Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Tadi kawan aku ada cakap kat aku, ada rumah yang nak dijual, sederet jea dengan rumah aku, tapi belah2 hujung sikit, tak de lah corner lot, tapi rumah sebelum corner lot. Tuan rumah tu letak harga dalam 220K. GULP! aku mampu telan air liur jea.
Lepas tu aku tanya la dia balik, Memang harga macam tu eh? Mahalnya aku cakap...
Dia cakap memang rate rumah sekarang harga cam tu. jangan harap laaa nak jumpa yang bawah 200K area KL ni. memang rezekiiii sangat la kalau jumpa. kalau nak yang bawah 200K, sila jangan perasan nak duduk rumah jenis teres/bawah. HAIH! cenggitu kea weh?
Aku kann, kadang2 pernah gak terpikir. kot laaa tetiba tuan rumah SMS :
1)PUAN NINA, SAYA NAK JUAL RUMAH YANG AWAK DUDUK SEKARANG NI, DENGAN HARGA 400K, KALAU PUAN TIDAK MAMPU, ADA ORANG LAIN YANG MENUNGGU.
2) PUAN NINA, RUMAH YANG AWAK DUDUK SEKARANG SUDAH ADA ORANG BELI, SO, BOLEH LA KELUAR DARI RUMAH SAYA NI MULAI BULAN DEPAN
Seyes! pengsan aku kalau tetiba tuan rumah buat bala sms aku macam ni. Mana aku nak cekau kalau dia letak harga rumah 400k. Hahah.
Lagi satu, kalau dia suruh aku keluar bulan depan, mana aku nak cari rumah senang2 weh. Ingat senang kea nak pindah rumah. dah la barang belambak2, lepastu kemain susah kott nak jumpa rumah teres yang mampu untuk aku bayar sewa area KL ni. Kalau nak cari rumah teres yang rate sewa 1K keatas tu belambak.
Hurm.. namun itu semua ilusi. hakikatnya.. aku selalu pikir macam tu taw!!!
*tapikan, aku pernah termimpi tuan rumah nak jual rumah dia kat aku dengan harga 90K! perghh!! giler ahh rumah teres 90K area KL. hahah. kan bagus kalau bukan mimpi*
Hari tu aku ada jumpa rumah yang baru siap taw, area Hulu Langat. Bagi aku, rumah tu not bad laahh, cantik. Adalahh aku suruh abang call tanya berapa dia letak harga, memandangkan tu area HULU (hulu langat kann), so aku bajet mesti dalam range 200K-300K jea kottt. JEA?
Sekali ko tahu berapa? 600K wehhh!! tanjat akuuu. haih! rumah dalam hulu pun mahai jugak kaa?? Terus punah impian aku. hahaha
Balik kampung hari tu pulak, mak aku dah bukak mulut pasal buat rumah. Aku dengan abang jeling-jeling sesama sendiri jea. Mama aku siap cakap lagi, muda-muda ni elok laaahh buat rumah tu haaa. Biarlah tak maw duduk punn, buat jea duluu,, nanti-nanti ada laaa rezeki boleh duduk rumah tuu...
Nak jaga hati mak punya pasal, habis hutan tebal dekat tanah tu abang tebas, siap pakej bakar + tanam pokok pisang lagi. Kononnya biarlah nampak, niat nak buat rumah tu ada. huhuhu.
Sapa yang tak nak balik duduk kat kampung wei.... Sapa yang tak nak buat rumah depan rumah mak wei. cer cakap sapa. meh sini aku tarik telinga dia. huhuu. Tapi hakikatnya, aku disini, rumahku disana. haha. cenggitu lah lebih kurang.
Aku ada jugak cakap kat mak aku, aku nak beli rumah kat KL, nak cari rumah yang lagi selesa dari sekarang. lagi besarlah kononya *padahal sengkek orangnya. berangan*. Lepas tu ko tahu apa yang mak aku cakap?
Buat apa nak duduk rumah besar2, bukannya nak duduk situ sampai ke tua pun.. *nampak sangat nak suruh aku buat jugak rumah kat kampung* rumah yang long duduk sekarang ni dah bagus dah. Besar tak penting yang penting suasana rumah tu. Jiran yang baik. 100% melayu, Masjid depan rumah. setiap kali azan, mesti dengar. Tu yang kita nak.
Erkk. Insaf kejap aku. huhuhu...
Kawan aku ada cakap tadi, dia suruh aku tanya tuan rumah cepat2, sebelum dia jual dekat orang lain. sebab dengar2 rumah yang aku duduk ni dah ada orang mintak beli dengan tuan rumah setahun yang lepas. tu cerita SETAHUN yang lalu. orang tu letak harga 200K. Hurm. nampak sangat tak de cann aku nak dapat murah lagi dari tu kann.
Entahlah. aku dalam dilema. buat rumah.. beli rumah.. sewa rumah..
Dalam hati.. aku nak buat rumah + beli rumah. hahaha. giler. Kalau aku kayaaaaaaaa~~ kalau aku kayaaa.. uwwwooooo!~
*Ada tak sesapa yang nak jual rumah murah2, PM me yea. kihkih*
TQ for reading! k bai~