KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kehidupan bersahabat~. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan bersahabat~. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Halal Thai & International Food in Bangkok : Yana Restaurant

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Bagi penggemar Tomyam. Sila sediakan tisu untuk baca baca entri nih. motif tisu? untuk lap ayaq liuq yang akan meleleh-leleh nanti. muahaha. 

Okeh. Last entri Jumaat lepas aku ada cakap yang aku nak pergi Bangkok kan. Aha! So, hari ni aku ada bawak ole-ole bergambar dari Bangkok untuk santapan korang!!!! lalalalalaaaa~~ 

Kalau datang Thailand. makanan pertama yang ada dalam kepala aku. Of Course. TOMYAM. fuh! sangat rugi kalau pergi sana tak dapat makan tomyam yang sedap dap dap taw!.. Mungkin akan rasa sedikit terkilan bila balik Malaysia.ececece. 

Tapiiiiiii.... kalau dah jumpa tomyam yang sedapppp tuuu, balik Malaysia pun masih terasa kenikmatan dan kesedapannya. Tengok gambar pun dan-dan telan ayaq liuq tahu!. Kalau mengidam nih, memang bala ah. Tak kan nak terbang sana semata-mata tomyam? Ahaha. Agak melampau disitu. 

Ahad lepas. Sebelum balik Malaysia, kami singgah di Mah Boh Khrong Mall atau nama femesnya, MBK Mall. Kalau korang dari Don Mueng Airport, untuk ke Mall tu, senang jea. Ambik taxi jea kesana. mihmihmih. Hari tu kami kena 400baht. Agak terasa kecekikan darahnya. Aku rasa boleh dapat lagi rendah dari harga tuu kottt. tak sampai setengah jam pun. hahaha. 

Ini diaa... MBK Mall Bangkok!!!! Aku rasa, Mall ni lebih kurang Sogo jea kot. :)


Actually, kawan aku yang plan nak cari tomyam sedap kat sini. Ada sorang hamba Allah yang bagitahu dia, ada tomyam sedap dekat MBK Mall tu. So, apalagi, kami terus excited dan teruja nak kesana... Bab2 makan ni, memang tak boleh dipisahkan dengan kami. kahkahkah. Tengok orang lah beb! 

Macam tak percaya jea kami boleh sampai Mall ni. Walaupun hanya bertiga, berada ditengah2 Ibu Kota Bangkok, hanya berbekalkan beg galas dan beg ala-ala handbag cap Herbalife (beli time event, 450baht), berserta kaki yang melecet akibat terlampau banyak plus laju berjalan, bercakap dengan taxi driver bagai itik dengan kucing (Miow,miow VS duckduckduckduk), akhirnya, dapat jugak kami merasa duduk di Yan restoran. vavava gittew. 

Tetiba rasa *wah! hebat jugak kita ni kan*, juga rasa *Alaaahhh. senang jea nak jalan-jalan kat Bangkok nih. Macam Malaysia jea rasa* Boleh? kihkihkih

Yana restaurant. MBK Mall, Bangkok


Kalau dah namanya LUNCH, off course laa makan nasi kan. Macam tak berapa nak kena pulak kalau nak makan Chicken Chop dengan tomyam. ahaks!

Aku dan jerawat Bangkok, bersama dengan buku menu Yana restoran

Kawanku Blur tak tahu nak makan apa. semua nampak sedap.ihihihi


So, dalam banyak-banyak menu yang ada, menu yang terpilih adalahhhhh!!!!! *maaf jika anda telan ayaq liuq*

Ini menu utama kami. tengok dalam gambar jea pun dah berdebar2 rasanya. hahaha


Ini diaaaa. Tomyam Seafood
Harga: 299 Baht. lebih kurang rm29.90 kot! gulp. 


Ini tomyam ok. bukan gulai lemak kedaung. haha. Kepekatannya agak nampak disitu. setitik kuah pun kami tak tinggal. hirup habis!


Ini menu untuk sayur kami. Dua pilihan somtam. Kami pilih somtam Mango Salad

Mango Salad. Dah namanya mango, kalau yang jenis putih macam ni, confirm masam kan? masam-masam masin manis semua ada tahu. huhuhu. Aku taip ni sambil telan air liur. *gulp* serius sedap!!!. memang pure somtamlah!
Harga: 99 Baht


Menu sampingan. Stir Fried Sum-dried beaf with crispy basil leaves


Ini dia! Daging yang dimasak bersama daun Basil yang digoreng. Daun Basil tu crispy tahu. rangup kriuk-kriuk. Sebab tu lah mahal harga lauk nih. sebab ada daun basil kot (sejenis herba). Orang Itali suka sangat guna daun basil gabungan dengan Oregano untuk menghasilkan pizza yang sedap. Tapi orang Thai dia goreng daun ni dan masak bersama daging. Kreatif ssangat!!! :)
Harga: 169 baht lebih kurang rm16.90 

Late Lunch. ready to menternak lemak. hikhikhik

Untuk mengurangkan kalori semasa makan. minumlah air putih sahaja. tak main ahh air manis-manis nih. hahaha
*lihat dagukuuu. sudah berlapiskan??? terima kasih nafsu makan! :P*

Bill untuk 3 orang makan. Walaupun makanan kat sini agak up *bagi aku lahh kan*. Tapi sangat puas hati. yeah!


Next time, kalau datang Bangkok lagi, pasti aku datang lagi Yana restoran nih. yeah! nak bawak abang sekali. Abang pun suka makan tomyam kan? kan bang? Jom Bangkok?? 

So, kalau korang ada plan nak ke Bangkok tu, boleh la try makanan yang ada kat dalam Yana Restoran ni yea! confirm tak nyesal. 

YANA RESTORAN (HALAL FOOD) 
TINGKAT 5, MBK MALL,
BANGKOK THAILAD 
*betul2 tepi escalator*

Tq for reading. K bai!   




Friday, December 28, 2012

Restoran Q Thai Steamboat! Eat all u can!

Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??

Yuhuuuuuuu... Holiday skull dah hampir ke penghujungnya.. best ke tak best? mestilah best kan! sebab tak sabar2 nak jumpa anak2. (tak sabar lah sssaanggat! ahaks!)

Macam biasalah, bila dah nak bukak sekolah ni, mesyuarat wajib dilaksanakan. dari pagi sampai petang. Stresssss! hahahaha. Untuk menghilangkan stress yang sedia ada, abang bermurah hati nak belanja aku makan steamboat. Padahal aku yang paksa. muahahaha.. 

Actually, dah lama kami plan nak makan steamboat ni, dan dah banyak kali jugaklah aku makan steamboat kat qthai cawangan Taman tun perak ni, cuma tak sempat nak hapdate kat belog nih, kali ni baru sempat nak hapdate. Asal plan nak makan dengan member2 sekolah awal bulan 12 hari tu, tapi tukar plan, after first meeting besar sekolah baru meeting makan besar ramai-ramai. :D

Meeting habis lebih kurang dalam jam 4 petang. Malam tu jam 8 malam kitaorang dating kat qthai. My fevret kedai steamboat nih. Aku suka restoran yang hidang dalam bentuk buffet, tak suka yang jenis pakej2 pastu dia hantar kat meja. Makan yang tu jea lah. Tak best!. Kalau buffet, boleh makan dan pilih sesuka hati... makan sampai muntah wooo.. Banyak pulak tu pilihan kat sini. Tomyam dia bestttt... Biasalah, orang Thai memang power dalam bab tomyam2 nih. kan?kan?.. :D

Okey, kami bersedia nak serang makanan nih.. hahaha... Sapaalah pi order milo ais dengan tembikai tue.. Kalori makanan dah up disitu! :D 

Kat restoran ni ada dua pilihan. Steamboat biasa  dan sizzling BBQ steamboat. Kalau steamboat biasa, untuk dewasa RM22, kanak2 RM12. Kalau Sizzling BBQ Steamboat, untuk dewasa RM27, kanak2 RM14. Of course lah kami pilih BBQ. thumbs up!

Nasi goreng kat sini pun best. best giler. sampai dua kali abang tambah.  Kerabu mangga pun best. 

Alamak! macam mak budak la pulak. saya dah gainweight okey! hahaaaa... 

Kena paksa ambik gambar dengan gaya yang romantik. Romantik lah ssangat. hahaha. 

Ok, semua dah kekenyangann.. dah boleh balik tidur dengan nyenyak sekali..zzzzzz 

Bagi penggemar tegar Steamboat macam aku ni, aku syorkan korang try cuba test steamboat kat sini. Confirm tak nyesal! Kalau datang kat cawangan Cheras nih, contact lah aku yea, boleh aku join makan sekali.. belanja eh! hikhikhik.

Tq abang sebab belanja kami makan steamboat. Saya doakan abang cepat2 boleh transfer balik KL eh tahun depan..weeeeeee~

k bai!




Monday, August 13, 2012

Iftar Mantan SMUAY

Assalamualaikum.. Halo readers!!

Semalam ada company preview HERBALIFE kat PULLMAN putrajaya.. BEST gilerrrr... rugi sape tak datang semalam. Guest speaker yang hebat, speaker2 yang amazing!... banyak sangat2 benda baru yang dapat semalam. :)

Seperti biasa, lepas event, ada post meeting. Lebih kurang jam 5.30 petang baru settle semua, aku pun dengan pantasnya keluarlah dari PULLMAN dan ingin menuju ke SUBANG. Semalam ada iftar dengan mantan2 SMUAY, hehe, kengkawan zaman sekolah menengah.. weee :) . main redah jeaaa.. ikut signboard. sebab tak tahu jalan nak ke subang dari putrajaya, tak pernah2. hahaha..

Dari Putrajaya tu, aku lalu puchong, pastu baru jumpa Subang skypark. pusing punya pusing, barulah jumpa tempat yang nak dituju. Nasib baik tak jem. dekat jam 7 jugak laa baru sampai kat Restoran TE AMOR STEAK HOUSE & STEAMBOAT subang perdana. :) Alhamdulillah.!

wink!wink! dapat jumpa kengkawan sekolah lama.. adah, wina, arif, mirul, hakim, izri dan tonah. :) . Adah dah ada dua orang hero, izri ada sorang puteri, mirul pun dah ada sorang hero (bini baru lepas bersalin, ada kat kampung), wina & arif bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan (raya ke-3), aku,tonah & hakim??? hahahaha... kitaorang single lagi okey! OPS! :)

Best bila dapat kumpul ramai2 cenggini. potpetpotpet tak henti2. lagi2 bila adah bukak mulut, tengah makan pun cakap lagi, gigih pulak tu melayan kerenah hero keduanya.. hehehe.. bangga dengan ko adah! dah ada dua orang anak dahhh.. waaahh.. teringat zaman BAS CHANGGONG! geng MUKA PINTU BAS la kita ni kan.. hahahahaha.. lawakkkssss

Ni laa kengkawan aku zaman sekolah menengah dulu.. hehe.. yang belah kanan tu yang tengah gigih bagi susu kat anak, tu la adaaahhhhh!!! weee... pakai tudung merah menyala tu (adah panggil mak datin) tu tonah.. hehe, aku kenal tonah masa zaman kanak2 lagi, jiran jeaa.. semalam 12.8.2012 besday dia yang ke-26. hehe.. dah tua ko nah!..selamat hari lahirr... heheh. yang tepi aku tu, wina dan bakal suami, arif!! dua2 satu sekolah.. tak sangka, bertemu jodoh korang berdua yeaa! happy! :)

Yang baju merah ni pulak mirul, tepi mirul tu hakim. dua2 orang ni, kawan sekelas aku masa tingkatan 3 dulu. diaorang dulu ni, kemain sopannya.. sopan sampai sekarang.. hakhakhak. yang pakai baju belang2 tu pulak, izri dan isterinya. dah ada anak pompuan yang comel dah si izri ni. :)

Agak lama bertapa dalam restoran tu. dekat jam 9 malam baru semua dah nak beransur pulang.. Tak sangka dapat jumpa korang semua semalam. siap dapat kad jemputan kawin lagi dari wina&arif. dalam masa seminggu jea rancang nak iftar sesama. Alhamdulillah. dapat juga iftar sesama yeaa..

Posing depan kedai sebelum balik rumah ;D



**gambar semua credit to tonah. dokumentasi terbaiikkk punyaa**

Lain kali kita jumpa lagi yea semuaaaaa... :)

Papai!




Sunday, April 15, 2012

Konsert Malam KEBUDAYAAN SMKTC

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have you had your SHAKE today???

Adakan anda SARAPAN hari ni??? MAKAN apa tu? hah? tak suka sarapan?.. tak boleh.tak boleh.. korang kena sarapan.. sarapan tu penting taw.. banyak kebaikan sarapan yang korang boleh dapat.. ce google apa kepentingan berSARAPAN.. heeee.. Aku? aku dah sarapan. pagi2 lagi dah sarapan dengan shake tropical fruit + soya., sarapan sihat lagi tu.. kaya dengan NUTRISI, RENDAH KALORI.. hebatkan? heeee..

Semalam ada Konsert Malam Kebudayaan kat sekolah aku.. Alang2 duk rumah sesaje.. aku pun join sekali untuk menyaksikan kemeriahan dan bakat2 terpendam pelajar2 kesayangan SMKTC.. heeee... memang berbakat sungguh diaorang ni!.. tak sangka pulak aku, dalam kelas senyap pasif kemain, rupa2nya.. PANDAI MENARI YOU! :D

Perarakan Masuk sebelum konsert bermula :)
Konsert dimulakan dengan persembahan ORKESTRA oleh pelajar2 SMKTC.. awesome~ :) Sejak aku berkhidmat kat sekolah ni, selalu jea tengok diaorang main orkestra.. sebelum ni, jakun sungguh.. tak pernah tengok OK!
PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN YANG OHSEMMM!

Persembahan yang lemah gemalai.... nak pengsan aku tengok kelembutan diaorang membuat persembahan ni... ewaaahhh..ewaahhhh

Tarian kebudayaan India, oleh artis jemputan yang sama.. Tadi lemah gemalai.. sekarang dah tak berapa gemalai dah..kikiki

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN CINA OLEH PELAJAR SMKTC

Macam tengok cerita cina yang dulu-dulu plak, yang ada maharani, maharaj tuuu...yang selalu main kat TV jam 6ptg tu.. hee.. comel jea bebudak nie :P

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN INDIA OLEH PELAJAR SMKTC

Tarian India Utara, Selatan.. semua ada.. rugi korang tak datang tengok :)



PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU OLEH PELAJAR SMKTC

Ewah..ewahh...

Ramai pulak student2 kelas aku ni.. berbakat rupanya.. Mereka ni jea lelaki yang buat persembahan.. mana yang lain?? yang lain2 mana??? :)

Dipenghujung konsert.. Jom nyanyi sama2...

....KITA SATU BANGSA KITA SATU NEGARA,,
KITA SATU MATLAMAT..OOOOOO..
KITA SATU BANGSA..
SATU NEGARA...
KITA, SATU MALAYSIA..
** Semangat jap aku** :)

Me and my coacheeee... wish GOOD LUCK untuk kamu berdua.. :)

Adei~ sah-sah aku tak de bakat.. tangan keras semacam jeaa... tak pe,takpe.. tanakwaguku dah ada bakat menari, nanti .. tunjuk ajarku sifu.

StudentS yang ohsemm! :) PINJAM baju bley? =^^=

Ok, dah..dah.. Jum balik.. si tanakwagu dah kebulur.. orang yang nak gainweight memang selalu macam ni,, makan Pau 3 ketul, apam polkadot dua ketul pun still tak kenyang.. kena carik nasik jugak.. lepas makan nasik, balik rumah, buat SHAKE lagi.. hurm~ jeles tul aku.. =.=!

Shawl : Jalan TAR
Maxi Dress : RNR Collection
Inner: Bazaar
Everbest High Heels: Parkson

Terima kasih Photographer : Chentry Danish Dumpong

Papai!! :)