KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, August 13, 2012

Iftar Mantan SMUAY

Assalamualaikum.. Halo readers!!

Semalam ada company preview HERBALIFE kat PULLMAN putrajaya.. BEST gilerrrr... rugi sape tak datang semalam. Guest speaker yang hebat, speaker2 yang amazing!... banyak sangat2 benda baru yang dapat semalam. :)

Seperti biasa, lepas event, ada post meeting. Lebih kurang jam 5.30 petang baru settle semua, aku pun dengan pantasnya keluarlah dari PULLMAN dan ingin menuju ke SUBANG. Semalam ada iftar dengan mantan2 SMUAY, hehe, kengkawan zaman sekolah menengah.. weee :) . main redah jeaaa.. ikut signboard. sebab tak tahu jalan nak ke subang dari putrajaya, tak pernah2. hahaha..

Dari Putrajaya tu, aku lalu puchong, pastu baru jumpa Subang skypark. pusing punya pusing, barulah jumpa tempat yang nak dituju. Nasib baik tak jem. dekat jam 7 jugak laa baru sampai kat Restoran TE AMOR STEAK HOUSE & STEAMBOAT subang perdana. :) Alhamdulillah.!

wink!wink! dapat jumpa kengkawan sekolah lama.. adah, wina, arif, mirul, hakim, izri dan tonah. :) . Adah dah ada dua orang hero, izri ada sorang puteri, mirul pun dah ada sorang hero (bini baru lepas bersalin, ada kat kampung), wina & arif bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan (raya ke-3), aku,tonah & hakim??? hahahaha... kitaorang single lagi okey! OPS! :)

Best bila dapat kumpul ramai2 cenggini. potpetpotpet tak henti2. lagi2 bila adah bukak mulut, tengah makan pun cakap lagi, gigih pulak tu melayan kerenah hero keduanya.. hehehe.. bangga dengan ko adah! dah ada dua orang anak dahhh.. waaahh.. teringat zaman BAS CHANGGONG! geng MUKA PINTU BAS la kita ni kan.. hahahahaha.. lawakkkssss

Ni laa kengkawan aku zaman sekolah menengah dulu.. hehe.. yang belah kanan tu yang tengah gigih bagi susu kat anak, tu la adaaahhhhh!!! weee... pakai tudung merah menyala tu (adah panggil mak datin) tu tonah.. hehe, aku kenal tonah masa zaman kanak2 lagi, jiran jeaa.. semalam 12.8.2012 besday dia yang ke-26. hehe.. dah tua ko nah!..selamat hari lahirr... heheh. yang tepi aku tu, wina dan bakal suami, arif!! dua2 satu sekolah.. tak sangka, bertemu jodoh korang berdua yeaa! happy! :)

Yang baju merah ni pulak mirul, tepi mirul tu hakim. dua2 orang ni, kawan sekelas aku masa tingkatan 3 dulu. diaorang dulu ni, kemain sopannya.. sopan sampai sekarang.. hakhakhak. yang pakai baju belang2 tu pulak, izri dan isterinya. dah ada anak pompuan yang comel dah si izri ni. :)

Agak lama bertapa dalam restoran tu. dekat jam 9 malam baru semua dah nak beransur pulang.. Tak sangka dapat jumpa korang semua semalam. siap dapat kad jemputan kawin lagi dari wina&arif. dalam masa seminggu jea rancang nak iftar sesama. Alhamdulillah. dapat juga iftar sesama yeaa..

Posing depan kedai sebelum balik rumah ;D



**gambar semua credit to tonah. dokumentasi terbaiikkk punyaa**

Lain kali kita jumpa lagi yea semuaaaaa... :)

Papai!




No comments: