KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 27, 2011

OMBAK RINDUku singgah di KOTA KINABALU

Assalamulaikum.. Halo readers!!

Kecoh satu MALAYSIA pasal OMBAK RINDU... BEST sangat ker?? ombak rindu dah jadi pekasam baru aku nak pergi tengok.. heeeeee, siput betul


Ombak rindu??? erm, boleh laaa.. CERITA SEDIH.. CERITA JIWANG.. CERITA PASAL ORANG KAYA YANG SOMBONG LAGI BONGKAK LAGI ANGKUH.. heeee, cerita yang menyebabkan aku.. (T____T), adeh! aku bab2 sedih ni fail betul laa, mesti layan sekali dengan air mata..hahahaha... lagi2.. memang betul2 tengah sedih ni sekarang.. huuuuuuuuuuuuuuu

Semalam dapat Hang Out dengan BFF--> IOI MALL.. seronok.seronok. lama tak jumpa dan lama dah tak tahu pasal perkembangan diri. tapi seingat aku laa.. yang pasti, tiap kali dia pindah rumah, mesti aku sempat jejak kaki kat rumah dia yang baru tu..heeee.. betul tak tonah?? setakat ni aku rasa dah 4 kali kot dia tukar rumah, rajin betul mak cik tu angkut barang, dah la barang rumah macam dah ada family... kalau rumah aku, memang betul2 rumah bujang..AHAKS!

Pepagi aku dah minum SHAKE HERBALIFE, so after wayang baru terasa kelaparan yang keteramatan, mana taknya dah jam 5 petang. Aku teringin nak makan LAKSA, so kami singgah di ASAM HOUSE, berdekatan dengan GSC...

TOMYAM kat sini memang terbaik~ betul2 kow! macam makan kat Narathiwat 6 tahun lepas.. hahaha... Banyak pilihan makanan kat sini, kalau korang nak rasa, sila-sila ke ASAM HOUSE ;)


Tomyam tu...ce tengok, ce tengok.. ada rasa terliur tak?? heeee (ini my BFF punya)



Yang ni plak... ce tengok..ce tengok.. power kan blackpaper dia?? confirm angkat perut kalau licin satu orang makan (my adik punya)


Laksa tu... aku yang punya... not bad laa.. COLEK BUAH tuu..aku rasa, aku kot yang banyak bedal..AHAKS! memang betul2 memiara lunnok ;)


Hai!!!! ini my BFF.. heee.. dari kecik sampai besar kami kawan.. COOL tak ;)

to my BFF : Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul. We pray the best for us.. ;)

Next time! kita HANG OUT lagi yea...heeeeeeeeeeeeee ;)


"i'm happy...
yet....
i'm depress too... "


Papai!!


Monday, December 26, 2011

Semuanya akan SELAMAT!!

Assalamualaikum... Halo readers!!!


Saya tunggu awak balik sini.... awak dah janji kan????? (T____T)


Semoga semuanya selamat... Saya doakan yang TERBAIK untuk KELUARGA awak.. (T___T)
Selamat jalan TANAKWAGUKU... NO MATTER WHAT.. MUHANG OKU DIKA.,

Salam Sayang....




Thursday, December 15, 2011

Puding Roti Ting Tong

Assalamualaikum.. Halo readers!!!

Kering idea untuk tempahan hari ni, godek punya godek diari resepi mama, terjumpa resepi puding roti ni..hehe..Jom try puding roti yang lazat ni!! so! apa lagi.. siapkan order sebelum jam 2 petang =_= '


PUDING ROTI TING TONG


Bahan-bahan:

1 bungkus roti
5 biji telur
1 cawan gula
2 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar tepung kastard
sedikit marjerin utuk disapu pada roti
satu sudu kecil vanila

Cara-caranya:

1. Hiris roti dan sapukan marjerin pada roti


2. Goreng roti tanpa minyak dengan menggunakan kuali ceper ;)


3. Siat-siatkan (betul ke bahasa nie?) roti yang sudah digoreng dan masukkan kedalam acuan

4. Putar telur+gula+susu cair+air+vanila+tepung kastard sehingga sebati, kemudian masukkan kedalam acuan tadi - biarkan dalam 10 minit, kasi meresap sikit


5. Bakar pada suhu 180 darjah celsius

Alamak! meletop-letop..angkara pandai2 letak serbuk penaik..AHAKS! kelaaaas ko NINA


5. Sejukkan dan hidang!!

Senangkan?? WAJIB try ni! serius SEDAP!! SANGAT2 SEDAP OK ;)


~SELAMAT MENCUBA~

Papai!!



Saturday, December 10, 2011

Bubur Asyura @ Sugha

Assalamualaikum.. Halo readers!!!

Sudah menjadi kebiasaan, bila tibanya 10 Muharram, dapatlah merasa bubur yang diberi nama BUBUR ASYURA @ SUGHA.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), kitab Jam'ul Fawaid (halaman 132 Syeikh Daud AL-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya:

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as: Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang"

Berdasarkan kisah tersebutlah, makanan daripada biji-bijian itu dinamakan BUBUR ASYURA. dan itulah masakan pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

Sumber: Al-Haziq

Hari ni sudah pun 14 Muharram, sudah 4 hari berlalunya 10 Muharram. Hari ni baru berkesempatan untuk bertungkus lumus menggodek sugha. :)

Mula beroperasi mengacau sugho selepas SUBUH dan sepenuhnya masak dalam jam 11.30 tengah hari. KEJAP kan ?? ;P

Bagi yang tak pernah merasa bagaimana rasanya kesedapan sugho ini.. ketahuilah bahawasanya anda adalah orang yang rugi..HEKHEKHEK... Setahun sekali jea aku dapat makan menda ni... MESTI makan dan MESTI tanya-tanya mama sampai dia bosan nak jawab.. bila nak buat sugho, bila nak buat sugho..bila nak buat sugho.. Cukup 3x tanya, terus buat.. heeeee :)

Bagi yang tak pernah tahu bagaimana rupanya sugha.. meh sini aku nak tunjuk sattt.... :)

Ni la rupanya sugha.. jenuh ni nak godek.. tak boleh henti godek


Kemeriahan mengacau sugho

Akibat kebuluran+kelaparan, tunggu sugha lambat sangat nak boleh makan, aku bedal pulut+ikan masin+ikan rebus goreng.. satu pinggan kongsi dua orang, maklumlah.. jaga badan.. (erk?? )

Menghayati keenakan sugha panas.panas.panas. tak sempat toleh kiri kanan

Yang macam ni lagi best, panas-panas lagi., tak sempat nak keras ;)


Ok! dah boleh mamam sepenuhnya :)

Ok.. itu saja entri malam-malam ni.. mengantuk butir mata :) sekian.


Al-Fatihah buat Bapa Saudaraku ALI BIN MARIAM, menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 11.05 Tengah Hari tadi dan selamat dikebumikan pada jam 5.30 petang tadi. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. AMIN!

Papai!!


Thursday, December 8, 2011

Tutty Fruity Cake

Assalamualaikum... Halo readers!!

Dah seminggu aku bertapa kat kampung halaman ni, kesibukan melanda sampai tak sempat nak menjenguk bahan-bahan pastry yang ada kat dapur mama... Hari-hari nampak HERBALIFE jea.. sampai lupa nak masuk dapur.. :P

Banyak yang dah licin dan perlu di top-up,, serbuk koko dah tinggal secubit, esen vanila langsung tinggal botol kosong jea, soda bikarbonat dah licin, tepung gandum pun lagi 1/2kg nak habis.. yang paling banyak sekali ada kat dapur sekarang, WHIPPING CREAM.. 4 kotak.. pergh!! Abah tersilap beli whip cream dalam kotak, sedangkan IKBN order yang dalam botol, jenuhlah aku nak habiskan :)

Minggu depan dah kena buat kuih-muih untuk tempahan IKBN.. kena plan awal-awal la ni, setiap hari mesti menu yang berbeza-beza.. kalau hari-hari aku bagi makan APAM POLKADOT.. muntah dot.dot.dot pulak kang.... :)

Memandangkan ovallette masih lagi ada cukup2 satu sudu kecil, teringin pulak hari ni nak cuba resepi TUTTY FRUITY CAKE dari kak Azlita. . . terliur dek kecomelan kek yang dia buat tu.. Walaupun aku tahu, aku akan buat kek yang tak secomel itu, tapi nak jugak buat! heeeee :)

Inilah hasil yang tak seberapa.. huuuuuuuuuuuuu ;)

TUTTY FRUITY CAKE

BAHAN-BAHAN:

300ml putih telur
135gm gula pasir
secubit garam
1 sudu kecil ovallete
150gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
75gm marjerin dicairkan (aku tukar dengan minyak matahari)
pewarna dan paste

CARA-CARANYA:

1. Pukul putih telur hingga kembang kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.
2. Masukkan ovallete dan garam kemudian pukul lagi sehingga kembang dan kental
3. Masukkan gandum dan serbuk penaik, pukul sebati
4. Masukkan marjerin yang di cairkan, kacau sebati menggunakan spatula
5. Asingkan adunan kepada 4 bahagian, letakkan warna yang anda suka ( keladi+ungu, kuning+sanquick, Jambu batu+hijau, Strawberi+merah)
6. Kukus lapisan pertama sehingga masak, tuangkan lagi adunan kedua, kukus sehingga masak, ulang langkah sehingga adunan habis ( kalau rajin, bagi nipis-nipis @ banyak lapis.. aku pemalas, buat 4 lapis jea..hehe..)
7. Sejukkan, dan hias mengikut selera masing-masing.

Adeh~ buruk bebenor ruponya.. beralun-alun macam OMBAK RINDU.. huuuu..



SELAMAT MENCUBA

Papai!!








Wednesday, December 7, 2011

Messi - Impossible is Nothing

Assalamualaikum..Halo readers!!


Layan VIDEO ni dulu...


Yes MESSI!! you're right!

Lionel Messi dahulunya adalah seorang yang ada PENYAKIT KAKI dan seorang yang BANTUT, keluarga yang MISKIN. Tapi sekarang? beliau sudah berjaya dan berjaya :)

Memilih untuk mengambil NUTRISI HERBALIFE dengan kesedaran diri sendiri SEBELUM Herbalife menaja Barcelona lagi. Hasilnya, nikmat kesihatan semakin baik dan prestasi beliau sebagai seorang atlet semakin luar biasa dari hari ke hari. WOW! hebat tak HERBALIFE? Alhamdulillah! Herbalife berjaya mengubah kehidupan Messi.

" I use HERBALIFE product on and off the field for energy and focus. That why i can play my best game" - Lionel Messi

Aku jumpa gambar kat bawah ni dekat wall FB kawan aku, pergh! cayalah messi. yang paling ketara. BELIAU NAMPAK LAGI MUDA!.. yea.. tengoklah leader-leader aku sendiri yang telah pun guna herbalife bertahun-tahun, makin meningkat umor, makin MUDA tuuu... kenapa herbalife jadikan kita lagi muda? sebab,, herbalife adalah nutrisi yang sangat-sangat baik untuk CELL!!! :)

Tak mustahil semua apa yang kita nak akan kita dapat, yang penting kita rajin berusaha dan PERCAYA dengan setiap apa yang kita lakukan.. JANGAN kata kita nak,nak tapi kita tak buat, tapi kita tak da usaha. Celah mana nak dapat apa yang kita nak tu kalau duk diam jea tak de buat apa?? heee :)

Betul kata messi : Impossible is Nothing.. Kalau dulu dia seorang yang BANTUT, tapi sekarang? beliau seorang pemain bola yang sangat-sangat hebat.. Kalau sekarang aku hanyalah seorang pengedar bebas biasa, mana tahu satu hari nanti aku boleh jadi PRESIDENT TEAM HERBALIFE?? tak mustahil kan?

Yaaa... kejayaan tak kan datang bergolek, kejayaan akan datang selari dengan usaha yang kita lakukan. Jangan di fikir benda-benda yang remeh, jangan mudah untuk berputus asa, jangan terlalu mengharapkan sesuatu kejayaan berlaku sekelip mata, INGAT! apa yang kita buat sekarang, orang yang telah berjaya sekarang ni pun dulu buat sama dengan apa yang kita buat, malah mereka sekarang ni pun tetap lagi buat benda yang sama.

Makanan NUTRISI HERBALIFE adalah misi kita. PRODUK KITA, KEBANGGAAN kita.. Percaya, yakin dan berusaha... InsyaALLAH, DIA akan tolong kita. Sehebat mana pun kita, jangan dilupa untuk bersyukur padaNYA.. kerana DIAlah kita berjaya.. kerana DIA jugalah aku berada dalam bidang ini yang sama sekali tak pernah aku terpikir..

Berlaku dalam sekelip mata.. berlaku dengan tiba-tiba.. tapi aku yakin, JIKA ALLAH TAK BUKAKAN PINTU HATI KU UNTUK SIGN UP HERBALIFE MEMBER DAN MENGORAK SELANGKAH DEMI LANGKAH, aku rasa.. aku masih insan biasa yang banyak membuang masa,... aku masih insan biasa yang tak mampu menolong orang untuk jadi luar biasa..

Aku sangat-sangat bersyukur bila mana jalan yang aku pilih ni lah, yang dapatkan aku membantu orang-orang yang inginkan sesuatu yang SIHAT untuk badan mereka.. ALLAH sangat-sangat suka bila kita makan benda yang baik untuk diri kita..

TERIMA KASIH ALLAH... TERIMA KASIH HERBALIFE!!!! :)

Papai!!




Wordless Wednesday : NinaAz Edisi L.A. GALAXY











Monday, December 5, 2011

YIK MUN The Famous Tjg. Malim PAU

Assalamualaikum... Halo readers!!

