KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Persediaan Hari Bahagia Kami. Show all posts
Showing posts with label Persediaan Hari Bahagia Kami. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Tips untuk bakal pengantin di hari Perkahwinan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sekadar berkongsi pengalaman untuk bakal-bakal pengantin yang akan menempuhi Hari Raja Sehari mereka. Mesti korang tak sabar kan? Ada rasa berdebar2 tak? Rasa nak nangis? Rasa nak lompat tinggi2? Aku dulu, rasa biasa2 jea. Tak de lah sampai nak lompat tinggi3 tu. Over ssangat taw! Haha. 

Tips yang aku nak kongsi ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Buat pedoman bakal-bakal Raja sehari. Mana taw tips2 aku ni berguna untuk korang. Sangat kannn. Haha *bajet*

1) Bertenang di hari kejadian - sila jangan terlalu kalut macam aku. Haha. Pagi3 bangun lepas subuh duk kalut check benda apa yang tak siap. Semua benda aku nampak tak betul. Aku betulkan karpet, kerusi meja. Intai3 kat dapur. Nampak sangat gabra disitu. Tak tahannya tuu. Siap nak buat makanan untuk pengantin.padahal akulah pengantin itu. Pffffft. Berpeluh2 kauuu. Mak andam dah nak datang baru aku nak mandi. Kesannya? Berpeluh2 time kena mekap. Jenuh mak andam nak mekap. Haha. 

2)Berwuduk sebelum bermekap - Ini penting kalau mekap sebelum Zohor ok. Sebelum muka kita bertukar jadi mak jemah bersiri. Sila berwuduk sedia. Tapi kalau yang jenis banyak angin. Kuat kentut opps! Acaner? Aku hari tu Alhamdulillahhh.  Tak sempat nak kentut. Nerbes sangat kot. Hihi. Tapi sangat sadis, sebab rombongan datang awal. Belum Zohor dah sampai. Haha. Silap timing pulak. =_='  

*Solat ada Mekap, Sah*


3) Mekap - Pastikan mak andam korang jenis yang tak paksa2. Contoh: tak  nak mekap kalo tak nak cukur kening. Hoho. Sangat vavava disitu. Aku hari tu diberi dua pilihan samaada nak cantas atau nak gam. So. Aku pilih gam. Heeeee ♥ Lagi satu, kalau nak nampak neutral, carilah mak andam yang pandai buat muka korang nampak neutral jea. Tak hover. 

4) Rombongan pihak lelaki - Selalunya rombongan pihak lelaki datang jam 2 atau 3 petang kan. So sempatlah kita solat Zohor dulu. Macam aku hari tu terrawal pulak. So, pastikan masa sesuai dengan situasi korang. Kalau korang tengah bendera merah time tuu.. tak de masalah laa kan. 

5) Mekap removal - Perlu ada untuk proses membuang mekap dengan jayanya. Nyesal giler tak prepare sedia. Memang jenuh ahhh aku nak hakis mekap tebal hari tu. Guna air. Guna pencuci muka. Still lagi melekat sikit. Tawakkal jea lah. Janji kita yakin. Pastikan mekap removal yang korang beli tu removal yang terpower di dunia. Nampak tak keanehan muka pengantin disitu? *selepas berusaha hakis mekap tebal* Hahaha. Ni pun aku touch up sikit2. Kalau tak. Memang lagi teruk ahhh. Dah macam hantu kak limah balik sawah daaaa. Ngeri haku nak tengok muka sendiri. haha

6) Stoking atau sarung kaki - Selain menutup aurat. Sarung kaki ini perlu agar menampakkan lagi kekemasan pengantin. Tak de la nampak kaki kita yang sebayam tu. Ahaks!

7) Outdoor photoshoot - Bagi aku la kan. Secara peribadi. Lebih baik kita jangan ambik outdoor photoshoot pada hari yang sama big day kita. Sebabnya.. kawan2 dan tetamu yang hadir mestilahh datang semata nak meraikan kita kann. Kita pulak menghilang sebab duk berposing tepi bendang. Tak ke gigit jari tetamu sebab tak dapat bergambar dengan kita yang cun habis pada hari tu. Hehehe. Aku hari tu pun rasa sedih giler sebab tak terlayan kawan3 yang datang sebabnya duk bergambar  sakan depan pelamin. Arwah abah aku berkali2 tanya bila nak siap. Bila nak siap. Sedara mara nak jumpa. Ngeeeee~ 

8) Busana pengantin - Pilihlah yang selesa untuk di pakai. Kalau rasa nak jadi cleaner kawasan rumah pada hari kejadian. Bolehlah pakai wedding dress macam aku ni. 

Bersih licin sangat lantai rumah aku *mata keatas*. Sangat tak selesa ok. Aku angkat kain sampai terselak3. Nasib aku pakai seluar panjang. Lepas Zohor, aku terus tukar pakai baju kurung biasa. Laaagi selesa. Siap boleh kuis2 tanah lagi.
  
9) Hadiah - Yea. Aku paham. Motif sangat nak susun hadiah cantik2 time orang bertalu2 datang. Tak sempat haih! Walhal aku dah amanatkan tugas bahagian hadiah ni kat adik aku. Tapi aku silap. Tempat untuk letak benda2 yang tetamu bagi patutnya tersorok sikit. Bukannya takut orang curi. Apakah? Tapi... kalo bertaburan dan terbuka macam ni, lagi2 betul2 depan pelamin. Orang duk lalu lalang, kang tak pasal2 ada yang jadi superman terbang ke bawah. Kesian pulak tetamu aku. Free2 dapat mekap benjol kat dahi. Ahaks! 

10) Hadiahkan senyuman yang cukup manis dan ikhlas untuk semua tetamu yang hadir - Jangan lupa senyum sokmo sepanjang majlis yea. senaman gigi dan mulut. hah. 

Ok. ni jea lah kot tips yang dapat aku share dengan bakal-bakal pengantin. hehe. Selamat menempuhi alam rumah tangga. 

TQ for reading! k bai!  



Sunday, January 20, 2013

Wedding Reception Review: Shawl & Baju Pengantin

Assalamualaikum..  halo readers! Have you had your SHAKE today???

Hai uolls!! Happy Sunday! winkwink..Selamat berhujung minggu kengkawan. Hari ni pergi jalan-jalan kat mana yuk?

Ok! wedding aku actually dah berlalu dua bulan lebih. Tapi aku ni tak habis2 nak ngepost pasal wedding review. Motif sangat ngepost benda alah ni.. hahaha. Oleh kerana ramai yang PM aku kat FB, bersalah sangka pasal shawl yang aku pakai time wedding aku hari tu, meh aku sharing is caring macam mana rupa bentuk shawls tu yang sebenar hokkey!

Ok. first, meh aku show off sikit pasal busana pengantin a.k.a dress yang aku pakai 15 November yang lalu. Tema aku light grey. sebab aku rasa warna grey sesuai dengan kulit aku yang hitam ni. tiap kali aku pakai grey, tak kesahlah pergi pasar malam kea, pergi beli ayam ker, pergi kerja kea, aku rasa confident sikit. ecececeh.. memang poyooo..poyooo... (nada suara johan)

Busana ni bukan direka khas untuk aku. busana ni jugak bukannya direka khas dari designer terkenal meletop2 gitewww.oppssss. Tapi, busana ni aku just pilih dari BUTIK KAK SU, including pakej pelamin. pakej yang aku ambik tue termasuk 3 persalinan, but aku hanya ambik dua persalinan saje. satu untuk akad nikah, satu untuk resepsi. 

Ok. nie lah busana pengantin yang aku pakai tue. simple but nice kan? nice dimata aku laa.. hahaha. ok. sila FOKUS pada veil busana ni. veil ada kat atas sekali.

Dengan ketinggian aku yang melebihi 170cm ni (nah kauuu... terlebih sudaaaa!!), so... meleret-leret laa bila aku pakai.. hahaha.. Ni gambar penuh aku dengan busana pengantin dari butik kak sue.. macam cinderella pulak aku tengokkk (*sila muntah!)... hahahhaa... sekali seumur hidup kot aku pakai macam ni. muka pulak macam opera cina dah aku rasa.. lalalaala~

Aku ni cerewet sikit bab2 memilih tudung. bukan cerewet sikit, tapi cerewet banyakkkk... shawl yang aku pakai time wedding reception hari tu adalah shawl pilihan aku yang ke-4. first shawl halfmoon manik2 pink yang mama beli kat jalan TAR, lepastu shawl panjang yang aku beli online kat shawl ayucinta , next tudung bawal yang hari2 aku pakai pergi sekolah. last2, last minit kottt... aku beli online dengan Butik Qoma. Time tu dah nak dekattt sangat dengan wedding aku. qoma keluarkan shawl baru, aku terus order. siap merayu mintak tolong dia hantar cepat. takut tak sempat majlis. hahaha. kesiannn..

Ni lah rupa sebenar shawl pengantin aku. SHAWL CHIFFON ADELE. hikhik. Model ni pakai memang gojes laaah. sebab tu aku tertarik nak beli kottt.. Shawl ni dalam rm65 kalau tak silap aku. sekali dengan inner neck pink. sama macam model qoma ni pakai. cunnn kan??

Ada orang PM aku... "sis, mana beli shawl sekali dengan net tu? cantiklah". Ok. nett yang melekap kat kepala aku tu, bukan sekali dengan tudung taw. asing2. nett tu adalah VEIL. bukan inner nett atau shawl tapi VEIL. hikhikhik. Inner yang aku pakai hari tu, aku beli online dengan kak jue, inner neck Anati. memang selesa giler. sebelum mak andam a.k.a kak sue mekap, aku dah pakai inner siap2. serius selesa!. 

Pandangan dari hadapan. shawl chiffon adele.

Zoommmm sikittt... ok, nampak tak disitu. shawl dan veil. pakai inner dulu, then belit2kan shawl, lepas tu baru pakai veil. simple. senang pun senang. senang sebab mak andam yang tolong pakaikan. hahaha. (kening tak dicukur ok. kak su guna TEKNIK GAM!. tq kak sue. kak sue memang kerlasss)

Pandangan dari belakang. (abaikan adegan suapmenyuap kek. fokus pada belakang shawl.)

Baju pengantin lelaki. juga dari butik kak sue. 1 set sekali dengan busana pengantin perempuan.

oraittt... terima kasih kepada orang2 yang PM aku kat FB tanya pasal shawl ni. aku harap korang jelas ek dengan entri aku ni. hehe. jangan pulak PM tanya macam mana nak belit shawl ekk. sebab mak andam aku yang pakaikan. aku jadi patung jea hari tu. ikut jea apa yang dia buat.

Tq kepada my photographer RASYDAN ISHAK. gambar2 kawin diatas, aku ambik terus dari CD yang dia bagi. TANPA DI EDIT OK. aku juz letak border hitam jea. KAMERA KERLASS gitu. tak payah edit2. hahaha.

k bai!