KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, June 3, 2012

Di Kala Bulan Mengambang...Auuuuwwwwwwww!

Assalamualaikum.... Halo readers!! Have you had your SHAKE today???

Ahaks! dah seminggu aku duduk lepak kat rumah ni.. Rumah tak de la besar mana sangat pun, tapi kalau duduk bertiga, seram sejuk jugak malam2.. Sekeliling rumah aku kunci guna mangga.. Hantu tak takut, orang yang aku takut (ceh! cakap besar kunun).

Hari ni dah cukup seminggu family aku menjadi tetamu Allah. hari2 Abah call tanya Khabar.. hurm. Apalah agaknya perasaan adik-adik aku kat sana ea.. Mesti best sangat2.. huuuuu..

Best jugak ada adik ramai2 ni.. Time kecik memang la serabut.. yang tu waaaa... yang tu wooooo.. macam2 ragam, al-maklumlah, time kecik kan, aku pulak yang sulung, aku yang jadi mangsa.. hahaha.. Tapi bila dah besar panjang.. hurm! best sangat2.. ni belum berumahtangga lagi ni.. bila semua dah kawin! fulamak wei... confirm kecoh tak ingat dunia.. :)

Adik beradik aku 7 orang.. 3 orang kat Mekah, sorang ada kat KL, so, tinggal lah kami bertiga lagi kat rumah ni.. pompuan suma lak tu.. Mak aiiii! Nasib baik aku ada ramai sepupu laki.. Boleh jugak jadi SPIRIT time malam2.. Nasib kawasan rumah aku suma orang melayu. Tak de la bunyi anjing salak menyalak malam2 buta.. serammmm uuuuuuuuuuuuu... :P

Hari ni aku nak keluar kejap dari tempat persembunyian ni.. Nak pergi follow up customer kat Kota Bharu.. Lepas tu berkira2 untuk pergi tengok2 sikit..tut..tut..tut.. hehehe... empat hari empat malam aku duk usha taw!! Memang awesome giler ah kerja tangan akak tue.. tak kira, hari ni aku nak pergi cari jugak mana letak butik tue.. Family tak balik lagi.. tapi aku pulak yang terover lebih.. Tak salah kalau nak pergi pilih memilih dulu kan... Nanti, baru la nampak... yang kita ni betul2 bersungguh-sungguh kan?? **Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.. AMin~*

Papai!!




No comments: