KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Info-maklumat-pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Info-maklumat-pengetahuan. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Fabulous Mom : 10th Anniversary special products

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Tahu tak sekarang ni fabulous mom ada special sale sempena ulangtahun mereka yang ke-10? 10 barang dengan harga RM10 setiap satu! Wow tak???



Semalam aku sempat singgah di fabulous mom cheras. Punya la gigih singgah sebab nak beli dia punya tote cooler bag tu. sebab nampak hot mama sangat! Ngam3 tinggal 1 piece jea! rezeki kot!



Nyesal pulak beli 1 jea nursing bra tu. Harga retail RM39.90 kotttt. warghhhhh.. tak pe.tak pe. sale ni sampai 1 september uollss. So sempat laa lagi kalau korang pun nak sambar se dua nursing bra tu. IHIKS!



Produk details ada dalam web ni. korang KLIK SINI yea. 

TQ for reading! K bai~  



Sunday, August 17, 2014

Buah Hutan: Buah Pugi (dusun) / Buah Ngeke (kelate)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

4 tahun berlalu, hari ni dapat jumpa pulakkk buah hutan ni.... Suami aku panggil buah ni buah Pugi, kalau ore kelate pulok panggil buah ngeke. Dalam bahasa rasminya aku tak pasti pulak apa kenama buah ni...



First time aku makan buah ni masa OTW balik UPSI dari Kelantan (2010). Kami sesaja lalu jalan Cameron kenkonon nak feel dia punya adventure tu. jalan cameron kan bersimpang siur berliku2. hehe. 

Suami aku (masa tu kengkawan jea *mata keatas*) tersinggahla kat gerai orang asli jual buah ni. kemain bersungguh2 dia nak berhenti beli buah ni nak bagi aku cuba. sedap katanya!..

*Pic 2010* 
- Mengimbau kenangan lalu. ewah3. Time tu rela pakai PINK uollss. nak bagi sama dengan tudung aweks la katakan. eh! tudung kawan hokkey!!.
Nampak tak dekat tangan sawo aku tu. haaa. tu la buah pugi yang first time aku tengok. hahaha. masa ni depan gerai jualan orang asli. Kawasan tanah rata Cameron 

Buah ni senang jea nak bukak. Tak sesusah buah durian yang nak kena berjaga2 dengan durinya. Tak sesusah buah cempedak yang ada getahnya. Sekali tekan, kulit dia terus terbelah.. Ngap terus. 

Isi dia putih melepak macam kulit leuniey, hehe. jangan marah ah leuniey.., manis2 masam. euwwww. kecur air liur kejap, sambil taip sambil teringat makan buah ni, haha. 

Biji dia pulak kalau korang berani boleh la telan terus. macam suami aku. makan buah ni, semua biji dia telan. kalao aku, tak mampu lagi nak telan. hihihi



*pic 2010* - Muka jakun 2saat sebab first time try buah ni. hahaha

So, kalau korang nak cuba buah ni. boleh la try usha2 kat area HULU LANGAT. sebab tadi sawo aku beli kat sana. Kalau kat Kelantan pulak kawan aku cakap ada jual di JELI. hehe.. kalau korang tak mo cuba pun tak pe. kang kalo tak sedap kang marah kat hakak pulak. auwwww! larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~~~ 

TQ for reading! K bai!        



Tuesday, August 12, 2014

Baby Wearing Review : i-angle Hip Seat Carrier

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Awal2 dulu aku bajet, babywearing ni tak de kepentingan sangat. Pakai stroller jea, Senang nak handle, baby nak tido pun senang, boleh la tido dengan lena. Tapi rupa2nya babywearing ni ada kepentingannya jugak. 

Contoh, melalui pengalaman aku sendiri. Kalau nak melilau di tempat2 yang padat (like jalan TAR, pasar malam, SOGO) kekdah nak guna stroller tu sangatlah tak praktikal bagi aku. yela. sekali tolak kena bontot orang, sekali tolak jem satu jalan. haha. Nak beratur tunggu lift satu hal. sekali lift bukak, penuh dengan orang. next lift. pun sama penuh. so, menunggu lah jawabnya. nak naik escalator, kang tak selamat pulak. risau takut apa2 yang berlaku. yela, dekat escalator tu dah warning siap2, bendalah macam stroller ni tak dibenarkan. Last2 dukung jealah anak tu senang. 15 minit daya lagi nak dukungnya. kalau dah 5jam shopping. Dari Sogo ke Jalan TAR pastu masjid jamek. 5jam dukung anak ko mampu? haha. Patah pinggang gua. dah la berat baby daffa 7kilo plus2. bayangkannnn~~~ 

Last2 kami dicide nak beli babywearing yang baru. memandangkan first babywearing yang kami beli tak berapa nak family friendly. pakai setengah jam pun dah sakit pinggang + bahu. Pastu baby pulak tak berapa nak selesa duduk dalam tu. kesian baby daffa. hihihi.

Amacam??? RARE tak babywearing cenggini?? AHAKS!!

Nak pilih babywearing pulak satu hal. pening kepala nak mengugel review2 dari insan2 yang prihatin yang sudi buat review tentang babywearing. hehe. Last2 aku dicide sendiri nak beli baby wearing brand ___ tu. memandangkan melalui review dari blogger2 yang lain. brand tu quit OK. Aku bukan nak beli brand sangat taw. cukup setakat OK. Ok dengan baby. OK dengan kami. means baby and family friendly. 

Dua bulan lepas. kami ada merayap dekat Great Eastern Mall Ampang. kenkonon nak bagi reward kat baby daffa, bawaklah baby swim dekat hippopo baby spa tu. Tetiba pulak ada amoi tarik laki aku suruh try diaorang punya produk. kebetulan pulak bendalah tu babywearing... 

First try, teruuussss suami aku jatuh cinta dengan babywearing tuuu..



First impression! Wow! ringannya. tak rasa pun baby berat. Katanya. Aku hanggukkan saje. memandangkan aku dah ada pilihan tersendiri. hahaha. layankan hajelahhh~ Baby daffa pulak nampak macam seronok jea duduk dalam tu. haih. sama taste nampak dengan daddynya... 

Bincang punya bincang. kami pun dicide lah nak beli hipseater nih. Memandangkan tu pilihan suami aku. Dia dah betul2 suka yang tu. hari2 duk ulang benda sama jea. best la iangle. best la iangle. berkulat dah telinga aku dengar. So, aku setuju jealah apa yang dia suka. Lagipun, bendalah ni dia yang akan pakai. hahaha. Sejujurnya, dah sebulan lebih beli i-angle ni, sekali pun aku tak pernah try dan guna. 100% suami aku yang pakai. AHAKS! 

Next try. Fabulous Mom Shah Alam.



We got it. i-angle Hip Seat Carrier.

Kami pilih yang Irene Floral sebab corak dia cantik. dan depan tu ada zip. Boleh bukak untuk effect angin masuk. hehe

Kenapa kami pilih i-angle Irene Hipseat Floral Carrier: 

1) Kedudukan baby dalam keadaan yang baik. bersesuaian dengan kajian yang dibuat. ececece. bukan aku yang kaji. diaorang la kaji kot. Aku gugel jea. haha



2) Boleh guna Hipseat sahaja (not full wearing). Baby daffa ni awal2 dulu jenis nak duduk atas dukung jea. So, hipseat ni sangat membantu. baby pun ok duduk atas ni. seat dia lembut. tak keras. so bontot baby takkan sakit. pendukung pun laaagi ok. boleh jaga tulang belakang sekali. hehe.



Sampai sekarang kami still lagi guna hipseat ni. So, ini dinamakan KEPERLUAN bagi kami. haha



3) Boleh face in, face out. Ada pernah aku baca yang baby ni tak elok sangat nak face out. better face in. Tapi baby daffa ni jenis yang suka duduk dalam keadaan face out. So, kami redho jealah. tawakkal jea, harap2 baby kami OK. uhuksss!! 

Face out time dia sedang aktif dan nak tengok kiri kanan



  
Face in time dia nak tido. memang lena baby daffa tido



4) Boleh juga guna untuk back wearing - setakat ni kami tak pernah cuba lagi. memandangkan baby baru 5bulan. hehe 

Itu jealah kot. Untuk review yang superduper awesome lagi best. Korang Boleh tengok blog Tee's Little Corner. Siap buat 3 entri lagi untuk review bendalah ni. PART 1, PART 2, PART 3.  

So far, kami berpuas hati dengan babywearing ni. Hakak bagi 10 ********. hahahaha 

TQ for reading! K bai!!     



Sunday, February 2, 2014

Home Unifi Package & Hotlink

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Ingat tak entri aku pasal Pakej internet mana yang power yang aku post tahun lepas? 

Pusing kepala buat pilihan, siap buat perbandingan baik buruk, last2 home pakej ni jugak yang aku ambik. Sebenarnya, setiap pilihan ada baik buruknya, banyak jea review yang aku baca yang keji + kutuk kaw2 home pakej yang aku ambik ni, tak kurang jugak yang puji melambung2 tinggi kebagusan home pakej ni. So, nak tak nak, aku terima dengan redha jea lah apa yang akan berlaku depan hari nanti. *statement orang pasrah*

Terima kasih banyak2 kat kawan2 yang sudi drop komen dan bagi pandangan dan pengalaman pasal pakej internet yang korang guna. Mekasih banyak2 taw!!! hehe. Ni sayang uolls banyak2 nie. hikhik.






Ekceli, aku dah tak sabar nak terminate ASTRO kat rumah aku ni. menggelupur nak terminate dari taun lepas lagi. Tapi disebabkan aku punya kontrak sampai bulan depan. So, sabar jea lah. Lagi sebulan jea lagi. Dua kali bayar jea lagi. Pasni BABAI lah ASTRO jawabnya. 

Taun lepas, aku ngan abang konon2 saje jea masuk branch astro kat Midvalley. Nak tanya pasal pakej Sukan. Sekarang pakej yang aku ambik RM53 hengget jea. So dia cakap kalau nak tambah SUKAN jea, kena masukkan pakej lain gak, pakej apa kebenda aku tak pasti, yang aku nak tahu berapa total aku kena bayar. Bila dia cakap lebih kurang 100++ aku kena bayar, maw tak terbeliak mata aku. Dari RM53, nak tambah SUKAN jea kena bayar dekat 150 kottt.. Sah.sah. memang aku terminate la astro pasni. haha 

Dari aku tambah sukan dekat astro, better aku tambah Sukan dalam channel HyppTv untuk pakej unifi. berbaloi2 pun berbaloi bagi aku. dah ler dapat internet unlimited best giler punya laju, pastu dapat pulak hypptv punya program. Sekarang ni pun aku dah jarang sangat bukak TV, tak tengok sangat dah apa yang best kat TV, yea lah. sebelum ni duk sorang2, TV jea lah peneman aku, sekarang ni hari2 tengok muka laki. hakhak. Kenkadang terasa jugak macam maw jual jea TV tu. boleh? 

Untuk Home unifi Package, aku ambik pakej unifi VIP 5 jea, kira yang paling basic la dalam unifi punya pakej. (pemasangan PERCUMA)

Kontrak 24 bulan. huwaaaa :(


Dalam pakej tu, kelengkapan free yang dia bagi termasuklah :

Modem, Wifi Gateway, Cordless phone, Hypptv set 


Lepastu dapat la jugak free hypptv pakej. Buat masa sekarang ni rumah aku still under kontrak astro lagi. tunggu next month lepas terminate astro, baru boleh try pasang hypptv ni.



Buat masa sekarang ni (sebulan lebih pakai unifi), Alhamdulillah laah. tak de masalah yang havoc macam yang aku baca review2 dari blogger lain. Kelajuan internet memang laju berdesup lebih dasyat dari F1, layan youtube tak de dah tersekat2 macam sebelum ni, kenkadang suami aku siap layan movie cina zaman tok kadok lagi dalam youtube, punyalah puas hati dia layan movie. hehe. 

So far, recomended lah. Tapi cerita depan hari aku tak tahu lagi. Doakan jea lah tenet ni tak buat hal. kalo tak jenuh nak tunggu kontrak 2 tahun. HAHAHAH *pitam* 

Hari tu aku duk bebel pasal celcom kan? So sekarang puas hati aku. kitaorang dah terminate dah postpaid celcom tu. Now sudah bertukar kepada pakej hotlink. Pakai prepaid lagi tenang jiwa raga. 

Setakat ni rasa macam berbaloi jugak la tukar kepada line hotlink (nombor phone still lagi sama). Kitaorang dapat jimat lebih kurang dalam 200 hengget taw lepas dah terminate postpaid ritu. berbaloi2 tak?? 200 hengget tuu besar kot bagi aku. hahaha. internet dapat, rate call/sms pun tak de lah mahal sangat. (walaupun line internet tak berdesup sangat, tapi takat nak whatsap, banking on9, check blog, instag, FB. boleh jeaa. no hal. Internet free ok. FREE - So kalo lembap macam siput sedut pun, tak dea lah mengamuk sakan, dah namanya free kan. *sedar diri*) 

Pasal cerita PAKEJ HOTLINK tue, korang boleh KLIK SINI yea, ada aku cerita dalam tu. 

Okeh, tue jelah REVIEW picisan dari aku. hikhik. HAPPY SUNDAY UOLLS!!! :)


IKLAN JAP:

  

TQ for reading! K bai~       



Tuesday, June 18, 2013

Halal Thai & International Food in Bangkok : Yana Restaurant

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Bagi penggemar Tomyam. Sila sediakan tisu untuk baca baca entri nih. motif tisu? untuk lap ayaq liuq yang akan meleleh-leleh nanti. muahaha. 

Okeh. Last entri Jumaat lepas aku ada cakap yang aku nak pergi Bangkok kan. Aha! So, hari ni aku ada bawak ole-ole bergambar dari Bangkok untuk santapan korang!!!! lalalalalaaaa~~ 

Kalau datang Thailand. makanan pertama yang ada dalam kepala aku. Of Course. TOMYAM. fuh! sangat rugi kalau pergi sana tak dapat makan tomyam yang sedap dap dap taw!.. Mungkin akan rasa sedikit terkilan bila balik Malaysia.ececece. 

Tapiiiiiii.... kalau dah jumpa tomyam yang sedapppp tuuu, balik Malaysia pun masih terasa kenikmatan dan kesedapannya. Tengok gambar pun dan-dan telan ayaq liuq tahu!. Kalau mengidam nih, memang bala ah. Tak kan nak terbang sana semata-mata tomyam? Ahaha. Agak melampau disitu. 

Ahad lepas. Sebelum balik Malaysia, kami singgah di Mah Boh Khrong Mall atau nama femesnya, MBK Mall. Kalau korang dari Don Mueng Airport, untuk ke Mall tu, senang jea. Ambik taxi jea kesana. mihmihmih. Hari tu kami kena 400baht. Agak terasa kecekikan darahnya. Aku rasa boleh dapat lagi rendah dari harga tuu kottt. tak sampai setengah jam pun. hahaha. 

Ini diaa... MBK Mall Bangkok!!!! Aku rasa, Mall ni lebih kurang Sogo jea kot. :)


Actually, kawan aku yang plan nak cari tomyam sedap kat sini. Ada sorang hamba Allah yang bagitahu dia, ada tomyam sedap dekat MBK Mall tu. So, apalagi, kami terus excited dan teruja nak kesana... Bab2 makan ni, memang tak boleh dipisahkan dengan kami. kahkahkah. Tengok orang lah beb! 

Macam tak percaya jea kami boleh sampai Mall ni. Walaupun hanya bertiga, berada ditengah2 Ibu Kota Bangkok, hanya berbekalkan beg galas dan beg ala-ala handbag cap Herbalife (beli time event, 450baht), berserta kaki yang melecet akibat terlampau banyak plus laju berjalan, bercakap dengan taxi driver bagai itik dengan kucing (Miow,miow VS duckduckduckduk), akhirnya, dapat jugak kami merasa duduk di Yan restoran. vavava gittew. 

Tetiba rasa *wah! hebat jugak kita ni kan*, juga rasa *Alaaahhh. senang jea nak jalan-jalan kat Bangkok nih. Macam Malaysia jea rasa* Boleh? kihkihkih

Yana restaurant. MBK Mall, Bangkok


Kalau dah namanya LUNCH, off course laa makan nasi kan. Macam tak berapa nak kena pulak kalau nak makan Chicken Chop dengan tomyam. ahaks!

Aku dan jerawat Bangkok, bersama dengan buku menu Yana restoran

Kawanku Blur tak tahu nak makan apa. semua nampak sedap.ihihihi


So, dalam banyak-banyak menu yang ada, menu yang terpilih adalahhhhh!!!!! *maaf jika anda telan ayaq liuq*

Ini menu utama kami. tengok dalam gambar jea pun dah berdebar2 rasanya. hahaha


Ini diaaaa. Tomyam Seafood
Harga: 299 Baht. lebih kurang rm29.90 kot! gulp. 


Ini tomyam ok. bukan gulai lemak kedaung. haha. Kepekatannya agak nampak disitu. setitik kuah pun kami tak tinggal. hirup habis!


Ini menu untuk sayur kami. Dua pilihan somtam. Kami pilih somtam Mango Salad

Mango Salad. Dah namanya mango, kalau yang jenis putih macam ni, confirm masam kan? masam-masam masin manis semua ada tahu. huhuhu. Aku taip ni sambil telan air liur. *gulp* serius sedap!!!. memang pure somtamlah!
Harga: 99 Baht


Menu sampingan. Stir Fried Sum-dried beaf with crispy basil leaves


Ini dia! Daging yang dimasak bersama daun Basil yang digoreng. Daun Basil tu crispy tahu. rangup kriuk-kriuk. Sebab tu lah mahal harga lauk nih. sebab ada daun basil kot (sejenis herba). Orang Itali suka sangat guna daun basil gabungan dengan Oregano untuk menghasilkan pizza yang sedap. Tapi orang Thai dia goreng daun ni dan masak bersama daging. Kreatif ssangat!!! :)
Harga: 169 baht lebih kurang rm16.90 

Late Lunch. ready to menternak lemak. hikhikhik

Untuk mengurangkan kalori semasa makan. minumlah air putih sahaja. tak main ahh air manis-manis nih. hahaha
*lihat dagukuuu. sudah berlapiskan??? terima kasih nafsu makan! :P*

Bill untuk 3 orang makan. Walaupun makanan kat sini agak up *bagi aku lahh kan*. Tapi sangat puas hati. yeah!


Next time, kalau datang Bangkok lagi, pasti aku datang lagi Yana restoran nih. yeah! nak bawak abang sekali. Abang pun suka makan tomyam kan? kan bang? Jom Bangkok?? 

So, kalau korang ada plan nak ke Bangkok tu, boleh la try makanan yang ada kat dalam Yana Restoran ni yea! confirm tak nyesal. 

YANA RESTORAN (HALAL FOOD) 
TINGKAT 5, MBK MALL,
BANGKOK THAILAD 
*betul2 tepi escalator*

Tq for reading. K bai!   




Tuesday, June 4, 2013

Pusing kepala

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semalamkan, aku, mama, abang, dan adik aku adala pergi Mahkamah Syariah, nak settle masalah geran kereta. Kereta tu atas nama arwah Abah aku. Minggu lepas dah pergi bank, nak minta geran kereta. pergi bawak diri jea, tak bawak apa2 pun, bajet terus dapat ha. Ingat senang jea boleh dapat, bila dah bayar semua payment boleh terus dapat. 

Tapi, alih2 kena ada surat dari Amanah raya baru boleh dapat geran. Dia cakap, kalau dah dapat surat tu, tak payah cakap banyak, terus boleh dapat geran. Hamboih! sentap! aku bukan nak cakap banyak punnn. pftttttt. 

Terkedek2 la pulak kami ke Amanah raya. Bila sampai sana, tengok orang tak ramai sangat, so tak de masalah laa kami nak tunggu turn. Aku bab2 menunggu memang tak boleh blah. punggung cepat panas. kahkahkah.  Bila dah sampai turn, cakap itu ini, dia pun bagilah borang bagai. siap ada checklist apa barang yang dia nak. nak salinan itu, salinan ini,, kena pergi mahkamah syariah dululah, kena pergi angkat sumpah la, kena pergi matikan setem lah.. pergh.. sampai ke lubang cacing kena korek. ok fine. 

So, semalam baru kami sempat ke Mahkamah Syariah, just nak ambik dokumen yang diperlukan jea. Sampai2 sana, dia bagi pulak satu borang... Tssskkk.tskkkkk. Ingat pergi boleh siap terus. Dokumen yang diminta Amanah Raya semua kami dah bawak. Sekali, tahu apa yang dia nak? Salinan surat beranak. adeh. nak nangis ada, nak gelak pun ada. 

Kalau surat beranak kami adik beradik jea tak pe, fine. tapi, surat beranak nenek kami pun nak jugak. adoiii. seingat akulah kan, nenek aku tak de surat beranak, sebab dia lahir zaman Jepun berperang lagi, JPN pun tak sempat nak ada. wakakakakak. Jadilah pulak satu kerja nanti kena pergi pulak JPN kang? Aku pulak, surat beranak ada kat KL. tak de kerja aku nak angkut bawak balik Kampung. surat beranak jea pun. grrrrrrr. 

Satu lagi yang aku nak tergelak, dokumen moyang aku pun dia nak. hukhukhuk. moyang aku pun aku tak kenal. hahaha 

Banyak betul prosedur2 yang aku tak tahu. korang pun mesti tak tahu jugak kan. hurmm. 

Baru aku sedar yang kat dunia nih banyak ssangat prosedur2 dan benda2 yang peningkan kepala untuk kita dapat sesuatu. Apa yang penting. Berusaha. Hahaha. 

TQ for reading. K Bai!       




Wednesday, May 29, 2013

Tolong blog sayaaaaa.. tolong!!!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Tadikan masa aku duk menunggu kereta siap di service, saja je mintak pinjam handphone abang untuk godek2 internet. Biasanya hp dia laju sikit berbanding hp aku. 

Korangkan, kalau guna internet selalunya guna apa? Mozilla ke google chrome?? Hp aku, aku guna google chrome. Tapi hp abang dia guna internet biasa yang ada gambar dunia bulat tu haaa. Tahu? 

So, aku try laa buka aku punya blog ni guna hp abang. Saje2 jea nak check aku punya shoutbox. Kot2 laa ada orang nak bagi topup free kat situ. Haha. 

Tapi kan. Iolls sentap sangat bila bukak blog iolls tahuuu. Rasa nak cekik2 jea tuan punya hp nih. Rasa nak baling jea kat tingkap hp abang ni. Wawawa. Tahu kenapa?



Asal jadi cenggitu ahhhh? Tak suka. Tak suka. Buruk bebenor rupanya wehhhh. Aku try bukak blog geng2 blogger yang lain. Ok jeaaa aku tengok. Tak de masalah pun. 

Selalunya.. gini lah rupa blog aku yang aku tengok by google chrome. Tulisan besar, background putih. Senang nak baca tulisan.



Banding dengan gambar yang first tuuu. 

Pfffftttttttt. 

Aku try mengadu kat blogger zura lee. Ganggu time dia kerja. Tanya dia acaner nak buat.



Tapikan zura. Aku tak paham sangat ah. Web tuu dalam bahasa omputihhh. Berbulu mata aku nak baca. Grrrrrr. 

Uollsss. Ada cadangan tak?? Ada tak web2 yang boleh tolong aku. Upah tukar template kea hape kea. Boleh? Pening aku nak gubah2... tolong aku eh! 

Tq for reading. K bai!!