KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kerjaya ~. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya ~. Show all posts

Monday, May 25, 2015

REWARD dari SEQY BEAUTY!!!!

Assalamualaikum... 

Macam tak percaya pulak, dulu menggila duk baca blog sepet.. kihkihkih tekekek gelak.

Sekarang ni! join bisness under sepet pulakk. wawawawa. weols siap berholiday sesama tahu. jeles tak? hahaha. Untungnyaa lah dapat boss yang pemurah, baik hati, peramah macam sepet + family nie. wink2.!!! 

Alhamdulillah! dapat HQ yang prihatin!! KEGEMBIRAAN DIKONGSI BERSAMA. hah gittew taglinenya. hehe. Korang dah tahu kan sepet dah ada produk kecantikan brand sendiri. Tak lain tak bukan. SEQY BEAUTY!! hah. kalau korang tak tahu pekebenda seqy beauty tu. sila google ye. hehe. 

Aku terkecimpung dengan seqy beauty ni start akhir tahun 2014. Time tu aku macam excited sangat dengan TESTIMONI-TESTIMONI seqy beauty. FIRST produk seqy beauty: BB Cream. 

PERGH. testimoni bbcream seqy ni memang betul2 menggugat iman aku. haha. mana taknya. Situ sini feedback yang gempaq baiknya. Aku apa lagi. Cuba rebut peluang yang ada. Alang2 produk meletop, baik aku SIGN UP AGENT terus + sendiri pakai . hehe. 

YES! AKU BERANI TANGGUNG RISIKO. Laku ke tak laku ke, ada orang nak beli ke tak. ITU BELAKANG KIRA. aku tak pernah pikir pun. YANG PENTING, AKU NAK JADI AGENT PRODUK TERLAJAK CANTIK ni. hehehe. 

BERMULA dengan AGENT. Ambik stok pun tak banyak. Alhamdulillah. macam tak percaya, aku dapat restock produk DOUBLE, kemudian TRIPLE. perghhh!!! syukurrr. ada rezeki aku dengan seqy beauty. Dan yang paling best!!! aku dapat REWARD dari SEQY BEAUTY!!! 

pergh. baru sign up agent dah dapat REWARD uols!!!! hehehe. 

REWARD aku yang pertama dari seqy beauty: 



2 HARI 1 MALAM di GRAND LEXIS PORT DICKSON 

Alhamdulillah. dapat bawak family santai2 dalam bilik yang selesa ni. haha. siap ada pool uols. Aku orang kampung jer. tak pernah2 duduk dalam bilik ada pool ni. jakun 2saat. yang paling seronok, tak lain tak bukan. my baby boy Daffa leeee.. Nak swimming dalam pool je kejenya. padahal, tak reti pun swim. haha.






Malam pulak suami aku lepas gian memanah. hehe. lama tak memanah katanya. yea la. kat KL ni manalahh nak memanah. setakat tipu2 memanah cenggini boleh la haa. kalau nak real masuk hutan tu. nanhado. ko hado? haha



Cuba teka. mana satu yang suami aku punya.? hahaha

Hhehehe. dulu duk usha2 je grand lexis ni. Tak mampu maks nokk nak bermalam kat sinih. Tup tup. rezeki!! dapat jugak berpoyo2 kat sini. muahmuahmuah. TQ SEQY BEAUTY!!!!! 

DICIDE UNTUK SIGN UP STOKIS. 

Phiuwww. Ini keputusan paling berat aku nak pilih. haha. aku macam . hurm. nak jadi stokis ke agent. agent ke stokis. hehe. tak ada orang push pun aku untuk buat pilihan. Jauh sekali SEQY BEAUTY nak push2. Aku yang pilih sendiri. 

Lepas beberapa bulan aku jadi agent, kalau tak silap 2 bulan kot. HQ ada open untuk pengambilan stokis buat kali pertama. Congak punya congak. kira duit yang mana ada. nak berhutang? hurm. malas. modal bisness aku. untung bisness yang mana dapat. bla.bla.bla. 

