![]() |
| Ni LUCAS, anak kepada Maria. nampak tak ombak tsunami tuu...huuuu |
KOUPUSANKU SOGIGISOM
Monday, May 13, 2013
THE IMPOSSIBLE
Saturday, August 11, 2012
Anjung Jelita Spa... Rileks, santai...







Sunday, November 20, 2011
BERIBU SESALAN
Friday, August 19, 2011
Smile, Breathe & Go Slowly
Thursday, August 18, 2011
STOP comparing yourself to others - Enjoy your LIFE
Wednesday, August 17, 2011
Saturday, August 13, 2011
Friday, May 27, 2011
Yang Ku Tahu, Cinta Itu Indah
"Kalau benar cintakan keamanan dan keharmonian .. maka tidak perlulah untuk memulakan persengketaan dan permusuhan yang sebenarnya datang dari diri sendiri""Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna .. banyak yang perlu dikorbankan .. banyak juga yang perlu dilepaskan .. sesekali langkah tersadung .. rebah menyembah .. sesekali melangkah gagah tersenyum megah .. dan .. semua itu memerlukan pengorbanan .. menentukan kesabaran .. dan .. air mata .. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul .. usah gusar pada anugerah ILLAHI .. anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan"
Kita kena bijak berfikir mengapa orang yang kita sayang menyayangi orang lain dalam diam .. mungkin kerana ada beberapa sikap kita yang tidak disukai oleh pasangan kita .. tidak perlu untuk memarahi insan yang disayangi oleh pasangan kita itu .. namun tanyalah pada diri anda ..
kadang-kala cinta tidak bermakna kita memiliki..bagilah peluang untuk pasangan kita mengecapi kebahagiaan walaupun bukan dengan diri kita dan meskipun hati kita terluka .. namun pengorbanan itu baik untuk melihat orang yang kita sayang bahagia dan gembira daripada terus dengan kita tetapi menjadi beban untuk dirinya dan membuatkan orang yang kita sayang itu terseksa jiwanya untuk mendapatkan kebahagiaan dengan orang lain ..
Credit to: Qaseh Arrianni
Dugaan silih berganti, pengorbanan kian lama kian menggunung tinggi, sedar tak sedar dari hari berganti bulan, dari bulan berganti tahun.. Namun, masih sukar lagikah untuk melupakan? masih payah lagikah untuk menerima kenyataan? Dalam kepiluan, dalam kegusaran, masih lagi kuat berdiri, masih lagi mampu menerima ujian Ilahi...
Friday, January 14, 2011
Lagenda Budak Setan OST - Bila Cinta
Indahnya Cinta bila saling setia...
Indahnya Cinta bila saling memahami....
Indahnya Cinta bila hubungan di restui..
Indahnya Cinta bila bersama sampai ke syurga..
Bila hati dalam di lema..bila hati terpaksa memilih..
bila hati perlu menjaga perasaan semua pihak..
sukarnya utk di lalui..terlalu sukar utk mengerti...
terlalu sukar utk menerima ketentuan Ilahi..
Namun, Cinta yang sejati xkan rebah walau apa jua rintangan yang di lalui..
xkan hilang walau sejuta tahun menanti...
xkan padam walau di sapa ribut taufan..
e2lah cinta yang hakiki..
Bukan sekadar CINTA PLASTIK!,
bukan sekadar CINTA atas Dasar ILMU HALUS!!
dan.. bukan cinta kerana terpaksa.....
~NinaAz Cookies~
~Aku tak pernah berhenti cintakan Chentry - NinaAz~
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan
Saturday, October 30, 2010
Zzzzzzzzzzzzzzzzzz.............
dari pagi lagi....pas solat subuh.. aku tak sedap hati..
tak tahulah apa hal yang menyebabkan hati aku tak sedappp (mabe Kelantan menang kot malam ni..)... huhuhuhu...
jam 6:30a.m.. aku dah bersila depan laptop ni...sampaila skg..jam 9:30a.m
Honestly..... aku sedih,,keciwa...tertekan...terkeliru..terkecamuk..dan sewaktu dengannya.... dan honestly... aku tak taw apa yang sebenrnya ada dalam kepala aku ni...
semua bercampur aduk.....
kenapala aku jadi "JIWA" macam ni...
kenapala hati aku tak tenteram...
selalu mimpi benda sama..
kadang2 mimpi yang aku suka..
kadang2 mimpi yang betul2 buat aku merana..
GOD...help me...
aku tak suka hari cuti...(jumaat&sabtu)
Kalau boleh..hari2 aku nak kerja...
huhuhu..
cuti sekolah dah nak hampir..
maknanya tinggal beberapa hari jela lagi 2k aku bertugas sbg guru ganti..
Posting xtaw bila lagi..so ..
aku tak taw pas cuti sekolah ni nak kerja apa pulak..
aku betul2 tak suka cuti...
aku nak kerja 24jam (mcmla aku larat sgt..haha)
aku rindu kerja dulu..as a CASHIER kat MYDIN MALL..
kalau shift pagi..aku akan pg kerja jam 7.30am dan balik rumah jam 6:30 am..
kalau shift malam plak..pg kerja jam 1:00pm..dan balik rumah jam 12:00am...
masa aku terhad..
so..xd lah aku jadi "JIWA" macam skg ni...huhuhuuhuh...
Tuhan..aku tak bersalah dalam hal ni..kenapa aku di uji sebegini..
apapun...aku pasrah segalanya..
aku tahu..aku tak bersalah...
aku tahu sapa diri aku..
dan..yang penting..
Tuhan tahu apa yang berlaku...
Tuhan tahu jalan ceritanya..
Tuhan tahu derita hidupnya..
Tuhan tahu..SEGALANYA...
..Aku sayang dia..selamanya..
Tuesday, September 28, 2010
bukan HAK kita untuk menghukum mereka
By: Mohd Rizal Rosli Putra
Walau Ibu Bapa Menjadi Khinzir?????
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. Khinzir itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik.
Setelah itu khinzir itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar.
khinzir itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
khinzir itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?"
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibubapa kandungku.
Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti khinzir.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
p/s:
....
Ya Allah...
Ya allah, Ampunkan Dosa Ibuku, Dosa Ayahku, Dosa Adik2ku, Dosa Isteriku, Dosa Anakku, Dosa Makcik dan Pakcikku dan dosa saudara-saudaraku.. Andainya dosa mereka terlalu besar untukMU ampunkan. Alihkan siksa-siksa yang kau sediakan untuk mereka kepadaku. Aku memohon keampunanMU, jauhi mereka dari azab api neraka dan tempatkan mereka disyurga.. dan hukumlah aku sebagaimana yang telah kau sediakan untuk mereka.. Amin
p/s/s:
meleleh air mata aku baca kisah ni
Sejahat, sejahil, sehina dan seteruk IBU BAPA kita bukan HAK kita untuk menghukum mereka, bukan mulia untuk kita mencaci, menghina, mentidakpedulikan, memarah atau membenci mereka... kerana urusan kita ADALAH SEBAGAI ANAK YG MEREKA TELAH KANDUNG, JAGA DAN BELAI KITA SEMENJAK KITA MULA TERCIPTA...
Kepada KAWAN YG PERNAH MERASA MENGANDUNG & MELAHIRKAN DAN MENJAGA ANAK2 KITA.. PERNAHKAH kita terfikir bagaimana IBU AYAH KITA menjaga kita... setidak2nya mengandungkan KITA.
YA ALLAH.. AMPUNKAN DOSA IBU DAN AYAHKU
Tuesday, August 3, 2010
Biarlah seluruh dunia membenciku....
"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat."
Ya Allah,..
bantulah aku untuk terus berubah mencari redhaMu...
Tiada yang lebih indah daripada mendapat redhaMu..
Seindah apapun kenikmatan dunia,..
jika Engkau tidak meredhainya,..
tentulah ia hanyalah sia-sia...
Ya Allah,..
biarlah seluruh dunia membenciku,..
tetapi Engkau mencintaiku Ya Allah..
Maafkan aku...
tidak pernah terniat untuk menyakiti hati kalian...
tidak pernah terniat untuk merampas hak sesiapa..
tidak pernah terniat untuk membuat kalian derita atas apa y berlaku..
