KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, April 12, 2014

Selamat Hari Lahir Ma ♥ 13 April 2014

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Tadi, tengah syok2 gosip dengan adik kat dalam bilik dia, aku tertengok la handphone ma. Lepastu saje la ambik bukak main2. Tetiba ternampak sms wishes birthday dari hotlink. Eh? Eh? Birthday ma bulan ni kann? Adoiii. Lupa pulak. 

Sejak dah beranak ni, ingatan tu asyik melekap dekat anakkk jea. Benda2 lain dah tak berapa nak ingat dahh..  

Lepastu aku apalagi. Jadi kepala laa plan nak buat seprise birthday untuk ma malam ni. Ikutkan, besday ma esok. 13hb. Tapi sebab esok adik aku dah nak balik Melaka, so kami sambut malam ni jea lahh. Advance gittew. Sambut biasa2 jea. Beli kek sebiji, lepastu fastfood jea. Nak over2 tak mampu iolss. 

Sebagai ketua kepala, aku cadangkan diaorang beli jea kek secret recipe dan ayam kfc. Haha. Simple kan. Lepastu mintak duit siap2. Setiap orang kena bayar. Kalo tak, tak boleh makan. Kejamkan? Hihi. Padahal adik2 aku tengah belajar lagi, aku ni yang workaholic *lahh ssangat* yang patut support semua. Tapi. Hehe. Sharing is caring what ♥.



Tadi lepas magrib semua, kami get ready kat ruang tamu. Tutup lampu. Pasang lampu2 romantik jea, bila ma keluar dari bilik dia, apalagi, masing2 test vokal. Nyanyi ramai2. Hahaha. Seprise kami menjadik tadi. Nampak muka terkejut maa. Hehe. Terharu pulak bila ma cakap terima kasih. Huhuhu. Padahal kami yang patut cakap terima kasih dekat ma taww. :(

Mama kami yang sentiasa awet muda. Hihihi

Kek yang menghancuskan diet aku malam ni. Huwaaaa. 


Sejak dah jadi Tok Ma ni, aku tengok mama nampak lebih ceria dari sebelum ni. Yang paling aku tersentuh, selalu dia cakap mata anak aku tu macam mata arwah abah. Huhuhu.. Hidung pun macam arwah abah katanya. Tapi yang aku tengok, jauh bebenor. Sebab hidung arwah abah aku mancung. Heeee. Tak apalah. 

Dengan kehadiran cucu sulung lelaki ni, dapat terubat sikit apa yang aku tak tahu dalam hati maa... Allah terlebih dahulu mengambil kembali abah dalam hidup ma, Allah gantikan semula dengan kehadiran cucu lelaki untuk ma. ♥♥♥ 

Selamat hari lahir ma. DOAKAN mama kami diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan bahagia selalu hendaknyaaa... Aminnn 

Tq for reading. K bai ~     




16 comments:

Normi Nieza said...

hepi bestday buat mak nina..:)

^^eKaTiKaH^^ said...

HB utk ibu akk. hehe

Cik Sal said...

ooiikk,... lmanya tak bersiaran :)

QasehnyaRania said...

yeay nina dah kembali.asyik dtg entry lama.hihi
selamat hari lahir buat tok ma
semga diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.aamiin

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina, alhamdullilah. dapat buat suprised camni untuk ma. bestnya. selamat hari ulangtahun kelahiran makcik! semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagia bersama anak2 dan cucu. hehehe singgah menabung inti ~~~

Cho Zila said...

selamat hari jadi untuk ibu nina... nampak muda lagi... makan shakleeker??? memang makni cepat tersentuh jiwanyakan.. padahal kita kena ucapkan terima kasih pada diakan..

n O e s u h a i m i said...

selamat hari lahir buat Ma Nina...moga Ma Nina sihat selalu...

mesti Ma Nina terharu anak2 buat surprise untuk dia.. :)

Yumida Huda said...

sedapnye kek...selamat ulg thn buat ibu sis..mog adipjgkan usia n diberikan kesihatan yg baik

Mia Kassim said...

Selamat hari lahir untuk Ma Nina.... :)

Mar Mansor said...

selamat hari ulang tahun untuk ma ye..
singgah sini dari blog sheila..

ros_reeza said...

selamat hari lahir buat bonda Nina :)

n O e s u h a i m i said...

BW di sini...moga ceria selalu

Deqla Norumara said...

happy belated birthday makcik.. hmm.. bertuah ada mak lagi.. jaga mak baik2 ye..jgn ingat anak jer..hihi

ct cheery said...

touching plak baca entry ni..selamat hari lahir untuk ma awak..dan al-fatihah tuk arwah abah awk..:)

aiman mania said...

Ibu mana yg tak tersentuh dan terharu bila ank kesayangan dia sambut birthday dia.. :)

Khai♥Rin : anies said...

HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK CIK...