KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 27, 2011

Pembelian Tanpa Kebenaran, akhirnya aku kena perli sakan

Cantik!!~

Hari Jumaat lepas aku terbuka satu on9 Shop yang diberi nama Moon2u Fashion.. tetiba jea teruja tengok fesyen2 yang ada dalam tu.. belek punya belek... terlekatla 3 helai yang berkenan,, harganya tak la mahal sangat,, ok laa...

Aku pun inform la tuan punya shop melalui FB sahaja memandangkan tenet sini lembap giler bangang.. kejap giler dia reply, aku msj dia reply, aku reply dia msj.. hikhikhik..hanya menerusi FB saja aku dah order 3 baju.. tak perlu susah2 bukak email daftar tu la ni la.. layanan yang diberikan pun ok.. cukup mesra pelanggan.. =)

Hari Jumaat tu jugak aku bank in kan wang sejumlah mana yang dikehendaki..dan semalam jugak parcel aku sampai..hehehe... cepat giler.. suker2...

apa lagi, bila barang dah sampai, terus aku buat laporan : ' Saya, KS151**, NinaAz Cookies, ingin melaporkan pada pihak tuan, yang saya telah pun membeli 3 helai baju dengan online,tanpa kebenaran, dan baju itu telah pun sampai'. Apabila laporan aku diterima, terus kena reject : 'Saya, KS 330** mereject laporan anda! Wei! dah tak de kedai baju kea kat KL ni yang hang pg order dalam internet tu apa kehel?? " sob..sob..(T_T)

Adei~ Aku ni memang pelik sikit, bila aku dah ketegak tengok barang tu.. time tu jugak aku nak, nak jugak tak kira! kalau tak, hidup aku takkan tenang dan damai..hahahahaa....

Ni la antara 3 model (model yang sama kot) yang telah berjaya membuatkan aku berkenan melihat pakaian di badan mereka (padahal saiz aku dengan diorang jauh langit dengan bumi..hahaha)nak tengok fesyen2 yang lebih CUN? sila lah terjah -> Moon2u Fashion!!



Sunday, April 24, 2011

Bersabarlah wahai hati

Bersabarlah wahai hati..Sebagai seorang hamba, sememangnya aku pasrah, dan aku akur dan memang wajar aku diuji. Aku tidak mampu mengawal arah tiupan angin, aku hanya mampu mengawal kemudi pelayaran aku. kemudi dalam pelayaran aku adalah hati.

Apa jua takdir yang menimpaku, apa jua cerita dan masalah yang lalu dihadapan mataku, semuanya bermaksud baik sekalipun ianya adalah sesuatu yang negatif..bersabarlah wahai hati. baik dan buruk hanyalah pada pandangan mata kita yang terbatas, tapi pada pandanganNya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan keatas hambaNya adalah bermaksud baik. Jadi, bersangka baiklah pada Dia yang Maha Esa.

Bersabarlah wahai hati...

(T_T) Susahnya untuk mengambil hati insan2 yang sememangnya tak suka + membenci diri kita.., kesilapan yang lalu semuanya diletakkan di bahu kita.. mengapakah? kenapakah? sungguh sekali aku tidak meminta semua ini,,.. Sungguh aku cemburu melihat kemesraan yang terjalin diantara mereka... tapi aku? huhu..bersabarlah wahai hati..mungkin belum tiba masanya untuk semua ini..mabe 10 tahun lagi? hahahahaha..bersabarlah wahai hati! =)

~Lihatlah dengan hati, kerana pandangan mata selalunya gelap, tak mampu menilai hakikat~


Saturday, April 23, 2011

Banana Cake

Sejak akhir2 ni, cuaca tak menentu, waktu tengah hari panas, kalau jemur baju pun 5 minit dah kering, bila masuk jea petang, around 4pm..tiba2 langit berubah menjadi mendung kelabu..lepas tu, guruh berdentum2 dan akhirnya...Hujan yang turun bagaikan air mata,.,bersinar menerangi kegelapan....tapi, syukur alhamdulillah..Ini semua Rahmat dariNYA.. =)

Hujung minggu yang agak membosankan..hari ni ada sekolah ganti, dan digantikan dengan Majlis Anugerah Cemerlang 2011.. balik sekolah lepak kat rumah sampai lebam biji mata..huahuahua..bosannya!!!
Nak bake pun tak de barang..tak kan tetiba nak g beli oven plak..baik aku g secret recipe terus..=P

Dulu aku gemar makan kek pisang..yang banyak2 jual kat supermarket tu.. sekali aku ngap jea, confirm habis, orang lain tak sempat makan..sebab tu mak aku akan beli dua..satu untuk aku sorang2, satu lagi untuk family..=) yang paling aku suker, brand yang dalam plastik jernih tu..yang ada gambar pisang pakai topi, pakai kasut..memang sedap..sampai sekarang dah macam2 jenis resepi aku cuba untuk dapatkan rasa yang sedap, sesedap kek pisang tu...

~Lebih kurang macam ni la rupa packingnya, but bukan brand ni..(abaikan biskut tiger yang tiada kaitan-jenuh aku google cari image, ni jea yang ada)~
Credit to Puan Iza

Dalam banyak2 resepi yang aku telah cuba..aku rasa, resepi kek pisang ni la yang ok ..not bad laa..rasa la kepisangannya..walaupun tak secantik dan selawa kek pisang yang kat atas tu..hehhehe... kawan mak aku yang bagi resepi ni..So, sharing is sayang kan..apa lagi..try cuba test la resepi ni..mana tahu,, terpikat mak mentua nanti..hahahahahaha =)
Bahan-bahan:
8 biji telur
2 cawan minyak masak / minyak mazola -lagi sedap =P
2 cawan pisang - pisang emas sangat sedap (dilecek)
1 ½ cawan gula
3 ½ cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovallete

Cara-caranya:
1) Pukul ovallete sehingga kembang dan masukkan telur,gula
2) masukkan pisang dan pukul lagi
3) masukkan tepung gandum, soda, serbuk penaik dan esen vanila dan pukul
4)masukkan minyak dan gaul sebati
5) Bakar sehingga masak (180 darjah Celsius)
6) bila dah masak tu, pandai2 la hias cantik2, hiris pisang letak atas tu ke, putar whip cream ke apa ke..mekap la sikit

~SELAMAT MENCUBA!!~


Thursday, April 21, 2011

Ada Aku Kesah??

Wikiwikiwikiwiki...........How come IF your EXbf or EXgf come back to you?? nak bakorrr ke nak sekeh ke nak apa???
it's up to you la..Ada Aku Kesah??

BUT,,!! jangan sesekali kenang kisah yang lalu time korang indah2 ngn dia... cuba korang flashback balik..,time korang susah, berteriak menangis macam orang giler meroyan,, ada dia ingat kau? ada ke dia di sisi kau?? ada ke dia kesah ko??

tetiba laa konon exbf or exgf datang merayu balik kat korang, jangan pandang belakang congkak lagi la yea..buat2 derk jea..bagi penampor lagi bagus..kalau dah ludah tu, tak kan nak jilat balik..iye dok? say Good bye lagi bagus =)

Tunjuk la sikit yang korang boleh hidup tanpa dia..bukannya..*aku lemah tanpa kamu,(lagu FT) ** korang kena kuat! jangan sesekali mudah menerima seseorang dalam hidup korang..

Jangan sesekali menjalinkan hubungan baik dengan EX korang...baik jadi kawan lam FB or whatever laa...buat sakit hati jea..nanti lama2 boleh makan hati sendiri taw..memang la sebagai manusia kita kena doakan yang terbaik dan doakan dia bahagia..tapi, korang tak sakit hati ker? kalau aku..fuh~ meletop!

Jangan mudah merinduinya.... bercakap memang senang, menaip pun senang, but nak praktik tu yang susah..cuba la korang sibukkan diri dengan kerja or what..ala., lama2 lupa la tuh...tak sebulan, setahun..adeih! lame nya! (T_T)

Buang la hadiah yang macam sampah2 tu..tak payah la duk sayang-sayang nak buang...kite bakor jea senang..xpayah pikir-pikir..kalau barang2 yang dia bagi tu ada depan mata, confirm2 la korang akan ingat dia balik, buat sakit ati je..haikkk..tui. =P

Dah jumpa yang baik, dah jumpa yang setia, so xpayah la duk gatai2 nak main kayu 4.. flying kit nanti kan.. baik la korang setia dengna BF or GF yang setia dengan korang,,kelak nanti menyesal tak sudah! lupakanlah yang lama..and one thing, jangan bandingkan ex lama korang dengan bf or gf korang yang ada sekarang, itu sengal namanya OK~ ohoooiiii~

Last but not least, kalau ex korang datang, halau jea..syuuuuuuuuuuuhhhhhhh,,syuhhhhhhhhhhhhh,,pergi main jauh2..tak pun korang bagi la seringgit dua..suh dia pergi dan tak kembali lagi...kejam tak? hhahahaahah... jangan layan even miscall, call or sms or whatever, kelak, dia akan rasa...MASIH ADA HARAPAN UNTUKNYA! holawei....tapi, kalau dia pikir macam tu pun...ADA AKU KESAH????????

Babai!



Tuesday, April 19, 2011

Carrot Chips Cake

++Giler Kentang++ -->xd motif

Carrot ni baik untuk kesihatan..lagi2 untuk orang yang rabun macam aku ni.. ader orang cakap, kalau selalu amalkan memakan carrot, lama2 mata jadi elok ..dah tak rabun lagi..betul ker? entahlah.. mabe yea la kot.. patutla mata arnab cantik jea..arnab kan suka makan carrot.. =)

Kali ni aku nak suruh korang try cuba test recipe ni plak.. sangat sedap...-> Carrot Chips Cake!
~Abaikan ketidak cantikan kek ni...rasanya sangat sedap..hehheehe~
Bahan-bahan:
1 ketul butter
300gm gula perang
300gm lobak merah diparut (parut halus2, parut dulu baru timbang!)
100gm Walnut kacang (dicincang)
100gm coklat chip
4 biji telur
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda
1 sudu kecil esen vanilla
½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
300gm tepung superfine (tepung ni membuatkan kek ni terlebih2 gebu, so baik korang campur dengan tepung gandum biasa-pandai2 la yea =) )

Cara-caranya:
1) Pukul butter dan gula hingga kembang
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
3) Masukkan lobak merah dan esen vanilla - pukul lagi
4) Masukkan tepung + baking powder + soda - pukul lagi
5) Campurkan walnut + coklat chips - kacau sampai sebati6) Bakar selama 1 jam (180 darjah celcius) atau sehingga masak
~Lopakkan di tengah2 semasa hendak bakar -petua orang tua2 =P ~

~Ok! Selamat Mencuba!!~



Monday, April 18, 2011

NinaAz Cheese Cake

Tadikan masa kat sekolah ada orang jual cheese cake.. meleleh aku tengok..tapi sebenarnya aku ni tak suka cheese..leleh jea lebih.. dah lama rasanya aku tak pegang pemutar kek kat kampung,rindula pulak.. kat rumah bujang ni serba kekurangan, maklumla,, nama pun dah rumah bujang..sesuai laa kan.. lagi pun malas laa nak penuhkan rumah ni, bukan nak stay lama pun..buat susah-susah jea nak angkut nanti..hikhikhik...

pernah la sekali aku buat cheese cake ni.. 25 Mei 2010..caitt...siap igt lagi date tue..hehe.. setiap kali aku cuba resepi, aku akan catat tarikh ni..=P nasib ada ayah yang memahami.. cakap jea nak barang apa, terus ada depan mata..=) bagi yang kurang gemar cheese, kalau nak cuba try test resepi ni, baik korang kurangkan skit cheese tu yea,, resepi ni teramatla rasa cheesenya.. but tak laa sesedap yang jual kat secret recipe tu.. tapi gaya tu dah ada la..hahahaa...Bahan-bahan:
500gm cheese Philadelphia
50gm gula kastor
230ml whipping cream
120gm tepung gandum/tepung naik sendiri
5 biji telur (asingkan putih telur)
120gm gula kastor

Cara-caranya:
1) Pukul cheese dan 50gm gula sehingga sebati (jangan terlalu lama, nanti kek jadi mendap)
2) Masukkan whipping cream dan kita pukul lagi...........
3) masukkan kuning telur dan kacau
4) masukkan sedikit demi sedikit tepung sambil kacau hingga sebati (biarkan seketika)
6) Ambil bekas yang lain dan putar putih telur dengan 120gm gula sehingga kembang barulah dimasukkan ke dalam adunan tepung tadi7)Bakar selama sejam atau sehingga masak (Biasa aku guna suhu 180 darjah celcius)..bakorrr jea lama mana pun ok..bakooorrrr... =P
8) lepas masak, biarkan kek dalam oven untuk 1 jam baru keluarkan

Ok! Selamat Mencuba


Thursday, April 14, 2011

Tuesday, April 12, 2011

Ku pohon restu darimu...

Demi menjaga darjat keturunan, manusia sanggup buat apa saja tanpa mengambil peduli hati dan perasaan. demi menjaga darjat dan keturunan, manusia sanggup memisahkan kasih sayang antara dua insan...

Mengapa perlu ada halangan dalam setiap perhubungan.. Andai demi menjaga darjat keturunan, sanggupkah menghancurkan kebahagiaan orang lain, menghancurkan hati dan perasaan anak sendiri dek kerana terlalu taksub dengan darjat dan keturunan..

Ya benar, Cinta dan kasih sayang akan berpanjangan bila hubungan direstui oleh keluarga.. Tapi bagaimana jika tiada secalit pun restu diberikan.. sesaat pun tidak di berikan peluang..mengapa begitu susah untuk dimengertikan.. mengapa begitu payah untuk memberikan peluang..

Cinta sejati yang mengharukan, bila orang tua memahaminya, tentu kebahagiaan anaknya membawanya bahagia juga!

~buat mereka yg mengerti~

Di suatu hari yang indah
kita ditakdirkan bertemu
sama-sama membalas senyuman
sama-sama membalas jelingan
tanpa diduga sama sekali
kerna pertemuan indah itu jualah
kita ditakdirkan jatuh cinta!

Saat kita merancang
untuk membina mahligai bahagia
disatukan dalam ikatan suci
halangan datang silih berganti
ujian menimpa bagaikan badai
dugaan menerpa ibarat ribut merah
air mata mengalir tak berhenti
apalah daya bila cinta terhalang

Ayahanda bonda
dan juga sanak saudara
kami datang memohon restu
kenapa dihalangi cinta yang suci
restuilah percintaan ini
ia berlandaskan niat yang murni
pernikahan mengikut hukum Ilahi
bukan sempadan pilihan kami
satukan kami menurut adat dan agama
jangan biarkan kami sengsara

Oh Tuhan
apalah daya kami
bila cinta tak direstui keluarga
semakin kuat mereka cuba memisahkan
semakin kuat cinta kami jadinya
berilah petunjuk
agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan

Cinta ini cinta terhalang
setiap arah ada penghadang
ke mana lagi hendak dituju
adakah mereka akan terus membiarkan
hati ini merana memakan diri
dan air mata bertukar darah???
apalah dosa kami
hingga dihukum sedemikian rupa…

Perpisahan adalah penyelesaian
tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami
mereka tahu tapi mereka enggan terima
bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik
kami mungkin terpisah
tapi begitu dekat di hati
kami mungkin berjauhan
tapi hati kami tetap bersatu
kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga
tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia
bila satu jiwa sedang merana

Cinta ini cinta terhalang
mungkin ada hikmah disebaliknya
kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi
dan menanti penuh sabar restu famili
Oh Tuhan..kami akur sekali
jodoh dan maut di tanganMu
mana mungkin kami menentukan sendiri
andai tiada jodoh
kami redha
kerana kami sedar
kasihMu pada hambamu lebih besar
dari kasih manusia sesama manusia
betapa kerdilnya kami disisiMu

Tuhan..berilah pedoman buat kami
yang semakin hari semakin keliru
jangan biarkan kami tewas
hingga memilih jalan yang salah
hanya padaMu kami berserah
moga cinta kami direstui…

Nukilan hati:
Anna Abadi®

(credit to Haniey)



Monday, April 11, 2011

Izinkan Kami Bahagia...









Dunia Fantasi NinaAz~ Pounsikou LuluLalaLengleng~

Pantas sungguh cik lala kita ni mengedit pic.. baru jak semalam aku request..hari ni on time siap wooo... suker2... pic asal nampak macam budak hingusan jea.. bila dah di edit, malatop! hhehehe.. Thanx cik lala.. i like~ Nak lagi boleh?? hehehe.....

Before and After!Dunia fantasi NinaAz~ oooo yeah!~Jom terjah belog Cik Lala -; Klik SINI!



Dua Gadis Berdepan dengan Maut!

Gara-gara nak cantik, dua gadis berdepan dengan maut!..5 bulan yang lalu, gadis ni pergilah kat salah satu pusat kecantikan untuk rawatan selulit. nak dijadikan cerita, pakar kecantikan ni tersalah suntik ubat yang salah kat peha dan punggung mereka.. Akibatnya, sekarang ni dua orang gadis ni telah pun dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh..kian hari kian besar lukanya dan mengalami kegatalan yang melampau! adei~ takutnya! huhuhuhu....(credit to KOSMO!)

Dulu pun ada satu kes di mana seorang wanita mati sebab kena sedut lemak ke apa ntah..aku lupa.. ada juga jenis yang makan, pastu korek balik untuk keluarkan makanan, nak kurus la konon tu..padahal? semua tu menyiksakan badan saja... tak sanggup aku! makan2 telan, pastu makan lagi banyak...ok jugak..hehe =P

Dunia sekarang ni dah moden. macam2 mesin ada untuk kurus, macam2 mesin je tuk cantik..nak mancungkan idung, bulatkan mata, putihkan kulit,kuruskan badan, buang lemak, tegangkan kulit..pendek kata "macam2 ada" ..hehe =)

Tapi, kebanyakannya tak sedar tentang baik buruknya.. kesan negatif mahupun positif terhadap apa yang di buat.. teringat Nilai moral dalam unit 11 tingkatan 2 yang aku membebel minggu lepas : Nilai Rasional.. kita sepatutnya berfikir secara betul dan berhemah,, fikir dengan lebih teliti dan jauh kehadapan, berfikir bukan untuk kesan hari ini dan esok, malah untuk jangka masa yang panjang..itulah rasionalnya kita...Arasso?? =)

banyak lagi cara jika kita nak cantik.. kan10x? mungkin susah, mungkin mengambil masa yang lama untuk cantik..tapi kita mesti ingat, apa saja yang kita buat jika masanya terlalu pendek, dan mengambil masa yang cukup singkat untuk cantik, itu sebenarnya akan memakan diri kita sendiri kelak..contohnya: kita nak kurus, tapi malas nak jogging macam aku (hehehe), makan plak tak ikut time, makan plak macam2 makanan, sapu jea semua, xkira berlemak ker, ber apa kea semua bedal, so senang2 jea kita telan ubat, sedut lemak, dan sebagainya semata2 untuk kurus..TAPI..kita tengoklah, hasil yang mana lebih lumayan, guna cara moden kea cara tradisional... ok, kalau kita nak kulit licin, marbelles, tapi kita malas nak amalkan cara hidup yang sihat, malas nak amalkan petua orang tua2, tapi senang2 jea kita g cucuk sana sini, see?? hasil mana yang lebih lumayan,? kaedah moden ker tradisonal?? jawab10x? (^_^)

Kalau aku tanya, korang nak cantik tak?? mestilah nak kan? orang yang sot saja ckp tak nak..hehehe... aku ni orang yang sederhana, so tak mampu la nak bayar beribu2 ringgit untuk cantik..cukuplah apa yang ada..tapi kalau duit aku cukp pun baik aku g shopping, beli aksesori banyak2, beli dress banyak dari menyalurkan duit untuk kecantikan yang tak sepatutnya tu..betul x?

Nak cantik senang saja..xperlu bazirkan duit banyak2..tak perlu buang masa yang tak sepatutnya kita buang... yang penting! consistent dengan apa yang kita buat..tidak hangat2 tahik ayam mone.. (tetiba bau durian, jiran sebelah rumah ni mengganggu emosi aku menaip ah!) so, mehla kita sedar dan insaf, kecantikan adalah hak milik setiap insan..hehe..ade kaitan x?

Jom terjah site ni yang mungkin berguna utk korang.. cantik luar cantik dalam cantik sana sini..luar dalam mesti cantik baru meletop kebabom!! Selamat beramal!! +) Click HERE!

~CANTIK~