KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 3, 2016

Guilin (6H5M): Huangluo Yao Village (the long hair village) & Longji Terraced Fields (Day 2)

Assalamualaikum... 

Keadaan cuaca pada hari kedua tak berapa nak baik. Guilin pagi2 lagi dah hujan. tapi tak lebat pun. hujan rintik2 manja2 gitu. Nasib baik kami dah booking untuk travel ke longji dengan hotel semalam. kalau tak leceh jugak nak redah hujan, kami tak pe lagi, Daffa ni ha kesian.

Kami: bertiga sebelum berempat. hikhikhik. 
Get ready sebelum memulakan perjalanan :)

Plan asal nak naik bas sendiri je. Tapi bila kena transit bagai kami rasa macam leceh pulak. Bila tengok pakej yang hotel tu tawarkan agak murah boleh tahan, so kami dicide travel dengan diaorang sajalah. 



Pakej yang ditawarkan. 290 Yuan seorang *Daffa free ler*. Apa yang menarik dalam pakej ni, termasuk bayaran masuk show di Yao Village. 
Oh ya, sebelum sampai longji, kami singgah dulu di perkampungan orang rambut panjang, hehe, menarik kan?? 
lepas tengok show kat sana baru teruskan perjalanan ke Longji. 
Lunch jugak termasuk dalam pakej, Tapi baik bawak makanan sendiri je lah yeaaaa. *beli sesiap kat guilin* hahaha


Bila hujan dan turun, kesejukan makin terasa. suhu boleh cecah sampai 3 degree kot. try test bendalah ni, menjadik jugak dia punya panas tu. kira macam bergunalah beli kat Kok Kong winter haritu.



Pemanas ajaib. letak je kat tangan, lama2 panas. auwww

Kami bertolak dari hotel pukul 8 pagi. perjalanan ke sana ambik masa lebih kurang 2 jam lebih. kami naik van je. Ada seorang driver, seorang amoi cantik yang fasih berbahasa inggeris *yang guide kami* dan 3 orang lagi traveller yang join trip kami ni. Kira ok la. kalau satu bas, jenuh jugak. Aku lagi enjoy jalan2 bila tak perlu menunggu orang ramai. hahaha 


Huangluo Yao Village (the long hair village) 

Nasib kami baik. sampai je di perkampungan rambut panjang ni, ngam2 diaorang mula show. Unik betul diaorang ni. panjang berjela kot rambut. Daffa pun takut nak tengok. haha.


Siap sedia untuk tengok show. welfie sedas




Daffa join menari sekali. show last


Suasana di perkampungan long hair. sangat menenangkan jiwa raga. dengan keadaan gunung ganang sungai dan kesejukkannya. marbeles!!!

Diaorang semua ni gunting rambut sekali je seumur hidup. sangat wow! kan. 

Setiap wanita disini pula berbeza-beza dari segi status. nak cam senang jea. yang aku ingat, 

1. kalau perempuan yang tak kahwin lagi rambut dia akan ditutup dengan kain. 
2. dah kahwin, tapi tak ada anak, diaorang just lilit je rambut yang panjang tu mengelilingi kepala. 
3. dah kahwin dan ada anak rambut diaorang akan dililit kat kepala pastu ada bun kecik *macam singh* di dahi. bun tu rambut le, bukan roti bun pulak yea. muahaha 

Lagi satu uniknya diaorang ni. cara diaorang menunjukkan kasih sayang (means: suka). 

1. Kalau perempuan tu suka dekat lelaki tu, diaorang akan tampar bontot lelaki tersebut *muahaha* 
2. Lelaki pulak kalau suka kat perempuan tu kaki diaorang akan sepak2 manja kaki perempuan tersebut. 

hah. gitulah kekdahnya 


Tips untuk kesini agar tidak diganggu oleh penjaja: Buat tak tahu jea kalau diaorang hulurkan barang yang diaorang jual. atau terus say thanks. tak payah duk belek2 nanti dari kutub selatan sampailah ke kutub utara diaorang akan ikut ko. naya. naya.  

