkedek2 aku pergi toilet. hihihi. Moral of the story: JANGAN MINUM AIR BANYAK2 sebelum masuk labour room. huuuuu 

Dalam jam 2 lebih.. bukaan baru 5cm. Setiap kali contraction.. aku akan tengok jam kat dinding, betul2 depan mata aku. Aku pun tak tahu apa motif aku tengok jam tu. Bila contraction dah gone, aku tengok mata abang kat sebelah. genggam tangan abang kuat2. hehe. 

Jam 3.15 petang. bukaan dah 6cm. Doktor dah siap2 nak pecahkan air ketuban. Aku tanya doktor, contraction akan lebih kuat kea kalau dah pecah air ketuban. Doc cakap sama jea. So lega sikit hati aku dengar dia cakap macam tu. Abang pula tanya nurse berapa lama baru bersalin bila dah pecahkan air ketuban. nurse tu cakap depends pada orang tu. Ada yang cepat, ada yang lambat. 

Bila air ketuban dah pecah... Ya Allahhh... contraction lagi dasyat dari sebelum ni. fuhh. Nasib ada suami kat tepi. Tiap kali contraction tu datang, abang laahh yang ajar aku tarik nafasss dalamm22222... hembus slow222. aku time tu dah tak tahu nak cakap apa dah.. hehe. nak beranak memanglah sakit oiii. nak keluar budak kotttt... :) 

4.30 petang. "Abang, mami nak berak. tak tahan dah ni nak berak". Beria aku cakap kat suami aku yang aku ni nak berak. memang betul2 aku rasa nak berak. Bila doc check. Alhamdulillahh.. kesakitan aku bakal berakhir. Doc cakap dah full 10cm. get ready to push.. 

4.45 petang. Aku dah mula push. Masa nak push tuu. Aku dah lupa segala bagai gentle breathing yang aku baca sebelum ni. yang aku tahu masa tu. PUSH MACAM NAK BERAK SEMBELIT 10 TAHUN, TARIK NAFAS DALAM2, JANGAN ANGKAT PUNGGUNG. JANGAN KELUARKAN SUARA TIME NAK PUSH (MEANS MERAUNG TERPEKIK kea hapa kea - SAVE YOUR ENERGY) dan PUSH TIME CONTRACTION DATANG JEA. Tu jea yang ada dalam kepala time tu. 

Alhamdulillah, kekuatan yang ada pada aku ketika itu adalah... seorang suami yang setia menemani aku sepanjang aku berada di dalam labour room. Abanglah yang jadi tukang sorak hari tu. Ajar aku tarik nafass dalam2, teran betul2... adei~ 3 kali aku push tak keluar2 jugak baby. kesian baby aku. Aku ingat lagi abang cakap. "Mami! sikit lagi, terann lagi terann. dah nampak dahh rambut baby niii..".. Tapi tak jugak berjaya. 

Last2, aku tarik nafas betul2, kuatkan semangat dan teran sekuat hati..Grrrrrrrrr... 

Alhamdulillah. tepat jam 5.05 petang baby aku selamat keluar dari rahimku :) Alhamdulillah.. syukur :) 

Ya Allah.. perasaan yang sukar digambarkan. bila nurse letak anak yang baru keluar dari perutku atas dada aku.. macam tak percaya jeaa... aku dah ada anak dahhh...hehe.. Lepas abang azankan semua, nurse keluarkan baby dari labour room.. dan bermulalah episod ngeri tangtangtang.. its time tu menjahit uollsss.. Huhuhu. 

Aku siap pesan lagi kat doktor tu.. please jahit slow2. jangan sakiti diriku lagi, haha. Ya Allah!!! time kena jahit lagi sakit dari contraction pain tahu!.. Orang cakap time jahit diaorang bius. hurm entahle. aku lupa nak tanya bius ke tak. tapi yang pasti, setiap jarum yang menusuk aku rasai satu persatu. siap tengok lagi doc tarik panjanggg benang tu. doc ni saje taw! bagi neves aku. haha 

Alhamdulillah... dekat jam 7 malam. segala perjuangan telah pun berakhir. Malam tu aku tido dalam wad lagi. excited dapat BF baby. walaupun 2jam baby melekap jea, walaupun macam nak patah jea pinggang nunggu baby nyonyot, sikit pun tak ada rasa penat. hehe. hanya untukmu baby. permata hati kami :) 

Tadaaaa~~ my baby sekarang. sudah besar ini budak. gendut gemuk sudahhh. hehehe...




Alhamdulillah. All praises to Allah. 

