KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, November 19, 2017

Jalan-jalan Perak

Assalamualaikum.. 

Adik ajak berendam dalam kolam air panas. Nak bawakkan anak sedara main katanya. herherher. Pantang diajak, ahkak setuju aje. 

Dah lama benarnya tak ke sungkai. Seingat ke sana taun berapa ntah. 8 tahun yang lepas kot. Pergi dengan dua orang sahabat & seorang kawan laki. haha kawan la sangat kan. 

Tak banyak yang berubah hot spring sungkai nih. Masih lagi sama seperti dulu, tapi bagi aku kebersihan agak kurang. macam kurang dari segi penjagaan. 

Pepagi lagi kami dah bertolak ke sungkai. So sampai sana tak de lah sesak sangat. masih senang nak parking. tapi bila waktu kami nak balik tu pun, orang macam tak ramai juga. haha. entahlah.

Daffa nak naik THOMAS. haha. Padahal dari parking tu boleh je jalan kaki masuk. tapi sebab nak layan daffa, naik laa bendalah ni. selamat lemak2 mak

Memula diaorang berendam dalam kolam air panas dulu. Lepastu rebus teluar 8 bijik. sambung berendam dalam air sejuk. then ambik keputusan untuk balik. perut dah lapaq. nak singgah makan kat nasi bamboo katanya. aku yang first time dengar bamboo tu macam hah?? nasi bamboo??








OK. ni ghupa nasi bambooo tuhhhh...

nasi dalam buluh je rupanya. haha. dah nama nasi bamboo kann




SO far, boolehhhlaaahhh. lauk kat sini macam2 ada. orang pulakkk perghhh kemain ramai. tapi aku still duk bayang ikan bakar ketoyong kat tanjung malim. 

OTW balik, paksa jugakkk adik aku exit tanjung malim jap. semata2 nak tapau ikan bakar tuh. hihihi. Alhamdulillahhh. dapat jugak makan ni yea. dasyat kann. kalah orang mengidam cenggini gaya.

Tempat feveret sepanjang pengajian di UPSI. 




Seronok bila jarang2 sekali dapat outing dengan adik beradik ni. hehe. Lagi 3 orang ada kat kampung. InshaAllah taun depan kita tugehter2 sesame yea uols!!!   

TQ for reading!. Kbai   



No comments: