KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, January 25, 2016

Resepi Simple Spiral Carbonara by Chef Aniza

Assalamualaikum... 

Minggu lepas adik aku wassap. nak suh aku order HERBALIFE untuk dia. 

Time tu aku tengah suap spageti carbonara kat anak. carbonara beli je wei. kawan juai. aku beli. siap beli DUA BEKAS lagi. satu bekas makan terus. lagi satu bekas simpan dalam peti, makan esok. haaha 

Terus kena sound dengan adik. 

Woi. ko masak jelah sendiri carbonara tu. senang je weh. pakai SUSU je

Pakai susu je???? macam menarik. bagi resepi kat aku. kalau senang aku buat. kalau renyih? KIRIM SALAM jelah 

Ada je aku gugel2 resepi carbonara. Tapi tak terbukak hati nak cuba buat sendiri. haha. 

TAK TERBUKAK HATI KE? DASAR PEMALAS? hah. jawab2 

Semalam gigih la aku test resepi carbonara yang adik aku bagi tu. memang simple giler weh. nampak macam comot je rupanya spiral carbonara aku tuh. 

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. rasa diaaa. memang PERGHH!!! setaraf hotel 50 bintang beb. hahaha. #pujidirisendiri. 

Laki aku yang jenis tak reti makan benda2 macam ni punnn licin makan weh. haha. 

bila aku tanya sedap ke idok? 

ermmm. bolehla.... 

tu jelah jawapan dia. susah bebenor nak cakap sedap kan? haha 

meh aku share resepi dengan korang eh. kalau rajin, cubalah!!! hehe. Bahan2 pun tak banyak. memang simple2 je aku buat 


SPIRAL CARBONARA by Chef Aniza 




Bahan-bahan: 





1. Pasta - aku pakai spiral. senang nak suap anak. kalau spagetti renyih sket (rebus, tos siap2)
2. Butter 
3. Bawang putih
4. Whipping cream / Heavy cream - Aku pakai COOKING CREAM 
5. Susu Full Krim 
6. Parmesan Cheese - aku beli yang dah siap diparut 
7. Lauk pauk / seafood - aku bubuh sosej blackpepper jer 
8. Mushroom 
9. Blackpepper 
10. Garam *tak bubuh pun tak pe kot. sebab rasa cheese macam dah masin* 

Tambahan: ***Aku bubuh mixed herbs + oregano (sebab dah sedia ada kat rumah. saja gatal2 bubuh)*** 

Cara-cara: 


Bahan2 kat atas tu tak de sukatan. main campak je. bajet hebat sangat. haha 

1. Cincang2 bawang putih, tumis bersama butter 
2. Masukkan cooking cream satu kotak kecil tuh, pastu terus masukkan susu full krim 
3. Masukkan sosej & mushroom 
4. masukkan blackpepper sesedap rasa - aku buh banyak sikit kot sebab suka blackpepper 
5. Masak krim tadi sampai menggelegak. 
6. Masukkan parmesan cheese sesedap hati. kalau rasa tak cukup tambah lagi 
7. Rasa dulu kuah tu masin ke idok. kalau tak masin, bubuh le garam. kalau nak MORE creamy, leh le keringkan sikit kot. haha. tak pun bubuh cheese lebih sikit. 
8. Siap! sedia dimakan


Yahooooo. berjaya buat carbonara. hahaha.
 
Satu mangkuk ni Daffa boleh habiskan. aummmm

My son :)

Habissssssssssssssss!!!! yummy!!! :)

Ok. tu jelah nak update. haah. meroyan satu dunia leh buat carbonara kann. hahaha. 

bak kata laki aku. 

ELEHHHHH. BARU SEKALI MASAK DAH BISING SETAHUN. 

pffffftttt

TQ for reading!!  



1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Itu dia - buah hati besar dan kecik semua makan sampai licin
Puas hatilah kan:)