KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kelas Masakan. Show all posts
Showing posts with label Kelas Masakan. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Jambu Asam Boi

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sejak Mangga Asam Boi menjadi HOT dan menjadi viral dilaman-laman sosial, aku hanya mampu untuk menengok saja. Sikit pun rasa tak ada perasaan untuk buat sendiri mangga asam boi tu, cuma, perasaan nak makan memang membuak2 dan setiap kali aku tengok mangga asam boi, tiap kali itulah air liurku merembes keluar. teeeeheee!!! Jahat taw uolss! buat i terliur. huh! 

So malam ni! terbuatlahhhh asam boi versi jambu batu special by aku. hakhak. Stok asam boi ada lagi separuh plastik besar, tahun lepas punya stok. hahaha. Tahun lepas aku suka buat ikan/ayam stim bubuh asam boi., tu yang beli satu plastik besar tuh. Hadap lah asam boi sampai pengsan. 

Senang jea sebenarnya nak buat bendalah ni. Tak sampai seminit dah siap, dan tak sampai seminit jugaklah licin. Tak sempat nak simpan lelama dalam peti oi! Kejap2 laki aku pergi dapur, kejap2 pergi dapur. Nampak jea dia nak kedapur, dari jauh aku tanya, NAK KEMANA BANG OI!!! CARI JAMBU LETTEW! SABOoooo lerrrr!!!. 

Last2 bila tahap kesabaran diluar batasan, aku ambik bekas jambu dalam peti tu, letak atas meja hadap sesama. hahaha. seminit lesap. Memang sedap weh! serius sedap. Tak caya korang cubalah sendiri yea! hehehe. 

Jambu + garam + gula + belacan + cili + asam boi + air masak (sedikit).




Masuk semua bahan tu dalam bekas, Gaul2 sekali harung, biar betul2 sebati. Lepastu simpan dalam peti ais. Pastikan peti ais dikunci dengan mangga supaya jeruk tadi dapat disimpan lama, kalau tidakkk, tak sempat nak peram dah licin oi! haha




Ada rasa air liur keluar tak? Kalau ada, wajib cuba buat! kikikiki. 

SELAMAT MENCUBA!~  

TQ for reading! K bai!~   




Saturday, December 21, 2013

Biskut Coklat Bubble Rice

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Masa raya haji hari tu, aku teringin sangat nak makan biskut. Check punya check dalam almari kat dapur mama, aku tengok ada lagi stok coklat masakan yang gedabak besar punya, sikit pun tak disentuh. 

Adik aku la tu tukang beli, tamak bebenor. Asalnya dia nak suruh aku sapu coklat tu atas kek coklat masa raya puasa, tapi kakaknya liat bebenar nak masak coklat, lagi senang aku sapu whipp krim, tak renyih. Maaplaa yea dik! 

So, aku google dalam tenet resepi apa yang paling senanggg untuk aku buat biskut guna coklat masakan. tup tup dapatlah idea buat biskut buble rice ni. senang gilos weh!! makan pun cepat! cepaaatttt jea habis. :D 

Bahan-bahan yang diperlukan sikit ni jea. Kalau dah ada bubble rice dengan coklat pun dah boleh buat dah, tak perlu mangkuk kertas pun tak pe, pakai jea mangkuk yang ada kat rumah. lagi senang kerja. Ahaaks!



Cara nak buat lagi lah senang. Masak jea coklat masakan guna kaedah double boil. lepas cair coklat tu, tutup api, cepat2 masukkan bubble rice gaul sebati. Kemudian masukkan bubble rice bersalut coklat dalam mangkuk kertas. kalau nak mekap sikit2, tabur jea coklat rice warna-warni. SIAP!


Lepas sejuk cenggini, baru boleh makan. Senang jea kan?

  

Tq for reading! k bai~ 




Tuesday, May 21, 2013

Kerang Beli tak Masak - Masak sendiri LOL

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Kami, memang hantu kerang. Cakap jea kerang apa, kerang bakar? kerang rebus? kerang stim? kerang kukus? semua kitaorang makan. Kalau kat kedai makan tu, kalau sepinggan memang tak cukup, dua pinggan baru sedang2, nak order tiga pinggan malu la pulak. hahaha. Tapi selalunya aku dan abang order 2 pinggan jea. Kalau kat KL ni, kami selalu ke kedai WAN MAD dekat area Batu 9 Hulu Langat. Kat situ jea yang kami tahu ada kerang bakar setakat ni. kat mana lagi yea yang ada kerang bakar kat area CHERAS ni. tau tak? 

Sabtu lepas, abang mendarat di LCCT dekat jam 9 malam, lepas tu terus kami drift ke kedai wan mad, semata2 nak makan kerang bakar. hohoho. dekat SONG tak de kerang kot. kesian abang, dah lama teringin. 

Hari ni pulak, tengah syok2 aku jaga budak exam, abang wassap kat aku bagitahu yang dia ada beli kerang. Hah? apakah. macam mana nak masak kerang. Kalau kari kepala ikan aku tahu la. Ahaks! nak masak kerang? ermm.. yang aku ingat, kat kedai makan, dalam kerang ada serai. So, aku suruh abang beli serai seketul dua.

Selalu makan kat kedai sepinggan dekat 4 hengget. Kali ni masak kat rumah dua kilo 4 hengget setengah jer bai!. fuyohhh! sangat berjimat cermat disitu. Boleh simpan duit untuk ke Korea suatu hari nanti. hahaha
Memang Puas Hati Makan banyak macam nih
    

Lepas Magrib, aku masuk dapur,.. tetiba kena warning. 

Abang: Awak duduk diam2 eh. tak payah cakap apa2. saya yang akan masak kerang nih 

Aku: waaahhhhh... awak nak masak yea. yeay! 

Apalagi, aku terus bersila depan TV....

Tetiba... 

Abang: Bawang putih manaaaaaaaaaaaaa.... Halia manaaaaaaaaa 

Aku: Alamak, dah habis. tadi last guna buat sup. hahahaha. 

Abang: Ala, tadi cakap suruh beli serai jea. Kalau tahu tak de, tadi beli dah. Tak pe lah. kita ambik bawang yang ada dalam sup ni jea lah. 

Aku: A'aah... boleh jea... hehehe 

Hadoiiii. ginilah gamaknya rumah yang ala-ala bujang ni. time berdua baru berasap dapur. kalau aku sorang, memang tak de maknanya aku nak main masak2. hahaa
Nampak tak bawang yang lunyai tuu.. hehe. 

Penuh periuk... Dua orang makan. memang mabeles.


Memang puas hati makan kerang malam ni. Lepas ni, confirm masak sendiri lagi best. boleh makan banyak2. 

Resepi Kerang rebus Sawoku: 

1) Halia 
2) Bawang Putih 
3) Bawang Besar 
4) Asam Jawa 
5) Cili 
6) Serai 
7) Garam secukupnya 
8) Air secukupnya 

Cara-caranya:   

Masukkan semua dalam periuk. tunggu sampai masak!!! :)
Amacam? Ada rasa nak makan kerang tak sekarang? Ahaks! 

Tq for reading. K bai!

     



Sunday, April 7, 2013

Ayam Masak Stim Rendah Kalori

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???  

Ayam Stim low calories. haha. Adakah tajuk entri resepi kalori aku kali ni over? yea la. sikit2 kalori, sikit2 kalori. sampai resepi pun letak jugak nama kalori. Motif sangat kan. Maklumlah... "coach" herbalife lah katakan. tapi time over obsess makanan, tak hengat pun pasal kalori bagai. NGeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~ 

Resepi ni actually untuk Ikan sebenarnya. tapi, ikan dengan ayam lebih kurang jea kan. Ini resepi mama aku. Bagi aku, resepi sempoi macam ni sangat sedap dan berkhasiat sebab ada banyak halia. so, aku nak share lah dengan uolls yea. sharing is caring kannnnn... 

RESEPI AYAM MASAK STIM RENDAH KALORI: 

1) Ayam

2) Halia + bawang putih + garam - semua benda ni aku tumbuk lumat dan gaul pada ayam


3) Sos Tiram - juga digaul pada ayam secukup rasa -----> perap ayam sekejap
4) Serai (diketuk), Halia dan bawang besar [aku guna bawang merah sebab bawang besar tak de (T_T) ] di mayang 


5) Sebiji Limau nipis (ambik airnya) + beberapa ketul asam masin (terpulang)

6) Semua bahan pada no.4 dan no.5 tadi ditabur atas ayam yang diperap. kemudian KUKUS sampai masak.

7) SIAP! 


Selamat mencuba! 

TQ for reading! k Bai



Thursday, December 6, 2012

Durian Crepe Jadi Cekodok bilis!!

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Sana sini orang duk cakap pasal durian crepe. Dalam fb belambak2 orang duk post gambar durian crepe, blogger2 pun sibuk update entry pasal durian crepe. Hadoiiiii.... Aku yang nengok ni yang jadi mangsa. Mangsa terliur. Nampak macam sedap. Durian campur dengan krim. pastu dibungkus dengan lempeng. hikhik. mesti sedapkan?

Aku try la google dalam tenet. Cari ada tak kedai-kedai yang terdekat yang jual durian crepe ni. Tapi kebanyakannya Homemade, kena order dulu, tunggu dia pos baru dapat makan. hurm. lambat weh. Last2 jumpa la pasal kedai jual durian crepe ni ada kat MID VALLEY lepas aku terbace dalam blog INI

Mulalah aku mengada2 ajak Abang pergi Mid semata2 durian crepe. Tapi abang tak layan sebab dia cakap aku ni makan banyak. dah gemuk dah. wahhhhhh... sedih2.. haha

Nekad, aku nak jugak makan durian crepe, aku ajak abang pergi kedai nak cari barang2 untuk buat durian crepe. Nak tak nak, kami keluar jugaklah cari bahan2 tu. Tapi yang sedihnya aku tak jumpa cari whip cream yang non-dairy. kat Aeon, Carefour, Econsave suma tak de, last2 aku beli jugaklah yang biasa. ;(

Sampai rumah terus tiru resipi durian crepe dalam blog NIH.


Durian beli isi jea terus. senang. tak payah balik rumah baru nak buka kulit

Tapi bila suma dah settle, bila sekali aku ngap!... gulp! Huwaaaa.... tak best langsung whipp cream yang aku guna tu. rasa macam susu lembu..gulp! tak sedap!..



Tak puas hati. Pasni kena cari whipp cream yang jenis non-dairy.. baru sedap kot.. heee

Sebab whip cream yang tak sedap tu, aku stop buat, then lebihan adunan tu aku buat cekodok. tumbuk ikan bilis, hiris bawang besar, tambah lagi garam, tambah sikit tepung pastu goreng.. hurm! lagi sedap ni! hahaha


K bai!


Friday, December 24, 2010

Jadual Kursus Pastri Januari 2011

Hai blogger + readers + sewaktu dgnnya...
aku nak promote sket pada sesapa yang nak join kursus pastri ni..
lokasi sekitar Balakong taw.. Jom ramai2 meriahkan kursus ni..hehe..
hujung minggu je pun...bukannya hari kerja.. :P
Aku dapat info ni daripada jiran depan rumah aku ni..adik ipar dia la yang aktif lam persatuan ni..AKADEMI NUR INSAN.. dan aku..sememangnya tercari2 kursus yang semacam ini di kawasan ni memandangkan baru je menjadi penduduk Hulu Langat ni.. Jgn lepaskan peluang ni..
sila check kelas dan tarikh..

1) Kelas membuat muffin, roti dan pizza
8 Januari 2011 *Sabtu*
Fasilitator: Puan Fauziah Mohd Yusoff

2) Bengkel membuat coklat oleh Azimah's Homemade
15 Januari 2011 *Sabtu*

3)Kelas membuat muffin, roti dan pizza
16 Januari 2011 *Ahad*
Fasilitator: Puan Fauziah Mohd Yusoff

4)Bengkel membuat coklat oleh Azimah's Homemade
30 Januari 2011 *Ahad*

Utk pendaftaran boleh la hubungi : 019-3335741

Lokasi : AKADEMI NUR INSAN, taman impian indah, Balakong (peta lokasi ade bawah ni yea)






Tuesday, December 14, 2010

NinaAz & Chef Khairi Anuar

TUNJUK AJARKU SIFU!!~ YEAH!!

I Love Pastry !!!~ Master of Pastry... :P
Minggu ni, Chef Khairi Anuar berada di Kelantan selama lebih kurang 1 minggu utk menjadi Sifu dalam kelas Pastry.. and me., tidak melepaskan peluang ini utk menghadirkan diri dalam kelas beliau..

Chef Khairi Anuar


Ramaikan yang join kelas ni...aku duk belakang..dtg lambt..sob..sob... (T_T)


Kelas kek hari ni telah pun di adakan di SWEETBERRY, Kota Bharu., bermula dr jam 2:00pm-5:00pm.. utk kelas ni, Chef Khairi telah pun berkongsi 4 resepi kek dan memberi tunjuk ajar dalam penggunaan bahan, cara adunan, cara membakar, cara menghias kek sehinggalah part memotong kek... PERFECT!!~

Nak kongsi sikit ilmu yang aku dpt ni.. Chef Khairi ckp tadi, Coklat ada 3 jenis..