Longji Terraced Fields 

Dari Huangluo ke Longji ni pulak makan masa dalam setengah jam untuk sampai. Jalan dia pulak sangat super duper extreme. lagi teruk dari jalan Tapah ke Cameron. Nasib baik anak aku ok. sebab dulu masa pegi cameron ikut tapah, Daffa muntah dalam kereta. hahaha

Longji Terraced Fields. Tempat ni sangat2 unik. dia punya view sangat2 cantik!!!! Tak hairanlah kalau tempat ni dianugerahkan sebagai "The most wonderful and unique terrace in the world!!" 

Ada dua cara untuk menikmati keindahan Longji terraced fields ni. 

1. Jalan kaki / hiking sampai ke puncak *makan masa sejam lebih kalau yang jenis semput macam aku* 
2. Naik cable car (120 Yuan seorang) 

Kami pilih naik cable car jelah. teringin jugak nak jalan2, tapi risau kan anak. sebab kat Guilin hujan. takut tetiba hujan tu datang kat sini pulak. haha. motif sangat kan alasan tu. Tapi Alhamdulillah lah, sepanjang kami kat longjing dan huangluo, cuaca sangat2 baik. :).


Teddy bear ibu dan daddy. Daffa jakun jap. first time naik cable car








Wanita Yao. nampak tak bun didahi tu. itu tanda dah kawin dan ada anak. hehe

Alatan yang diaorang gunakan untuk menanam




Pintu masuk. untuk yang nak hiking, boleh mula dari sini :)

Sedang menunggu sambil bermimpi. haha. Ada seorang lagi geng yang datang sama2 kami belum sampai di bawah. Dia jalan kaki sorang2 jea. :)

Alhamdulillah. selamat sampai di Guilin city centre. Cukup satu hari perjalanan kami pergi balik ke sana. Sampai je guilin, settle2 urusan dalam hotel lepastu terus terkam ke restoran untuk isi perut.




Kali kedua makan disini, kami dah pandai pilih lauk dengan bajet yang rendah. Daffa pulak memang hantu sayur. Telur tu nampak macam banyak kan? ha. jangan tak tahu. semua makanan ni licin. tetiba pulak lada benggala jadi fevret aku. sedap jugak dia masak daging black peper + lada benggala macam ni. hahaha  


Total budget : 410 Yuan seorang (Huangluo + show + Longji + cable car) 

GUILIN DAY 1

Tq for reading. k bai!!       




Saturday, January 2, 2016

Guilin (6H5M): Guilin City Centre (Day 1)

Assalamualaikum... 


Terhegeh2 booking tiket flight beberapa minggu sebelum terbang.. Aku pun tak pasti mimpi apa suami aku ni ajak pergi Guilin. Sebagai isteri yang taat pada suami, aku ikut jelah. haha. padahal dalam hati berbunga2 ye idok. jalan2 lah katakan. gila nak tolak? Berguling-guling lah kite di Guilin yea! hahaha. 

Kami kesana hanya bertiga. Ibu-Daddy-Daffa. Sendiri booking flight, sendiri cari hotel, sendiri survey tempat mana nak jalan2 kat sana. Bajet jimat cermat katanya. Hotel kami booking melalui Agoda je. Pilih hotel2 bajet. janji muat satu katil tiga orang. haha. tak payah nak demand sangat. So rate hotel kami paling murah Rm40 satu malam, paling mahal Rm80. NO GST la kalo tak silap. haha 

Masalah besar bila pergi time musim sejuk ni adalah masalah nak kena beli baju sejuk. Bajet untuk winter coat untuk kami bertiga lagi mahal dari bajet hotel tahu! nangis mak jemah. Tapi sedapkanlah jugak hati ni. Tak pe bang, tak pe. kita beli sekali ni jelah baju. lain kali kot2 nak travel time musim sejuk lagi kita pakai la hak ni. apa susah. tak payah duk cari yang lain... kan. 

Semua kelengkapan pakaian kesana: Long John (PENTING! PENTING! PENTING!), sweater, winter coat, mafla, sarung tangan, sarung kaki bagai semua kami beli di KOK KONG WINTER WEAR, Jalan Loke Yew. sekali harung beli kat sana. Malas nak pergi berjuta2 kedai. So far, aku tak pasti murah ke mahal kelengkapan tu kat sana, sebab aku tak survey, last minute punya plan. Beli hari Sabtu, Isnin fly. Bajet? habis separuh sebulan gaji. Huwaaaa. mengalir air mata darah...

Bila suruh Pose. Yeah. ready to GUILIN!!!

Kami bertolak ke Guilin, 21hb dec (Isnin). Perjalanan makan masa 3jam. First time travel jauh dengan Daffa. Nasib baik daffa tak buat aksi pelik2. Sejam setengah dia tido. lagi sejam setengah minta perhatian dari ibu dan daddy. haha. layankan ajelah. 

Jejak je kaki di Guilin Liangjiang International Airport, ya ampunnnnn. sejuk sangat! Suhu time tu 8 degree. Mula lahh kami terhegeh2 keluarkan sarung tangan dan sarung kepala daffa. dah le tak dok rambut anak teruna aku ni. kalo angin masuk, terus sampai keubun2. hahaha. Anak je yang kami risaukan. takut tetiba sakit. tak ke naya. 

Settle cop imigresen, ambik beg bagai, bermulalah episod suka duka travel kami... 

Abang kononnya dah awal2 survey nak naik bas ke Hotel dari airport. Keluar je dari pintu arrival, ambik kanan, jalan straight akan jumpa kaunter tiket bas tu, betul2 tepi KFC. Tapi sayang, segigih2nya suami aku SPEAKING LONDONG, sepatah haram amoi tu tak paham. hahaha. aku hanya mampu gelak kat belakang. amoi tu cakap dalam bahasa dia, sambil tunjuk2 jadual penumpang2 flight sampai. So kami buat konklusi sendiri, bas ni dia tunggu orang penuh bas kot baru nak jalan. haha. SO kami tukar plan. kita cari teksi sajalah. 

Teksi yang dicari, ULAT TEKSI yang kami dapat. haha. Insan2 kat sana memang tak paham2 bahasa inggeris, apatah lagi bahasa melayu. So, bila diaorang mengembek, kami mengaum. gitulah gamaknya. Abang dah print sedia alamat hotel, so kami tunjuk jelah kertas tu kat dia. dia angguk. Asalnya kami leh dapat 60 Yuan jea untuk sampai ke Guilin City Centre, tapi ada masalah sikit akibat dari silap paham bahasa jiwa bangsa , so kami redha jelah 100 Yuan untuk Ulat teksi tu. janji selamat sampai hotel. haha 

Check in Hotel dulu semata2 nak letak beg gabak. kemudian kami terusssss sepantas kilat keluar. KELUAR CARI MAKAN! lapar oii. 

Kami pilih OASIS GUILIN INN selama 2 malam kami tinggal di Guilin City Centre ni. Hasil dari review orang lain, Alhamdulillah. Betullah, Hotel ni memang bagus. hehe. Bagus dari segi murah (RM80 satu malam), bagus dari segi dekat dengan tempat makan (halal food) dan bagus dari segi tuan punya hotel ni RAMAH, PANDAI CAKAP OMPUTIH, SANGAT2 MEMBANTU KAMI as backpakers ni. HIGHLY RECOMMENDED!!!

Nampak tak OASIS tu?? tu lah hotel yang kami duduk. betul2 dalam bandar. keluar hotel terus jalan besar



Nak cari kedai makan pulak satu hal. pusing sana sini, sampai tanya polis, akhirnya jumpa jugakk Restoran ni. Abang polis tu cakap makanan kat sini sodap. So, aku tak sabar nak cuba. aumm!!! 


Tips: Dari Oasis in, Lintas jalan raya tu, Straighhttttt je jalan sampai jalan mati, belok kanan, jalan beberapa langkah, ada lorong masuk kiri. celah2 lorong tu lah restoran sedap ni. haha. kalau tak jumpa, redahhh jelah. kikiki


Tumpang duduk auntie, letih cari kedai makan tak jumpa2

Indian Halal Restaurant. Nama je Indian, tapi pemilik dan tukang masaknya Cina. :)

First time order makanan kat sini. Terkejut beghuk masa nak bayar. hahaha. masa order kemain kann. tak reti2 nak tengok harga. Hah. lagi satu. time makanan sampai, aku dengan abang pandang sesama sendiri. mak aihhh. lauknya macam 10 orang nak makan. hahaha. portion lauk sayur diaorang memang besar kot even untuk satu orang makan. haha.


Daging brokoli, SUP RUMPAI LAUT. sumpah sedap. Sup Ayam 8 herba tak de dalam gambar. lambat sangat sampai

Kesiannn anak aku. mcm dah kebulur rupanya

Apa yang aku suka makan kat tempat ni, dia sediakan 1 KENDI tea cina panas2. Ya Ampun, tak henti2 aku minum. siap bubuh dalam botol mineral lagi bawak balik hotel. haha. Sepanjang duk sana., memang kami makan kat sini je kecuali 1 hari di YangShuo. Bila balik Malaysia, aku perasan yang baju kurung aku longgar sikit. haha. penangan teh cina tanpa gula lettew!!! 

Oh ya, ma aku ada cakap, nasi kat china sedap, cuma lauk diaorang je kembang di tekak. erk? Ikhlas dari aku, aku betul2 suka masakan kat restoran ni. memang tiap kali order confirm licin jilat pinggan. serius. aku tak tipu, tekak aku laju je telan. haha 

Total semua kami makan untuk tiga orang hari first tue: 168 Yuan. gulp gulp. dah le sup ayam 8 herba tu tak habis. Ayam dia bubuh satu ekor gamaknya. banyak bebenor. Siap tapaw bawak balik hotel lagi taw. dinner makan hak tu jelah. kenyang sampai esok. hahaha 

Hari pertama kami ni jelah gamaknya. Malam tu tak de pergi mana2. pengsan. charge tenaga. 

Pssstttt... SUP RUMPAI LAUT tu serius sedappp. tolonglahhh jangan mengidam! tak pasal2 kena pergi Guilin lagi. haha  

TQ for reading! k Bai~   



Monday, December 14, 2015

DIANZ VITAMIN berwajah baru!!!!!!!

Assalamualaikum..., 

Wow!!! Dianz vitamin packaging baru lebih gempaq!!! Sangat cantik menawan dalam botol berwarna purple. Purple dan dian legacy sdn. Bhd memang tak dapat dipisahkan. Trademark uolsss trademark! Hehehe. 


HISAP-HISAP TERUSSS CANTIK!!!!.


Apa yang menariknya vitamin baru ni, ada extra Pearl!! Wow. Mutiaraaa uols. Utk effect kulit lebih cantik mulus gebu gebasssss gituuu. 

100% kandungan vitamin packaging baru ni sama macam yang lama cuma ada extra pearl sahaja. 

Rasa? Rasanyaaa lebih sedappp berbanding yang lama. Itu kata boss lahh. Sebab kami tak cuba lagi. 21hb dec ni baru produk ready stock dan akan di pos kepada kami. :). 


JOM LAYAN INFO DAN GAMBAR2 DIANZ VITAMIN PACKAGING BARU.










Cantikkkk kannn. Hehe. Tak sabar pulak kita nak pegang botol vitamin baru ni. Nak belek2. Peluk cium semua. Hahaha. OK. utk details lagi pasal produk. Korang bole kontek nina yea. Hehe. 

DIANZ VITAMIN OPEN FOR PREORDER: 019.3190117
  


tq for reading!!  




Sunday, October 11, 2015

KETIAK HITAM dah SEMAKIN CERAH!!!

Assalamualaikum... 

WOW!! testimoni panas2 dari oven. heheehe. KETIAK yang berdaki hitam legam dah semakin cerah!!!!



customer ni baru pakai SEBOTOL NANO (10g). kalau konsisten pakai lagi botol kedua.. camano le rupanya yeaaa. hihi. 

hai korang. tak kan tengok je.. tak nak ke ketiak yang cerah sekata dengan warna kulit?? Kalau ada masalah hitam2 di leher. buku lali. siku. punn boleh guna nano ni taw! hasilnya InshaAllah puas hati!! :) 

019.3190117 

TQ for reading! kbai~