KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 28, 2018

ASLI KEK LAPIS SARAWAK

Assalamualaikum... 

Dah lama aku tercari-cari kek lapis yang lembut, sedap dan murah. Dah boring makan yang keraih kerutung lepastu warna je menarik tapi rasa kureng. tup tup. terjumpa kek lapis asli sarawak ni. Kilang proses ada kat semenanjung. Tapi ownernya Sarawak mari :) 

Adik la ni bagi idea suruh jual. Is BARANG BAIK. Haruslah promote kan. SHARING IS CARING. gittew. 

Aku jual pun tak de lah mahal sangat. SERENDAH RM15 jur. Padanlah dengan KUALITI dia. PAKAI BUTTER uols kek ni. bukan biasa-biasa taw. hehe Ada lebih kurang 30 lebih jenis kek lapis yang ada. Tapi ada certain2 kek lapis yang ada minimum order. Kat bawah ni aku sertakan gambar dengan harga sekali. 

Kalau nak ngoder tu, pepandailah cari aku yea. 


Talian Hayat: 0193190117



ASLI KEK LAPIS SARAWAK













SENARAI HARGA





FEEDBACK PELANGGAN










INSTAGRAM: DENINAAZ_KEKLAPIS






Sunday, April 1, 2018

Osaka, Japan (Part 1) : 6 hari 5 Malam di Blue Bee, Sakuragawa

Assalamualaikum... 

Kenangan travel kat Jepun ni lain sikit dari Korea. Asyik teringat-ingat je. Rasa nak pergi lagi pun ada. huhuhu. Korea? sikit pun tak de rasa nak repeat travel ke sana . AHAKS!!! 

6 hari kami kat sana, stay satu tempat je sebab spesies malas nak mengangkut barang ke hulu ke hilir check in check out. So, berkampung je la kat satu tempat yang sama. yang penting senang nak access kemana-mana. Hari pertama memang tengah blur lagi. Masuk hari ketiga. perghhh.. dah rasa macam Osaka tu Bachok jer. hakhakhak. Itulah kelebihan stay ditempat yang sama. SESAT? itu makanan je. *matakeatas*.

Fist time booking pakai AIRBNB

Terpengaruh dengan review rakan-rakan blogger. Memula kami dah booking pakai Agoda. Just booking, payment tak buat lagi. Nasib baik laaa tak buat payment lagi. Bila bukak AIRBNB, memang belambak homestay yang best dalam tu. Harga pulak bagi aku berbaloi sangat2.


Total cost kami sepanjang 6D5N. 4 dewasa 2 kanak-kanak. 
Homestay ni boleh muat 5-6 orang. Ikut keselesaan uols. 
So kalau 6 orang, sorang hanya perlu bayar lebih kurang Rm238.40 untuk 6 Hari. 
Kelengkapan serba lengkap. 
Ada dapur, mesin basuh, balkoni untuk jemur bajur, security yang tiptop, 
dekat dengan 7 Elevan, dan ada dua lagi mart yang berdekatan. 
Paling penting dekat dengan Subway Station. 
Paling best! Ada pocket wifi yang boleh bawak merata. Data limit 3GB sehari. 
Memang jimat laaah. Tak payah beli internet kat sana. 
100% kami kesana kemari dengan yang homestay punya wifi.
For me, sangat-sangat berbaloi. 

Masa booking homestay ni, kami terus direct dengan owner. memang airbnb ni kita boleh terus direct dengan owner. nak tanya apa pun tanyalah. siap boleh chit chat lagi taw.


Hari pertama jejak Jepun. Ni kat Namba Station. 
Bersedia menuju ke Homestay. 
Kami jalan kaki untuk kesana. dalam 10 minit jugak berjalan. Saja nak kasi nyah lemak kat badan. 
Tapi tak sempat nak berpeluh. Sejuk bebenor.

Bluee Bee Sakuragawa

Air 'Gedegang' betul-betul depan pintu masuk Blue Bee

Homestay yang kami duduk ni security dia sangat-sangat high class. Terasa jakun sementara waktu. Part yang paling tak boleh blah. bila kami nak ambik kunci rumah yang owner tinggalkan dalam mailbox.

