KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, October 27, 2014

Jambu Asam Boi

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sejak Mangga Asam Boi menjadi HOT dan menjadi viral dilaman-laman sosial, aku hanya mampu untuk menengok saja. Sikit pun rasa tak ada perasaan untuk buat sendiri mangga asam boi tu, cuma, perasaan nak makan memang membuak2 dan setiap kali aku tengok mangga asam boi, tiap kali itulah air liurku merembes keluar. teeeeheee!!! Jahat taw uolss! buat i terliur. huh! 

So malam ni! terbuatlahhhh asam boi versi jambu batu special by aku. hakhak. Stok asam boi ada lagi separuh plastik besar, tahun lepas punya stok. hahaha. Tahun lepas aku suka buat ikan/ayam stim bubuh asam boi., tu yang beli satu plastik besar tuh. Hadap lah asam boi sampai pengsan. 

Senang jea sebenarnya nak buat bendalah ni. Tak sampai seminit dah siap, dan tak sampai seminit jugaklah licin. Tak sempat nak simpan lelama dalam peti oi! Kejap2 laki aku pergi dapur, kejap2 pergi dapur. Nampak jea dia nak kedapur, dari jauh aku tanya, NAK KEMANA BANG OI!!! CARI JAMBU LETTEW! SABOoooo lerrrr!!!. 

Last2 bila tahap kesabaran diluar batasan, aku ambik bekas jambu dalam peti tu, letak atas meja hadap sesama. hahaha. seminit lesap. Memang sedap weh! serius sedap. Tak caya korang cubalah sendiri yea! hehehe. 

Jambu + garam + gula + belacan + cili + asam boi + air masak (sedikit).




Masuk semua bahan tu dalam bekas, Gaul2 sekali harung, biar betul2 sebati. Lepastu simpan dalam peti ais. Pastikan peti ais dikunci dengan mangga supaya jeruk tadi dapat disimpan lama, kalau tidakkk, tak sempat nak peram dah licin oi! haha




Ada rasa air liur keluar tak? Kalau ada, wajib cuba buat! kikikiki. 

SELAMAT MENCUBA!~  

TQ for reading! K bai!~   




9 comments:

Nastyna said...

kan... fenomena sungguh asam boi ni kat malaysia sekarang, kaya la tokey asam hahaha.

Sheila Salim said...

assalamualaikum nina.. hahaha esok lusa nak buat sendiri gak.. memang kayo tokey jual asam boi. hihihiiu

:: Cik Viva :: said...

entri kita sama..saya pun buat jambu asam boi ni..

cik mah said...

Mmg terliur tp malas nk wat...hahaha...pemalas kan ummi azwa ni..hehehe

cik hani said...

dah buat..sedap.. tadi buat guna pelam dulu la..
sedap sangat

IMaH said...

memang tengah viral jeruk buah asam boi ni! hihi

orked violet @ SYA said...

yg tgh trending sgt tu mangga kan? Sya xtry lg nih. nk buat xtaw bile..huhu

jerukmanggaasamboi said...

Saya ada jual Jeruk Pelam Asam Boi Banjir untuk sekitar Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Manjalara, Gombak dan Kuala Lumpur

Jeruk Pelam Asam Boi Banjir ini dibuat dengan penuh citarasa. Anda pasti berselera, Dijamin Bersih & Halal. Saya mempunyai stok buah pelam/ mangga muda yang segar dari ladang dibuat mengikut tempahan semasa.

Ada 2 saiz bekas :

Saiz kecil - RM 5.00
Saiz Besar - RM 10.00
Saiz ikut kilo bagi majlis 15.00
Beli banyak ada diskaun lagi.

★ boleh request tahap kepedasan★
- Extra pedas
- Sederhana pedas
- Kurang pedas

Hubungi saya @ sms @ Whatsapp : Kak Nor 0173837039
Saya suka berhubung whatsapp untuk tempahan segera.

Penghantaran adalah percuma bagi tempat yang dinyatakan.Selain daripada itu dikenakan bayaran penghantaran.

http://jerukpelamasamboi.blogspot.com

eima said...

mmg sedap ... tp aku tak penah mkn lg ... hahaha sbb aku ni ssh sikit nk terpengaruh ngan fenomena .... hahaha sampai skrg aku tak penah mkn durian crepe ... hahahaha