Assalamualaikum... Halo readers!!!
Pernah tak korang FRUST tertonggeng2 sebab dah berusaha bermacam2 usaha kononnya berDIET sakan, berJOGGING sakan, berSUKAN sakan dan bla.bla.bla.. TAPI, Result? GAGAL. pernah tak? pernah tak? pernah tak?? apa perasaan anda??
Aku 5 tahun dahulu, pernah laaa berdiet sakan, kononnya.. makan nasi dengan sayur jea, makan roti jea, makan biskut jea (tak sedar pun pasal kalori2 ni).. pernah laa jugak tiap-tiap petang turun jogging keliling track.. pernah laa jugak cuba main tennis nak bagi kecilkan lengan, tapi tak pasal2 sakit lengan.. adeh~ macam2 aku cuba.. tapi HAMPEH! ... nak tahu kenapa?? mana tak gagalnya.. SEHARI DIET, 10 KALI MELANTAK, SEHARI JOGGING + KUARKAN PELUH, 100 HARI TIDUR... hahahahahaha... gelak.gelak.. gelak kat aku yea? korang pun sama jugak laaa.. AHAKS!
JOM baca kesalahan-kesalahan umum yang selalu dilakukan oleh orang yang sedang berdiet
1) KURANG PEKA
Kurang peka terhadap kandungan kalori yang ada dalam makanan. Aku pun tak pandai jugak nak kira kalori2 ni.. aku reti ajar tambah tolak darab bahagi jea.. kalau bab2 sains ni, memang FAIL lah kan..
Tapi, sekarang ni, di setiap bungkusan makanan, memang dah ada label nilai kalori,protein, bla.bla.bla.. so, ambil masa seminit untuk baca label tu... haa.. kata nak diet kan.. hahaha.. macam aku, dalam sehari aku hanya boleh makan dalam 1400 kalori jea, so, kalau aku terlebih kalori tu.. bersedialah untuk menambahkan lagi lemak dalam badan.. macam mana nak bakar kalori?? haaa.. ASK ME HOW K!
2) MENGHABISKAN MAKANAN
Haaa... ni salah satu faktor.. Meh sini aku nak kasi cerita rahsia punya.. Aku ni tukang perabis makanan.. Kalau makanan yang tak habis tu, nampak gaya, masuk dalam perut aku laa.. Memang susah giler aku nak kawal perangai buruk aku ni...
Masa tengah berdiet pun sempat lagi habiskan lauk-pauk yang tak habis tu... kononnya... ala.. lauk je pun, bukannya aku tambah nasik!.. OH! AKU SILAP RUPANYA.. PATUTLA GAGAL!.. ingat yea,.. jangan jadi tukang perabis makanan.. bila dah kenyang tu, sila bangun dan basuh tangan anda.. :)
3) Teruja dengan hidangan 'BUFFET'
'BUFFET' - all you can eat!... perghhhh! tang ni memang godaan yang sangat besar... Mana taknya, makanan dah terhidang bagai nak rak.. rezeki jangan ditolak.. yea.. betul, anda bijak! :)Namun, anda kena ingat,,, anda sedang berdiet OK!...
Pandai2 laa korang pilih makanan yang sihat dan seimbang dan dalam jumlah yang kecil seperti salad, sayuran, buah-buahan, daging panggang dan sewaktu dengannya. JAUHI pasta, roti dan makanan yang berlemak.. kata nak diet sangat kan..? AHAKS!
kalau korang boleh pilih makanan yang sihat dan seimbang.. TAHNIAH aku ucapkan.. anda menjamni masa depan yang sihat,gemilang,terbilang :)
4) Gagal menyingkirkan MAKANAN SEGERA
Masa lunch, terkejar-kejar waktu maka, takut masuk ofis lambat.. pastu mula laa cari makanan segera.. burger double,triple..kentang goreng dua plastik pergh! percayalah cakap aku.. kalau korang dalam seminggu berkali2 baham makanan segera yang macam ni, tok sah kata nak lose weight laa.. haram tak jadi.. bah kan gainweight + unhealthy.. huuuuuuuu......
Boleh sebenarnya korang nak makanan makanan yang macam ni.. tapi, timing betul2 laa.. jadikan makanan itu sebagai hadiah kepada korang bila korang dah berjaya lalui suka duka untuk turunkan berat badan... nak saya bantu tak tolong korang supaya dapat makan makanan kegemaran korang walaupun tengah berdiet sakan? ASK ME HOW! ..ahaks :)
5) Membiarkan Perut terlalu lapar
Aku kesian betul dengan orang yang sanggup ikat perut ni,, bukan tak de duit nak beli makanan, tapi sebab takut GEMUK bila makan.. huhuhu.. kesiannya kat tubuh badan korang tu.. tak cukup nutrisi. :)
Berdiet bukan bermakna kamu perlu ikat perut dan makan seminimun yang boleh. Sebaliknya kamu harus memastikan makanan yang diambil cukup dan boleh memberikan kamu tenaga... Bila korang buat macam ni.. sehari dua hari boleh lagi laa kot.. masuk hari seterusnya.. aku gerenti laa.. korang akan hilang pertimbangan dan lupa tujuan asal!.
Last2,..erm.. tak pelah, esok laa aku diet semula..lepas esok, esok lagi,, pastu esok lagi.. sedar tak sedar, dah besar tempayan..HAHAHAHAH.. ops! sori.. tergelak pulak.. huhuhu..
6) Putus Asa
Haaa... ni memang banyak berlaku kat insan2 yang tak de motivasi diri dan tak de impian yang nak dituju. .. Diet separuh jalan... pastu banyak buat kesalahan dalam berdiet,, bila timbang, berat tak turun2.. pastu mula laa STRESS giler.. hentak-hentak kaki.. mula berfikiran negatif.. dan last2 teriak.. " WARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH... AKU TAK NAK DIET LAGI!!!"..
Aduiii..~ jangan lah macam tu.. jangan putus asa.. tolonglah jangan putus asa ok!.. Masa korang dah buat kesalahan dalam berdiet tu.. cepat2 laa korang insaf, sedar diri dan kembali ke program diet kamu tu.. Janganlah berkecil hati bila usaha kamu tu tak de hasil., kamu mesti usaha!usaha!usaha!.. pasti akan berbaloi2 akhirnya... betul aku cakap!
7) Faktor sekeliling
Jangan dekati ORANG YANG NEGATIF!!! Biasalah.. negative people ada dimana2.. pedulikan bila diorang ejek tentang diet kamu.. "ala, ko apa hal diet beb? nak kawin kea?".. "Tak payah laa ajak dia makan sama, dia kan sedang dietttt... mana makan nasik"..(sori yea..diet boleh makan nasi ok :) "hah? ko tengah diet..hahahaha (guling2), tak payah laa wei.. tak de can laa nak slim punyaaaa" bla.bla.bla..
Biarkan jea.. tutup telinga, buat bodoh.. senyum jea.. cakap dalam hati : "terima kasih, saya perlukan insan seperti anda, kerana andalah saya makin bersemangat untuk teruskan program diet saya!".. haaa.. macam tu laa baru positive people.. hehehe..
INILAH INSAN-INSAN YANG POSITIF :)
Dekati orang yang positif.. Kalau korang perlukan coach untuk support korang dalam program diet yang luar biasa + nutrisi yang luar biasa.. SAYA BOLEH BANTU ANDA... jika anda serius.. ASK ME HOW! - 0199594525 :)
GOOD LUCK!
Papai!