SELF CHECK-IN uols!. Patploh kali dial left, dial right masih lagi tak reti-reti nak bukak mailbox tu. Dasar orang kampung macam ni lah gaya dia. hahaha 

Orang Jepun ni yang aku tengok lah. Jenis tak layan sangat kalau kita nak tanya ke apa. Nak mintak bantuan bukak mailbox, kami pun 'Excuse me' lah orang yang duk lalu lalang tepi jalan, betul-betul depan bangunan homestay tu . Kita tengah bercakap 4 patah perkataan... dia berlalu begitu aje. krik krik krik krik 

Last2 ada lah sorang pakcik ni yang baik hati tolong bukak kan mailbox tu. sekelip mata je dia buat. hahaha. apasal kitaorang buat tak boleh hah? hurmm malas nak pikir.


Inilah mailbox yang aku cakap tadi. Nampak tak tombol bulat bernombor tu. Owner dah kasi ajar cara nak bukak box ni dalam guidebook. Kunci ada dalam mailbox tu. haha. Dah macam edisi fear factor jakun Malaysia pulak haiiii.. 
Dah macam peti besi dah rupa dia. Selagi tak dapat keluarkan kunci, selagi tu lah tak boleh nak terbukak pintu ni. Pintu ni untuk access lift/tangga ke homestay. Ko bacalah Niat Insong Mata Kaji Semar Ngiseng 100 kali pun tak kan terbukak punya


Bila dah ada kunci. Baru boleh access pada pintu rahsia ni. Masuk je kunci kat situ, pulas

Tadaaaaaaaaa.. Terus terbukak pintu besi ni. hekhekhek

Senang tak nak cari Homestay ni? 

Haa. bab ni tak payah risau. sebelum check in tu, owner dah email siap-siap GUIDEBOOK homestay. Macam mana nak access homestay ni dari Namba/Sakuragawa station, macam mana nak access ke recommended spot, macam  mana nak self check in, semua ada dalam guidebook tu. PERFECT!!  Siap ada gambar dan anak panah lagi taw uols..


Depan pintu rumah kami. Pemandangan hanya tempat parking kereta bertingkat-tingkat

Pintu Rumah. 


Masuk je dalam rumah, sebelah kiri tempat letak kasut. Tepi rak tu pintu bilik air


Sebelah kanan pulak ada sinki, belakang sink ada mesin basuh. Pintu tu tempat mandi 

Mesin basuh yang berguna untuk kami. Hari-hari basuh baju. Memang dah niat nak membasuh kat sini. Bawak baju berapa lai je. Ini mak jemah, bukak CikTa hokkey. 
Baju kami 4 beranak satu backpack je. Satu troli untuk bubuh baju sejuk semata-mata. Baju tu kan tebal. hurm...

Bilik mandi. Bath tab siap ada TV kecil lagi. Sambil berendam sambil tengok TV. Anak-anak kemain suka. Daffa siap request suruh dedi buat macam ni kat rumah. hahaha

Masuk lagi bukak pintu terus jumpa dapur kecik. ada microwave. ada peti.

Sinki dan dapur
Dapur yang berguna untuk kami buat sarapan. Sarapan nasi beriyani, nasi goreng ikan masin, sambal bilis. kari ayam daging. hahaha. Semudah ABC. Gunalah Brahim's!.

Ruang tamu. Pintu kiut tu untuk masuk ke bilik

Bilik. Dua katil Queen. Boleh muat 4 orang

Ruang tamu tempat lepak kami

Ruang tamu ada dua sofa bed. dedi lena kat luar ja..


Tempat jemur baju

Kelengkapan lain

Alhamdulillah. Sejujurnya aku selesa duduk disini. Memula risau jugak takut kena tipu ke apa kan. Maklumlah baru first time pakai AirBnB. Tapi syukur, semuanya benar belaka (>_<)


Bersama owner homestay, Atsuko (tengah-tengah). 
Time ni dia datang untuk bersihkan homestay. Kalau diikutkan, Check Out pun self service.
Letak balik kunci dalam mailbox macam awal-awal kami sampai. 
Tapi sebab kami check out lambat, dekat jam 12. 
Ngam2 owner ni sampai kami dah ada depan  pintu rumah. 
Check out jam 11 patutnya. hekhek. Nasib baik tak de kena cas lebih. hahahahaa


Daffa sampai ke harini asyik duk mengajak.. 

Ibu.. jom la kita pegi rumah besar kat Jepun ibu... 

Amboi ko nakkk. ko ingat Jepun dengan Cheras sebelah-sebelah ke?? (T_T)



HOW TO BOOKING? (KLIK HERE)   

TQ for reading!! K Bai~