KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, September 9, 2014

Aku Masih Muda

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Biasa kalau dah minggu last kerja sebelum cuti panjang (cuti balik kampung), dapur aku memang tak kan berasap. melainkan ada lagi sisa2 lauk basah yang masih lagi boleh dibuat makan, maka berasaplah dapur itu.. kalau tak dak, kerja aku berasap kat kedai jealahhhh. hikhik 

Minggu ni peti ais dah kosong. Tinggal ja lagi dua tiga ekor ikan rebus dalam periuk atas dapur tuu. Ikan rebus ni tahan lama. hari2 duk perangat ok laa lagi, tak basi. Kalo malas nak perangat, masuk dalam peti. tahanlah dua tiga minggu kot. ginilah gaya orang 'rajinlah sangat' macam aku ni. kikikiki 

Tadi lepas magrib, suami aku tanya nak makan apa. Aku cakap jelahh apa2 jeaa. sebab susah dia nak tanya aku nak makan apa. selalunya melarang keras aku makan malam. hehe. Lepastu dia cakap pulak tak lapar. tak payah makanlah. Haih! pelik betul. tadi tanya nak makan apa, lepastu cakap tak lapar. Apa2 jealah kan. Aku pun terus masuk bilik mandi sedia. 

Lepas tu dia datang lagi kat aku tanya nak makan apa. Pizza? dominos? Aku ni dah kenapa. haha. Apalagi. fevret kot. Bukak laptop terus order pizza. memula nak order dominos, tapi nak makan carbonara la pulak. order la pizza. Aku sambung balik masuk bilik mekap2 sikit. suami ngan anak duk main2 kat luar. main apa ntah galak jea dua orang tu. 

Tetiba pulak lampu terbakar. mentol tak menyala katanya. Tak sempat aku nak pakai night krim bagai, membebel la kejap aku ni ha... macam mana nak tukar mentol tuu haaa. dah la tangga tak de. bla.bla.bla. Biasalahhh. aku ni kan pompuan. mulut ni memang suka membebel. hikhikhik. Tapi membebel dengan penuh kasih sayang. uolls jangan salah sangka pulak yea! AHAKS! 

Dan2 tengah membebel, suami aku suruh pulakkk aku cari dia punya baju tshirt untuk pakai esok. nak warna hitam, ada stripe biru dekat tepi. Hadoiiiii.. selalu pagi2 lepas subuh baru dia buat pilihan nak pakai baju mana, ni malam2 buta dah buat pilihan, tak sabar nak pergi sekolah ke abang oiiii???

Dah jumpa baju, aku keluar la tunjuk ke dia. 'Yang ni ke bang??'.. 

Tetiba... suami aku keluar dari dapur, berjalan slow2 bawak kotak dan lilin terpasang. 

Happy birthday to youuu... happy birthday to youuu... 

tak sempat nak habis nyanyi terus gelak letak kek atas meja. hahahahaa... Abang buat surprise? biar betul??? huuuuu.. sendu 2 saat. lepastu aku gelakk. kahkahkahkah.. Sejak bila pandai buat serprise2 niiii??? 

Suami aku ni ekceli jenis yang tak peduli pun pasal hari2 penting ni. Birthday ke, anniversary ke apa kea, langsung dia tak berminat nak ambik tahu/peduli. Tapi bila dia buat serprise macam ni kat aku.. tu yang aku rasa macam.. pelik.. dan terharu. hehe... This is the first time ok. 

Suami aku ni bukan jenis yang romantik. Abang romantik??? Hello!! tolong tepi sikit. tolong tepi sikit. haha. So, tak de lah nak berbunga ros bagai.. bercoklat ke hapa ke. candle light dinner ke. kahkahkah. please lah! kataaanya~

Ini pun dikira candle light dinner lahhhh. hehe

Baby Daffa tergamam. first time tengok lilin macam ni

Donut dan kek memang fevret. Aku tanya abang nape beli donut ni, beli kek dah le. Macam ada 10 orang kat dalam rumah ni. Dia cakap dia lalu depan kedai donut ni, nampak donut ni terus beli. adei~

Carbonara kureng. Sedap 10x ganda carbonara di restoran umi BTHO. aummmmm... Banyak betul makan. Besday girl lah katakan~~


Aku ni jenis yang sendu sikit. Bab2 hari penting aku sensitip. kalau suami tak wish walaupun satu rangkap selamat hari lahir. memang aku buat muncung itik era 60an baik punyalah. hehe. tu je yang aku nak. orang tersayang ingat hari penting aku. hahaha. tak perlu bagi banglo sebijik pun.. tapi kalo bagi pun boleh jugak. Rumah SemiD jea pun dah ok. ok sangat. hehehe 

BTW, Terima kasih buat kawan2 yang wish happy birthday to me. hehee. Doakan yang baik2 untuk aku yea kawan2. 

Special to my sawo, Ponsikou for everything. malam ni kenyang sangat sampai tak lena nak tido. hujung minggu ni konfirm kena denda jogging 5x round. wohaaaa. larikkk!!!! 

TQ for reading! K bai~        



14 comments:

❤Kamsiah❤ said...

semoga sentiasa berbahagia..sentiasa dirahmati ALLAH..seronoknya bila 'disuprisekan' begitu..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ibu nina. heee best gila dapat suprised! yeahhh suami kita pun bukan jenis romantika de amor tapi kalau dia kasi suprise camni, confirm melting kot. hahaha kira masuk hari dalam sejarah la kataaaa. hakahakkk ~~~

Cik Jelita said...

semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia bersama yang tersayang...so sweet la dapat surprise eh...daffa comey.geram laa...

asyifa mustaffa said...

Hepy besday...moga panjang umur...murah rezeki...
Blackout ye...best la surprise2 gitu..:)

Nurzakiah Hanum said...

wish u happy always

Normi Nieza said...

alahai..romantiknya..hepi bestday nina..:)

:: Cik Viva :: said...

Happy Birthday awk..smga pjg umo, murah rezeki & bahagia selalu..

Tihara said...

happy birthday nina
carbonara pizza memang kureng tapi meatball carbonara dia sedap plak kan :)

Nieda ramly said...

semoga muda sentiasa...happy birthday

Nieda ramly said...

semoga muda sentiasa...happy birthday

eima said...

hepy belated besday nina ...

lama nye tak update ... rajin2 la

cik mah said...

Happy belated besday ibu daffa...wah...pndai wat surprise...ada kemajuan tu...daffa muka terkejut..hehe

eyza said...

Sama la..husband eyza pun bukan jenis yang romantik.. tapi, kalau sesekali diaorang buat surprise.. mmg bole touching rasanya.. :)

Salam kenal.. jemput singgah blog eyza..

http://eyzamiel.blogspot.com

babYpose said...

haha best surprisenya happy belated birthday :)