LAST2  AKU DICIDE untuk SIGN UP AS STOCKIST SEQY BEAUTY. aummmmmmmm!!!!. Alhamdulillah. rezeki dengan seqy beauty masih ada. :) Aku percaya dengan produk seqy beauty boleh pergi jauhhhh sejauh jauhnyaaa. so, thats why aku pilih untuk jadi stokis seqy beauty. hehehe. PRODUK GEMPAQ TERAJAK CANTIK kot!!!! korang yang mana belum cuba. memang rugi sesangat! hehe 

REWARD KE-2 dari SEQY BEAUTY 


2 HARI 1 MALAM DI VILLA PHILEA RESORT 

Baru je jadi stokis, terus kena bagi reward kat boss. hehehe. nilah yang aku cakap. boss kami memang superduper awesome laaa. OHSEMWEI!!!! 

2 hari 1 malam di philea memang mendamaikan. Aku suka dengan suasana kampung kat situ. walaupun tak berapa nak kampung sangat. kira macam kampung moden lahh lebih kurang. ada pool. ada tempat mainan budak2. Bilik pun cantik! Lain dari yang lain. kurlas tahu. heeee.




Sebut pasal pool. hurm. tak lain tak bukan. Anak akulah yang paling seronok. sampai tak reti2 nak naik. kihkihkih. Budakkk lah katakan.



Dua orang ABANG SADO ditepi kolam. kikikiki



Aktiviti malam. jalan-jalan cari makan. jumpa orang emas, berenti ambik gambar. hehe





Sesi photoshoot stokis-stokis bersama dengan founder!!! hehehe.





posing sebelum balik - DAFFA EZRA

TQ boss untuk segala bagai reward ni. Semoga seqy beauty bertambah maju dan dimurahkan rezeki boss sekeluarga. hehe. 

Jangan lupa yea taglinenya. KEGEMBIRAAN DIKONGSI BERSAMA. ekekeke. nanti bagi lah reward lagi!!! hahahahha *larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk  


JOM dapatkan produk terbaik dari seqy beauty!!!! 

BB CREAM 
SAKURA MASK 
CLEASER 
SKINCARE SEQY BEAUTY 

NAK JADI AGENT/DROPSHIP? PUN BOLEHHH~ 

For details products/bisness: 0193190117 

TQ for reading! K Bai!!~    


Monday, September 22, 2014

Burger Sedap Meletop : Lokasi (Lorong Pak Su) GUNUNG, BACHOK KELANTAN

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Minggu lepas, adik aku dah mula berjinak2 dalam perniagaan berger membeger. hahaa. Sebelum ni asyik full masa jea di kafe, lepas dah dapat pekerja baru (tukang masak), baru adik aku ada masa untuk mengusahakan satu lagi urusniaga pada masa yang sama. Adei~ gigih betul adik aku kerja kumpul duit. Umur baru 24 tahun kotttt!!! I'm proud of you. :)

This is MINE!! hheehe. BURGER DOUBLE KAWIN SPECIAL CHEESE SOSEJ. pergh.. ko mampu? haha


Balik kampung minggu lepas, hari2 aku makan berger. nasib 6 hari jea duk kat kampung, kalau 5 bulan, fuhhhh. tak dapat aku nak bayangkan. muka pun dah macam berger. Sekali makan bukan burger biasa, tapi WAJIB BURGER DOUBLE KAWIN. PERGH!.. Balik2 KL, sentap! baju kurung pahang aku dah tak muat. Bak kata abang, pakai baju macam barut nangka. hahahahahaha. ok. insaf 2minit. 2 minit jer. lepastu, ADA AKU KESAH? haha

My Son with his Moknik, tokey burger. Daffa tolong moknik libas burger

Ice Blended pun hadoooo..


Korang yang duduk di daerah Bachok tu, mesti cuba burger sedap meletop nih. confirm tak menyesal sesat cari gerai burger, sebab sedapppp uollsss. hhehe 

Gerai burger sedap meletop ni berada di Lorong Pak Su, Gunong. Kalau sesat boleh contact nombor ni : 0129637878

Tq for reading!!! K bai~!



Saturday, December 21, 2013

Moms Couture Warehouse Clearance Up To 70% Off!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Cuti sekolah dah nak habis dah wehhhh!!! rasa cepat gilers masa berlalu.. nak rasa panik pun hadooo. panik sebab apa pun tak tahu.. mabe sebab peyut ni dah makin membesar, so aku rasa panik! huhuhuhu 

Balik kampung hari tu, aku ada pergi KBMall, cari baju maternity, almaklumlah, orang lain perut jea kedepan, aku ni belakang depan membesar.. haaa. kang dah susah. Pening duk pikir apalah yang aku nak pakai nanti bila masuk kerja, semuaaa baju dah macam jadi balut nangka. Sobs! sobs! Tapi kan, pilihan kat KBMall tak ada sangat untuk ibu mengandung. huh. sadis. 

Hari ni aku bukak dashboard blog, ternampak iklan ni dekat blog All About Shopping and Sale! weeeeehoooo.. happy kejap. Location pulak dekat jea dengan rumah aku. So, boleh la cuba nasib ni, harap2 ada la yang berkenan nanti. :D 

Ada beberapa orang rakan blogger yang sedang pegnent sekarang kan??. hehe. Macam NORY, dah siap beli almari baby lagi uollsss! teruja aku tengok persiapan dia. mihmihmih. 

So, aku nak share lah dengan korang bakal momtobe pasal moms couture sale nih. hehe. Aku mabe sabtu depan baru pergi sana sebab sekarang husby ada kat Sarawak, Khamis ni baru balik. hehe.



Lokasi: No G-4-G, Putrawalk, Bandar Putra Permai 
Sri Kembangan, Selangor 

Tq for reading! k bai~    




Tuesday, December 17, 2013

Cepatnya masa berlalu pergi... ceeewah!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Esok dah nak balik KL, macam tak bersedia lagi mental dan fizikal untuk kembali sibuk di kota yang sesak, padat, dan bla.bla.bla. Ni lah kekdahnya kalau dah lama sangat bercuti. Minda masih lagi nak bercuti dari kecelaruan kerja yang melanda,. hahaha!!! 

Sapa cakap duduk kampung tak best, memang sah laa. memang sah tak lama dah tu. Ahaks!! 

Walaupun duduk kat kampung reti habiskan beras mak jea, tapi duk kat kampung itu still best! rileks, hari2 gaduh dengan adik beradik pun rasa best tahu. Lebih kurang 3 minggu aku duk kampung, baru sekali aku tanak nasi, baru sekali aku masak nasi goreng, punyalahh best kan! hari2 makan masakan mak, hari2 ternak badan dengan macam2 jenis makanan. Tengoklah adik-adik aku macam mana kebesarannya, kat kampung memang syurga makanan. Agagagaga~ 

Hari ni hari last aku buat part time. part time kekononnya. Awal bulan 12 hari tu, adik aku dapat tender kafe, main jual2 kat kafe, jual2 untuk budak2, jual2 untuk staf2. Alhamdulillah, rezeki adik aku dengan laki dia. Bila dah dapat tender ni, suami adik aku yang kerja kat KL, dengan excitednya berenti kerja. Dari duk berjauhan dengan bini, dari makan gaji dengan orang, baik balik kampung kerja sendiri kan? sama2 susah payah dengan bini tercinta. ecece. 

InsyaAllah, bulan 1 ni dia balik Kelantan. So, diaorang dah tak PJJ lagi. kerja sekali laki bini, best kan?? NO BOSS! Diri sendiri jadi Boss! everyday masyuk. tak payah tunggu cukup bulan makan gaji. good! pilihan yang bijak adik iparku. huhu. jeles mak jemah. hehe. tak jeles pun sebenarnya, tumpang gembira. haih. dengan adik sendiri pun nak jeles kea? tolonglah!! 

Sinilah tempat kerja part time aku.