Terima kasih buat suami tercinta. Jadi tukang sorak setiap saat yang ada. Lagi kuat abang sorak bila abang tengok kepala baby dah nampak. Siap nurse tu cakap, pandai suami awak ni ajar teran yea. macam dia pulak yang nak bersalin. haha. Terima kasih juga buat suami tercinta sebab jadi penenang disaat contraction pain berlalu pergi.. terima kasih juga sebab jadi pengajar setia untuk mengajar cara bernafas bilamana contraction pain datang menyerang. such a wonderfullll husband.... 

Terima kasih my beautiful mom! such a great mom! Sayangilah ibu anda. betapa susahnya beliau melahirkan, menyusukan dan membesarkan anda. :) 

Terima kasih buat semua yang mendoakan. Buat rakan2 blogger yang sedang menghitung hari untuk berjuang melahirkan umat Nabi Muhammad S.A.W, selamat berjuang... semoga selamat dan dipermudahkan.  

TQ for reading!! kbai~                        



24 comments:

Nastyna said...

Owh u ketuban darah macam tu ek, takper la tak rasa sakit hehe, kannn macam2 pengalaman orang beranak ni, like myself, hanya berserah semata hahahaa.

Umm AA said...

salam nina..encemlah baby..heheh..
bila baby dah kuar tuh rs mcm kepuasan yg tiada tandingannya kan...

Kamsiah yusoff said...

salam
akhirnya NIna kembali..setelah lama tertunggu2 entri mengenai baby hehe...
mmg masa sakit tu,rasa mcm dah bertobat tak mau bersalin lagi,kan...

tp itulah kuasa TUHAN,sebaik melihat bayi,sakit tak terasa langsung..

ANIM said...

kak baca entry ni dalam gelak (teruk kan)..

tahniah nina. selamat dah jadi ibu. tunggu nina announce nama baby boy yang cute ni:-))

Qaseh Wee said...

blm ada pengalaman bersalin ... baby satu bulan dah besor ... comelnya .

Anonymous said...

Comel baby ;D

Ana Jingga said...

welcome back nina..hari2 jumpa Daffa kat IG...:)

Aimi Muhamad said...

comel baby...hiks...finally rindu dah entri nina

The Ordinary Lina said...

Alhamdulillah... Tahniah on ur baby Nina.. Me, still waiting ngan penuh debar an somewhere in July.....

Tinta Farah D said...

tahniah nina..alhamdulillah selamat semuanya :)..

Asyik Izas said...

comel sungguh baby Nina ni..:)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina, alhamdullilah. bestnya baca pengalaman awak. Allahuakbar, nak nangis okey! hee Daffa dah besar, chubby je sekarang. bestnya... waiting for my turn pula. hihi *gulp*

:: CIKVIVA :: said...

Tetiba rasa nak nangis baca...igt camana mak kita lahirkan kita kan..huhu
**tembam la bby tu =)

Tengku Fauziana said...

I pun yg 2nd bby ketuban darah..
i rasa ketuban darah lg lambat bukaan dr ketuban air..
setuju sakit jahit lg sakit dr contraction..i 2nd ni xbius tau..rasa nk tendang2 je doc yg jahit tu..
Pe pun sume dh selamat..alhamdulillah..

nOe suhaimi said...

comel nya anak Nina...

sempat lg ber shake sebelum masuk labour room...hehehe...

mcm kak noe tak merasa beranak cara biasa ni...dua2 ikut tingkap...

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.
dipermudahkan.
best baca entry pengalaman ibu2 bersalin.
doakan sy juga ye semoga dipermudahkan segala urusan utk timang anak sndiri.aamiin;)

ucupiza said...

comelnya baby....pipi bolat

dear anies said...

ALHAMDULILLAH DIPERMUDAHKAN SEGALANYA...

SKRG BABY LG BERTAMBAH BAM BAM KAN? ;-)

butik bengkung moden said...

salam puan...comelnye baby puan ni...best baca entry pengalaman ibu2 bersalin ni...

bengkungmoden said...

salam perkenalan...thanks sbb sudi berkgsi pngalaman kpd pembaca

VitaminSuci said...

Alhamdulillah dan tahniah!
Comel baby :)

www.vitaminsuci.com

FHR said...

Thank you for sharing.. saya skrg dah minggu ke 31, tgh nervous nak tunggu hari bersalin. Seronok baca pengalaman2 dari semua ibu2 yg dah mengalami!

Wani said...

seronok baca pengalaman bersalin. :) setiap orang berbeza pengalamannya...

Giveaway For Mommies & Baby said...

Seronok baca pengalaman org bersalin… hehehehe…

Btw, buat mommies, ada giveaway best… jemputlah singgah sini…


Hadiah pun best, bernilai RM 750 utk dimenangi… .