KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, January 3, 2016

Guilin (6H5M): Huangluo Yao Village (the long hair village) & Longji Terraced Fields (Day 2)

Assalamualaikum... 

Keadaan cuaca pada hari kedua tak berapa nak baik. Guilin pagi2 lagi dah hujan. tapi tak lebat pun. hujan rintik2 manja2 gitu. Nasib baik kami dah booking untuk travel ke longji dengan hotel semalam. kalau tak leceh jugak nak redah hujan, kami tak pe lagi, Daffa ni ha kesian.

Kami: bertiga sebelum berempat. hikhikhik. 
Get ready sebelum memulakan perjalanan :)

Plan asal nak naik bas sendiri je. Tapi bila kena transit bagai kami rasa macam leceh pulak. Bila tengok pakej yang hotel tu tawarkan agak murah boleh tahan, so kami dicide travel dengan diaorang sajalah. 



Pakej yang ditawarkan. 290 Yuan seorang *Daffa free ler*. Apa yang menarik dalam pakej ni, termasuk bayaran masuk show di Yao Village. 
Oh ya, sebelum sampai longji, kami singgah dulu di perkampungan orang rambut panjang, hehe, menarik kan?? 
lepas tengok show kat sana baru teruskan perjalanan ke Longji. 
Lunch jugak termasuk dalam pakej, Tapi baik bawak makanan sendiri je lah yeaaaa. *beli sesiap kat guilin* hahaha


Bila hujan dan turun, kesejukan makin terasa. suhu boleh cecah sampai 3 degree kot. try test bendalah ni, menjadik jugak dia punya panas tu. kira macam bergunalah beli kat Kok Kong winter haritu.



Pemanas ajaib. letak je kat tangan, lama2 panas. auwww

Kami bertolak dari hotel pukul 8 pagi. perjalanan ke sana ambik masa lebih kurang 2 jam lebih. kami naik van je. Ada seorang driver, seorang amoi cantik yang fasih berbahasa inggeris *yang guide kami* dan 3 orang lagi traveller yang join trip kami ni. Kira ok la. kalau satu bas, jenuh jugak. Aku lagi enjoy jalan2 bila tak perlu menunggu orang ramai. hahaha 


Huangluo Yao Village (the long hair village) 

Nasib kami baik. sampai je di perkampungan rambut panjang ni, ngam2 diaorang mula show. Unik betul diaorang ni. panjang berjela kot rambut. Daffa pun takut nak tengok. haha.


Siap sedia untuk tengok show. welfie sedas




Daffa join menari sekali. show last


Suasana di perkampungan long hair. sangat menenangkan jiwa raga. dengan keadaan gunung ganang sungai dan kesejukkannya. marbeles!!!

Diaorang semua ni gunting rambut sekali je seumur hidup. sangat wow! kan. 

Setiap wanita disini pula berbeza-beza dari segi status. nak cam senang jea. yang aku ingat, 

1. kalau perempuan yang tak kahwin lagi rambut dia akan ditutup dengan kain. 
2. dah kahwin, tapi tak ada anak, diaorang just lilit je rambut yang panjang tu mengelilingi kepala. 
3. dah kahwin dan ada anak rambut diaorang akan dililit kat kepala pastu ada bun kecik *macam singh* di dahi. bun tu rambut le, bukan roti bun pulak yea. muahaha 

Lagi satu uniknya diaorang ni. cara diaorang menunjukkan kasih sayang (means: suka). 

1. Kalau perempuan tu suka dekat lelaki tu, diaorang akan tampar bontot lelaki tersebut *muahaha* 
2. Lelaki pulak kalau suka kat perempuan tu kaki diaorang akan sepak2 manja kaki perempuan tersebut. 

hah. gitulah kekdahnya 


Tips untuk kesini agar tidak diganggu oleh penjaja: Buat tak tahu jea kalau diaorang hulurkan barang yang diaorang jual. atau terus say thanks. tak payah duk belek2 nanti dari kutub selatan sampailah ke kutub utara diaorang akan ikut ko. naya. naya.  

Longji Terraced Fields 

Dari Huangluo ke Longji ni pulak makan masa dalam setengah jam untuk sampai. Jalan dia pulak sangat super duper extreme. lagi teruk dari jalan Tapah ke Cameron. Nasib baik anak aku ok. sebab dulu masa pegi cameron ikut tapah, Daffa muntah dalam kereta. hahaha

Longji Terraced Fields. Tempat ni sangat2 unik. dia punya view sangat2 cantik!!!! Tak hairanlah kalau tempat ni dianugerahkan sebagai "The most wonderful and unique terrace in the world!!" 

Ada dua cara untuk menikmati keindahan Longji terraced fields ni. 

1. Jalan kaki / hiking sampai ke puncak *makan masa sejam lebih kalau yang jenis semput macam aku* 
2. Naik cable car (120 Yuan seorang

Kami pilih naik cable car jelah. teringin jugak nak jalan2, tapi risau kan anak. sebab kat Guilin hujan. takut tetiba hujan tu datang kat sini pulak. haha. motif sangat kan alasan tu. Tapi Alhamdulillah lah, sepanjang kami kat longjing dan huangluo, cuaca sangat2 baik. :).


Teddy bear ibu dan daddy. Daffa jakun jap. first time naik cable car








Wanita Yao. nampak tak bun didahi tu. itu tanda dah kawin dan ada anak. hehe

Alatan yang diaorang gunakan untuk menanam




Pintu masuk. untuk yang nak hiking, boleh mula dari sini :)

Sedang menunggu sambil bermimpi. haha. Ada seorang lagi geng yang datang sama2 kami belum sampai di bawah. Dia jalan kaki sorang2 jea. :)

Alhamdulillah. selamat sampai di Guilin city centre. Cukup satu hari perjalanan kami pergi balik ke sana. Sampai je guilin, settle2 urusan dalam hotel lepastu terus terkam ke restoran untuk isi perut.




Kali kedua makan disini, kami dah pandai pilih lauk dengan bajet yang rendah. Daffa pulak memang hantu sayur. Telur tu nampak macam banyak kan? ha. jangan tak tahu. semua makanan ni licin. tetiba pulak lada benggala jadi fevret aku. sedap jugak dia masak daging black peper + lada benggala macam ni. hahaha  


Total budget : 410 Yuan seorang (Huangluo + show + Longji + cable car) 

GUILIN DAY 1

Tq for reading. k bai!!