KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label bajet. Show all posts
Showing posts with label bajet. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Baby Wearing Review : i-angle Hip Seat Carrier

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Awal2 dulu aku bajet, babywearing ni tak de kepentingan sangat. Pakai stroller jea, Senang nak handle, baby nak tido pun senang, boleh la tido dengan lena. Tapi rupa2nya babywearing ni ada kepentingannya jugak. 

Contoh, melalui pengalaman aku sendiri. Kalau nak melilau di tempat2 yang padat (like jalan TAR, pasar malam, SOGO) kekdah nak guna stroller tu sangatlah tak praktikal bagi aku. yela. sekali tolak kena bontot orang, sekali tolak jem satu jalan. haha. Nak beratur tunggu lift satu hal. sekali lift bukak, penuh dengan orang. next lift. pun sama penuh. so, menunggu lah jawabnya. nak naik escalator, kang tak selamat pulak. risau takut apa2 yang berlaku. yela, dekat escalator tu dah warning siap2, bendalah macam stroller ni tak dibenarkan. Last2 dukung jealah anak tu senang. 15 minit daya lagi nak dukungnya. kalau dah 5jam shopping. Dari Sogo ke Jalan TAR pastu masjid jamek. 5jam dukung anak ko mampu? haha. Patah pinggang gua. dah la berat baby daffa 7kilo plus2. bayangkannnn~~~ 

Last2 kami dicide nak beli babywearing yang baru. memandangkan first babywearing yang kami beli tak berapa nak family friendly. pakai setengah jam pun dah sakit pinggang + bahu. Pastu baby pulak tak berapa nak selesa duduk dalam tu. kesian baby daffa. hihihi.

Amacam??? RARE tak babywearing cenggini?? AHAKS!!

Nak pilih babywearing pulak satu hal. pening kepala nak mengugel review2 dari insan2 yang prihatin yang sudi buat review tentang babywearing. hehe. Last2 aku dicide sendiri nak beli baby wearing brand ___ tu. memandangkan melalui review dari blogger2 yang lain. brand tu quit OK. Aku bukan nak beli brand sangat taw. cukup setakat OK. Ok dengan baby. OK dengan kami. means baby and family friendly. 

Dua bulan lepas. kami ada merayap dekat Great Eastern Mall Ampang. kenkonon nak bagi reward kat baby daffa, bawaklah baby swim dekat hippopo baby spa tu. Tetiba pulak ada amoi tarik laki aku suruh try diaorang punya produk. kebetulan pulak bendalah tu babywearing... 

First try, teruuussss suami aku jatuh cinta dengan babywearing tuuu..



First impression! Wow! ringannya. tak rasa pun baby berat. Katanya. Aku hanggukkan saje. memandangkan aku dah ada pilihan tersendiri. hahaha. layankan hajelahhh~ Baby daffa pulak nampak macam seronok jea duduk dalam tu. haih. sama taste nampak dengan daddynya... 

Bincang punya bincang. kami pun dicide lah nak beli hipseater nih. Memandangkan tu pilihan suami aku. Dia dah betul2 suka yang tu. hari2 duk ulang benda sama jea. best la iangle. best la iangle. berkulat dah telinga aku dengar. So, aku setuju jealah apa yang dia suka. Lagipun, bendalah ni dia yang akan pakai. hahaha. Sejujurnya, dah sebulan lebih beli i-angle ni, sekali pun aku tak pernah try dan guna. 100% suami aku yang pakai. AHAKS! 

Next try. Fabulous Mom Shah Alam.



We got it. i-angle Hip Seat Carrier.

Kami pilih yang Irene Floral sebab corak dia cantik. dan depan tu ada zip. Boleh bukak untuk effect angin masuk. hehe

Kenapa kami pilih i-angle Irene Hipseat Floral Carrier: 

1) Kedudukan baby dalam keadaan yang baik. bersesuaian dengan kajian yang dibuat. ececece. bukan aku yang kaji. diaorang la kaji kot. Aku gugel jea. haha



2) Boleh guna Hipseat sahaja (not full wearing). Baby daffa ni awal2 dulu jenis nak duduk atas dukung jea. So, hipseat ni sangat membantu. baby pun ok duduk atas ni. seat dia lembut. tak keras. so bontot baby takkan sakit. pendukung pun laaagi ok. boleh jaga tulang belakang sekali. hehe.



Sampai sekarang kami still lagi guna hipseat ni. So, ini dinamakan KEPERLUAN bagi kami. haha



3) Boleh face in, face out. Ada pernah aku baca yang baby ni tak elok sangat nak face out. better face in. Tapi baby daffa ni jenis yang suka duduk dalam keadaan face out. So, kami redho jealah. tawakkal jea, harap2 baby kami OK. uhuksss!! 

Face out time dia sedang aktif dan nak tengok kiri kanan



  
Face in time dia nak tido. memang lena baby daffa tido



4) Boleh juga guna untuk back wearing - setakat ni kami tak pernah cuba lagi. memandangkan baby baru 5bulan. hehe 

Itu jealah kot. Untuk review yang superduper awesome lagi best. Korang Boleh tengok blog Tee's Little Corner. Siap buat 3 entri lagi untuk review bendalah ni. PART 1, PART 2, PART 3.  

So far, kami berpuas hati dengan babywearing ni. Hakak bagi 10 ********. hahahaha 

TQ for reading! K bai!!     



Saturday, December 21, 2013

Moms Couture Warehouse Clearance Up To 70% Off!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Cuti sekolah dah nak habis dah wehhhh!!! rasa cepat gilers masa berlalu.. nak rasa panik pun hadooo. panik sebab apa pun tak tahu.. mabe sebab peyut ni dah makin membesar, so aku rasa panik! huhuhuhu 

Balik kampung hari tu, aku ada pergi KBMall, cari baju maternity, almaklumlah, orang lain perut jea kedepan, aku ni belakang depan membesar.. haaa. kang dah susah. Pening duk pikir apalah yang aku nak pakai nanti bila masuk kerja, semuaaa baju dah macam jadi balut nangka. Sobs! sobs! Tapi kan, pilihan kat KBMall tak ada sangat untuk ibu mengandung. huh. sadis. 

Hari ni aku bukak dashboard blog, ternampak iklan ni dekat blog All About Shopping and Sale! weeeeehoooo.. happy kejap. Location pulak dekat jea dengan rumah aku. So, boleh la cuba nasib ni, harap2 ada la yang berkenan nanti. :D 

Ada beberapa orang rakan blogger yang sedang pegnent sekarang kan??. hehe. Macam NORY, dah siap beli almari baby lagi uollsss! teruja aku tengok persiapan dia. mihmihmih. 

So, aku nak share lah dengan korang bakal momtobe pasal moms couture sale nih. hehe. Aku mabe sabtu depan baru pergi sana sebab sekarang husby ada kat Sarawak, Khamis ni baru balik. hehe.



Lokasi: No G-4-G, Putrawalk, Bandar Putra Permai 
Sri Kembangan, Selangor 

Tq for reading! k bai~    




Sunday, April 7, 2013

Travel Bajet -KRABI ♥

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???  

Actually, kami tak plan pun nak jalan2 musim cuti sekolah bulan 3 hari tu. Semua last minit. Aku risau nak plan apa2 dan kemana2 selagi tak PRU13. Nak plan balik kampung pun pikir 2, 3 kali. Tapi sekarang, rasa lega sikit lepas parlimen dibubarkan. Maknanya.. dah tak lama lagi laa tu PRU13. Boleh laaa aku balik kampung dengan tenang cuti sekolah MEI ni.. Hahaha. 

Last minit plan ni pepaham jea la kan dia punya bajet. Kalau long term planning, bajet nak ke krabi naik Air Asia boleh dapat rm200 taw untuk dua orang pergi balik. Pergh. Seyes jimat gila. Jimat masa dan duit pun off kos jimat. Boleh buat benda lain yang lebih2 tu. Like Shopping! Oh. Heaven. ♥ Haha. 

Masa booking untuk ke Krabi hari tu, kami bayar deposit untuk sewa van pergi balik. Van tu jugak yang bawak kami kemana saja kami nak pergi. So. Deposit untuk 2 orang RM400. Duit minyak dan Tol pergi balik dari KL ke Kuala Perlis  hanya RM230

Duit Thailand agak mahal berbanding duit kita. Hari tu kami tukar MYR1512 (Asalnya nak tukar 1,500 jea tapi dia suruh tambah lagi 12 hengget untuk cukupkan duit.agaga), so kami dapat balik 14, 000 Thai Baht. Kat bawah ni aku listkan (dalam matawang baht sebab kami bayar guna duit sana. Hehe) secara tak terperinci untuk pedoman anda semua yang plan untuk kesana.

1) Hotel - 1600baht untuk  3 hari dua malam 
2) Elephant Trekking - 1000baht untuk dua orang + Tips untuk driver gajah 100baht. Haha. 
3) Phi Phi Island tour - 2400baht untuk 2 orang  + Tips 20baht. 
4) Makan dan shopping - lebih kurang 6040baht 

Jangan tak tahu, bila sampai kat rumah, aku rasa macam nyesal giler tak habiskan duit yang kami dah tukar ni kat sana. bila check2 purse abang, adeh.. ada lagi balance 2840baht. adooii. kalau aku yang pegang semua duit tu, sah2 licin habis kann. bahahaha. 

So, dari 14,000baht dah tinggal banyak ni (2840baht)

kami tukar balik MYR, so kami dapat balik duit kami RM295. duit syiling diaorang tak nak. ohh.sentap. tak pe lah, buat kenang-kenangan. haha. 

Abang belanja Dominos, sebab berjaya tak habiskan duit disana. Apakah???

SO, cer teka berapa total bajet kami kesana? hehe. 

TOTAL BAJET kami kesana lebih kurang RM1,847 hengget untuk dua orang. Kalau nak bajet lagi rendah dari ni, sila jangan shopping disana. ngehngehngeh.~ 

Jangan lupa join Giveaway #1 yea. mana taw ada rezeki kan. hihi 

Kalau nak tengok review kami di sana, boleh Klik link2 dibawah ni yea.


TQ for reading. k bai!