KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 23, 2010

Hati yang Terusik.....

Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta..??
Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia..??

Lewat musim bunga..
Menyaksikan kemesraan Danial dan Diyana menjalin rasa, menyulam cinta..
Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua hati jauh berbeza latar, agama dan budaya..
akhirnya bertaut menjadi satu..
Namun, hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan..

Danial..Lelaki yang tidak punya segalanya. Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekali dibiarkan dipijak sewenang-wenangnya dan kesungguhan untuk mendalami ilmu agama walau berbagai rintangan berada didepan mata..

Diyana..Wanita yang memiliki segalanya. Namun itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagiaan yang sering diimipikanya..

Hakikatnya.. mana ada cinta yang tidak teruji..
Jika tiada ketabahan dan kekuatan..
Tentangan keluarga boleh menghancurkan mahligai cinta yang dibina...
Benar restu itu perlu..
Tapi... sanggupkan seorang ibu dan seorang bapa melihat anak mereka hidup sengsara dek kerana cinta yang terlarang..?
Malah, desakan hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki
yang tinggi akal fikirannya..
Dayuslah Danial jika dia bertindak diluar kawalan kerana takut difitnah, kerana takut maruahnya dihina..kerana takut dirinya dicela..

Untuk kesekian kali, tercarik lagi hati Diyana..
Cinta dan kasihnya seakan musnah bak pudar ungu Lavender di musim luruh..
Dia terpaksa membuat pilihan.
Antara cinta dan maruah diri, dia harus bijak membuat keputusan..
Baginya, diam bukan bererti bersalah, bukan juga bererti mengalah..
dan..dalam segala kepayahan, hati kecilnya tetap tidak henti berharap,
akan ada jua kebahagiaan di akhir segala kedukaan..
Dan dia tahu, yang dia berhak memilikinya kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan..Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segalanya!

~Danish&Nina~

No comments: