KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Hari penting :). Show all posts
Showing posts with label Hari penting :). Show all posts

Friday, August 9, 2019

Baby batuk dan selesema

Assalamualaikum... 


Bila baby yang terkena jangkitan dari abang dan kakaknya.. 

Mula la risau tak taw nak buat apa. 

Pengalaman pertama bagi aku.. baby tak sampai umur sebulan dah kena selesema dan batuk. 

Alhamdulillah. Sekarang Dafni dah sihat.



3 Minggu lepas start dengan macam ada hingus dalam hidung dia. Tapi dia mcm tak reti nak keluarkan. Duk dua hari jugala macam tu. Lepastu bersambung pulak dengan batuk. Ada time time dia batuk. Tak berpanjangan. 

Aku just monitor ajelah. Tengok dia punya pernafasan. Lekuk2 kat dada ada ke tak. Alhamdulillah nampak dia OK. Menyusu pun tak de masalah. 

Aku just on ubat2 luaran ajelah untuk dia.



Sepanjang masa dalam bilik aku on aje diffuser ni. Diffuse lemon + R.C. Memang membantu betoi. Masa mandikan dafni pun, aku letak RC + Lemon dalam air mandian dia. Untuk sapu pun aku mix kan jugak RC + lemon + minyak kelapa dara. Aku sapu kat betis, dada, batang hidung. 

Minyak telon, krim herbal, minyak yuyi, baby balsam punnn aku guna jugak untuk sapu kat dafni.



Penyedut hingus pun Wajib ada. Memang senang sangat guna bendalah ni. Dan sangat sangat membantu untuk keluarkan hingus kat dalam hidung baby. Almaklumlah dia tak pandai nak keluarkan sendiri.




Itu ajelah usaha aku untuk legakan dia.. Kerap susukan dia. InshaAllah sihat dengan izinNya. 

TQ for reading k bai~ 




Sunday, February 28, 2016

Daffa Ezra turns 2

Assalamualaikum... 

Isnin lepas adalah birthday Daffa. Dah genap dua tahun dah anak aku ni ha. rasa baru je masuk labour room beranak ke dia. tup2 da besar panjang. haha. 

Daffa pun dah berjaya wean off dengan sendirinya. 'abang' sangat tawww. bagi can kat baby katanya. "INI BABY NYER - *ini baby punya - alasan dia tak nak bf*". dah sebulan lebih 100% fm. ahaks. hadap jelah yea nak. yang penting anak ibu sehat walafiat. :) 

So, last weekend kami sambut birthday daffa yang ke-2 tahun. awal sehari. Awal2 lagi aku dah plan dalam kepala nak buat parti simple2 yang kalau boleh ada game untuk kanak2. dah namanya birthday budak2 kan, rasa macam tak seronok pulak kalau tak buat sesuatu yang menarik untuk kanak2 bersuka ria. hahah. padahal aku yang nak main game sekali kan. mak budak yang tak sedar2 dah tua . ginilah. ~~~ 

Bila aku google, berkenan pulak dengan birthday party di KFC. pakej2 yang disediakan pun menarik. dengan maskot chickynya,... terdetik dalam hati, tentu budak2 suka dengan maskot ni. tapi aku lupa satu perkara daaaa.. lupa yang si daffa ni takut seram dengan maskot. lalalaa~ 

Bulan Januari terus aku PM facebook KFC team party. sangat2 fast respon diaorang ni. Aku bagi 10*. Dah la fast respon, kalo aku blur dan tak paham dengan jawapan yang di beri. diaorang on the spot call aku. pergh. rasa mcm hebat sangat KFC ni. Tahniah kfc team. uols memang awesome!! 

Memula, aku memang plan nak buat kat KFC terdekat je iaitu KFC Alam Damai. so seminggu sebelum tu, terhegeh2 la pergi bayar deposit nak confirm booking kat situ, bila nak pilih pakej, management team kat situ cakap pakej yang aku nak tak dapat buat kat situ sebab masalah tempat. Memula aku redha dalam pasrah je, pastu balik rumah kenkonon PM balik facebook kfc team mengadu domba, sekali, diaorang call aku bagi cadangan buat kat KFC Aeon Mahkota Cheras. hati pun berbunga gembira semula. hahaha 

Tema birthday kali ni RAINBOW PARTY THEME. Aku asalnya berkenan dengan kartun2 didi and friends. Daffa pun memang suka sangat2 dengan didi and friends. tapi last2 aku dicide rainbow jelah!. kenapa rainbow?? sebab tema kfc party team kali ni CHICKY & FRIENDS RAINBOW BIRHTDAY PARTY. hehehe  


Step by step birthday party @ KFC: 


1. PM facebook KFC PARTY TEAM. nanti dia akan minta nama dan nombor telefon. hq akan call anda. kalo nak call terus pun boleh. direct: 1-300-88-6633. aku tunggu diaorang call. jimat kredit. hahaha 
2. Bila dah call, boleh booked TARIKH & PILIH RESTORAN KFC yang terdekat dengan anda 
3. Dua minggu sebelum majlis, boleh pergi KFC tersebut untuk PILIH PAKEJ dan bayar deposit. untuk pakej A-C boleh bagi deposit dalam rm200 keatas. kalau pakej D, deposit Rm700.


1 barrel = 21 ketul ayam
 
party pack: GOODIES BAG untuk kanak2 rebina


4. KFC party team akan call lagi untuk confirmkan balik pasal tarikh, ayam original ke spicy, penambahan order terus ke apa ke dan sebagainya. 
5. Hari kejadian: kalau nak tambah side order or apa2 je boleh request dengan team kfc. macam kami haritu, kami tambah air mineral *tiada dalam pakej* dan tambah lagi fries,nugget, coleslaw dan potato. hehe. Ayam memang berlambak2. tengok ayam pun rasa kenyang. haha.  

Birthday cake: 

Sama macam tahun lepas. taun ni kami order kek dengan baker yang sama. aku betul2 jatuh cinta dengan baker ni. Hasil kerja yang sangat halus dan teliti. hehe. Kek bukan takat cantik dimata untuk dipandang, tapi sedap ditekak. aku suka kek coklat dia yang sangat moist. tak kering. masa potong pun lembut2 je kek. hehe






Self pickup: Bandar Tun Hussein Onn 
Tema kek: Baby dragon + rainbow themed 
Instagram: spreadthefrost 


Dessert: 

Kalau ikutkan, memang tak leh nak bawak dessert2 bagai macam ni. hanya Birthday cake sahaja dibenarkan *Outside food not allowed*. Tapi sebab aku ni jenis degil manja2 gitu, aku order le jugak sikit2 dessert2 ni. hahaha. So, time tetamu sampai kat meja, lepas ambik makanan semua kami pun bagila can diaorang ambik dessert2 ni. hire sendiri.





BABY PAVLOVA + KRIM PUFF + CUPCAKES yang bagi aku cukup marbelos ni semua aku order last minit dengan the chemist baker. Jumpa dalam instagram. 

Self pickup: BANDAR TUN HUSSEIN ONN. 
Intagram: thechemistbaker 


Table cake & background *simple deco*: 


Simple deco untuk table cake dan jugak background ni aku hire Glowing party house. Sehari sebelum majlis aku walk in kat kedai diaorang di jalan reko kajang. memang puas hati masuk kedai diaorang. glowing party sangat!! macam2 ada. aku just ambik 20 helium ballon warna pelangi & alphabet DAFFA untuk deco background. 

Meja pulak memandangkan meja kfc kosong gitu je, aku pilih alas meja putih + flaglines warna warni. kerusi birthday boy letak helium belon birthday boy seketul. hehe. 10 helium ballon lagi letak atas meja tetamu yang hadir.





Facebook: Glowing Party House 

Majlis mula jam 12 tengah hari. KFC bagi kami masa lebih kurang 2jam untuk event. makan+game+potong kek. Aturcara majlis tu semua kfc party team yang atur. :)




IBU-DAFFA-DADDY 
Sebelum tetamu hadir :)

Majlis dimulakan dengan menjemput tetamu yang hadir makan dulu. isi perut sampai kenyang. hahaha. Sambil makan, sambil budak2 main games. ada 25 games prizes untuk kanak2 rebina. so macam2 game lah diaorang buat. berebut kerusi lah, cari barang la itu la inilah. hehe.




 

Simple face painting pun ada jugak. aku sebenarnya teringin gak nak conteng muka, tapi segan kat budak la pulak. haha. over sangat kann nak berebut ngan budak. haha.








Dalam pukul 1.30 macam tu, maskot chicky & friend keluar. hahhh. time ni memang haru. besday boy langsung tak nak angkat muka. berpeluk je dengan daddy dia. "appa kot, appa kot" katanya. kesian anak aku. takut. adei. 

Acara last - potong kek, Doa + nyanyi ramai2 happy birthday & Allah selamatkan kamu. potong kek bersama chicky!!. hehe. Daffa Potong kek? memang tak laahhh. nak angkat muka pun tak nak. takut sangat dengan chicky. wawawawa. (>_<) mak daffa jugak yang kena potong kek.









Dapat birthday gift dari chicky. hehe.



Party pack untuk kanak2-kanak dari KFC - dalam party pack ni ada Birthday mask, birthday hat, notepad & activity sheet


  

Alhamdulillah. majlis berjalan dengan baik. Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang hadir. TQ TQ TQ. 


Buat anak ibu, Daffa Ezra. 
semua ibu akan doakan yang terbaik untuk anaknya. dunia dan akhirat. hehe. 
Selamat menjadi ABANG yea daffa. 
Coming soon :)
 
Buat korang yang nak sambut birthday parti kat KFC, highly reccomended!! for me. 10* aku bagi. hehee. selamat berparti uols!! :)


TQ for reading!! K bai~   



Sunday, July 26, 2015

Eidulfitri 2015

Assalamualaikum... 

Tahun ni. anak dah makin besar. Apalagi. meriah laa dalam rumah tok ma nya. dengan mulutnya yang tak reti duk diam. dah pandai sebut duit. uit. uit. haha. yang paling tak tahan, kalau orang bagi duit raya. cepat2 panggil dedi (daddy). terus bagi kat dedi dia duit. padahal aku yang pegang dia. hamboi. macam laa ibu nak sangat duit raya dia tu. haha. daffa. daffa. 

Lagi satu hal. orang lain duk sebuk dengan ketupat. satay. si daffa duk sibuk dengan kambingnya. mbekkkk mbekkkk mbekk. Asal celik mata. bertembekkk terus. Haiyaa daffa. jakun betul anak aku ni. Maklumlah, orang KL. nak jumpa kambing setahun sekali pun payah. hahaha.


Peminat SETIA kambing mokniknya. hadei. nasib baik tak telan makanan kambing jeee

Balik raya kali ni sempatlah dua hari berbuka dirumah. Persediaan raya punnn sempatlahh buat seketul biskut Makmur kacang tanah. hehe. Biskut legend. majoriti family suka biskut ni. tu yang gigih buat tu. rela bersengkang mata. *kenkononyalahh*




Tahun ni, dah masuk tahun ke-3. beraya tanpa arwah ABAH. bukan aku nak hitung berapa tahun. berapa kali. Tapi hakikatnya. kekosongan di rumah ma masih lagi terasa. Kalau dulu. arwah abah yang sibuk suruh cepat2 makan. pastu pergi sembahyang raya. Balik rumah. duduk atas kerusi  setting cantik2. salam ikut turn. Tapi sekarang. balik masjid. ziarah pusara abah. balik rumah. salam raya pun sambil berdiri, lalu2 gitu jea. kadang2 aku malas nak fikir. bukan malas apa. sebab aku ni cepat emo. huu. entahlah. yang sudah merasa kehilangan. pasti akan paham apa yang aku rasa. 

Alhamdulillah. ma dikurniakan anak yang ramai. ada cucu yang comel. dan menantu yang baik. ececece. bukan setakat baik. asal ada dalam rumah jea. bila buddies bertemu buddies. pasti rumah macam nak runtuh. haha. ketawa tu tak boleh dahh nak sopan2. kompen lagi teruk dari pontianak bunyinya. kahkahkah


DI PAGI HARI RAYA :)

DAFFA & MAK PAK SEPUPU NYA. hehe. 

Raya ke-2 kami sakan beraya di besut. hehehe. rombongan mak limah ke sana untuk menyunting bunga ditaman. ecececece. gittew. hehe. Nampak gaya. dapat adik ipar lagi lahh aku hujung tahun ni. auwww. maks suke sangat!! raya tahun depan boleh dera buat kuih raya 12 jenis. muahaha


Cincin sebagai tanda. ikhlas dari bakal mertua. ekeke

Kami buat simple2 jea. tak de majlis pertunangan punn.. rombongan semata2 datang untuk tetapkan tarikh akad nikah, tarikh bersanding dan tarikh bertandang. settle! senang kan?


Daffa teman ibu possing. muehehe





Malam sebelum aku balik KL, aku sebagai ketua keluarga *haha. ketualah sangat* menetapkan bahawa malam tu mesti ambik gambar keluarga. ekekeke. Last kami bergambar sesama dengan sedondonnya, SETAHUN sebelum arwah abah pergi meninggalkan kami 2011. Tahun 2012. memang kami tak de gambar raya sesama punnn. entah. tak tahu kenapa tak de bergambar2. padahal tahun tu kami sedondon oren. 2012. tahun terakhir abah ada di bulan syawal. huhuhu 

Anak aku jenis tido awal. pukul 9 dah buat hal nak tido. so malam tu aku paksa dia tak bagi tido. sebab nak bergambar kann. haha. jadilahh muka tak puas hati dalam gambar. nasib baik tak melalak. ekeke


Daffa kena paksa pakai jubah malam2. semata2 nak ambik gambar. hahaha

Tahun lepas raya bertiga. tahun ni bertiga . Tahun depan? berempat?? aminnn. ekekeke

Gambar SKEMA. haha


OVER disitu

wefie. haha

Adik beradik perempuan ku. Hakak ketua kay. 

Daffa sayang ayah ngoh dan pokcik. hahaa

Sapa yang paling hensem?? Daffa angkat jari. ekeke. perasann oit

Daffa sayang tok ma


Gitulahh gamaknya cerita hari raya tahun ni. Tahun depan apa kesahnya pulok yea??? 

TQ for reading. K bai~