Tujuan hidupku hanya mencari redha Allah...
Kalian tetap adalah kawan-kawanku yang kucintai,...
Semoga kalian dibimbing oleh Allah ke jalan yang benar...
Mohon doakan untuk diri ini juga...
Saturday, July 31, 2010
Latihan praktikum guru mungkin dipanjangkan
Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zeland, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan.
Oleh itu, kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah tersebut:
• Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan dari satu tahun ke satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih:
• Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing;
• Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing mereka; dan
• Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing.
Thursday, July 29, 2010
Kita dan Mereka...
demi untuk menjaga hati mereka..
kita perlu memendam rasa...
kadangkala..
demi untuk menjaga hubungan mereka..
kita perlu lepaskan dia..
kadangkala..
jika kita diberi dua pilihan..
antara cinta mahupun keluarga.
kita pilih Agama..
Agama y pertama,
Keluarga y kedua,
Cinta..ada dimana2..
Kadangkala...
demi utk bahagiakan mereka..
kita rela dicerca dihina..
kadangkala..
demi utk masa depan mereka..
kita rela berendam air mata..
Namun..
biar siapa pun kita..
xkira apa jua bangsa kita..
xkira apa jua agama kita..
kita adalah manusia biasa..
Nukilan rasa: NinaAz Cookies...
Wednesday, July 28, 2010
Layar Keinsafan...
Layarkanku kearah cintaMU,
Tuntuniku menggapai redhaMu,
Rimbunan kasihMu kuberteduh,
kepadaMu ya TUHAN..
Berikan secebis keinsafan,
Bekalan sepanjang perjalanan,
Mencari ketenangan..
Berikanlahku hidayah..
Agar dikuatkan iman yang lemah,
Moga diberkati hidup ini,
Menuju bahagia y kekal abadi..
~Danish&Nina..~
Saturday, July 24, 2010
Sedarlah...
kita tidak dilahirkan kerana kebetulan
kita memang dilahirkan atau diutuskan oleh Allah dengan situasi yang penuh tribulasi masakini
kitalah orangnya
kitalah rijalnya
Jika tidak merancang untuk menuntut ilmu
sebenarnya kita merancang untuk menjadi jahil
Kalau kita tidak merancang untuk kesyurga
kita menempah neraka
Kalau kita tak merancang untuk meningkatkan keimanan
sebenarnya kita merancang untuk meningkatkan kekufuran ...
~Danish & Nina..~
Friday, July 23, 2010
Ketika Allah Memilihmu Untukku..
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu melimpahah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka ganding tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita kelak..
Ibadah pada-Nya ta'ala..
Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan kelak..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penumpang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Surgaku..
~Danish&Nina..digulu,baino..om sogigisom..~
Tuesday, June 22, 2010
Jagalah tepi kain sendiri...
Mood malam ni....: Tenang, lebih baik dari semalam..ALLAH memberkati selalu.....
Sedikit tazkirah yg ditaip dr Prof Amalina yg xbertauliah :
fuh~....
makin hari..hidup makin penuh sesak dgn masalah...
kadang2 hidup ni amat membahagiakan..
kadg2 hidup ni sungguh tertekan..
tapi..
kita kena igt..
ini semua dugaan...dugaan dari sape??
dari yang menciptakan kita...
dari ALLAH..Maha Besar..lagi Maha Kuasa..
kawan2 sekalian...
usahlah kita suka mengambil tahu hal orang..
lebih3 lagi..
hal peribadi mereka..
biarkanlah mereka..dgn cara mereka sendiri..
cukuplah sekadar menasihati..
menasihati dgn cara yg baik..cara yg lembut..
cara yg bersederhana...
BUKAN dgn cara mengejek..menghina..menekan2..
sedar tak kawan2...
manusia berbeza2 sikapnya..
ada yg suka ditegur..
ada yang panas bila ditegur..
yaaa...
kita memang berhak utk menegur..
sekadar menegur..
memperingati..
