KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 19, 2017

Jalan-jalan Perak

Assalamualaikum.. 

Adik ajak berendam dalam kolam air panas. Nak bawakkan anak sedara main katanya. herherher. Pantang diajak, ahkak setuju aje. 

Dah lama benarnya tak ke sungkai. Seingat ke sana taun berapa ntah. 8 tahun yang lepas kot. Pergi dengan dua orang sahabat & seorang kawan laki. haha kawan la sangat kan. 

Tak banyak yang berubah hot spring sungkai nih. Masih lagi sama seperti dulu, tapi bagi aku kebersihan agak kurang. macam kurang dari segi penjagaan. 

Pepagi lagi kami dah bertolak ke sungkai. So sampai sana tak de lah sesak sangat. masih senang nak parking. tapi bila waktu kami nak balik tu pun, orang macam tak ramai juga. haha. entahlah.

Daffa nak naik THOMAS. haha. Padahal dari parking tu boleh je jalan kaki masuk. tapi sebab nak layan daffa, naik laa bendalah ni. selamat lemak2 mak

Memula diaorang berendam dalam kolam air panas dulu. Lepastu rebus teluar 8 bijik. sambung berendam dalam air sejuk. then ambik keputusan untuk balik. perut dah lapaq. nak singgah makan kat nasi bamboo katanya. aku yang first time dengar bamboo tu macam hah?? nasi bamboo??








OK. ni ghupa nasi bambooo tuhhhh...

nasi dalam buluh je rupanya. haha. dah nama nasi bamboo kann




SO far, boolehhhlaaahhh. lauk kat sini macam2 ada. orang pulakkk perghhh kemain ramai. tapi aku still duk bayang ikan bakar ketoyong kat tanjung malim. 

OTW balik, paksa jugakkk adik aku exit tanjung malim jap. semata2 nak tapau ikan bakar tuh. hihihi. Alhamdulillahhh. dapat jugak makan ni yea. dasyat kann. kalah orang mengidam cenggini gaya.

Tempat feveret sepanjang pengajian di UPSI. 




Seronok bila jarang2 sekali dapat outing dengan adik beradik ni. hehe. Lagi 3 orang ada kat kampung. InshaAllah taun depan kita tugehter2 sesame yea uols!!!   

TQ for reading!. Kbai   



Saturday, November 18, 2017

Beryls GAUFRETTE

Assalamualaikum.. 

Pernah makan tak Gaufrette ni???



Biskut wafer bersalut coklat yang sedap lazat tak ingat. makan dengan gelojoh. haha


Sapa yang pernah makan mesti taw betapa sedapnya bendalah ni. Buat yang baru pertama kali dengar pasal gaufrette ni, mesti cuba try test. hehehe. 

Kami open jualan retails dan borong. Tapi ini adalah PREORDER ITEMS. kalau nak borong sekurang2nya dua minggu menunggu. hehe. Kalau nasib baik stok ready, seminggu dah dapat. untuk belian biasa, kami loading SETIAP HARI JUMAAT sahaja. tq uols



0193190117 - TERUS PM KAMI TAW. JANGAN TUNGGU LAMA2. hehe   




Monday, November 13, 2017

HollyBollyBian Glam Night Annual Dinner SMKTC

Assalamualaikum.. 

Kemainnnn dia punya tajukk. haaa. Kalau boleh segala jenis tema nak masuk kann. Hollywood. Bollywood. Arabian. Tu diaaaa. mantap temanya oiiiii 

Dahdah penghujung taun ni... almaklumlahh. adalah memakan sikit. jamuan akhir tahun kekdahnya. Tapi tulah. nak glam kita buh la nama annual dinner. gitew. hehehe. 

Nak glam lagi.. berdinnerlah kami di Palace of the Golden Horse. Tuu diaa. nama pun berbelit2. Aku ni kalau tulisan omputih seram sikit nak baca. bukan apa. takut sebutan jauh panggang dari api bunyinya. Mengucap panjang jugaklah bila nak sebut 'palace' tu. dengan harapan tak ada yang ketawa. hahaha



Sebab semua anak2 aku angkut sekali pegi dinner, so adalah alasan nak check in kat golden horses ni. Sekali sekala. kot2 lahhh anak buat wayang kulit dalam function room. senang nak pass kat husband sambung wayang dalam bilik. haha. Aku cam biasalah, selagi makanan ada. harus dimakan, rugi.

Bilik yang agak memacam. Dafna tengah tengok kuda. Segala rupa nampak macam kuda. Sampai kaki meja pun macam kaki kuda. haha

Gambar jamban pun nak kena up. Biasalah orang kampung masuk jamban lawo. haha

Antara kami berempat, aku rasa dafna paling ikut tema. ada gaya Hollywood tak? haha. 



Walaupun kepala nana nampak dogol disitu, tapi nana tetap princess cindrella dimata ibu. cia cia cia

Mak pak dia tak yah cakap lahh. pakai asal ada. Aku punya jubah tu pun jumpa mana ntah. main masuk dalam beg ja. Bila nak bersiap baru terkejut. 

ALAMAK!!!!! 