Pertama -> of courselah coklat 1st Grade, coklat ni di kenali sbg coklat 'Couverture' @ 'real chocolate' . coklat jenis ni lah yang terbaik kerana 10x gandi berkilat berbanding coklat biasa.. kurang manis dan sedikit pahit sb terlalu byk coklat..hehee... tapi harganya..tentulah upgrade sikit dr y biasa...nama pun dah 1st grade...ekekeke :)

Kedua -> of courselah 2nd grade..hehehe... coklat ni juga dkenali sbg 'Compound' coklat.. coklat ni naturally shining dan kurang manis..

ketiga -> haaa....coklat 3rd grade ni lah y kita guna selalu... alaaaa... cooking chocolate tu la haaa...hehehe... coklat ni kan..kurang shining, manis, berminyak dan coklat ni byk lemak minyak kelapa sawit..memang kandungan gula sangat100000x tinggi ..hehee... kalau nak suh berkilat, kita kena tambah shortening..baru nampak berkilat..ok..done!~

pernah dengar tak brand coklat COLATTA ??? haa... kalau pergi Indonesia kan.. brand coklat ni la yang paling femes kat sana.. dan Chef Khairi pun guna coklat brand ni taw!!.~ memang best~
Dulu masa beliau kerja kat Secret Recipe.. Coklat brand ni la diorg guna utk buat kek yg sedap2 tu..then, pernah makan tak Big Apple Donuts? ha..same jugak brand coklat yg diorg guna..COLATTA..hehehe.. nak tahu tak??? almost 30% resepi kek yang di gunakan di Secret Recipes skg ni adalah resepi dari Chef Khairi... fuh~ cayalah.. i'm proud of U... :)

ni salah satu Packing Coklat Colatta...ada banyak bentuk packing taw..besar,kecik, and so on.. dan yang ni Sweetberry bg sbg OUTDOOR GIFt.. hehee... TQ sweetberry!!!


Chef Khairi ni agak kelakar,, xbosan la masuk kelas dia..berceloteh je dia.. byk ilmu yang aku dpt especially dlm bidang Pastry ni...dan hari ni..aku dah belajar 4 jenis kek yang SODAPPPP beb~~ memang sedap, sehingga menjilat jari licin..hehehe... simple tapi..kalau belek buku je..gerenti xdpt buat..so kena tengok how to do it...

Ni la jenis2 kek yang di pelajari:


1) Peach Flan Cake
2) Cappucino Dates Cake
3) Colatta Banana Cake
4) Apple Chips Crumble Cake

ok..dalam banyak2 jenis cake ni kan,aku paling suka yang no.4.. sedap lor!!~ kek ni ada apple pie filling dan juga Crumble atasnya.. Crunchy beb....rugi tak rasa...hehe..dan rugi xbuat sendiri..hehe.. :)


dalam masa 3 jam, kesemua kek tadi siap utk di makan.. siap masuk kotak bagi kitaorg lagi.. hehehe.. dpt jugaklah rasa kek ni kan sebelum balik umah try sendiri....


Hopefully, dapat join utk kelas yg seterusnya.. memandangkan aku akan jadi perantauan di KL, maka senanglah utk aku menghadiri kelas2 beliau..hehe... I-Allah..

Model Coklat Collata..hehe


NinaAz Cookies,, Let's my dream comes true.....~



Wednesday, November 24, 2010

Jadual Kelas Masakan


Kelas Kek:
1) Collata Banana Cake
2) Peach Flan Cake
3) Cappucino Dip Cake
4) Kellogs Blueberry Corn Flake Cake

Tarikh: 14/12/2010
Masa: 2.00pm
Yuran: RM45
By: Chef Khairi Anuar

Kelas Chocolate:
1) Praline -> Tiramisu Chocolate -> Hazalnut Chocolate
2) Oren Chocolate
3) LollyChoc (hand on)

Tarikh: 24/12/2010

Masa: 10 am

Yuran: RM 50
By: TANG

Kelas Kek:
1) Carrot Cake
2) Fruit Cake
3) Fresh Cream Blueberry Cake
4) Fresh Cream Strawberry Cake
Tarikh: 24/12/2010

Masa: 2.30pm

Yuran: RM40
By: TANG


Biskut Raya 2011:
1) Biskut Cinderella
2) Biskut Fingers
3) Almond Jumble
4) Dream Bars

5) Chocolate Wheathies

6) Delica Top Cookies
7) Shanghai Delight
8) Golden Ball
9) Mama Delight Cookies

10) Monte Carlo Cookies

Tarikh: 31/12/2010
Masa: 10am

Yuran: RM140
By: Chef Halimah (Penang)


DAFTAR SEKARANG!!!!!!

Sila hubungi SWEET BERRY TRADING 4662-C, JLN SULTAN YAHYA PETRA, KOTA BHARU, KELANTAN. TEL: 09-7473682/0129535102

Friday, November 19, 2010

Baking Class Schedule..

Haiii...yuhhhuuu....cantik tak gambar bawah ni....hehhee


Entri Kali ni khas utk sesape yang berminat utk join Baking Class..
Tenaga pengajar dalam kelas ni bukan calang2 orang..
mereka berpengalaman bertahun2 dalam membuat dan mengajar pastry..
so..apa kata..kita ambik peluang keemasan ni utk menambahkan lagi ilmu kita dalam bidang pastry ni...hehehhee...


Kelas Pudding:
1) Pudding Alamanda
2) puding Jedela Hati
3) Pudding Snow White

by: Chef Halimah (dr Penang)
date: 26/11/2010 (10am-1pm)
place: Citarasa Trading KB Kelantan
Fees: RM80

Kelas Kek Hantaran:
1) Kek Dua Sejoli
2) Kek CInta Balkish
3) Kek Pastry Berhias

by: Chef Halimah (dr Penang)
date: 27/11/2010 (10am-1pm)
place: Citarasa Trading KB Kelantan
Fees: RM100

Kelas Koleksi Biskut Jualan Terlaris Ita Delight:
1) Almond Toasted Coconut
2) Chocolate Crunchu
3) Chocolate Dream
4) Chocolate Rice Square
5) Greenlace
6) Luscious Hazelnut
7) Milk milk Chocolate
8) Cheedar Cheese Crackers
9) Pandan Chocolate Square
10) Pappermint Chocolate
11) Pistachios Yummies
12) Cashewnut Sprinkle
13) Suji Salju
14) Sweet Sunrise Cookies
15) Cappucino Snow Almond

by: Kak Rozita (Ita-Delight)
date: 03/12/2010 (10am-3pm)
place: Citarasa Trading KB Kelantan
Fees: RM220

Premium Cheese Cup Cake and Muffin:
1) Lemon cheese cupcake with lemon cream frosting
2) Oreo cheese cupcake with cream frosting
3) Carrot coconut muffin with cream cheese frosting
4) Redvelvet cupcake with cream cheese frosting
5) Black bottom cheese cupcake
6) Walnut chocolate muffin
7) blueberry chip muffin
8) Chocolate cheese muffin

by: Kak Rozita (Ita-Delight)
date: 04/12/2010 (02pm-06pm)
place: Citarasa Trading KB Kelantan
Fees: RM150


Jangan Lepaskan Peluang ini..
Bersama Ciptai Citarasa..
Untuk maklumat lanjut dan juga penyertaan..
sila hubungi
CITARASA TRADING,
no tel: 09-7453318/019-9806628
email: citarasatrading@gmail.com



Pssst:: Pakat JOIN rama2 deh..NinaAz pun nak join gak..eheheh..JUmpa disanaaaaaa..... :)

Saturday, September 5, 2009

SKILL 4Y2Y



Alloooo.... hm..ni ak tlh join kursus dimana kursus y anjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.. ianya diadakn di IKBN Bachok. actually, byk kursus y ditwarkan such as, kursus western food, menghias cake, lukisan seni bina, landskap and so on..tp memandang kan aku lewt register, so hy tinggal 1 kursus je iaitu kursus utk menghias meja dan hidangn pengantin..hehe..sape2 yang nk kawin tuh..boleh la mitak tlg aku ye.. tak byk pun upahnyer.. ngeeee~.......

check it out..~

..Merpati epal dua sejoli..~

















..Napkin sets..
















..3 jenis air..traffic light , and dua lagi tak igt...BOoooo~
















..hmm..main hentam jer decorate..


















..inilah..cantik kan..ngee~...so.. i hope.. kursus y semcm ini akan diadakan lagi.. kepada krew2 y terlibat.. thnks a lot K!!.. =P