KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, February 3, 2018

Seoul, Korea (Part 5): Namdaemun market & Masjid Itaewon

Assalamualaikum 

Baru nak bercerita pasal last day kami berjalan di Korea dua tahun lepas. harharhar. sejenis THROWBACK  juga la ni yea. 

Gitula... nak menaip ni kadang kena ambik mood jugak. Mood tu datang dan pergi. kadang dalam masa sehari dia datang.. kadang dalam masa dua tahun pun dia boleh datang. kikiki.. 

Hari ke-5 kami di Korea, hanya dua tempat kami sempat pergi. Biasalah, kalau dah namanya pergi market, mestilah syok dengan window shopping. Walaupun bukan nak membeli sangat, cuci2 mata pun dah rasa bahagia. hihihi. 

Tempat pertama: NAMDAEMUN MARKET. 

Kami kesana dengan subway je. Bertolak dari Namsan Guest House (KLIK SINI), ambik subway line 4 ke Hoehyeon station

Sampai je station, benda pertama kami cari, tempat nak beli kerongsang banyak2. hehe. Arwah ma yang beria nak cari kerongsang. Nak buat souvenier katanya, nak bagi kawan. hehe. Mengikut kata google, kerongsang banyak di jual di dalam bangunan elengdang. Gigihlaa kami cari bangunan ni sampai jumpa. tak susah pun nak cari, tapi tak jugak senang nak jumpa. harharhar



Bila masuk dalam bangunan ni, fuhhh. memang rambang mata. macam-macam ada. So untuk tak terus tenggelam dek nafsu yang menggoda, kami terus ke 2nd floor lorong 209. Fokus pilih kerongsang area sini je. hehe

 
Pening mata tengok kerongsang banyak banyak


Terjumpa kawan dari Malaysia :)


Settle borong kerongsang, barulah kami bersiar-siar kat market ni. window shopping. menikmati keindahan suasana di Namdaemun market. hehehe














Arwah ma beli buah tangan untuk anak-anak. kikiki


Masuk dalam kedai ni memang teruja gile. baju seluar untuk budak-budak memang menawan hati. macam-macam fesyen ada. hehe. 

Next.. Jalan jalan ke subway station

Next, kami ke Itaewon. Nak melawat masjid Itaewon dan jalan-jalan cari makan. 

Dari Namdaemun market (dari Hoehyeon station), kami ambik Subway line 4 untuk ke Samgakji, kemudian tukar subway line 6 untuk terus ke Itaewon.




Keluar je dari stesen, mintak bantuan google map dulu. dengan harapan dapat menuju ke jalan yang benar dengan tepat. hehehe Itaewon ni jalan dia berbukit2.


Bukak map dulu :)

Dari stesen nak ke Masjid Itaewon agak jauh juga. dengan jalannya yang macam hiking bukit broga.. memang merecik!! Risau dekat arwah ma je haritu. Takut dia tak larat. Tapi Alhamdulillah laaa... ma berjaya sampai ke Masjid. (^_^)








Cari makan first!. 

Kat sini kedai2 makan Halal bersepah. So tak perlu nak risau. Pilih je kedai mana yang berkenan dihati. Dengan bantuan encik google, kami pilih RESTORAN EID :)








Samgye-Tang- Ginseng Chicken Soup. Kena dengan selera tekak. sedap :)

BULGOGI - KOREAN BEEF BBQ. 
Nasi dia nampak je seciput, tapi bila makan memang kenyang. tak de perasaan nak menambah nasi. perut full hehe



Lepas makan baru singgah masjid buat apa yang patut....







Pemandangan dari kawasan atas masjid Itaewon

OTW ke Guest House. Appa yang keletihan

Singgah beli susu pisang dulu. hehe


Malam terakhir di Myeongdong. 

Kami keluar lagi jalan-jalan ambik angin malam di myeongdong street. Kat sini memang tak pernah boring melilau. Kalau bawak seguni duit pun boleh settle. hahaha. Macam-macam benda ada. Ikut nafsu serakah ni memang semua benda nak. Tapi nasib baik la.. poket sedia kempis. kahkahkah. 


Dari Namsam Guest House


Dedi: Appa nak buah apa?
Appa: Seterobeyi

buah boy :)

Arwah ma memilih shawl lagi nak kasi orang hehe


Daffa jakun tak pernah makan. Ibu pulak yang seronok tengok bendalah ni...

Daffa yang tak de perasaan bila tengok askrim panjang sedepa...

Cuba untuk nampak sopan...

Jagung sebatang RM15 kalau tak silap. Terbeliak biji mata


Myeongdong ni seronok jalan malam-malam. Paling seronok bila stay area myeongdong ni. bila-bila masa je boleh pergi. 

Ok. settle part 5 yang dah dua tahun jadi draft dalam blog ni. now publish!!!  

TQ for reading!! K bai~          




No comments: