KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 28, 2010

oh...Yeahhh!!!

aduiii...
huhuhu...
sadis betul jadi cikgu ari ni.(utk part permulaan je la..y lain ok je...)
hihihi...
ngajor budak2 besar ni..
xd la sengang sgt..xd la susah sgt..
tp susah la jugak..
huhuhu..

majoriti cikgu2 disekolah ni..
mengajar dalam bahasa melayu..
huhuhu...
bila aku ngajar lam bahasa inggeris..
huhuhu...
majoriti budak xpaham..
boleh ke dia suruh aku ngajar lam bahasa melayu je..
hihi..
ikutkan hati..
nak sgt aku ngajar lam BM..
huhu..
tp.. practice2 la lam BI..
nak memudahkan aku jugak nanti nk praktikal..
huhuhu...

apapun...!!!
alhamdulillah... objektif aku tercapai..
hihi..
tahniah2..
seb baik budak2 ni bg kerjasama yang amat memberangsangkan..hahaha


xd dah nk taip..
lapar..
jom makan..~

Wednesday, January 27, 2010

Pesanan Dr.Fadhilah Kamsah

Assalammualaikum……

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan …dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen … tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan …either belen makanan mak atau abah … tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan… kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain … samada kami perasan atau tidak ….so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak …

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri …arwah tok perempuan kami lah sebelah abah …mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak…dan saya sendiri akui kesannya ….makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok …jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak… samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka … solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib … kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam … kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat… ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang …
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali …tak caya try buat …solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib … dapat semua waktu lagi baik …sangat besar ‘rahsia’ dan peranan dapur rupa-rupanya…dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

“Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”.

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly…
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you’ll lose nothing. Wallahu A’lam…

Aku jatuh CintA lagi...(^_^)

Fuh....

(^_^)...

hari ni..
observe guru pendamping...
first time la kira ni masuk kelas sepanjang 8 hari buat ros kat SAMM ni..
hmm...
kelas tingkatan 4 Akaun 2..
masuk kelas..semata-mata nak observe guru pendamping...
so.. xd la rasa nerveous sgt..
bukannya aku y ngajar..

seperti biasa
apabila guru masuk
pelajar akan berdiri untuk beri salam..
"Assalamualaikum Ya Muallimah..."
kemudian mereka baca doa..
dan duduk..

bermula lah episod aku utk memberi komen ttg apa yang guru pendamping aku tu buat...
hmmm...
mula2 sekali.. aku tulis..
pelajar berdiri dan memberi salam kpd guru (ni pun kena tulis ke)..huhu..........
selang beberapa minit kemudian..
hihihi... tangan aku berhenti menulis..
sebab BLURR>..
..xtaw nk tulis aapa..
wakakaka...~
so..
fikiran ku mula melayang... hihi..
melayang dalam kelas tu je
bukan nyer luar kelas..

hmmm...
tiba2..
terdetik lam hati aku..
"BESTNYA JADI CIKGU"..
hihihi..
entah mengapa..
tiba2 perasaan itu ada..
sedgkan selama ini..
aku betul2 tak suka.. dan tak nak.. serta tak mahu...huhu
alhamdulillah...
akhirnya..
perasaan suka ini sudah hadir dalam diri aku..

waaaaaaaaaahhh!!!!!
AKU SUDAH JATUH CINTA DALAM DUNIA PERGURUAN!!!....

tiba2... aku tgk pelajar dah bangun..
hmm..
ini bermakna ..kelas dah habis..

hahahah
aku tak tulis komen apa2 pun ni.. wakakaka...
hentam sajalah...

Next---> cepat2 aku g kantin ngn ja..lapo bebenar..!!!
---> print Lesson plan utk esok..yeahh!! esok ngajar..
byee!!~

Tuesday, January 26, 2010

Interactive Dakwah Training (IDT)

Salam semua...(^_^)

Pernahkah kawan2 terdengar tentang program ini sebelum ini?
Saya di sini bukanlah cuba untuk mempromosikan apa-apa, kerana saya tidak diupah atau dibayar untuk melakukannya...saya hanyalah ingin berkongsi ilmu yang amat bermakna yg telah saya pelajari daripada program ini...

