Assalamualaikum...
Ini dikira kali pertama aku join adidas year end bazaar. Kalau bukan sebab suami aku nak cari kasut bola untuk dia punya game minggu depan, memang tak lah kot kami serang viva home semalam. hikhok. Tapi tak beli pun kasut bola. Alasan, sebab tak ada yang berkenan dimata juga dihati. kihkihkih.
Aku suka cara team-team adidas uruskan diaorang punya bazaar ni. Bagi aku, sangat sistematik (pilih-sort-bayar). Sebab semalam hari pertama bazaar, manusia memang tak hengatlah. memangg ramai.. beratur panjang berapa meter ntah. Tapi sebab sale punya pasal, mak giant dengan pak kundur pun sanggup beratur walaupun berbatu2. hikhok.
Pintu masuk bazaar ni memang diaorang jaga. Bukan semua orang boleh terus masuk melulu jea. Kalau dah ramai orang dalam hall bazaar tu, pintu akan ditutup, so kita kena beratur sebelum masuk. Tunggu la berapa lama yang kena tunggu. Motif? sebab diaorang tak nak orang bersesak-sesak dalam hall tu. Yea la. nama lagi sale kan. year end pulak tu. ofkos la semua orang menggelupur. termasuk aku. kahkah.
Dekat pintu hall bazaar tu diaorang dah sedia bagi kita plastik bag. So bila dah tiba turn kita untuk masuk hall, AMBIK PLASTIK BAG - SERANG HALL - TINGGAL ANAK/BINI/LAKI kat belakang sebab yang nampak kat depan hanyalah kasut yang berlambak2. haha. pastu baru teringat. eh. bini kat mana? bini kat mana? laki kat mana? laki kat mana? haha. gitulah kekdahnya!!
Dalam bazaar ni, kaedah yang diaorang guna, kalau dah berkenan, sumbat masuk dalam plastik bag terus. tak kesah berpuluh-puluh pasang kasut yang korang masukkan dalam bag *walaupun korang nak beli satu jea*, Tshir/seluar pun sama. Korang ambik jea masuk plastik yang mana berkenan, tok sah le duk belek2 kat situ, nak try pakai kat kaki ke, nak try muat kat badan ke apa kea. Sebab nanti bazaar ni ada hall khas untuk korang sorting semua yang berkenan. Kat situlah korang boleh try kat kaki kat badan bagai. hehe.
Diaorang dah memang ada team khas untuk items yang korang reject. Letak jea kat tempat diaorang, diaorang akan handle. Ambik 10 kasut, yang nak beli 1 jea, dalam sorting hall tu renung2kanlah yang mana satu nak pilih. bila dah berkenan, 9 kasut lagi tu bagi pada team reject, pastu korang boleh terus ke cashier. hehe. gitu.
Benda yang paling aku nak pengsannn semalam bila masuk tempat pakaian/kasut kanak2. wawawawawa.. punyalah rambang mata nak pilih. Sandal baby!! kasut baby!! Tshirt baby!! Semua benda aku nampak untuk Daffa jea. Hahaha. gitulah nasib seorang ibu kot. Kalau keluar shopping jea, barang daffa jea yang aku nampak. haha. Tshirt, sweater pun banyak yang cantik2 dan ngam dengan daffa. memang puas hati. Brand Adidas, harga 25 hengget, 30 hengget. memang rugi kalau tak rembat. Kualiti tok sah cakap lah, Ahaks!!
|
Dalam Sorting Hall |
|
Sepasang RM99!! Worth sampai 3, 4 ratus kot sepasang. fuh. pengsangggg!!!
Picture credit to RUNWITME |
|
Kaunter pembayaran |
So far! aku bagi 10* untuk bazaar ni. sangat best dan teratur!! Hurm. kan best kalau Baby Expo pun diaorang buat macam ni kan. kan? kan?
|
Bazaar ni 4 hari jea taw!!! 4-7 Disember! So. cepatcepatcepat seranggggg!!~
|
|
Ibu, cara daffa pegang bola ni, ada gaya APEK daddy Kayla tu tak?? |
TQ for reading! K bai~