KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 31, 2016

Camping suka-suka

Assalamualaikum 


Sabtu lepas suami ajak pacak khemah tepi sungai sambil-sambil BBQ udang ikan konon-konon jelah. lebih kepada main masak-masak, main rumah-rumah. hehe. saje nak hiburkan hati anak-anak. 

Semalam hajat kesampaian. Merata cari port. Semua sesak. Nak panjat bukit ke air terjun lepoh, dafna kecik lagi. So, ambik pilihan berkelah jelah tepi sungai dan tepi jalan. haha. pun boleh. 

First time bawak daffa buat benda-benda macam ni. Tapi nampak gaya biasa-biasa je dia. tak de yang mengujakan pun. lagi best main pistol belon tu,.. haha. kecewa makpak. BBQ pulak simple-simple je. bawak udang ikan dari rumah. sesaje nak main masak-masak dengan anak. 

OTW masuk ke hulu langat tu kami ada singgah beli nasi lemak ayam rempah. setiap kali kesana, confirm singgah beli nasi lemak kat situ. area batu 9, dekat tempat lori tong gas keluar masuk. memang sedap. orang pun memang selalu ramai kat situ. So, untuk lunch kitaorang makan nasi lemak tu je, tak de lah sampai tanak nasik kat sana. kikiki 

Daffa baru bangun tido. muka mamai. nasib baik ada pokok. boleh la berteduh bawah ni. tolong tengok jela dedi pacak khemah






Air sungai dari air terjun lepoh. tak jauh dari khemah kami




Bila khemah dah siap, ibu dan dafna duduk dalam tu je. dedi dengan daffa main masak-masak kat luar. :P











Lunch dengan nasi lemak. Udang, fish cake. Ikan, ayam pun hado. haha. Tapi semua versi hitam. kahkahkah








Satu hari, satu buah epal. hehe
   
Ngam-ngam siap makan, main tembak-tembak, bakar-bakar semua, hujan pun slow-slow nak turun. Kat sana seram nak duk lama-lama time hujan, sebab air sungai deras plus melimpah. Nasib baik kami dah siap pack semua untuk nak balik. 

Seronok juga aktiviti macam ni dengan anak-anak. Sebab aku jenis yang suka mereput dalam rumah je, tak berapa gemar sangat nak keluar jalan-jalan buat masa sekarang. Mungkin faktor obes terlampau sekarang ni kot. baju-baju semua dah sendat, bila dah sendat, jadi tak selesa dan mesti kena beli baru. Kalau beli baru, lagi la best.. tak sedar-sedar dah obes melampau kan. haha. baik tak payah nak beli baru. gitulah alasannya kenapa aku suka lepak kat rumah je. 

Tapi bila sekali sekala hiburkan hati anak-anak walaupun hanya dengan melepak tepi jalan pun, rasa dah seronok. kan. hehe 

Anak-anak ibu yang hepi. makan nasi dalam khemah :)



Tunggu dafna besar sikittt je lagi baru nak mula balik aktiviti outdoor kami. 

GO HIKING, IT WILL BE FUN!

TQ for reading. jumpa lagi dilain waktu. InshaAllah  




Seoul, Korea (Part 3): Gyeongbokgung Palace & Seoul World Cup Stadium

Assalamualaikum 


Hari kedua di Korea, kami plan nak santai-santai je. Cari tempat yang dekat, means yang tak banyak tukar subway. 

So, ke Gyeongbokgung Palace lah kita. 

Pagi tu awal-awal lagi dah bersiap, mandi pun menggeletar sejuk bai. Macam biasa, breakfast kami semestinya dari Brahim's. Cepat senang dan kenyang. Pepagi lagi dah masak kari kambing. Ko mampu? kikiki



mandi ke tak ni???

kari, megi, nasi goreng, serunding semua hado

Cara paling senang nak naik subway untuk ke mana-mana tempat yang kita nak pergi, benda pertama yang kena buat, download apps SUBWAY  KOREA. 



So, dalam tu boleh kita tengok line-line subway dan station-station yang nak dituju. Kat sana senang je kalau nak jalan mana-mana tempat, naik train je. Tmoney kena beli siap-siap. Boleh beli kat 7E. Tmoney tu lebih kurang macam touch n go. So senang nak naik subway. just touch n go. ihiks.


terjumpa robocar poli sebelum turun tangga area station myeongdong

Dari Myeongdong station, kena transit train di Chungmoro. So kat situ nanti akan ada direct train ke Gyeongbukgong (myeongdong-chungmuro-gyeongbukgong).


EXIT 5

dalam train :)

Kawasan Istana Gyeongbukgong ni agak luas. dan memang sangat luas. jauhhh mata memandang. Dari station subway nak masuk ke pintu utama istana ni pun berapa meter pun aku tak taw la. dah la dia punya kawasan luar istana tu nampak macam tanah lapang. padang jarak padang terkukur :P manusia pulak berpusu-pusu ramai. hehe. 

Gyeongbukgong palace ni adalah istana yang paling besar diantara 5 istana lain yang dibina pada zaman Joseon dynasty. No wonder lah kalau aku cakap kawasan istana ni luas dan sayup mata memandang. :) 

Kaunter tiket untuk masuk dalam istana pun agak jauh dari pintu utama. kena banyak berjalan, itu dah semestinya :)


tiket masuk: krw 9000

Ada banyak pintu utama untuk masuk dalam Gyeongbukgong palace ni. Tapi aku tak pasti kami jumpa semua ke tak. 


GWANGHWAMUN GATE (The main and south gate)

Kebetulan masa kami ada kat pintu utama ni, diaorang sedang buat pertukaran pengawal. adalah dia punya muzik-muzik tu. agak menarik. Tapi sayangnya, si Daffa takut. haha. apa yang ditakutnya tu pun aku tak taw lah.





di hadapan gwanghwamun gate

Pengawal istana (Royal guard)

daffa takut momok. dia cakap ni momok. hahaha

HEUNGNYEMUN GATE (The second inner gate). 

Bila nak masuk gate ni, kena tunjuk tiket, baru boleh lepas. hehe





GEUNJEONGMUN GATE (The third inner gate) 

Sebelum masuk ke gate ni, akan ada satu jambatan yang diaorang panggil sebagai Yeongjegyo bridge. hehe. berbelit lidah mak jemah.




Geunjeongmun gate :)

Bergambar di hadapan Geunjeongjeon. Throne hall yang formal bagi raja mereka.






Gyeonghoeru (royal Banquet hall). Ala-ala terapung gitu. view yang sangat indah dan cantik :)






Sekitar kawasan istana







Keluar dari kawasan istana, kami jalan-jalan sekitar bandar. lepastu cari train untuk ke Seoul World Cup stadium. hehe.







Seoul World Cup Stadium - dibina sempena 2002 FIFA world cup. Stadium kedua terbesar di korea selatan selepas Seoul Olympic Stadium





Balik semula ke Myeongdong, jalan-jalan cari makan. Strawberi kat sana sangat-sangat melazatkan mata memandang. bukan takat nampak je lazat, tapi bila makan, fuh. rasa tak cukup sebekas.




Teruja tengok aiskrim bunga-bunga ni

Singgah makan di Busan Jib. Pening tengok menu yang ada. nasib baik ada gambar di setiap menu.






First time pekena ikan bakar korea. Mak aku cakap first time dia makan ikan sedap macam tu. berlemak. lembut dan yang penting sedap. serius sedap weh. kami pun tak taw ikan nama apa ni. yang pasti bukan ikan lolong. hahaha

Oyster pancake. Pancake korea ni kalau korang datang korea, benda wajib cuba. ya ampun. makan macam tak ingat dunia. huhu. rindu pulak nak makan pancake ni. tetiba kan. hihi


side dish


oyster pancake

ikan bakar

Alhamdulillah. puas hati makan kat sini. semua sedap. makan nasi saje pun dah sedap taw! hehe





Malam tu pulak sekali lagi kami keluar untuk jalan-jalan cari street food di myeongdong. :)


Beli seketul udoh le. tercekik nak bayo. haha 
Keju dia leleh sangat, bagi aku, so-so je. 
kalau hantu keju, memang fevret la ni


Benda alah ni memang sedap. kat mana ada jual sini ek? aku kempunan. haha

Nama je street food kan. tapi tapi tapi, semua jenis benda cekik darah. hehe. maklumlah . duit dioarang mahal dari kita kot kan. 


Memang seharian kami kat luar pada hari kedua kat sana. balik bilik, memang terus tido tak ingat pape dah. kumpul lagi tenaga untuk destinasi seterusnya yang lebih mencabar!! :)

TQ for reading. jumpa lagi dilain waktu InshaAllah