Interactive Dakwah Training adalah satu program anjuran PERKIM dengan kerjasama beberapa penceramah yg bagi pengamatan saya sgt mengagumkan seperti :

Brother Lim Jooi Soon
http://www.youtube.com/watch?v=O-Jiu-yrvrs

Brother Amin Yakob yg telah lebih 10 tahun mengkaji agama Kristian.

Brother Zussuf Kan yg kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat master dan beberapa org lagi seperti Brother Shah Kirit, Sister G dan lain2....

Mengapa kita perlu join program ini...??

Syukur alhamdulillah.. kita telah di lahirkan dalam agama yang benar.. dan telah diberi petunjuk dan hidayah untuk terus berada dalam agama yang suci ini.. kita ini adalah HAMBANYA YG TERPILIH? Masya Allah, kata-kata ini dtg nya drpd Allah Azzawajal sendiri!...

Kita sering mendengar bahawa manusia ini adalah Khalifah di muka bumi Allah SWT ini...namun, benarkah kita ini telah menyampaikan syiar Islam selama kita bernafas di muka bumi ini? Nauzubillah, saya sendiri mengaku sebagai seorang muslimah yg telah dilahirkan beragama Islam, amat jarang saya ini menegakkan syiar Islam walaupun kita dituntut melakukannya...

saya tidak bermaksud.. dengan joinnya program ini.. kita akan menjadi khalifah yang hakiki.. tp, dgn joinnya group ini..,telah berjaya membuka mata saya dan ramai brothers and sisters di luar sana tentang keindahan Islam yg syumul ini...

Dlm program ini, kita bukan sahaja belajar tentang Islam, kita juga mengkaji tentang agama2 lain di seluruh dunia, dan juga kita belajar perbandingan antara agama mengikut logik fikiran manusia dan terpulanglah kepada kita untuk menilaikan kebenaran...
Kita juga akan diberi beberapa buah buku (saya dapat 6 buah) yg semuanya adalah penjelasan tentang persoalan dan jawapan di dalam Islam dan agama2 lain..

dlm program ini, memang ada sesi BIBLE STUDY yg akan mengkaji tentang kekhilafan BIBLE yg org Kristian sendiri tak mempunyai jawapan untuknya.

disini.. saya sertakan maklumat2 yang penting pasal program ini..:


“INTERACTIVE DAKWAH TRAINING”
ANJURAN PERKIM AMPANG
-Di bawah pengurusan Humayra IDT Enterprise


OBJEKTIF PROGRAM
MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
MELATIH DA’I MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
MELATIH DA’I YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF

TAJUK-TAJUK CERAMAH
KEWAJIPAN BERDAKWAH
SEJARAH AGAMA KRISTIAN
ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
KEPERCAYAAN ORANG CINA
KEPERCAYAAN ORANG HINDU
SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
QURAN, BIBLE DAN SAINS
PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIAN
MEMAHAMI MUALLAF


Program 2010 (IDT):
Fasa Satu
9-10 Jan 20-21 Feb 13-14 Mac 10-11 Apr 12-13 Jun 10-11 July 18-19 Sept 9-10 Okt 11-12 Dec
Fasa Dua
8-9 May 13-14 Nov
Fasa Tiga
27-28 Mac

Tempat:
Masjid Bukit Indah, Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor

Masa:
8.30 pagi
hingga 5.30 petang

Yuran:
RM150/ *RM90 (Pelajar RM120/*RM60)
*tanpa buku

Hubungi:
Nazihah
0126979182
Lim Jooi Soon
0123661121


mungkin yuran yang diberikan terlalu mahal bg kita sbg student.. tp bg saya... amat2 berbaloi sekali dan ilmu yang kita dapat ni lebih bernilai dari yuran sebanyak itu...
cuba lihat ni...:

1 . Anda dibekalkan dengan buku2 karya tokoh2 terkenal termasuk Holy Quran dan Holy Bible yg kalau kat luar satu buku je dah cecah RM 50-60...kat sini anda dapat semua, dalam 5-6-7 buah...kadang2 ada yg dpat VCD Almarhum Ahmad Deedat...
2. Ilmu yg diturunkan bukan calang2 ilmu...semua penceramah adalah pengkaji bidang masing-masing...semua ilmu adalah ilmu nak debat dengan non muslim tentang persoalan dan keraguan mereka tentang Islam...perhatian! jgn sesekali debat jika anda takde ilmu debat! nnti masuk jail!
3. Program ini ada 3-4 Fasa...lain2 bulan...anda akan dibawa melawat GEREJA2 dan TEMPLE2 di KL atau Selangor (tpi aritu diorg melawat kat Melaka punye!)...mana nak dapat masuk tempat2 camni suka-suka hati anda aje betul tak?
4. Makan dan minum memang tip-top! Jgn risau bagi mereka yg kuat makan seperti saya!
5. Berdakwah ke jalan Allah SWT, Allah janjikan 70,000 % keuntungan....


ok kawan2... saya harap.. kamu semua dapat join program ni...bukan byk pun.. ade 3 fasa je... memg rugi kalau kamu semua tak join... betulllllll....!!!!!
ok.. time kasih kawan2..
jumpa lagi di lain entri..
SALAM...(^_^)

Monday, January 25, 2010

Dengar sini wahai org2 kampung...

hihihi....
ari ni...
da genap 9 hari aku kat Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak ni..
fuh..
syok gile kat Sekolah ni..
bersyukur sangat dapat sekolah ni..

Guru semua baik2..
bermula dari pengetua..sehinggalah mak guard.. semuanya peramah dan baik..
student pun pandai hormt cigu..
maklumla..sekolah agama..alhamdulillah..

byk kemudahan yang aku dpt kat sekolah ni..
bilik guru yang selesa..
wireless free pun ader...
tempat tido pun free...
dan
yang tak tahan tu..
makan pun free..
Alhamdulillah..
murah rezeki aku...

sepanjang seminnguu duk sini..
dah dua kali aku pergi pekan sg besar..
tiga kali pekan sabak bernam
sekali kat pusat reakrasi BNO
dan dua kali pergi rumah pijah kat taman perumahan Bagan Nakhoda Omar..
hihihi..
aku ni..
kaki merayap..
xleh duk diam..
huhuhu...
duk asrama..amat memboringkan..
hihihi...
tp best la jugak..
dapat bergaul ngn warden2 yang ade kat sini..

tinggal 5 hari je lagi utk habis ROS ni..
rasanya...
xsabar2 utk aku habis prktikum..
wlaaupun xstrt pun lagi..
hihihihii...
yeee....
yeeee....

~bye semua..~peace!!

Topik: Isu nama untuk muallaf atau saudara baru.

Isu nama untuk muallaf atau saudara baru.

Terdapat dua pendapat mengenai penukaran nama kepada bin Abdullah atau binti Abdullah apabila seseorang memeluk agama Islam.
Pertama: mengikut Quran dan sunnah
Kedua: budaya di Malaysia

Menukar nama kepada bin/binti Abdullah bukan ajaran islam tetapi lebih kepada budaya di Malaysia. Ia tidak pernah diamalkan pada zaman rasulullah saw mahupun di serata dunia, malah hanya diamalkan di malaysia sahaja. Agama Islam boleh menerima semua amalan dan budaya mana-mana bangsa selagi ia tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah.

Apakah nas yang memberitahu kita bahawa menukar nama bapa itu tidak dibenarkan atau bercanggah dengan Quran dan sunnah

Surah Al-Ahzab 33:5 “Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah”

"Sesiapa yang secara memanggil bapanya dengan nama yang lain akan terkeluar dari syurga" Bukhari 8:578, Muslim1:120, Daud 3:5094.

"Sesiapa yang secara sengaja membiarkan dirinya dipanggil sebagai anak kepada yang bukan bapanya adalah melakukan kufur" Bukhari 4:467, Muslim 1:118, Daud 3:5095


Hikmah di sebalik larangan menukar nama bapa
1. Untuk mengelak dari berlakunya pernikahan di antara ahli keluarga yang diharamkan bernikah kerana tidak tahu tentang asal-usul kekeluargaan.

2. Nasab adalah sangat penting di dalam Islam; Allah telah mencipta seorang lelaki sebagai punca pertalian nasab keturunan. Surah Al-Furqan 25:54 “Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya titisan baka dan pertalian keluarga”

3. Untuk menunjukkan bahawa seseorang yang ‘kembali’ kepada Islam itu masih mengekalkan perhubungan anak-bapa seperti biasa dan Islam itu tidak sekali-kali memutuskan pertalian silaturrahim kekeluargaan, malah sebaliknya begitu menitikberatkan hubungan ini.

Rasullullah tidak menukar nama bapa sahabat yang masuk Islam walaupun ia berunsur syirik
Contoh: Abdullah bin Abdul Asad. *(Ibn Al-Jawzee, Sifatus Safwah, Jilid 1 ms. 63).* nama bapanya tidak diubah walaupun mempunyai erti tidak baik iaitu 'Hamba Singa' (Abdul Asad); iaitu secara jelas mengandungi unsur-unsur syirik.Tambahan lagi jika kita lihat contoh-contoh lain seperti Umar Al-Khattab, Ali bin Abu Talib, dan ramai lagi kesemuanya telah mengekalkan nama bapa masing-masing, walaupun mereka tidak memeluk Islam.

Memandangkan tiada nas untuk menukar nama bapa kandung kepada Abdullah (atau apa-apa nama jua pun), dalam kes ini saya bersetuju 100% dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan pertukaran nama bapa kandung.Sebagai seorang muslim apabila kita dirikan ssuatu nas atau bukti, hendaklah kita mematuhi arahan tersebut sepertimana dalam Surah Al-Zumar 39:17-18, “….mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik diantaranya…”

Walaubagaimanapun, bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya terdapat pihak-pihak yang masih memilih untuk mengekalkan pendapat dan tradisi walaupun telah dikemukakan bukti yang menunjukkan pendapat dan tradisi tersebut bercanggah dengan ajaran Islam. Golongan ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran (Surah Al-Zukhruf, 43:22-24), “Bahkan mereka berkata ‘sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja’ dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta) kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada sesebuah negeri,seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata ,sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja. Rasul itu berkata, adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih hidayah pertunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya.

Mengekalkan nama asal sebagai nama Islam

Apa sebenarnya nama Islam? Adakah ia nama di dalam Bahasa Arab, Bahasa Malaysia ataupun nama yang mempunyai makna yang baik? Ramai orang berpendapat nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab walaupun pada hakikatnya nama Islam adalah sesuatu nama yang mempunyai makna yang baik. Pada zaman nabi Muhammad saw, beribu ribu orang Arab memeluk agama islam ,tetapi pada masa yang sama baginda menasihati hanya segelintir orang Arab untuk menukar nama mereka atas alasan-alasan tertentu. Persoalannya jika nama Arab adalah nama islam ,mengapa baginda menasihati mereka untuk menukar nama? dalam erti kata lain, nama Arab tidak semestinya nama islam.Nama islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik, dan ianya boleh dalam apa apa bahasa .

Sekiranya setiap orang Islam wajib mempunyai nama dalam Bahasa Arab, saya rasa orang yang perlu menukar nama mereka adalah orang melayu. Jika kita periksa senarai nama-nama orang melayu islam yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Negara, kita akan dapati tidak kurang daripada 30% daripada orang melayu tidak mempunyai nama dalam bahasa arab. Sekiranya wajib untuk seseorang mempunyai nama dalam Bahasa Arab, maka orang melayu hendaklah terlebih dahulu menunjukkan contoh yang baikdengan menukar nama mereka ke Bahas Arab.

Tambahan lagi, sekiranya wajib untuk seseorang menukar nama apabila memeluk agama Islam, sudah pasti Rasullullah saw telah mengamalkannya. Contohnya, baginda tidak menyuruh nama para Sahabat seperti Salman al-Farisy dari Persia dan Bilal ar-Rabah dari Etopia ditukar ke Bahasa Arab.

Erti nama dalam masyarakat Cina
Sebagai seorang muslim berbangsa Cina, saya berpendapat, mengekalkan nama asal adalah sangat penting kepada sebahagian masyarakat Cina. Ini adalah kerana setiap perkataan dalam nama seseorang yang berbangsa Cina membawa erti yang tersendiri. Contoh: Lim Jooi Soon. Lim adalah nama keluarga, Jooi adalah nama keturunan, Soon adalah nama diri saya, bayangkan sekiranya masuk islam kena buang nama keturunan (jooi) dan nama diri (soon), ini bermakna mereka telah putus pertalian dari nasab keturunan dan pada masa yang sama hilang identiti peribadi. Sudah tentu ini akan mengakibatkan kemarahan dari pihak ibubapa dan keluarga. Ini seolah-olah menunjukkan Islam adalah sebuah agama yang bisa memecah-belahkan institusi kekeluargaan. Satu info yang patut diketahui ramai, sebab penukaran mana ini, ramai non muslim tidak jadi untuk masuk Islam.

Hikmah di sebalik mengekalkan nama asal

1. Sebenarnya ramai orang Cina tidak jadi memeluk Islam kerana mereka diberitahu bahawa mereka perlu membuang nama keturunan dan nama diri. Dari sudut dakwah, kalau mereka dapat kekalkan nama Cina, kita dapat menukar tanggapan masyarakat bukan Islam di Malaysia bahawa agama Islam adalah sebenarnya agama universal dan bukan hakmilik bangsa-bangsa tertentu sahaja.

2. Ini juga dapat memperbetulkan tanggapan bahawa masuk Islam itu adalah masuk Melayu. Masuk Islam bukan bermaksud seseorang masuk Melayu dan mesti meninggalkan semua budaya Cina. Walaupun seseorang Cina itu telah memeluk Islam, beliau masih boleh mengamalkan budaya Cina selagimana budaya tersebut tidak bercanggah dengan syariat Islam. Dengan ini, hubungan silaturrahim dengan keluarga asal tidak putus malah akan dapat meredakan hati kedua ibubapa.

3. Bagi orang yang baru berjinak-jinak dengan Islam, banyak perubahan dan pembaharuan yang perlu dilalui. Dengan mengekalkan nama asal, ia mungkin dapat membantu mereka membuat keputusan untuk menerima Islam.

4. Bagi orang yang bukan Islam atau belum bersedia untuk memeluk Islam, sekurang-kurangnya mereka mempunyai tanggapan yang betul dan baik mengenai Islam.

Bagi seseorang berbangsa Cina yang ingin memeluk Islam, saya berpendapat beliau wajar diberi salah satu dari tiga pilihan berikut:


1. Mengekalkan nama asal sepenuhnya, contohnya (Lim Jooi Soon). Penting bagi mereka yang ingin mengekalkan nama generasi dan nama diri mereka. Meletakkan “bin” di hujung nama adalah bukan budaya orang Cina tetapi sekiranya ingin meletakkan “bin” tidak menjadi masalah asalkan nama tersebut ber”bin”kan bapa kandung dan bukan nama lain seperti Abdullah (Lim Jooi Soon bin Lim Hong Nam). Berbeza dengan budaya orang India yang memang meletakkan “anak lelaki” ataupun “bin” Secara ringkas seseorang boleh meletakkan dengan syarat ber”bin”kan bapa kandung sendiri contohya (Shah Kirit bin Kalkulal Govindji)

2. Memilih nama Arab yang mempunyai makna yang baik disamping mengekalkan nama asal sepenuhnya (Abdul Rahman Lim Jooi Soon). Tambahan nama Arab ini adalah satu pilihan bagi mereka yang ingin mempunyai nama Arab yang baik dan ianya bukan satu kewajiban.
Walau bagaimanapun ada pihak yang sangsi sekiranya tiada nama Islam (Arab/ Melayu), Soalan yang sering dicetus adalah bagaimana saudara-saudara baru ini dapat dikenalpasti identity mereka sebagai saudara baru di dalam Islam?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita perhatikan bagaimana Rasullullah saw mengenali saudara-saudara Islam di negara Arab pada zaman baginda. Adakah baginda menilai dari segi nama, pakaian ataupun amalan mereka? Sudah tentu bukan dari segi nama atau pakaian kerana mereka semua mempunyai nama Arab dan pakaian yang serupa.

Seterusnya ada juga yang khuatir sekiranya tanpa nama Islam (Arab/Melayu) maka banyak masalah akan timbul jika seseorang itu meninggal dunia dan identiti muslimnya tidak diketahui ramai. Sebenarnya ini bukan satu masalah kerana status agama Islam ada dinyatakan dalam “MyKad” dan juga dalam kad Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam.

3. Memilih nama Arab yang mempunyai makna yang baik dan mengekalkan nama keluarga atau “surname” (Abdul Rahman Lim atau Abdul Rahman bin Lim Hong Nam).

From: brother lim jooi soon

LP Quadratic Equation Form 4

huhuhuhu...
adeiiii~
da nak dekat da maw ngajor...
ari rabu ni observe guru pendamping
pastu, ari khamis,
aku plak yang mengajar....
waaaaaaaa...
takut..berdebar..hihi..betul ke aku ni?? boleh ke aku ni??
wakakaka... ade2 je la..
huhuhu...
yang xboleh blah nyer..
LP xwat lagi..
penin memikirkan set induksi yang aku nak buat ni..
walaupun diobserve oleh guru pendamping...
takut tu tetp ader..hihihi

oleh itu..
hari ni..
bersammaan 25/01/10
aku berazam!!
untuk menyiapkan aku punyer LP..
hihihi..
[semangt je lebih..balik asrama tgk movie..]
CHAYOK2!!!!!!!!....

miizzz my hubby..hihihi (^_*)

Fenomena Asing

fenomena asing 1 :
dok kat msia lelame, tp aku tak termakan budu ngan tempoyak.
nampak pon x, apalagi nk mkn.. tp dok cni x smpi sebulan, dua2 aku da libas..
lagi2 budu. first time lak tuh rase. kui3 (semakin merindui budu yg da depleted)
pengajaran : Allah mendtgkn rezekinya dari arah yg x disangka-sangka. hujan budu pon blh kalau Dia nak.. (obses ngan budu.. lalalala~)
so x yah la risau. rezeki bkn setakat mknn.. exam fail, terlepas bas, menu fav da sold out (mknn la tuh, cik kak) = x de rezeki..
Allah adlh sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Pemberi Rezeki. cuma kite je yg jahil nk melihat hukmah di sebalik sesuatu kejadian..

fenomena asing 2 :
asal mesir tetiba byk sgt hujan? (x puas hati lagi..)
hypothesis : nak kat kiamat kot
pengajaran : banyak2 bartaubat nasuha. kalo yg ABC, x semestinya tinggalkan sumer terus. zikir ngan istighfar still dibolehkn.. bukan setakat dibolehkn, dialu-alukan lg tuh..(sori ek..kite open minded sket.kalo x, x berkembang~~)

penomena asing 3 :
asal org ske tido lepas subuh?
pengajaran : ape faedah tidur lps subuh.. dlm byk2 org, penulis tlh dipilih oleh Allah utk berjaga dan membuat perkara2 berfaedah seperti berzikir, mengisi blog dan lain2 (hihi..penulis adlh seorg yg perasan.side effect seperti muntah saya x bertanggungjwb..)
sebenarnye, mendalah ni x delah asing sgt..
tp nk kat akhir zmn ni, mende yg sepatutnya, jd asing da jd normal..
jd, beruntunglah org2 yng 'asing' (^_^)


sekian, mekasih~~

(fcr alumni) Perkongsian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, Allah telah memberi peluang untuk bertemu dan berdialog dengan dua orang melayu yang nak murtad (masalah aqidah). Seorang wanita sudah berkahwin (2 tahun lepas) dan lelaki sudah berkahwin jumpa 27 Disember lepas melalui seorang bro yang memang terlibat dalam kaunseling kes aqidah, akhirnya lelaki tersebut tumpang tinggal di rumah saya.

Apa yang menarik dari kes lelaki yang mahu murtad tersebut, dia mempunyai asas agama yang boleh lah, dia dibesarkan oleh seorang Islam. Tetapi layanan yang kurang baik semenjak kecil menyebabkan dia tawar hati terhadap Islam. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai masalah dan rujuk kepada Jabatan Agama tapi yang dia dapat adalah maki hamun dan cercaan. Alhamdulillah dia suka berdialog dengan siapa2 sahaja, sehingga tidak jadi masalah untuk sama bawa dia berjumpa dengan Bro Shah Kirit.

Daripada apa yang saya saksikan maka saya sungguh kagum cara bro shah layan dia.
Jumpa pertama di IIS pada 2 januari adalah membuat saya agak terkejut dan kagum. Bro Shah ucapkan tahniah kepada dia sebab membuat pilihan atas hasil kajian. Masa itu dia hanya jumpa dengan bro shah sekejap sahaja sebab bro shah ada program di Kuantan.
Dia pun seronok berjumpa dengan bro shah, kata sepakat untuk buat perjumpaan seterusnya. Akhirnya temu janji yang kedua pada 5 jan di SABA Islamic media Maju Juntion pada 3.30 petang. Perbincangan tersebut tamat pada pukul 6.45 malam.

Berdasarkan perbincangan dengan bro shah tersebut ada beberapa perkara yang saya dapat simpulkan :

1. Bagi orang yang mahu masuk kristian konsep ketuhanan bukan perkara yang penting tetapi ketenangan dan kemesraan dalam kristian yang menjadi daya tarikan kuat untuk berhijrah ke agama kristian sungguhpun dia telah membuat kajian tentang agama-agama lain juga.

2. Ayat dalam Bible yang mengatakan The Son of GOd (Matthew 5;9) telah menyebabkan dia begitu gembira untuk menjadi seorang kristian sedangkan dalam Islam sekuat manapun beribadat maka tetap akan digelarkan sebagai Hamba Allah sedangkan kristian The Son of GOD.
Sungguhpun dia tidak dapat berhujah tapi keputusan untuk meninggalkan Islam begitu kuat, Apapun kita hanya usaha dan do'a semata-mata pintu hidayah daripada Allah.
Perjumpaan seterusnya pada Jumat 8 jan 2010 jam 3.30.

Manakala daripada hasil perbincangan saya dengan dia satu cadangan yang saya rasa perlu perhatian kita semua. Kita telah banyak NGO yang membela atau membantu Saudara Baru dengan menyediakan rumah dan keperluan lain tetapi kenapa tidak ada NGO yang membantu Saudara Lama yang mahu meninggalkan Islam seperti layanan kepada saudara baru???????? ??????

Cuba kita fikirkan bersama-sama

Saturday, January 23, 2010

Gotong Royong..

today...
adalah hari bergotong ber royong SAMM...
semua student & guru terlibat..
aku pun sama-sama melibatkan diri jugalah..
hihihi...
oleh kerana..
meja ku terletak di dalam bilik PPSMI..
aku hny mengemas2 bilik itu saja..
proses mengemas..
mengambil masa selama hny 1/2 jam..
selebihnya..
aku surf tenet..
wakakakakka...
so bosan..
so borim..
hihihi...
thats all..
time kasih!!...

Wednesday, January 13, 2010

Adeiiii....

adeiii...
esok suda maw berangkat..
sungguh jauh rasanya perjalanan perantau ini..
tentu sunyi perjalananku besok..
kerana..hny aku ngn ja je y ade dalam keta... adeii...♥
huhuhuhu...

esok...
bersamaan 14/01/10.. lebih kurg jam 11.30am..
I-Allah.. aku akan bertolak..
dari Gunong-Ketereh(ambik ja)-Gua Musang-Raub-Bentong
aku akan bermalam di bentong semalaman..(umah Makcik)
huhuhuhu...
Memandangkan aku dah 2KALI kena speedtrack laluan Raub-Bentong..
so..
esok aku kena berhati2..huhuhu..
pastikan aku punya jarum, xlebih 110km/j
adeiii..
geram tul aku ngn polis y buat speedtrack tu..
ade ke patut highway takat 90km/j je???
fuh!!... sabarje la..

hari Jumaat baru aku bertolak ke UPSI..
dari Bentong-naik Genting- Batang Kali-KKB-T.Malim..
waaaaaaaaaaaa...
xsabarnya nak g UPSI..
huhuhuuhu..mizz u babe!!♥

hari Sabtu..maw dating..
hahaha... gila bangang..
org len sibuk ngn praktikal
sempat g aku maw dating..
hahhaa..

hari ahad.. pg sabak bernam
xtaw la cm ner tmpat tinggal aku selama beberapa bulan ni..
aku harap.. pengetua menerima kami
dgn baik..haha..I-Allah..

apapun..
aku harap..
perjalananku pd hari esok berjalan dgn lancar..
dan selamat sampai ke tempat yang ditujui..
buat insan y tersayang..ceh3..sempat lagi..
xsabar maw jumpa kamu.......
Langadon oku dika..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!..
babai..
jumpa lagi..hihihi~

Tuesday, January 5, 2010

SMA Muhammadiah

Haih!!...
keluh resah aku menanti jawapan dari kamu SMA
huhuhuhu...
semalam tak de jugak, ckp semalam,....
hari ni xd jugak....
esok belum tentu..
suda naik risau ni...
barang2 kat Bahtera Terrace belambak...
mana nak humban xtaw..huhuhu
Haih!!!....
nak decide tarikh nak p pun susah...
hmm...
da xsabar maw p UPSI maaaaaaaaaaa....huhuhu

Haih!!...
pasal supervisor pun satu hal...
huhuhu...
nasib aku dapat lec sains sukan..
xdpt lec mate..huhu
nampaknya....
aku ni memg ad chemistry la ngn fakulti sains sukan...

Haih..!!
cam ner la nasib aku nanti...
harP2... semuanya selamat...
INSYAALLAH..