Semalam aku balik Kelantan dari Kuala Lumpur ikut Highway Utara. First time balik kampung ikut jalan GRIK, biasa masuk GUA MUSANG jea.. Jalan area sana memang puas hati kalau nak dibandingkan dengan laluan BENTONG-GUA MUSANG. Walaupun terpasa melaburkan duit tol yang agak 4 kali ganda berbanding tol gombak, tol bentong, tapi.. PUAS HATI tu penting kan???

OTW balik semalam, sempat lagi aku EXIT Tjg. Malim. Motif utama nak carik PAU YIK MUN dan nak makan nasi dengan IKAN BAKAR JALAN KETOYONG. fuh! memang sedap bai! 3 ekor ikan bakar aku sorang jea boleh lesap, mak mertua lalu pun tak sedar.. muahahaha :D

Ingat nak buat entri pasal ikan bakar semalam, tapi, sikit pun aku tak teringat nak SNAP.. lupa terus bila dah jumpa ikan bakar ketoyong.. serius BEST SANGAT2!!! kalau datang Tjg. Malim, korang mesti cari ikan bakar tu yea!!

Lepas makan ikan bakar, terus pergi cari Pau sebagai pembasuh mulut.. hekhekhek.. tapi bukan untuk aku, ni haa.. utk mama dan adik-adik :) Aku beli 4 ketul yang dah di kukus dan dua plastik yang belum di kukus.

So, hari ni, dah mengidam sangat.. sempat la si adik mengukus pau.. Bukan main selera ABAH aku makan pau, siap TAPAU bawak pergi pejabat lagi.. hekhek..

PAU YIK MUN memang best.. GEBU+MONTOK+SEDAP++++ DAN MACAM-MACAM lagi.. aku dah tak tahu nak explain macam mana.. korang cuba sendiri baru korang tahu..


Ni la diaaa PAU yang gebu+sedap ni... ada terliur TAK??


Aku beli inti kaya satu, inti kacang satu :)


GULP!!!! bagi 10 biji pun aku habis :)



Mesti korang terliur kan.. Jangan jeles.. Aku tengah makan ni..nyum.nyum.nyum [hahaha-gelak jahat]

Papai!!




Sunday, December 4, 2011

ORKID sepanjang jalan : SUNGAI BULOH [mama saya suka bunga, saya TIDAK :P ]

Assalamualaikum... Halo readers!

Dah lama mama simpan niat dan angan-angan untuk jejak kaki di kedai-kedai bunga yang mempunyai kedai lebih kurang 71 lot kedai bunga, landskap, bonzai dan segala bagai di area SUNGA BULOH. dari bulan 2 hari tu lagi time mama datang kat rumah aku. tup.tup, semalam baru berkesempatan ke sana.

Dari AMPANG, terusssss jeee tekan pedal minyak ke kepong, sampai area SUNGA BULOH ambik exit ke SHAH ALAM, sebelah kanan ada kem tentera, straightttttt jea don't belok-belok... dan sepanjang jalan sebelah kiri korang akan nampak lot2 kedai tu. JENUH nak singgah semua, berjam-jam la jawabnya.. [ DUA KALI u-turn jugak ni baru jumpa ]

Kalau korang nak datang sana, kena bawak kereta yang boleh muat barang banyak.. like HILUX kea, LORI KECIK kea.. hekhek

Aku tak pernah sampai tempat ni, dan tak pernah aku tengok lot-lot kedai yang sepanjang jalan penuh dengan bunga-bunga, landskap yang CONFIRM CUN GILER, bonzai yang kreatif dan lelawa, pokok-pokok besar yang gagah perkasa [JAKUN KAN?].. semua CANTIK-CANTIK :)

Tapi itu semua bukan motif utama. Mama aku nak datang sini sebab nak cari ORKID jea.. Nak tambah koleksi bunga ORKID kat depan rumah.. CARIK punya carik, lot kedai yang ke-41 baru jumpa ORKID. heeeeeeeeeeeeeeeee!!! so, apa lagi.. TERJAH!

CUTE buaian tu, duk depan rumah petang-petang, goyang-goyang kaki, syok jugak!


Depan kedai first yang kami berenti, tapi kat sini tak de ORKID. :)


Keindahan ciptaan TUHAN...









Total Loss : Rm260

Kalau dah sampai SUNGAI BULOH tu.. jangan lupa singgah yea.. buaian kat sana lawa-lawa taw! AHAKS~

**Mama sangat suka bunga, tapi saya tak suka bunga. Saya suka HERBALIFE jea! hahahha**

Papai!!