Suka hati aku nak pergi pukul berapa, paling lambat jam 9 pagi aku masuk kerja. lepastu aku banyak kerja sekerat hari jea. haha. dalam jam 1 petang aku blah ah. Seronok kan kerja macam ni. Kat sini orang tak ramai pun, time pukul 10pagi jea ramai orang masuk, sebab time tu time rehat. lepas jam 10.30pagi sikit2 jea yang datang. bukan sekali harung orang datang, so tak penatlah. 

Tugas aku, bungkus nasi. hahaha. Apa, ingat aku tak pandai bungkus nasik kea? bukan main terer lagi aku taw! haha. kalah kak Som gerai nasi berlauk kat cabang sekolah tu taw, lagi kemas aku yang bungkus tahu. kihkihkih. 

Pernah sekali tu, ada sorang budak request nak lauk tu, lauk ni, kuah lebih. sekali, bila aku nak ikat getah, habis keluar kuah bilis, kah3. kesian budak tu,, nampak sangat aku terer bungkus kan. Aku kalau nak bungkus nasi lauk ikan memang fail, sebab tak reti nak sembunyikan kepala/ekor ikan, confirm nampak punya. hikhik 

Rasa syokkkk jea kerja macam ni. Macam malas pula nak balik KL. hohohho. boleh? 

Barang-barang tak kemas lagi oiii. Bilalah mood rajin nak masuk dalam badan aku nih. Malam ni mak bidan nak datang lagi, aku request nak beki perut lagi. syok pulak berurut hari tu. Lepas ni, dua bulan lagilah baru aku balik kampung. sob.sob. lambatnyaaaaa.... 

Oklah uolls, doakan aku rajin dan rajin dan rajin.. rajin packing barang balik KL. hakhaks  

Tq for reading. k bai!   



Thursday, May 16, 2013

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Dulu, ingat lagi masa zaman sekolah rendah. Time hari guru jea, mesti kalut bagitahu ma nak bagi cikgu hadiah. nak jugak bagi. nak jugak bagi. Ala, zaman budak2 kan., kalau kawan2 lain bagi hadiah kat cikgu, mesti nangis teresak2 sorang2 sebab kita tak bagi apa2. Off course laa aku tak nak pergi sekolah kalau tak bawak hadiah untuk cikgu. hahaha.

Ko tahu aku bagi apa?
kononyaaa. akulah antara orang yang hadiah  paling besar bagi kat cikgu. hahaha. mana tak besarnya. sekotak tisuuu kotttt. hohoho


Itu jea lah kot kenangan hari guru masa zaman persekolahan yang aku ingat. yang lain. lupa ingatan daaaa~ 

Uolls pulak macam mana? ada kenangan hari guru tak masa kecik2 dulu? ahaks! 

Dalam keluarga besar aku, ramai sangat insan2 yang bergelar guru. Bermula dengan 

Arwah atuk belah arwah abah aku 
Mama aku 
Suami aku 
Mak & Pak sedara belah mama aku (Ming, Cik Nun, Mak su Tie, Ayah Su) 
Mak sedara belah arwah abah aku (Mak Nik, Mak su Sarah) 
dan sepupu-sepupuku (Kak Teh, Kak Ngoh, Abe Ja, Zaherah) Haaaaa.. tak lupa, aku sendiri. hahaha. 

Ramai kan? Kalau buat sambutan hari guru dengan sedara mara nih, konfirm gempaq habis. 

Hari ni sekolah aku baru hari kedua peperiksaan. tak de maknanya nak buat sambutan hari guru hari ni. So, next week baru ada majlis sikit2. sehari sebelum Hari wesak dan cuti pertengahan tahun. Biasanya, time sambutan hari guru, bab makan lah yang paling aku suka. hahaaha. 

Di kesempatan ini, *skema tetiba*, aku nak ucapkan.. Selamat hari guru istimewa buat: 

SUAMIKU, 
MAMAKU, 
SEDARA MARAKU, 
Guru Tadika Kemas Gunong, 
Guru-guru Sk. Gunong, 
Guru-guru SMUAY Nipah, 
Guru-guru SMK Gunong, 
Guru-guru SMKA Wataniah, 
Pensyarah Matrikulasi Pahang, 
Pensyarah UPSI, 
Jurulatih Kor SUKSIS UPSI
Guru-guru SMK Taman Connaught
dan semua kawan2 guru yang lain. 

Dengan ucapan: Selamat hari Guru, semoga sentiasa menjadi PELITA yang terrbaik untuk anak bangsa (^_^) . Terima kasih CIKGU!

Yeahhhh!!! Kami adalah GURU yang sentiasa muda. always 25 years old! :)


Kawan-kawan seperjuangan yang lain. ececece. Selamat hari GURU GENG CIKGU CIKGI! :)




Tq for reading. k bai! 



Wednesday, February 27, 2013

Merah untuk 2013

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Satu sekolah warna merah hari niee.. tetiba rasa macam gelombang Red Warrior pulak. Hidup kelate! Hidup daudsu.! Eh?. Hihi 

Isnin lepas sesi berposing dengan budak2 kelas. Hari ni pulak sesi berposing dengan tenaga pengajar pulak. Tahun lepas kena pakai tema biru.. kot.. aku lupa. Tahun ni pulak tema merah/maroon dan sewaktu dengannya pulak. 

Aku pulak, hanya ada dua pasang baju kurung yang warna merah. Haha. Satu aku dah pakai minggu lepas, macam tak best pulak nak pakai lagi hari nih. Satu lagi baju, leceh nak pakai sebab kena dry cleaning. Hantar dobi. Lagi satu.. terover "jangok" pulak aku rasa. (You know what is jangok?? Heeeee) Macam nak pergi kenduri kawin pulak. Haha. Nak tak nak, aku sarung jugak lah baju ni.. 

Masa nak pakai baju ni kan .......... aku excited lompat3 wehhhh... nak tahu sebab apa???? Haha.. nerves pulak aku nak cerita. Segan pun hadooo... 

warghhhhhh... kain baju ni dah longgar wehhhh... siap boleh pusing2 lagii.. baju pulak dah tak payah nak tarik nafas dah bila nak pakai. Haha. Tetiba aku rasa lemak aku dah sedikit pergi meninggalkan aku. Time duduk pulak, burger yang tebal dah sedikit menipis. Wahaha. Syabas! Syabas! 

Hohoho. Hasil senaman + herbalife. Hari ni dah hari ke-10 ok!! :) **tayang baju merah sikit.. muehehe**

♥baju hadiah dari mama, mama beli time honeymoon oversea dengan arwah abah♥ tq mom. Kain Sutera kosong. Siap jahit, baru hantar jahit manik. Kawan mama yang jahit manik2. Sangat kreatif dan murah. Murah sangat. Kat KL ni tak dapat harga tu kot. Huh.

Motif pakai merah makngah hari ni... cuba cari mana aku.. *gambar ehsan kak zie*

♥♥tadi ada student cakap cikgu nampak kurus...♥♥tadi jugak dekat instagram my bff cakap aku nampak slim♥♥abang pulak baru jea whatsaap cakap aku nampak slim♥♥.. ohhhhh.. ohhhhh... nyenyak tido malam ni. Haha 

Tq for reading. K bai!!! 



Tuesday, January 8, 2013

Back to School, Back to Normal life

Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??

Minggu ni dah masuk minggu kedua dan hari ke-5 persekolahan. Ada lagi 40 minggu sebelum cuti akhir persekolahan. Ada lagi 31 hari sebelum cuti Tahun Baru Cina. Cuti seminggu weh! seroonookkkk... hahaha. Apa punya cikgu la macam ni. fikir pasal cuti mengalahkan anak murid. Tapi, ni lah hakikatnya, bila berjauhan dengan keluarga, bila berjauhan dengan suami tercinta (cewah!), time cutilah aku dapat tengok muka diaorang semua. Nak harapkan cuti hujung minggu, rabak lahhhh beg duit aku. hahaha. 

Ok. berbalik pada  awal persekolahan. Macam biasa, sekolah sesi petang bermula jam 1.10 petang. so, cikgu2 mesti masuk seawal yang mungkin sebelum persekolahan bermula. Tapiiiii, awal2 sekolah aku dah buat hal. ewahh! bukan aku yang buat hal, tapi jalan jem yang buatkan hal itu berlaku. :P. Aku rasa aku dah keluar rumah awal. lewat jugaakkkk aku sampai sekolah. first day kerja dah kena MERAH owww.. mana tak merahnya, jam 1.40 baru aku sampai sekolah. bahahaha. sekolah dalam taman, macam ni lahhh.. jem dalam taman oiiiii... sekolah rendah pulak ada kat tepi sekolah aku, biasalah, first day mak bapak yang hantar angkut anak2 ke sekolah. jalan sempit, kereta belambak. kesimpulannya? jemmmmmm!!!. *stressss* 

Seminggu dua nih, aku rasa tenang sangat masuk kelas. budak2 sopan kemain. apa yang aku cakap diaorang dengar. tak de lah sakit tekak aku ni nak cakap kuat2. Tahap dan nada suara aku agak terjaga, pitching pun tak lari, kihkihkih. Budak2 rajin pulak tuh. Kalau aku bagi nota penuh papan putih pun, gigih jea diaorang salin tanpa banyak soal (^_^).Bila aku buat ujikaji sendiri. BIASALAH.... awal2 sekolah. masing2 tak kenal lagi antara satu sama lain. nak bercakap pun segan, nak mengusik kawan2 pun takut. semua tak kenalahhhh kann.. LEPAS ni bila dah kenalll... nahhhh.. tengoklah!. hahahah. Wahai anak didikku, cikgu harap kamu berterusan macam ni yea. sopan dan rajin belajar. cayokkk! 

Azam aku tahun nih, hari2 aku mesti bersemangat datang sekolah, hari2 aku mesti bersemangat masuk kelas, hari2 aku mesti bersemangat nak ngadap buku pengajaran harian. wahaha... yang penting! hari2 aku mesti bersemangat!!!!!!!!!!!! weeeeee~

Selamat bertugas buat semuaaa guru Malaysia! rajin2lah bekerja yeaaa~

k bai!




Tuesday, January 3, 2012

I Love my job

Assalamualaikum.... Halo readers!!!

WHAT??? esok sekolah? oh..oh.. baby..baby.. ;(

Sekali lagi di pertanggungjawabkan untuk menjadi IBU kepada pelajar-pelajar Tingkatan satu.. ouch! MAK SUKA! Tak sabar nak jumpa anak kesayangan hamba esok,,

Sekali lagi di pertanggungjawabkan untuk mendidik anak bangsa untuk mata pelajaran MATEMATIK dan PENDIDIKAN MORAL.. ouch! MAK SUKA! tak sabar nak didik anak kesayangan hamba supaya bijak matematik dan lebih bermoral,,

Sekali lagi di pertanggungjawabkan untuk menjadi guru KARATE!.. ouch! MAK SUKA!MAK SUKA! . . tak sabar nak tengok anak kesayangan hamba berkarate hiyah!hiyah!

Azam baru di tahun baru! kasut dan beg baru di tahun baru, TQ MAMA! heee.. dah kerja pun still lagi mama yang belikan! ahaks ;).. semangat baru, baju baru, tudung baru, KERETA??? heeee... kereta masih lagi setia pada yang satu.. tunggu ABAH tukarkan yang baru.. AHAKS! ABAH baik hati kan?kan?kan? <- semoga abah terbaca pujian ini ;P

SELAMAT MEMULAKAN TUGAS buat kawan-kawan semua.... bekerja dengan ikhlas ok.. AND OF COURSE....
~ KAMI GURU MALAYSIA ~

Papai!!




Saturday, November 19, 2011

Tugasan Individu Kursus Induksi

Assalamualaikum.. Halo readers!!

Sekarang ni aku sedang gigih mencari nota-nota, google search dan sedang gigih memerah otak untuk mencipta ayat-ayat yang superpower bagi meyiapkan tugasaan aku sebelum 22 November ni...tik..tok..tik..tok.. 3 hari lagi wei!

Agak tension + kesunyian. Rumah ni dah tinggal aku sorang jea yang tak balik kampung lagi. Housemate kesayangan telah selamat sampai di kampung halaman (puncak alam).

Lama giler dah aku tinggal kerja menaip + perah otak ni. Lagi-lagi bila kena study balik, banyak fakta-fakta yang perlu aku ambik tahu. WARGH! .sabar2.. Nak berjaya kena usaha. ye idok?

Tajuk yang agak panjang lebar ni lah yang aku kena karang tidak melebihi 5000 patah perkataan. Memula bukak soalan agak terbeliak jugaklah tengok 5000 patah perkataan tu. bila baca balik..owwhhh "tidak melebihi".. so 100 patah perkataan pun boleh la kan? haha..ping! *PELEMPANG*

**gambar yang tiada kaitan dengan tajuk entri**

Tajuk tugasan yang agak mencabar otak. orang kata senang jea, "ala, ko google jea".. Haa... banyak la ko google.. tak cekak doh kawe nak google. tok tahu hok mana so nak ambik. ken silap ambik fakta tak pasal kena reject..**ha, kan dah cakap kelate tu**

Tajuk : MALAYSIA MENSASARKAN UNTUK MENJADI SEBUAH NEGARA MAJU MENJELANG TAHUN 2020. PELAN PERINDUSTRIAN NEGARA TELAH MENCADANGKAN BEBERAPA LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH KERAJAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT. NYATAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIGARISKAN DI DALAM PERANCANGAN TERSEBUT.

cayok2!!! capat siapkan tugasan, cepat aku buleh melilau, midvalley,bukitbintang,times square..semua duk tunggu aku..huuuuu.. kalo tak, duk depan laptop kesayangan la jawabnya.

22 nov -24 nov .. MELAKA, i'm coming !! =)

Doakan aku rajin buat assigment OK!

Papai!!





Saturday, November 12, 2011

KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA!!!

Assalamualaikum ... halo readers!!!

MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI DAN UNTUK SEMUA YANG INGIN BERJAYA..

Setiap kejayaan mesti ada usaha yang gigih. Tak ada kejayaan tanpa usaha, tak ada wang datang bergolek tanpa mengenal erti penat lelah. Usaha dan langkah kita pada hari ini, akan menentukan sapa kita di masa hadapan. Jika kita inginkan sesuatu yang luar biasa, langkah kaki kita pun haruslah LUAR BIASA.

Jika hari ini aku melihat ramai orang yang berjaya, terdetik di hati MENGAPA TIDAK AKU? TAK BOLEH KAH AKU? KENAPA DIA BOLEH BUAT? ... kesimpulannya, jika orang lain boleh berada di puncak.. AKU PUN BOLEH!!!!!! cuma masa yang akan menentukannya..

Hari ini, akau akan mulakan visi yang baru, dengan kekuatan dua hati, InsyaALLAH...

Mulakan langkah yang pertama ini dengan penuh keyakinan!!! sekali kita ke depan, jangan sekali2 kita berundur ke belakang. NON STOP HERBALIFE!! WE BORN TO BE A WINNER!! AND WE ♥ HERBALIFE

Doakan kami berjaya...berada di puncak kejayaan..!! =)

Papai!!




Friday, November 11, 2011

Annual Lunch Connaughtian

Assalamualaikum.. Halo readers!!!

Entri dimulakan dengan santapan aku pada tengah hari tadi. Ada TERLIUR tak? ngeh.ngeh.ngeh - nampak tak kek coklat ala2 TIRAMISU KOTTTT.... yang tu sedap, ikutkan nafsu, maw berkali2 aku pergi ambik, tapi ingatkan jumlah kalori yang ada, SABAR.SABAR =)

Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi bersama. Sekadar MAKAN-MAKAN. Makanan kat tempat ni BOLEH LA TAHAN... =)

cekidout! SIFU-SIFU SMKTC yang sedang bersuka-suka, makan memakan =)






Papai!!!