KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, November 12, 2017

Nasi Kak Wok Antarabangsa - Cheras Perdana

Assalamualaikum.. 

Pernah makan nasi kak wok? 

Nasi kak wok ni antara makanan yang femes kat kelantan. Nasi + kuah gulai (dalca) + ayam yang dipotong kecik2 + sambal = nasi kak wok. hehehe. gitu je dia punya kaedah. simple je kan?? Tapi dia punya femes tuuu kemainnn. sampai ke KL kak wook nyaa taw! hehehe 

Nasi kak wok ni kalau kena dengan dia punya kuah, memang akan sedap. kadang ada je yang guna nama kak wook. tapi rasa dia tak sebetulnya kak wok. ehhh 

Hari ni aku nak bawak korang tengok menu apa yang ada dalam kedai nasi kak wook antarabangsa ni. hehe. kedai ni bukan saja ada menu nasi kak wok taw, memacam jenis nasi ada. fevret aku bukan kak wok semata, iols suka nasi kerabu, so try lah test rasa kat sini. 

Lokasi: Cheras Perdana 



Sesat jugak cari kedai ni. sebab maps yang dia bagi dalam ig tu lokasi dia tak sama dengan lokasi kedai. so aku terus direct call pada ig. jumpa jugakla. sederet dengan CIMB Bank. tersorok sikit kedai. heeeh 

Antara menu yang disediakan 





Tu diaaaa. kalau korang kelate sejati, dan peminat makanan kelate, boleh try makan kat sini. memacam makanan pantai timur ada. 

roti titab, nasi dagang, nasi kerabu, nasi air dingin, nasi kak wok, laksam/laksa lemak.. perghhh . memacam weh. first time datang rasa nak cuba semua. tapi apakan daya, perut cuma ada satu je. hahaha 

Menu kitaorang untuk harini. 

Nasi kak wok (large size) - ko tengoklah dia punya portion. banyak gila!. dengan ayam nya berketul2 mcm nak penuh pinggan. husband aku cakap beza sangat size hidangan dengan nasi kak wok yang dia pernah makan kat bandar sri permaisuri. kikiki.



Nasi kerabu ayam percik. aku rasa perut aku ni dah besar, tapi still tak boleh nak habiskan nasi ni. huhuhu. mungkin sebab minum air banyak kot. hahaha. ayam percik dia best!




Menu suami dan anak2. Nasi putih, telur dan sup daging.



Air yang mabeles. sedap sangat teh beng buihhh ni. segelas licin minum! for me itss so yummy!! nyum2.







Next time nak cuba roti titab pulak. orang lain dah lama heboh roti titab ni, tapi aku sikit pun tak pernah rasa lagi! hahahaa 

Sekian laporan dari saya (^_^) 

Selamat mencuba!!     




No comments: