KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, November 13, 2017

HollyBollyBian Glam Night Annual Dinner SMKTC

Assalamualaikum.. 

Kemainnnn dia punya tajukk. haaa. Kalau boleh segala jenis tema nak masuk kann. Hollywood. Bollywood. Arabian. Tu diaaaa. mantap temanya oiiiii 

Dahdah penghujung taun ni... almaklumlahh. adalah memakan sikit. jamuan akhir tahun kekdahnya. Tapi tulah. nak glam kita buh la nama annual dinner. gitew. hehehe. 

Nak glam lagi.. berdinnerlah kami di Palace of the Golden Horse. Tuu diaa. nama pun berbelit2. Aku ni kalau tulisan omputih seram sikit nak baca. bukan apa. takut sebutan jauh panggang dari api bunyinya. Mengucap panjang jugaklah bila nak sebut 'palace' tu. dengan harapan tak ada yang ketawa. hahaha



Sebab semua anak2 aku angkut sekali pegi dinner, so adalah alasan nak check in kat golden horses ni. Sekali sekala. kot2 lahhh anak buat wayang kulit dalam function room. senang nak pass kat husband sambung wayang dalam bilik. haha. Aku cam biasalah, selagi makanan ada. harus dimakan, rugi.

Bilik yang agak memacam. Dafna tengah tengok kuda. Segala rupa nampak macam kuda. Sampai kaki meja pun macam kaki kuda. haha

Gambar jamban pun nak kena up. Biasalah orang kampung masuk jamban lawo. haha

Antara kami berempat, aku rasa dafna paling ikut tema. ada gaya Hollywood tak? haha. 



Walaupun kepala nana nampak dogol disitu, tapi nana tetap princess cindrella dimata ibu. cia cia cia

Mak pak dia tak yah cakap lahh. pakai asal ada. Aku punya jubah tu pun jumpa mana ntah. main masuk dalam beg ja. Bila nak bersiap baru terkejut. 

ALAMAK!!!!! 

Jubahku sendat nak mampuih!!! ni la akibat bila makan tak ingat dunia. sedar tak sedar berat dah naik mencanak 17kg. haha. Nasib baik ada shawl boleh tarik belakang sampai peha. coverlah tang sendat tu. haha. tak kan aku nak pakai baju tido kot. naya naya

Jarang dapat berdua macam ni. kihkihkih. Kasi can laaaa. 
Dedi dengan Appa

US :)

Bibik-bibik ku yang hepi bila kena bawak bejalan. haha. dua orang ni adik badik aku yang ke6 & ke7. bongsu lahh senang. 




Cecantik semua kawan-kawan aku ni. Muka semua dah berubah. selalu kat sekolah nampak macam hampeh je. bila berdinner... mak aii. cun jugak uols ni. hahahaha. Semua dengan tema masing2.

Geng Satu batch. yang tengah tu Ex Housemate. masa memula posting, memula kerja. dengan dialah kami serumah bujang2 dulu. sekarang masing2 dah ada sepasang cahaya mata. hehe

Geng gossip. Geng kantin. 

Lewat jugalah habis majlis. Daffa dengan dedi dia dah lama selamat dalam bilik. Kami berempat jaa yang masih setia sampailah dafna betul2 bosan. tu punnn sipi2 jee majlis nak habis. arghh dia tak bagi can. gosok mata. Dah bosan main belon dengan abang hensem kihkihkih.



Esoknya bawak anak-anak main-main dekat pool.



gitulah. short vacay kami. 2in1.  

OK lah. tq for reading. bye!~     




No comments: