KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 28, 2013

30-Minute Cardio - Workout

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Morning kawan2!!!! Misi diteruskan lagi! DAY-11. Selasa lepas, aku jumpa satu video workout yang baru. dah boring seminggu lebih buat step sama. aku carik semula dekat youtube step yang lain. step yang laaagi best, yang lebih membakar kalori dan lemak2 yang banyak menempel kat badan aku nih. last2! aku JATUH CINTA dengan video nih.. muehehehe.. Hari ni hari ke-3 aku follow video nih.. best2! lebih banyak peluh keluar, aku rasa.... LEBIH SEGAR BUGAR!! yahoooooo!!! 


70% DIET, 30% SENAMAN. OK! Ingat tueeee... senaman 30% jea... ko bersenamlah sampai pengsan sekalipun, kalau makan tak jaga.. hahaha. babai jea lah!!! huehuehue. Jangan jadik macam aku dulu2, JOGGING kemain satu ladang kelapa sawit, dua kali pusing, lepas jogging singgah kedai mamak. kalau minum air suam jea tak pe, nih siap.. MAMAK! ROTI CANAI SATU. ROTI BOM SATU.. nahh.. hambekkk.. jogging lah ssangat!~ hahaha

Jom kawan2.. FIT2 together2.. hehehe.. Jaga kesihatan KITA, kalau kita tak jaga, SAPA LAGI??

TQ for reading! k bai!~


Wednesday, February 27, 2013

Merah untuk 2013

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Satu sekolah warna merah hari niee.. tetiba rasa macam gelombang Red Warrior pulak. Hidup kelate! Hidup daudsu.! Eh?. Hihi 

Isnin lepas sesi berposing dengan budak2 kelas. Hari ni pulak sesi berposing dengan tenaga pengajar pulak. Tahun lepas kena pakai tema biru.. kot.. aku lupa. Tahun ni pulak tema merah/maroon dan sewaktu dengannya pulak. 

Aku pulak, hanya ada dua pasang baju kurung yang warna merah. Haha. Satu aku dah pakai minggu lepas, macam tak best pulak nak pakai lagi hari nih. Satu lagi baju, leceh nak pakai sebab kena dry cleaning. Hantar dobi. Lagi satu.. terover "jangok" pulak aku rasa. (You know what is jangok?? Heeeee) Macam nak pergi kenduri kawin pulak. Haha. Nak tak nak, aku sarung jugak lah baju ni.. 

Masa nak pakai baju ni kan .......... aku excited lompat3 wehhhh... nak tahu sebab apa???? Haha.. nerves pulak aku nak cerita. Segan pun hadooo... 

warghhhhhh... kain baju ni dah longgar wehhhh... siap boleh pusing2 lagii.. baju pulak dah tak payah nak tarik nafas dah bila nak pakai. Haha. Tetiba aku rasa lemak aku dah sedikit pergi meninggalkan aku. Time duduk pulak, burger yang tebal dah sedikit menipis. Wahaha. Syabas! Syabas! 

Hohoho. Hasil senaman + herbalife. Hari ni dah hari ke-10 ok!! :) **tayang baju merah sikit.. muehehe**

♥baju hadiah dari mama, mama beli time honeymoon oversea dengan arwah abah♥ tq mom. Kain Sutera kosong. Siap jahit, baru hantar jahit manik. Kawan mama yang jahit manik2. Sangat kreatif dan murah. Murah sangat. Kat KL ni tak dapat harga tu kot. Huh.

Motif pakai merah makngah hari ni... cuba cari mana aku.. *gambar ehsan kak zie*

♥♥tadi ada student cakap cikgu nampak kurus...♥♥tadi jugak dekat instagram my bff cakap aku nampak slim♥♥abang pulak baru jea whatsaap cakap aku nampak slim♥♥.. ohhhhh.. ohhhhh... nyenyak tido malam ni. Haha 

Tq for reading. K bai!!! 



Wordless Wednesday: ♥sape suka makan lokching @ sate ikan?♥

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 





Tuesday, February 26, 2013

Be FIT!!!! Transform Yourself

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???  

Hai! hai! hai!!! Morning uollsssssss!!!! Sudahkah anda sarapan hari ni???? Apa sarapan anda? Anda pasti cukup NUTRISI untuk badan anda??? hehehe.. Over pulak mukaddimah aku hari nih. 

Hari ni aku nak ajak korang, kawan2 bloggers, silent readers! dan pencinta belog aku ni.. (eh,  perasan pulak aku nih).. Lets burn your fat! burn your calories!!!! hihihi... Uolss!! Hari ni merupakan hari ke-9 aku Aerobik! squat! sit up!!! woohooooo.. excited!!! everysingleday ok! tak pernah miss!! aku buat dua kali sehari. pagi dan malam. Cuma sabtu ahad jea aku buat sekali jeaa.. waktu malam.. :) best! serius best! Workout + Herbalife!!! i'm feel GREAT ok!!! 

Aku suka ikut step aerobik nih.. so simple and Fun!! sehari jea aku dah boleh follow step. next day sebijik boleh buat macam ni. hebat tak? hebat tak? hahaha.. 


Lepas Aerobik aku buat Squat 100x, last sit up 100x. Hari pertama mampuihh tak dapat buat 100x. hari pertama aku mampu buat sit up 50x jea.. squat 30x, lepas 5 hari baru boleh cecah dekat2 100x, minggu ni! aku dah boleh buat 100x!!! warghhhh... happy!!! 

Sebelum Workout aku minum segelas TEA MIX suam! feel energetic!! feel great! hehehe. Selepas workout lebih kurang setengah jam, baru aku SARAPAN. hihihi... 

THIS IS MY BREAKFAST EVERYSINGLE DAY!!! 1 tahun 3 bulan aku breakfast dengan SHAKE HERBALIFE! give more nutrition to my body! nutrition for my cells! cayok my cells! lambatkan penuaan okkey! hahaha  

Tropical fruit shake + twister oren

JOM KAWAN2! BE FIT TOGETHER2.. hihihi.. 
# Abang cakap nak bagi hadiah baju dan seluar fit untuk aerobik + mat untuk aerobik + dumbell lagi... tu pun kalau aku konsisten hari2.. yeay!! tq abang! support me!!! muhang ok dika!!!#

TQ for reading! k bai!


Sunday, February 24, 2013

Shawl for You BIG SALE!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hai hai hai!! Happy Sunday!! winwink.... 

Kalau ada SALE kat shopping complex suka tak? suka tak? Entri hari ni aku nak share dengan rakan2 bloggers dan sesapa yang suka SALE2 nih, kali ni SHAWL FOR YOU ada buat BIG SALE!!!! wohaaaaa.... Cepat2 grab. banyak koleksi shawl yang super duper lawa awesome +++ 

Aku selalu cuci mata dekat belog shawl for you. pernah laa satu kali aku shopping shawl kak zatie ni. Aku pernah buat entri pasal shopping online kat SINI. dekat 2K readers yang singgah kat entri tu. hehe. blogger besau kuman macam aku ni, hepi lompat2 ah bila tengok traffic yang tinggi. hikhikhik. TQ korang sebab singgah. cayunk taw!! 

Aku dah grab dua item ni. hihi. cantik tak? cantik tak? memang comel kiut miut.. :)




Cepat2 submit form ok. kang SOLD OUT nyesal taw!! Cepat KLIK SHAWLFORYOU :)

Tq for reading! K bai! :)


Saturday, February 23, 2013

Second Treatment ♥ Poliklinik medi kulit & surgeri kepong♥

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Hai kawan2 bloggersss. Apa khabar? Sihat ker.. hikhik  selamat berhujung minggu. Santai2. Rileks. Hari minggu adalah hari untuk enjoy. Betul tak?? Ngeeeee~ 

Hari ni aku ada appoinment untuk kali ke-2 treatment. Kalau pernah terbaca entry aku sebelum ni (KLIK sini), aku ada buat entri pasal treatment untuk pigmentasi iaitu peeling treatment.

Appoinment jam 3 ptg, tapi jam 1 kami dah gerak dari sekolah ( hari ni ada Ladap uollss heppi gitu.. sabtu pun kerja uolls..). Jam 2 lebih2 sampai, kami terus masuk jusco kepong cari surau. Poliklinik ni betul2 depan jusco kepong. So, tak de hal lah kalau lambat2 sikit. Lepas zohor kitaorang lepaks jap kat sini.

Basahkan tekak yang kering. Hikhik. Hari ni hari cheat day aku. 5 hari aku diet + bersenam. So, hari ni nak cheat kejap. Haha. Boleh tak gitew? Tapi aerobik tetap buat okey. ♥ 

ni nama dia snow ice. Macam ABc laa lebih kurang. Bestnyaaa sebab abc berperisa coklat. Hihi 

After bersnow ice, baru kitaorang masuk poliklinik untuk teruskan misi. Hari ni aku bawak kawan buat teman, dengan tak sengaja, dia pun sama sekali buat treatment macam aku. Hihi. Aku tak hasut ok.  Dia sendiri yang nak. Haha 


Kali ni, kak Aini yang buat treatment untuk aku. Banyak ilmu2 kecantikan yang aku dapat dari dia.. hihi. Best taw koranggg. Kak aini ni just pakai pencuci, toner, pelembap, vit. C jea. Bedak tak pakai pun. Tapi mak aiii. Cantik kottt kulit dia. Hihi. ★pengsan jap★ 

Tengah2 buat treatment, kak aini tanya aku, kenapa aku tak ambik treatment untuk 6 kali percuma 1, rugi laaa setiap bulan datang, tak  tak dapat free treatment.. hurmmm. Aku pikir 26 saat, lepas tu aku tanya balik dia pasal harga. Kak aini cakap: Satu treatment rm160, kalau ambik 6 kali treatment, percuma 1 treatment so total 7 treatment. Total harga cuma RM960 dua kali bayar. Kali pertama datang bayar rm480, kali ke-4 datang bayar balance. Hihi. 

Aku terasa macam nak. Whatsaap abang minta izin. Bila dah Dapat green light, aku terus confirm dengan kak aini. So, aku ada lagi balance 5 treatment. Yahooo. Nie la perempuan kannn... hahaha. Shopping. Mekap. Spa. Treatment muka. Treatment badan. Hurmmm.. adoiyainyeee.. 

Last treatment aku try ambik sunblock yang spf50, sebab sebelum ni aku hanya pakai sunblock spf15, kali ni pulak aku nak try vitamin C yang macam kak Aini pakai. Ngeh3 ~  

Skinlabs topical serum. 25% pure vitamin C ok. Harga rm248. Bagi diskaun rm238. Sob.sob. 10 hengget jea kurang.


Cara pakai, titiskan setitik serum ni dalam moisturizer, gaul sebati then sapu kat muka. Hikhikhik 

Selepas settle treatment, time nak buat pembayaran, terkejut aku bila kawan aku tadi cakap nak buat treatment 6X macam aku jugak. Dia pun ambik vitamin C dan sunblock jugak. Warhhh.  Lawak betul kawan aku nih. Aku tak hasut ok.  tak.tak. 


Kaunter pembayaran poliklinik



Dapat tuala medi kulit. Hehe. 


Dapat kad untuk next treatment. ♥♡ 


Jom laa koranggg. Buat treatment kat sini. Bessstttttt.. hihi. 

Tq for reading. K bai!!!




Tuesday, February 19, 2013

Happy Anniversary my family ♥28♥

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Teringat kenangan tahun lepas. 18 februari 2012. Arwah abah call aku... masa tu aku baru lepas habis training herbalife kat the mines. Arwah abah cakap : "Long, hari ni ulangtahun abah dan ma yang ke-27. Doakan abah dan ma deh.." Aku sangat2 excited time tu. Masa tu abang yang drive keta. Aku excited tepuk3 tangan.. gelak2. Cakap kat arwah abah : "waaaaaa... hihihi.. hepi anniversary bahhhh.. semoga abah ngn ma panjang umor murah rezeki dehhhh" pastu pebenda lagi kami borak aku dah lupaaa. 

Bila aku ingat balik... aku tak pernah tahu tarikh perkahwinan abah dan ma. Seingat aku jugak. Selama hidup aku sebelum ni, kami hanya celebrate birthday tiap family dan juga celebrate hari ibu dan bapa. Tak de laaa celebrate beria. Juz beli kek jeaa. Makan sama2. Itulah kali pertama arwah abah bagitau aku anniversary mereka. Tak sangka itu jugak kali terakhir.... 

Tahun lepas buat pertama kalinya aku beli kek untuk anniversary abah dan ma.. 


Semalam. 18 februari 2013, dah setahun kenangan tu berlalu.. genap 28 tahun ulangtahun perkahwinan ma & abah.. semoga cinta mereka bersatu di syurga.. kasih sayang ma pada arwah abah, dan kasih sayang arwah abah pada ma.. setia hingga hujung nyawa.. 

Al fatihah buat arwah abah. Azahar. We ♥ and miss you toooooo much. 

Tq for reading. K bai!



Sunday, February 17, 2013

34 days to go ♥

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Our lunch before ♥ fly :)


♥Smile in sad. Ada paham? #oh my english!!♥ 


♥Makan adalah terapi kesedihan yang terrrbaikkk. Selepas 10 minit anda akan rasa gembira sekejap. Muhehehe♥



Tata abang!!! See u again.. pounsikou for everything!!


♥muhang oku dika sogigisom♥ GOD bless you and me... 



Thursday, February 14, 2013

♥Mini Pavlova Korea Strawberry ♥

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Orang lain dah berkurun buat pavlova, aku hari ni baru ada perasaan nak cuba buat pavlova. Perasaan nak try makan hanya 20% tapi perasaan nak try buat 80%. ♥ 

Tq kak ita dari belog masammanis sebab share resipi pavlova. Aku tiru sebiji2 apa yang kak Ita ajar. 

Cumaaa. Part bakar jea aku nak cepat. After sejam bakar tengok macam tak masak2 lagi, aku naikkan sikit suhu oven. Nah.. hangit sikit. Haha. 

Resepi pavlova dari belog kak Ita. Credit to belog Masam manis 



Resepi Pavlova ni sebenarnya tak de la guna barang banyak sangat. Lebih kurang nak buat kek chiffon jea. Just guna telur putih. Bezanya cuma. Pavlova guna tepung jagung + cuka,. Kek chiffon pulak guna tepung gandum + telur merah + perisa yang kita nak. 

But for me, aku lebih suka buat pavlova dari kek chiffon. Hikhik. Tak taw kenapa. Motip sangaat perasaan aku nie ♥ 

Meh aku show off sikit step by step nak buat benda alah ni. Resepi boleh ambik kat atas. Pic yang aku snap dari belog kak ita. Klik untuk tumbesaran yang memuaskan ok. :) 

Putar telur pada kelajuan yang palinggg maksimum. Putar sampai kental. Masuk gula sikit sikit sampai habis. Bila terbalikkan mangkuk (macam pic yang ke-4), putih telur tu statik jeaa tak gerak2. Itu bermakna anda berjaya mengentalkan putih telur. Hihihi. Tq zie sebab bagi hadiah kawin mangkuk khas untuk buat pastry. ♥


Masukkan tepung jagung+vanilla+cuka yang telah disebatikan kedalam telur tadi. Lepas tu, kacau jea dengan senduk guna kaedah kaupbalik. 

Sediakan loyang. Letak baking paper sedia.


Kalau nak cantik, boleh ukur atau guna acuan untuk mendapatkan pavlova yang sama saiz. Aku main senduk jea. Letak jea atas baking paper. 


Bakar sampai masak. Kak ita dah ajar cara bakar


Pavlova dah masakkkkk. Yahooo. Excited!!! Walaupun sikit hangit. Tapi aku excited. Haha. First time buat kottt. ★♡♥ 


Ni pulak bahan hiasan untuk pavlova. Aku guna whipping cream jenis nie. Dan juga korea strawberry. Feeling korean gittew



Putar whip cream dengan kelajuan maksima sampai kembang.pekat.kental.mantap. jangan over putar. Nanti whip cream tak menjadik. Dengan kata lainn. Whip cream yang dah kental akan jadi cair balik. 



Last. Touch up laaa pavlova anda. 



Lepas mekap baru cantik sikit kannn. Haha



Sedia di NGap!!!♥♥♥ 



Tq for reading. K bai!!!