KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 5, 2016

Guilin (6H5M): Yangshuo (Day 3)

Assalamualaikum... 

Sehari sebelum ke Yangshuo, kami ada tanya orang hotel tu macam mana nak kesana. 

Ada 3 cara (setahu aku lah) 

1. Naik Cruise (The Li River Cruise dari Guilin ke Yangshuo: 4 - 5 jam) - of course mahal cekik darah. 'Cruise' kottt. haha. Rate harga dalam 400 ++ Yuan. Kalau naik bendalah ni. Daffa boleh join sekali





2. Bamboo Raft - yang ni kalau tak silap aku, murah la sikit dari cruise. rakit je kot. buat dengan buluh. tradisional punya cara.





TAPI SAYANG, budak bawah umur 7 tahun tidak dibenarkan menaiki rakit disini. Atas faktor keselamatan, kerajaan tidak benarkan. huwaaaa. minitik air mata darah sekalipun, Daffa memang tak boleh naik. sobs.sobs. Dah le kami booking hotel kat sana semata2 nak naik rakit nih. Yangshuo cantikkkk kot. Pemandangan menyusuri Li River ke Yulong River sangattt cantik. *aku tengok dalam google*. huhu. tak dapat le kami nak menghayati keindahan alam kat sana 

3. Naik bas (2 jam) - so, inilah pilihan kami. Naik bas ke Yangshuo. Nak tak nak, kena pergi jugak kesana. sebab hotel dah booking. redha jelah. 

Dari hotel, kami jalan kaki ke stesen bas. seingat aku, dalam 10-15 minit kot berjalan. Stesen bas diaorang biasa2 je. tak secanggih stesen bas di Terminal Bersepadu Selatan. hahaha.


Stesen Bas Guilin City Centre
 
Dalam bas


Orang-orang kat sana memang suka cari makan. dimana-mana saja ada je trik diaorang. kat stesen bas pun hado. Masa kitaorang tengah tengok2 bas mana yang nak naik, datang la makcik ni. kami tak cakap banyak. terus cakap YANGSHUO. hah. apa lagi. dia pun suruh la kami ikut dia ke bas. tak pasal-pasal dapat duit ke dia kan. rajin betul orang kat sana. sanggup tuuu nunggu tepi jalan cari peluang. Tiket bas ke sana kami kena 50 Yuan (dua orang) masa pergi. Masa balik pulak *direct naik bas- tak de orang tunjuk2* kami dapat harga 40 Yuan untuk dua orang. Hah. nampak tak. 10 yuan le makcik tu dapat komisen haritu. hehe. good job makcik. 

Sampai di stesen bas Yangshuo. lagi teruk keadaan dia dari stesen bas guilin. kikiki. Tapi suasana kat situ memang sangat mendamaikan. aku suka sangat view bukit gunung kat sana. perfect!! 

Kami terus naik motor ke hotel. malas nak pusing2 cari. Tunjuk kertas alamat hotel ke driver motor tu, terus dia bawak kami kesana. nak bercakap memang tak le. Sorry le. memang tak paham bahasa lain selain bahasa ibunda diaorang.


Bergambar dengan driver moto

Hotel yang kami duduk: Bamboo House Hotel, Yangshuo. 
Recommended. Murah je. 
Tak sampai Rm70 kot kalau tak silap. lupa

Kat Yangshuo ni terkenal dengan Mee Tarik *halal food*. So, lepas check in. segigihnya kami mencari di mana kah restoran mee tarik itu. dekat sejam jugak kot cari. Rupa2nya kedai tutup. hhahaah. Balik la ke hotel dengan kecewa. dah le lapar giler.


Map sekitar Yangshuo
 
Day 4: Bergambar di Yangshuo sebelum balik


Tetiba pulak ada pakcik *lingkungan 50-an* ikut kami sambil tunjuk2 pamplet bamboo raft. Kami paham, dia nak suh kami ikut dia naik rakit. kira macam bayar jelah kat dia. Mula-mula dia letak harga 140 Yuan. last2 120 Yuan. Bagai anjing dengan monyet bercakap, kami tunjuk la Daffa kat pakcik tu, nak cakap daffa mana boleh naik rakit, kecik lagi. Tapi dia angguk, bla.bla.bla. yang aku paham, dia cakap yang Daffa boleh naik. Aihh. yeke boleh naik ??? confuse kejap. 

Nak sedapkan hati pakcik tu, kami ikut je lahh. mula-mula dia nak jalan kaki jea. mak aihhh. jauh kot. aku dah tak larat, plus lapar lagi. Last2 dia suh kami naik teksi. 15 Yuan kena bayar. hahaha. adei la pakcik oi. 

Sampai kat tempat bamboo raft tu, pakcik tu settlekan semua dan dia dapat lesen memandu rakit. haha. kemain dia tunjuk kat kami lesen besar. 

Satu rakit besar tu hanya kami bertiga je. pakcik tu yang 'drive'. kiki. Kemain seronok ni kami dapat jugakk naik rakit mengelilingi sungai Yangshuo akhirnya.


Seronok dapat naik rakit. haha

SEKALI.................................... prittttt prittttttttt. 

Tu diaaaa. dua tiga orang polis ngejor. hahahah. hah pakcik. aku kato dohhh Daffa tak boleh naik. pakcik ni yang tak paham2 bahasa. pung pang pung pang pakcik tu kena bebel dengan sang polis. kikikiki. nasib tak herdik kat kami. ohhh polis. kami tak bersalah. hahaha


pasrah. tak dapat naik

Pasrah jealah. Nasib baik dapat balik duit. Tapi dapat refund 100 Yuan jealah. Lagi 20 Yuan asalnya pakcik tu nak ganti, tapi kami tolak. Kesian dia. Rupanya2, segigih2 dia cari makan, ikut kami jalan jauh2. rupa2nya, 20 Yuan je dia dapat?. huhu. nak menitik air mata aku. 

Kami balik semula ke hotel, lepak2 solat bagai, terus keluar cari makan. sebab abang dah jumpa restoran lain untuk kami. Alhamdulillah. dapat jugak isi perut. kiki.


Halal Food Restaurant :)

Lepas makan, jalan-jalan kat area pekan Yangshuo. Aku lagi suka kedai-kedai dan suasana malam di sekitar Yangshuo berbanding dengan Guilin City Centre. Rasa tak puas jalan2 kat sini. sebab 1 malam je kami disini. Yangshuo best! this is serius!!






Sampai hotel, mengampai. doi. cas bateri. Esok pagi awal2 kami nak balik Guilin, sebab semua aktiviti-aktiviti kat Yangshuo tak dapat nak buat, Daffa terlalu muda. haha 

Tq for reading! K bai    


1 comment:

Anum said...

wow bestnya travel