sebut pasal cinta ni, aku teringat lagu pendek yang dinyanyikan apek + Yusry (kalau tak silap)
"Cinta itu..
Boleh diumpakan bagai makan sambal belacan..
Walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan jua!..
Cinta jangan buat macam goreng pisang,
sungguh enak bila makan panas-panas,
bila ia sejuk jadi kurang enak..
hohoho..Hilang sedapnya..
**Lirik yang sangat simple, tetapi mendalam maksudnya**
Jatuh cinta ni perkara biasa... Setuju??? Putus Cinta pun perkara biasa..Setuju??? Cinta monyet, cinta gila, cinta palsu, cinta dari Jin dan syaitan, cinta perampas dan sebagainya... agak-agak, di mana tempat anda sebagai pencinta sekarang?? Mudah-mudahan, Cinta yang kita ada adalah cinta kerana Allah, satu cinta yang jujur dan ikhlas, cinta bukan sekadar mainan dan cinta untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat... InsyaAllah...
Bercerita tentang cinta ni..aku ada terbaca tentang 3 perkara fitrah cinta oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Menuru beliau : Jika anda jatuh cinta, peliharalah 3 perkara perkara ini supaya fitrah suci cinta itu tidak akan menjadi FITNAH sebaliknya benar2 menjadi satu ANUGERAH:
1) Niat: Betulkan niat kerana Allah …semata-mata menyukai seseorang kerana mengharapkan keredhaan Allah. Mahukan perkahwinan sbg satu bentuk ibadah, memerlukan seorang kekasih hati bergelar isteri/ suami untuk menjaga maruah diri dan agama. Saling membantu agar bertambah kekuatan utk mencintai Allah Yang Satu!
2) Cara: Peliharalah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yg masih belum bernikah agar sentiasa dlm kawalan. Peraturan Islam bukan utk menyekat tp mengawal supaya bahagia yang diharapkan adalah bahagia yang berkat, bahagia yang kekal hingga ke Syurga hendaknya, ameenn…
3) Matlamat: Gunakanlah akal semasa bercinta bukan setakat perasaan. Jadikan akal sebagai raja untuk mengawal perasaan. Jika yakin hubungan itu ada arah matlamat yang jelas, usahakanlah ke arah itu. Jika ia sesuatu yang mustahil atau tak pasti, lebih baik jangan melibatkan diri dalam cinta yang sia-sia!
Untuk itu, jadikanlah kita seorang pencinta yang memelihara 3 ini.. Mudah mudahan Cinta kita di berkati dan diredhai olehnya...Mudah mudahan Cinta yang kita ada sekarang ini berkekalan hingga ke akhirnya.. InsyaAllah
Keikhlasannya menambat hati,
Kesederhanaannya menambah seri,
Namun,
Semakin dia aku dekati,
Semakin keliru aku sendiri,
Tergugat apa yang aku imani.
Oh Tuhan,
Dia amat aku kasihi,
Andai kata ENGKAU redhai,
Tunjukilah aku sekali,
Sebuah cinta yg hakiki,
Andai benar jalanku ini,
Pimpinlah dia utk turut merasai,
Kebenaran akidah ini!
**nukilan Fatimah As-Syahra dalam novelnya: TAUTAN HATI**
"Kerana Syurga itu sangatlah indah, jalan menujunya tentulah payah"Kesederhanaannya menambah seri,
Namun,
Semakin dia aku dekati,
Semakin keliru aku sendiri,
Tergugat apa yang aku imani.
Oh Tuhan,
Dia amat aku kasihi,
Andai kata ENGKAU redhai,
Tunjukilah aku sekali,
Sebuah cinta yg hakiki,
Andai benar jalanku ini,
Pimpinlah dia utk turut merasai,
Kebenaran akidah ini!
**nukilan Fatimah As-Syahra dalam novelnya: TAUTAN HATI**
No comments:
Post a Comment