KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 17, 2011

Buah Kerdas

Halo guys! Selamat Petang~ Sedar tak sedar..lagi 3 hari nak bukak sekolah... apa maknanya tuh??? maknanya...lagi sehari la aku duduk di kampung ni...wawawawa..... belum puas lagi aku menghirup udara yang segar di kampungku..belum puas lagi rasanya aku memakan masakan ibu.. =(

Selama 4 hari aku di kampung... setiap hari menu yang terhidang WAJIB ada buah kerdas.. sebab mama tahu itu adalah ulam kegemaranku..dan memandangkan sekarang ni musim kerdas..memang berkilo2 la mama beli... bayangkan..sekali Lunch.. tanpa sedar aku boleh habiskan semangkuk kerdas...Nasi putih +buah Kerdas + budu = sedap dow!! .. ayam golek,ayam panggang..terubuk bakar, asam lemak, asam pedas..semua aku tolak tepi!~hehehe.. hantu kerdas rupanya aku ni..~

kepada peminat ulam-ulaman..sudah tentu kenal dengan buah kerdas ni kan?? kalau orang kelantan..kami panggil ulam ni dengan nama "Woh Keddah", nama saintifiknya ialah bubalinum dan dalam Bahasa melayu yang betul..aku rasa buah kerdas la kot..betul tak?

**credit to Azhar**

Buah kerdas ni biasanya di jadikan pembuka selera apabila di makan bersama nasi. Walaupun bau buah kerdas ni agak kuat sehingga melekat pada nafas.. bagi peminat setia buah kerdas..semua itu bukan halangan untuk makan buah ini... =) bagi yang tak pernah merasa..dan ingin mencuba..jadi, jika ada buah kerdas di depan mata...apa lagi..jangan lepaskan peluang! cubalah..sedap.rangup, lemak manis..dan..tak tau dah nak describe macam mana...=)

Buah kerdas ni mempunyai kulit yang agak tebal dan keras... bila kita bukak kulit buah kerdas ni...kita boleh tengok ada banyak ulas kerdas dalamnya..macam petai juga la...satu tangkai petai tu mempunyai beberapa biji petai.. kulit buah kerdas aku tak tau la boleh makan ke tak..setakat ni tak pernah pulak aku cuba makan kulitnya.. warna buah kerdas pulak bergantung ketuaannya..kalau baru petik@masih mudah..warna dia macam cerah sikit, kuning2..kalau dah tua dan disimpan lama..warna nya kehitaman..dan aku suka makan yang dah tua..yang muda2 kureng sikit.. tapi, lain orang lain rasanya..=)

AKu kalau bab makan..semua aku bedal..dan aku jarang tolak..(hehehe,,,) kadang2 kita sendiri tak sedar apa yang kita makan tu berguna ataupun tidak untuk tubuh badan kita.. walaupun kerdas ni bau dia "WANGI" mengalahkan perfume yang kawan aku pakai.. tapi khasiat dia.. banyakla jugak..

Antara khasiat kerdas yang aku dapat info dari nenek2 dan mama aku ialah dapat membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing, menjauhkan diri dari penyakit kencing manis..dan yang paling penting..dan paling aku suka ialah..awet muda..kuikuikui... InsyaAllah..

Babai.... =)

**All pictures credit to google**



1 comment:

al-kisah said...

first time makan time pegi keja kawin member.sedap dari petai .very like it