Jubahku sendat nak mampuih!!! ni la akibat bila makan tak ingat dunia. sedar tak sedar berat dah naik mencanak 17kg. haha. Nasib baik ada shawl boleh tarik belakang sampai peha. coverlah tang sendat tu. haha. tak kan aku nak pakai baju tido kot. naya naya

Jarang dapat berdua macam ni. kihkihkih. Kasi can laaaa. 
Dedi dengan Appa

US :)

Bibik-bibik ku yang hepi bila kena bawak bejalan. haha. dua orang ni adik badik aku yang ke6 & ke7. bongsu lahh senang. 




Cecantik semua kawan-kawan aku ni. Muka semua dah berubah. selalu kat sekolah nampak macam hampeh je. bila berdinner... mak aii. cun jugak uols ni. hahahaha. Semua dengan tema masing2.

Geng Satu batch. yang tengah tu Ex Housemate. masa memula posting, memula kerja. dengan dialah kami serumah bujang2 dulu. sekarang masing2 dah ada sepasang cahaya mata. hehe

Geng gossip. Geng kantin. 

Lewat jugalah habis majlis. Daffa dengan dedi dia dah lama selamat dalam bilik. Kami berempat jaa yang masih setia sampailah dafna betul2 bosan. tu punnn sipi2 jee majlis nak habis. arghh dia tak bagi can. gosok mata. Dah bosan main belon dengan abang hensem kihkihkih.



Esoknya bawak anak-anak main-main dekat pool.



gitulah. short vacay kami. 2in1.  

OK lah. tq for reading. bye!~     




Sunday, November 12, 2017

Nasi Kak Wok Antarabangsa - Cheras Perdana

Assalamualaikum.. 

Pernah makan nasi kak wok? 

Nasi kak wok ni antara makanan yang femes kat kelantan. Nasi + kuah gulai (dalca) + ayam yang dipotong kecik2 + sambal = nasi kak wok. hehehe. gitu je dia punya kaedah. simple je kan?? Tapi dia punya femes tuuu kemainnn. sampai ke KL kak wook nyaa taw! hehehe 

Nasi kak wok ni kalau kena dengan dia punya kuah, memang akan sedap. kadang ada je yang guna nama kak wook. tapi rasa dia tak sebetulnya kak wok. ehhh 

Hari ni aku nak bawak korang tengok menu apa yang ada dalam kedai nasi kak wook antarabangsa ni. hehe. kedai ni bukan saja ada menu nasi kak wok taw, memacam jenis nasi ada. fevret aku bukan kak wok semata, iols suka nasi kerabu, so try lah test rasa kat sini. 

Lokasi: Cheras Perdana 



Sesat jugak cari kedai ni. sebab maps yang dia bagi dalam ig tu lokasi dia tak sama dengan lokasi kedai. so aku terus direct call pada ig. jumpa jugakla. sederet dengan CIMB Bank. tersorok sikit kedai. heeeh 

Antara menu yang disediakan 





Tu diaaaa. kalau korang kelate sejati, dan peminat makanan kelate, boleh try makan kat sini. memacam makanan pantai timur ada. 

roti titab, nasi dagang, nasi kerabu, nasi air dingin, nasi kak wok, laksam/laksa lemak.. perghhh . memacam weh. first time datang rasa nak cuba semua. tapi apakan daya, perut cuma ada satu je. hahaha 

Menu kitaorang untuk harini. 

Nasi kak wok (large size) - ko tengoklah dia punya portion. banyak gila!. dengan ayam nya berketul2 mcm nak penuh pinggan. husband aku cakap beza sangat size hidangan dengan nasi kak wok yang dia pernah makan kat bandar sri permaisuri. kikiki.



Nasi kerabu ayam percik. aku rasa perut aku ni dah besar, tapi still tak boleh nak habiskan nasi ni. huhuhu. mungkin sebab minum air banyak kot. hahaha. ayam percik dia best!




Menu suami dan anak2. Nasi putih, telur dan sup daging.



Air yang mabeles. sedap sangat teh beng buihhh ni. segelas licin minum! for me itss so yummy!! nyum2.







Next time nak cuba roti titab pulak. orang lain dah lama heboh roti titab ni, tapi aku sikit pun tak pernah rasa lagi! hahahaa 

Sekian laporan dari saya (^_^) 

Selamat mencuba!!     




Friday, October 20, 2017

Doorgift Coklat untuk wedding

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillahh.. 

Makin ramai customer yang borong coklat untuk doorgift perkahwinan mereka. hehe. i is teruja taw bila customer send gambar-gambar doorgift dioarang. hehe. Selain untuk wedding, boleh buat doorgfit untuk birthday party, majlis aqiqah juga taww. hehe. buat hantaran punn cantik :) 

Customer ni dari Bandar Tun Hussein Onn. Borong Mint bitter & Tiramisu untuk doorgift mereka







Customer dari Setapak. Borong Heart Shape Choc. Minggu ni kami dapat new wrapping choc dari kilang. Makin cunnn. siap ada love love lagi taw di wrapping baru ni.





Customer dari Kelantan. Borong pikko 5 perisa. Terima kasih.





Kalau ada yang berminat nak cari coklat murah, rasa yang mahal dan rupa yang cantik menawan.. boleh pm nina direct yeaa. Special price for you :) 

0193190117