TETAPI...
kita tiada hak utk menentukan..
kita tiada hak utk memberikan tekanan..
dan kita tiada hak utk menghina orang...
itu semua..bukan jalan penyelesaian..
biarlah insan tersebut yang menentukan hala tujunya..
biarkanlah mereka dgn cara hidup mereka..
mungkin kita tidak tahu..
apa..kenapa..mengapa..mereka buat begitu..begini..
kawan-kawan...
tak salah kita mengambil berat hal org yang kita kenali..
tak salah kalau kita menyokongnya..memperingatinya..
TETAPI...
salah kalau kita mengongkongnya..
salah kalau kita selalu menyerbunya dgn kata2 yg xsedap didengar..
sedar tak sedar..
kita telah membuat dia tertekan dengan cara kita..
kawan2ku sekalian..
hidup ini cuma sekali..
hargailah..
sayangilah...
percayalah..
walau apa pun y terjadi..
pasti indah bila tiba waktunya..
kawan-kawan...
jagalah diri sendri dengan baik..
berkata2lah dgn baik..
jangan jadikan kata2mu itu menyakitkan orang..
jangan jadikan perbuatanmu itu..
menyakitkan orang..
jagalah tepi kain sendiri..
dan..yang paling penting..
jangan suka menjaga tepi kain orang...
Sekian..heheh .. Tazkirah yang ntah hape.. :)
~Danish&Nina~..God Bless Always..Amin..
Tuesday, June 1, 2010
JUNE menanti dengan penuh cabaran....
meninggalkan beribu2..berjuta..berbillion2 la kot..
kenangan..
utk aku..
yang bergelar..
manusia..
Suka..Duka..
Tawa..hiba..
Gelak tawa..
sedih pilu..
bila disatukan dalam satu bekas..
dan diputar dgn kelajuan maximum..
mungkin..
akan menjadi..
satu adunan yang sebati..gebu..lembut..serta...menarik..
hukhuk..
namun..
tak semestinya..
adunan tadi..
bila dibakar..
sedap dimakan..
adakalanya..
adunan tadi..
pahit utk ditelan..
terlalu manis utk dirasa..
tawar utk dimakan..
masin utk dimasukkan kemulut..
namun..
berbekalkan semangat waja..
ketabahan hati..
kesabaran..
keyakinan...
kasih sayang..
kecintaan..
serta...
kepercayaan bahawa takdir semua ditangan TUHAN..
si pemakan..
akan tetap memakannya..
walaupun
pahit..
manis..
masin..
tawar....
itu semua bukan alasan...
Semoga..
kehadiran JUNE pada hari ini..
menambahkan lagi..
memperkuatkan lagi...
hati..
si pemakan itu..
kerana...
dugaan..
cabaran...
serta...
ranjau yang berduri..
akan tiba..
akan dilalui..
tidak kira..
cepat..mahupun lambat...
yang penting...
~JANGAN TERLALU BERHARAP...~
Nukilan : NinaAz Cookies....
Monday, April 26, 2010
INSAN TERPILIH

Kau insan terpilih
Menyinari dunia dengan caramu yang tersendiri
Walau sering rebah dan menyembah bumi
Kau terus bangun dan merangkak menuju kedewasaan itu
Tanpa erti penat dan jemu
Kau susuri jalan kehidupan yang penuh liku
Tanpa terdetik sekelumit ragu..dihatimu..
Kau insan terpilih
Tak pernah menyesali kurniaan Illahi
Kau berdiri dengan seribu keyakinan
Walau sering dihujani dengan kata kejian
Kau tetap berdiri
Berdiri di situ
Berdiri dan terus berdiri
Suatu ketika manusia terlupa dengan kehadiranmu
Dan suatu ketika juga manusia ingin melupai dirimu
Apa salahmu?apa dayamu?
Hanya kerana kau istimewa..
Istimewa yang bukan kaupinta
Istimewa yang kau tak daya menolaknya..
Namun kauterima dengan hati yang redha
Kerana apa?
Hanya kerana kau hambaNya
Hamba ciptaan Allah Yang Esa...
~Sekian utk sajak y terpilih pada hari ini.. jumpa lagi di masa2 y akan datang~
*B&N*
