KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, October 23, 2014

Hippopo Baby Spa: Anniversary Promo (8 Oct - 8 Nov 2014)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Ini kes terpengaruh dengan blogger femes awesome meletop (Irine Nadia) yang bawak anak dia pergi spa tahun lepas lahh ni. Masa tu daffa dalam perut lagi. hehe. Anak dalam perut, tapi mak yang over excited nak bawak anak berSPA bagai kat sini. hehehe. Syok giler tengok anak irene swim2 cute dalam tab time tu. :D 

Bila daffa dah keluar, masa umur dia 4 bulan terus aku menggelupur pujuk husband aku bawak daffa pergi SPA. Husband aku ni jenis yang tak suka bertab2 berenang dalam kolam kecik berSPA bagai ni, kalau nak swim, better terjun sungai katanya, puas hati. Tapi agak2laa, anak baru 4 bulan kot. 

Goda punya goda, akhirnya setujula dia bawak daffa pegi SPA. hihihi.





First time berSPA, umur Daffa 4 bulan. Masa tu anak aku tak kenal orang lagi. Mak Pak dia pun dia tak tahu yang mana satu. haha. Orang lain ambik buat rilex chill jea,.. Rendam dalam tab pun buat muka tak bersalah. Muka redho dan pasrah. Time massage pun sukaaa jea dia. Gaya macam orang kaya baru tengah bermassage. haha. 

Tapi sekarangggggg...... krik.krik.krik. 

Sekarang ni Hippopo Baby Spa tengah buat Anniversary promo taw!!! Murah berbaloi gile kalau nak dibandingkan hari-hari biasa.




Harga biasa untuk swim & massage RM86. Untuk promo ni, masih lagi RM86, cuma yang bezanya, untuk second baby cuma tambah RM1 jea. So total akan jadi RM87. hehe. Korang boleh laaa SHARE2 dengan BFF baby korang! wahwahwah. Cuma syaratnya, baby couple tu kena datang sama2, itu jea. Ngeeee~ 

Semalam sempatlah aku bawak daffa berswim2 lagi untuk kali kedua di Hippopo. Ada promo kottt. tu yang terhegeh2 bawak tu. kikiki. 

Kalau dulu Daffa rilex chill jer dengan orang yang tak kenal. Tapi sekaranggggg.... Siap menangis keluar air mata lagi. haha. Kesiannn anak ibu, nangis yea nakkkkk!!

Selfie Ibu dan Anak



Daddy: Daffa nak swim yea? nak swim yea? Kat sini tempat swim sempit jea taw, kat laut lagi luas. kekekeke

Anak aku memang macam ni, Bila jumpa orang tak kenal, memang dia perati jea. Badan pun automatik kaku keras semacam, mata tu macam nak tersembul keluar tengok orang. haha. 2 minit perati, lepastu apa lagi, meraung kuar air mata la dia. huwaaa.huwaaa

Tengok. Kaku semacam. haha. Mula2 diaorang letak baby dalam float yang jenis duduk ni dulu. Kasi baby bertenang.. Biar dia biasakan diri dulu. 

Haaaa. Lepas bertenang, dan nampak terlebih tenang, sampai kaki angkat dan bola nak masuk mulut macam ni baru diaorang tukar float lain. kikiki

Masa nak tukar float, sekali lagi Daffa meraung, sebab dia segan dengan hakak2 SPA yang cun2 tu kot. Daffa kan tak berbaju. hahaha. Neck Float memang sesuai untuk baby2 yang baru nak belajar berenang. :D

Muka Daffa yang tak boleh blah bila bertukar float. Cuba perhatikan kaki dan tangannya yang keras kaku semacam. Kahkahkah

Daffa bersama BFF nya. hehe. Naqeeb :)


Ekceli, mak Daffa jea yang excited tengok anaknya berswim (swim ke? berendam jea kot. haha) dan bermassage bagai, Daffa redho dan pasrah jea lahh dia. hehe. Tapi part bermassage tu memang nampak dia enak bangat sekali! hehe.


Masa umur 4 bulan haritu bermassage sambil meniarap. Sekarang ni nak meniarap memang tak ahhh. bermassage sambil duduk la pulokkks. Teeehee~
  

Anniversary promo ni masih lagi berbaki beberapa hari taw! uolls yang rasa nak berhippopo dengan baby tu boleh laaa terjah sekarang! Jangan lupa bawak partner yea! :D


My Son. Daffa Ezra. 8 months Old. 22/10/2014 :)


FB: Hippopo Baby Spa & Wellness 
Web: Benefit Spa for Baby 

TQ for reading! K bai!~     



7 comments:

Masya said...

wah² bestnya kecik² dah pg spa...

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

adda syuhada said...

Assalam.....nampak best..

kina pinkbubble said...

Nina ku syg...promo ni smpai bile?means rm87 utk 2 babies la ek?bestnye tgok daffa swim2..nk bwk amni g swim jgk la..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina, bestnya daffa dah 2 kali pergi.. kita ni ntah pergi ke tidak. hahahha

cik mah said...

Baik je die..azwa xmo diam masa massage tu puas kena kejar die..hehe

cik mah said...

Baik je die..azwa xmo diam masa massage tu puas kena kejar die..hehe