KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, February 21, 2018

Jalan-jalan Ipoh: The Haven Resort Hotel, Ipoh

Assalamualaikum.. 

Memula tahu pasal Haven resort ni bila tengok blogger femes Irine Nadia post dalam IG beliau beberapa tahun yang lalu. Lepas tu adik-adik pula cakap Jehan ada datang sini. nice view.., cantik la itu la ini lahh. hehe. Teringin pulak nak menyinggah sekejap kan.. 

Sekali... 

adik-adik plan nak melawat Tambun Lost World.. pergh. terus iols ajak bermalam kat haven resort ni. hahaaha. nak pergi sensorang idokle. reramai gini meriah sikit. fulus pun boleh la ting tong!. kihkihkih. 

Kami di Perak 3 hari 2 malam. Satu malam di Swiss Garden Damai Laut. Satu malam lagi di Haven resort. Haven resort dengan Tambun Lost World dekat sangat! berjiran je. sebelah menyebelah hehe. 

Ya Ampun.... bila check in Haven resort ni. terus berangan sampai ke planet pluto.. Berangan dapat rumah lengkap, simple! menarik dan minimalis macam ni. sooo best!! haha. mulalah rasa berdosa. Bersyukurlah apa yang kita ada. gitu. 

Kami dapat suite lakeview.. memang nice gile!! waktu malam lagilahh cantik. hehe. Pool pun menarik. Siap ada jacuzzi dan pool untuk air panas. Ala-ala poring gitu. Anak-anak toksah cakap la... Yabedabeduuuu... :)

Pool yang indah seindah mata memandang (^_^)

Tasik dan view yang kehijauan. tenang dan mendamaikan. ewah ewah

dapat kitchen besar gini pun dah cukup rajin untuk tido didapur. ehhh. hahah. 
Daffa sedang kalut check line

Ruang tamu yang simple dan menarik

Nana malu...


View pool secara keseluruhan

Breakfast time. teringat-ingat dia punya kue tiow ladna versi Ipoh. deyyyy


Sorang jadi momok, sorang tukang lari takut kena kejar. seronok kemain

Dinasour depan tasik



Tambun Lost World 

Masuk tambun ni memula plan nak berjalan dulu tengok-tengok binatang. dry place. lepastu baru lah bebudak ni nak terjun kolam. Sekali, bila dah settle tawaf, semua dah surrender. letih. penat. tak nak mandi. nak makan pastu balik mandi kolam kat Haven resort. hahaha. itulah. Sapa suruh stamina tak ada. kahkahkah. Masing-masing lemak berlebihan. kahkahkah

Memula dedi snap pic dengan anak-anak. Nana dah tak sabar nak terjun kolam. jeling-jeling kat kolam. terus tak nak tengok kamera

Lepastu ibu pulak mengada nak join masuk pic sekali. Nana still tak lepas pandang kolam. hahaha

Geram jee tengok burung merak ni. Jinak sangat

wefie beramai-ramai. :)


Bagi makan Zirafah. teruja!!



Daffa ajak dedi naik gajah besar :)

Daffa sendiri request nak naik Kuda. FOC. satu round saja. 
Bila dah siap satu round, muka appa macam tak puas hati kejap sangat. hahahah

Last destinasi. 
Isi perut. 
Time ni kemain daffa pujuk dedi kasi dia mandi kolam. Tak nak kawan dengan dedi la, nak jual henpon dedi laa. Macam-macam lahh ugutan dia. 
hamboi kecik2 dah pandai. 
Ibu kena bagi lebih tazkirah ni kat daffa. 

mee kari dia ni sedap gila!!! 
Mula-mula order dua je. lepastu pegi tambah lagi tiga. lepastu tambah lagi satu. 
lepastu cepat2 balik resort. kalau tak maw tambah lagi 10. hahaha

Suka lettew!!! 
orang lain makan, dia rela berlapar nak main air. pastu malam mula la sakit perut. kahkahkah

hehehe. Cancel tak kawan dengan dedi. terusss berbaik :)

Birthday Celebration Daffa Ezra 4 years - Restoran Kampung Ipoh 

Restoran ni pun dekat je dengan resort. dalam 2 km je. Gigih iols mengugel tempat makan kat area sini. Bila dah jumpa restoran ni terus call booked untuk makan malam. So far, tak adalah wow sangat. Alhamdulillah kenyang. gitu. 

Kek Daffa malam tu mak do yang belanja. hehe. Kek Baskin Robbin lagi tu. Tapi appa malu pulak malam tu. Malu plus letih mengantuk nak tido. semua ada. Kitaorang nyanyi lagu birthday pun macam tak ada perasaan. hehe.

Kek birthday daffa tahun ni. Mak sedara daffa belanja





Nana jugaklahhh yang tak malu. hahaha. tak sabar nak telan kek

Cuti-cuti Perak yang happening. Alhamdulillahh semuanya berjalan dengan baik. 

Nak tahu lebih lanjut pasal Haven resort. boleh Klik SINI 

Next cuti.. kemana kita niey???? 

TQ for reading! K bai~  


No comments: