KOUPUSANKU SOGIGISOM
Thursday, January 17, 2013
Wednesday, January 16, 2013
Complain...
Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??
Apa beza anak sulong dengan anak bongsu hah? Orang kata anak sulong ni pandai berdikari. Anak bongsu pulak tak boleh berdiri atas kaki sendiri. Dimana kebenarannya? * ok. Mukaddimah yang tak de kena mengena langsung dengan entri kali ini. (^______^)*
korang pernah tak berada dalam satu situasi yang korang nak semua benda biar jadi mudah? Semua benda biar jadi senang? Nak aku bagi contoh tak?
Dulu, masa zaman sekolah dulu. Aku pergi sekolah naik bas. Nak keluar dari rumah, aku kena jalan kaki. Berpeluh2 jalan. Tapi, aku ambik jalan mudah dan senang, aku bagitau kat family penat lah, takut lah, itu lah, inilah. so, aku suruh arwah abah aku hantar kat simpang jalan. Padahal kalau jalan kaki, tak sampai 5 minit pun. Jimat tenaga kan? Pemalas pun yea jugak kan?
Masa form 4, aku dah mula masuk asrama. Bila time balik kampung, aku tengok kawan3 aku ada yang balik naik teksi, ada yang naik bas balik rumah. Tapi aku, malam sebelum balik dah mengada2 call arwah abah suruh datang ambik aku kat sekolah. Aku nak senang. Tak payah susah2 berat2 angkut beg naik bas, heret beg masuk teksi. Arwah abah datang, terus masuk keta sampai depan rumah.
Bila dah masuk Universiti, semester pertama aku kena berebut naik bas nak pergi kuliah. Kena turun awal semata2 nak berebut bas. Aku pun apalagi, mengadu kat arwah abah. Leceh lah. Susahlah. Jauh nak jalan lah. Macam2 alasan aku buat. Alhamdulillah, rezeki murah. Arwah abah bagi aku kereta yang aku guna sampai sekarang. So, aku tak payah lagi berebut bas, aku tak payah lagi naik teksi pergi pasar malam. Kalau boleh, aku nak parking betul2 depan dewan kuliah. Punyaaalah nak mudah dan senang. Bukak pintu kereta terus masuk dewan.
Bila dah masuk alam pekerjaan. Benda yang paling aku risau. Mana rumah aku nak duduk nanti? Aku tak nak jauh dari sekolah. Kalau boleh nak rumah betul2 depan sekolah. Mudah dan senang kan???.
Walaupun rumah yang aku sewa sekarang bukannya depan sekolah, bukan tepi highway bagai, kena masukkk dalam pulak tu, dah lah tak dekat dengan sekolah. Tapi kalau drive pun. Tak sampai 20 minit dah sampai sekolah. Alhamdulillah. Aku dah makin reti bersyukur.
Lama-lama, aku dah mula pandai sikit berpikir. Sejak aku hidup sorang2 kat KL ni, tak semua benda yang kita buat, senang dan mudah. Jangan terlalu obses untuk mengharapkan sesuatu dengan senang dan mudah.
Dalam hidup ni jangan terlalu banyak komplain. Malas nak jalan lah, rimas bawak kereta ditempat yang sesak lah, jalan JEM lah (KL kottt.. bukannya kampung GUNUNG!), leceh rumah jauhhhh dari tempat kerja lah, rumah sewa tak bestlah, tempat kerja tak cool lah, itulahhh inilahhh. **iya..itu memang aku la tuh. suka complain. hahaha**. Cuba belajar untuk bertenang, cuba belajar untuk tidak banyak memberi alasan.
Aku kagum dengan orang2 yang pandai dan bijak bermain dengan masalah. Aku jugak kagum dengan orang2 yang gigih melakukan sesuatu perkara tanpa sebarang complain!!! ;)
Nasihat untuk diri sendiri. Jom sama2 muhasabah diri. Motif: jangan suka complain.complain.complain hikhikhik
K bai!
Wordless Wednesday: Nasi Kerabu Abe Wan UPSI Tjg. Malim
LOKASI GERAI: PASAR MALAM PEKAN TANJONG MALIM
**Sedap giler... mesti cuba!**
Friday, January 11, 2013
Ketuat
Betul ke kalau orang ada ketuat ni orang yang PEMALAS? kalau ketuat kat tangan, malas nak buat kerja, kalau ketua kat kaki, malas nak bergerak. cenggitu?
Tak semestinya kottttt... aku ni rajin what. Tapi, dah ketuat nak naik kat jari aku, nak buat cam mana. Haha. Asalnya aku tak tahu benda alah ni ketuat. Memula dia macam benjolan kecil. aku ingatkan jerawat. jerawat kat ibu jari kau.. logik kea? Lepas tu makin lama benjolan tu makin nak besar. last2 dia jadi pecah. macam akar gitu, geli aku tengok. Bila mama aku cakap tu ketuat, barulah aku tahu itu adalah ketuat. ngehngehngeh~
Bila ketuat tu dah makin merekah, abang dengan baik hatinya nak tolong buangkan ketuat aku tu. ko tahu dia guna apa? Pengetip kuku kau. aku ulang lagi. pengetip kuku. Aku ingat bila dah buang guna pengetip kuku, ketuat akan hilang.
Tapi, sekali kena ketip, berderaiiii darah keluar membuak2. OMG! tu baru sikit kena ketip. seram aku. Abang cakap, dia pernah kena ketuat ni, dia guna pengetip kuku jea. tarik sampai ke akar. buang sekali dengan akar. darah memang tak payah cakap la. banyak giler keluar. Aku yang kena ketip sikit ni pun dah keluar membuak2. Moral: aku takkan buang ketuat guna pengetip kuku lagi. sob..sob..
Ketuat yang masih belum kritikal
Aku ada google kat site cara nak hilangkan ketuat secara normal. banyak jugaklah petua2 yang aku dapat. Tapi,walaupun aku ni rajin, (lahhh sangat!), rasa macam leceh pulak nak ikut petua2 tu. Nak kena tumbuk lah, nak kena ikat lah, nak kena bakar lah.. macam nak masak pulakk.. last2 aku suruh jea abang pergi cari ubat ketuat kat farmasi. kehkehkeh. (Kalau korang nak cuba petua nak hilangkan ketuat ikut cara tradisional, bolek klik SINI)
Ubat ketuat baikkk punyaaaa.. cap Tapak kaki berketuat di ibu jari . bahahaha.
Jangan lupa yea, beli sekali dengan Elastoplast ni. kalau ada ketuat kat ibu jari tangan macam aku ni, after titik ubat, boleh terus balut guna benda alah ni. (idea abang sangat bernas *kipaskipas*)
Hari2 titik ubat ketuat. tak sampai seminggu pun, ketuat jadi kecut macam nih.
Lepastu tercabut dengan sendiri. hoyeh! ketuat tiada lagi (^__^)
Lagi satu ketuat, jari yang sama, kalau tadi naik kat depan, ketuat kedua ni malu2 sikit, nyorok kat belakang. aku nak bela dulu, kasi dia besar sikit, baru nak titik ubat mujarab ni. boleh tak cenggitu? :P
ok! kalau korang ada masalah yang sama dengan aku, cepat2 pergi farmasi, cari ubat ketuat cap Tapak kaki berketuat di ibu jari. bahahaha.
k bai!
Tapi, sekali kena ketip, berderaiiii darah keluar membuak2. OMG! tu baru sikit kena ketip. seram aku. Abang cakap, dia pernah kena ketuat ni, dia guna pengetip kuku jea. tarik sampai ke akar. buang sekali dengan akar. darah memang tak payah cakap la. banyak giler keluar. Aku yang kena ketip sikit ni pun dah keluar membuak2. Moral: aku takkan buang ketuat guna pengetip kuku lagi. sob..sob..
Ketuat yang masih belum kritikal
Aku ada google kat site cara nak hilangkan ketuat secara normal. banyak jugaklah petua2 yang aku dapat. Tapi,
Ubat ketuat baikkk punyaaaa.. cap Tapak kaki berketuat di ibu jari . bahahaha.
Jangan lupa yea, beli sekali dengan Elastoplast ni. kalau ada ketuat kat ibu jari tangan macam aku ni, after titik ubat, boleh terus balut guna benda alah ni. (idea abang sangat bernas *kipaskipas*)
Lepastu tercabut dengan sendiri. hoyeh! ketuat tiada lagi (^__^)
Lagi satu ketuat, jari yang sama, kalau tadi naik kat depan, ketuat kedua ni malu2 sikit, nyorok kat belakang. aku nak bela dulu, kasi dia besar sikit, baru nak titik ubat mujarab ni. boleh tak cenggitu? :P
k bai!
Thursday, January 10, 2013
Rumpai Laut - Rahsia Wanita Jepun Ramping
Motifff sangat tajuk entri aku kali ni. RAHSIA WANITA JEPUN RAMPING. ehem! rahsia wanita herbalife ramping ko tak nak hupdate kea? haha. Alah, cakap pasal herbalife, semua orang tahu kan, kalau serius ikut program, guna produk betul2,, of course badan selim melim meletop macam neelofa gitu!
Sebenarnya aku nak cerita pasal rumpai laut. sebelum ni rumpai laut yang pernah aku makan dan pernah aku kenal adalah rumpai laut yang ada tertempek kat sushi, satu lagi rumpai laut yang dibuat macam kerepek. paking kecik2. dulu masa belajar kat upsi, hujung minggu mesti shopping kerepek rumpai laut kat GRAND UNION. makan tak hengat apa. makan tu jea pun tak apa.
Kerepek rumpai laut. sape pernah makan? sedapkan?
Gambar: ehsan pak google
Tapi semalam, ada akak kat sekolah aku, merangkap jiran dalam taman aku ni, dia bagi aku sebekas rumpai laut yang siap dimasak. baik betul akak ni!. Masa kat sekolah dia dah bagi aku rasa, rumpai laut dicampur dengan air twister, agak sedap disitu. rasa oren2, pastu rasa macam pelik2 sikit. haha. tapi, aku still boleh telan la.
Aku interview la sikit macam mana nak masak benda alah ni. aku tengok rupanya macam agar2 jea. cara nak masak bunyi macam senang, tapi tak tahu la kalau aku buat sendiri macam mana. Kak Nurul cakap kena rendam dulu 6 jam, baru masak. pastu kena tapis, baru sejukkan. Dia tak letak gula sebab nanti nak jadikan benda alah ni sebagai masker. erk? selain dimakan boleh pakai kat muka ek? oh! jakunnya aku. :P MENARIK NIH!. Aku dah order dengan Kak Nurul rumpai laut yang kering, I KG = RM70. Nanti boleh lah aku berumpai laut hari2. haha. lepastu aku ajar korang macam mana nak masak eh! (poyo eh! entah2 korang lebih terer dari aku.. bahaha)
Sebelum aku sarapan hari ni, aku minta jasa baik pak cik google carikan aku khasiat dan nilai kalori dalam rumpai laut ni. Dalam site NI dia cakap: Rumpai laut tergolong dalam sayuran yang berkalori negatif. Makanan yang berkalori negatif membakar lebih banyak kalori sewaktu asimilasi daripada apa makanan itu mengandungi. Hurm =,= aku tak paham apa dia cakap. cuma hint yang aku dapat, rumpai laut = kalori negatif. hikhik
Satu lagi aku ada jumpa dalam site NI pasal SUP RUMPAI LAUT - ANTARA SAJIAN MAKANAN JEPUN. wahhhh! teruja aku! Rumpai laut yang aku dapat ni dari Semporna Sabah, bukan dari Jepun. Tapi, khasiat sama jea kan? hahaha.
Banyak khasiat dan fakta menarik berkaitan dengan rumpai laut yang aku jumpa. Antaranya, korang bolek klik link NI. Malas aku nak taip copy paste. :P
So.. apa lagi, aku terus keluarkan sundae glass yang kawan2 hadiahkan aku time aku kawin hari tu. nak guna semata2 nak makan shake dengan rumpai laut. ambik feeling baikkkk punya!
Ni dia rumpai laut yang siap dimasak. Macam agar2 lumut jea rupanya kan!

Sarapan aku hari ni. hoyeh! Rumpai Laut berendam Tropical fruit shake! ahaks!
k bai!
Wednesday, January 9, 2013
Perkahwinan Jarak Jauh
Ohoiiiiiiiii... sunyinya rumah aku! (T_T) Bangun tidur tengok kipas sedang berpusing2, keluar dari bilik tengok ruang tamu yang kosong, masuk dapur buat shake untuk aku sorang jea. betul2 tak de mood. tak de mood nak masak, tak de mood nak tengok tv, tak de mood nak makan (cepatlah aku kurus macam ni!).
Hari ni baru 1 bulan 3 minggu 5 hari aku bergelar seorang isteri. winkwink! Alhamdulillah. syukur sangat2 dapat suami yang baik, penyayang, penyabar, (garang kejap2.. eh?), rajin, hmmm.. bak kata orang, semua yang baik bagi kat dia lahhh... (kipaskipas).. hihihi... Tapi itulah hakikatkan..
Sebulan lebih jea kami menjalani kehidupan berumah tangga yang normal. lepas tu, back to the reality life.... LONG DISTANCE MARRIAGE. waaaaaah! sedih wei.. baru sekarang aku dapat rasa kesakitan dan juga kesedihan serta kerinduan berjauhan dengan suami. hari ni dah hari ke-8 kami berjauhan. KL-Sarawak. Agak jauhhhh disitu!
Rasa macam nak nangis jea time hantar abang kat airport. nasib baik aku ada perasaan malu depan orang ramai. kalau tak, mau free2 tengok adegan hindustan kat lcct nih.
Rasa macam nak nangis jea time hantar abang kat airport. nasib baik aku ada perasaan malu depan orang ramai. kalau tak, mau free2 tengok adegan hindustan kat lcct nih.
Ada sesetangah pasangan, walaupun PJJ, hujung2 minggu boleh lah jugak tatap muka suami (free2 dapat pahala), tapi aku? sebulan sekali belum tentu. naik flight bukannya macam naik KTM dari PUTRA ke Bandar Tasik Selatan RM1.40 jea! haish! lepas tu nak kena naik bot lagi masuk ke tempat abang., huuu... ini semua duugaaannnnn... :(
Rindu pulak rasa nak buat sarapan untuk suami. Walaupun sarapan kami simple giler, just shake2 jeaaa. Tak payah berpeluh2 nak masak pagi2 buta. Sukat air masak 400ml utk aku, 400ml utk abang lepastu taruk formula 1 herbalife yang ada 5 perisa. Perisa kegemaran kami, cappucino dan tropical fruit. And then, shake2. Minummm. Hoyeh!!!!. Hikhikhik. Ni lah sarapan kami pepagi. satu untuk aku, satu untuk abang. (^__^)
Kalau lunch pulak, kami suka makan kat rumah jea. masak sendiri lagi best. walaupun aku ni tak reti nak masak, tapi aku rajin taw! *sila muntah*. haha. angkat bakul sendiri kau! Selera abang senang jea. Tak payah nak menumis bagai, tak payah berkari2 bagai. cukup ada ikan bilis, asam limau, cili, garam pastu nasik. nah! tu pun abang dah puji sedap. kembang lubang hidung aku. hahaha. *takkan itu je kot ko bagi laki ko makan?* hikhik.. aku tak la sekejam tu. benda alah tu sampingan jea. pandai2 lah aku buat sup ke, tomyam ke, goreng ikan, ayam ke.. buat ikut selera dia jea. yang penting suami suka. hikhik. :P
Ni sambal kegemaran abang. aku pun baruuu jea belajar makan + belajar buat sambal nih. Kalau korang yang suka makan bawang putih tu, cuba la buat sambal nih, senang, sedap dan berkhasiat. cuma tumbuk bawang putih + cili, lepastu letak perahan air limau nipis banyak2 dan garam secukup rasa. thumbs up!
Sebulan lebih kami kawin, abang dah makin berisi. wohaaaa... orang kata, kalau suami berisi lepas kawin, tandanya bahagia. yea ke? bukan setakat abang yang berisi, aku pun badan macam kena pam2.kata orang tak boleh pakai sangat. padahal makan tak henti, lepastu minum air tak cukup, lepas tu senaman tak buat, asyik duk tambah kalori jea, buangnya tidak! haish! padan muka aku. pfffttttttt...
NOW! aku tengah berusaha untuk lose weight lagi.. tu la kau! dulu tak dapat lemak yang ideal dah ngada2 bajet shape baikk punyaa., sekarang bila dah berisi sikit, barulah kalut nak lose weight lagi., baru la kalut itu ini tak boleh makan. hahaha. Harap2 bila jumpa abang Cuti Tahun baru Cina nih, aku dah berjaya lose weight + reshape lahhhhh yea! ada sapa2 nak join aku tak untuk kuruskan badan? kalau ada jangan sengan2 eh, pm aku lelaju - 0193190117
THINKING OF YOU AND COUNTING THE DAYS UNTIL WE MEET AGAIN!!! (^_^)
*Rindunyaaaa nak jaga makan,minum and everythingg! my love abang!, semoga kami tabah mengharungi hari2 yang mendatang. makin hari makin sayang bila berjauhan...**
k bai!
Ni sambal kegemaran abang. aku pun baruuu jea belajar makan + belajar buat sambal nih. Kalau korang yang suka makan bawang putih tu, cuba la buat sambal nih, senang, sedap dan berkhasiat. cuma tumbuk bawang putih + cili, lepastu letak perahan air limau nipis banyak2 dan garam secukup rasa. thumbs up!
Sebulan lebih kami kawin, abang dah makin berisi. wohaaaa... orang kata, kalau suami berisi lepas kawin, tandanya bahagia. yea ke? bukan setakat abang yang berisi, aku pun badan macam kena pam2.
NOW! aku tengah berusaha untuk lose weight lagi.. tu la kau! dulu tak dapat lemak yang ideal dah ngada2 bajet shape baikk punyaa., sekarang bila dah berisi sikit, barulah kalut nak lose weight lagi., baru la kalut itu ini tak boleh makan. hahaha. Harap2 bila jumpa abang Cuti Tahun baru Cina nih, aku dah berjaya lose weight + reshape lahhhhh yea! ada sapa2 nak join aku tak untuk kuruskan badan? kalau ada jangan sengan2 eh, pm aku lelaju - 0193190117
THINKING OF YOU AND COUNTING THE DAYS UNTIL WE MEET AGAIN!!! (^_^)
*Rindunyaaaa nak jaga makan,minum and everythingg! my love abang!, semoga kami tabah mengharungi hari2 yang mendatang. makin hari makin sayang bila berjauhan...**
k bai!
Tuesday, January 8, 2013
Back to School, Back to Normal life
Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??
Minggu ni dah masuk minggu kedua dan hari ke-5 persekolahan. Ada lagi 40 minggu sebelum cuti akhir persekolahan. Ada lagi 31 hari sebelum cuti Tahun Baru Cina. Cuti seminggu weh! seroonookkkk... hahaha. Apa punya cikgu la macam ni. fikir pasal cuti mengalahkan anak murid. Tapi, ni lah hakikatnya, bila berjauhan dengan keluarga, bila berjauhan dengan suami tercinta (cewah!), time cutilah aku dapat tengok muka diaorang semua. Nak harapkan cuti hujung minggu, rabak lahhhh beg duit aku. hahaha.
Ok. berbalik pada awal persekolahan. Macam biasa, sekolah sesi petang bermula jam 1.10 petang. so, cikgu2 mesti masuk seawal yang mungkin sebelum persekolahan bermula. Tapiiiii, awal2 sekolah aku dah buat hal. ewahh! bukan aku yang buat hal, tapi jalan jem yang buatkan hal itu berlaku. :P. Aku rasa aku dah keluar rumah awal. lewat jugaakkkk aku sampai sekolah. first day kerja dah kena MERAH owww.. mana tak merahnya, jam 1.40 baru aku sampai sekolah. bahahaha. sekolah dalam taman, macam ni lahhh.. jem dalam taman oiiiii... sekolah rendah pulak ada kat tepi sekolah aku, biasalah, first day mak bapak yang hantar angkut anak2 ke sekolah. jalan sempit, kereta belambak. kesimpulannya? jemmmmmm!!!. *stressss*
Seminggu dua nih, aku rasa tenang sangat masuk kelas. budak2 sopan kemain. apa yang aku cakap diaorang dengar. tak de lah sakit tekak aku ni nak cakap kuat2. Tahap dan nada suara aku agak terjaga, pitching pun tak lari, kihkihkih. Budak2 rajin pulak tuh. Kalau aku bagi nota penuh papan putih pun, gigih jea diaorang salin tanpa banyak soal (^_^).Bila aku buat ujikaji sendiri. BIASALAH.... awal2 sekolah. masing2 tak kenal lagi antara satu sama lain. nak bercakap pun segan, nak mengusik kawan2 pun takut. semua tak kenalahhhh kann.. LEPAS ni bila dah kenalll... nahhhh.. tengoklah!. hahahah. Wahai anak didikku, cikgu harap kamu berterusan macam ni yea. sopan dan rajin belajar. cayokkk!
Azam aku tahun nih, hari2 aku mesti bersemangat datang sekolah, hari2 aku mesti bersemangat masuk kelas, hari2 aku mesti bersemangat nak ngadap buku pengajaran harian. wahaha... yang penting! hari2 aku mesti bersemangat!!!!!!!!!!!! weeeeee~
Selamat bertugas buat semuaaa guru Malaysia! rajin2lah bekerja yeaaa~
k bai!

Minggu ni dah masuk minggu kedua dan hari ke-5 persekolahan. Ada lagi 40 minggu sebelum cuti akhir persekolahan. Ada lagi 31 hari sebelum cuti Tahun Baru Cina. Cuti seminggu weh! seroonookkkk... hahaha. Apa punya cikgu la macam ni. fikir pasal cuti mengalahkan anak murid. Tapi, ni lah hakikatnya, bila berjauhan dengan keluarga, bila berjauhan dengan suami tercinta (cewah!), time cutilah aku dapat tengok muka diaorang semua. Nak harapkan cuti hujung minggu, rabak lahhhh beg duit aku. hahaha.
Ok. berbalik pada awal persekolahan. Macam biasa, sekolah sesi petang bermula jam 1.10 petang. so, cikgu2 mesti masuk seawal yang mungkin sebelum persekolahan bermula. Tapiiiii, awal2 sekolah aku dah buat hal. ewahh! bukan aku yang buat hal, tapi jalan jem yang buatkan hal itu berlaku. :P. Aku rasa aku dah keluar rumah awal. lewat jugaakkkk aku sampai sekolah. first day kerja dah kena MERAH owww.. mana tak merahnya, jam 1.40 baru aku sampai sekolah. bahahaha. sekolah dalam taman, macam ni lahhh.. jem dalam taman oiiiii... sekolah rendah pulak ada kat tepi sekolah aku, biasalah, first day mak bapak yang hantar angkut anak2 ke sekolah. jalan sempit, kereta belambak. kesimpulannya? jemmmmmm!!!. *stressss*
Seminggu dua nih, aku rasa tenang sangat masuk kelas. budak2 sopan kemain. apa yang aku cakap diaorang dengar. tak de lah sakit tekak aku ni nak cakap kuat2. Tahap dan nada suara aku agak terjaga, pitching pun tak lari, kihkihkih. Budak2 rajin pulak tuh. Kalau aku bagi nota penuh papan putih pun, gigih jea diaorang salin tanpa banyak soal (^_^).Bila aku buat ujikaji sendiri. BIASALAH.... awal2 sekolah. masing2 tak kenal lagi antara satu sama lain. nak bercakap pun segan, nak mengusik kawan2 pun takut. semua tak kenalahhhh kann.. LEPAS ni bila dah kenalll... nahhhh.. tengoklah!. hahahah. Wahai anak didikku, cikgu harap kamu berterusan macam ni yea. sopan dan rajin belajar. cayokkk!
Selamat bertugas buat semuaaa guru Malaysia! rajin2lah bekerja yeaaa~
k bai!
Wednesday, January 2, 2013
Arwah Abah sentiasa di hati. AL-FATIHAH
Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??
Aku rasa macam baru semalam abah tanya aku... "Long, long dah nak kawin ni.. long setuju kea?".... sempat lagi abah bergurau dengan aku.. aku gelak jea....
Aku rasa macam baru semalam abah tanya aku... "Long, long dah nak kawin ni.. long setuju kea?".... sempat lagi abah bergurau dengan aku.. aku gelak jea....
Hari ni genap 4 hari abah tinggalkan kami sekeluarga. Rindunya aku pada abah. Abah penyayang orangnya. Sangat2 ambil berat tentang orang lain. Apatah lagi anak2nya. Abah sangat tabah. Ketabahan dan pengorbanan abah membesarkan kami, menjaga makan minum kami, tak dapat kami balas sampai bila2.
Ingat lagi masa zaman kecik2 dulu. Abah hanya ada sebuah motosikal. pernah kami naik berempat guna motosikal tu. sampailah pada suatu ketika, masa abah dapat anak ke-tiga, abah bagitau ma, kita mesti beli van untuk muat anak-anak. motor jea tak cukup. Abah berusaha untuk semua tu. Kami bukan keluarga yang senang. Hanya seadanya. Tapi abah betul2 nak senangkan kami, nak bagi keselesaan pada kami.
Ingat lagi dulu, abah sewa rumah. satu rumah hanya dua bilik. bila kami dah makin membesar. Abah berusaha untuk bina rumah sendiri. supaya kami selesa. Alhamdulillah, masa aku darjah 6, rumah kami dah siap. Sampai sekarang kami duduk rumah ni. Rumah ni abah yang design sendiri. dah 14 tahun kami berteduh disini. Terima kasih abah..
Abah aku bekerja di Rumah pam kemubu, jaga perairan sungai kelantan. Sampai satu masa, bila anak2 dah remaja, aku pun dah masuk alam sekolah menengah, aku nampak abah semakin gigih mencari side income. Abah mula berjinak2 dalam dunia perniagaan. Aku tahu, abah buat semua tu untuk kami semua. Untuk kami membesar dengan berpendidikan. Untuk penuhi segala apa yang kami nak. Setiap masa abah kerja, setiap masa fikiran abah ligat berfikir untuk mencari nafkah menyara kami sekeluarga.Abah! terima kasih sekali lagi.
Alhamdulillah, perniagaan dalam bidang katering yang abah buat, makin lama makin maju. Tak cukup dengan katering, abah ambik tender dobi, tender beli barang untuk pelajar2 IKBN, ambik tender Kafe.. sungguh, sungguh abah sangat kuat. Walaupun abah sakit, abah tetap bertahan, time abah kena gout kaki kanan, abah drive pakai kaki kiri. bawak tongkat. Abah langsung tak nampak macam sakit. Abah, long bangga dengan abah. abah sanggup berkorban untuk kami. Abah langsung tak mengadu yang abah sakit, Tiap kali aku call tanya abah sihat kea? abah akan jawab, yea.. abah sihat. biarpun suara abah macam abah demam.
Saat kami masih memerlukan abah, saat itulah Allah menguji kami. Ujian yang cukup berat bagi kami. Namun, kami terima dengan redha, terima ketentuan Ilahi
Saat kami masih memerlukan abah, saat itulah Allah menguji kami. Ujian yang cukup berat bagi kami. Namun, kami terima dengan redha, terima ketentuan Ilahi
9.12.12 : Bila aku tengok abah terbaring atas katil, aku macam tak percaya tu abah. Masa tu Tuhan jea tahu. Betapa sedihnya hati aku bila tengok abah terbaring macam tu. Abah yang aku kenal sebelum ni, sangat2 aktif kesana ke sini. Abah tak pernah lepak kedai kopi, setiap masa yang abah ada abah isi dengan benda2 yang berfaedah untuk dirinya dan keluarganya.
11.12.12: Kami sekeluarga diuji lagi. Abah dimasukkan di ICU. keadaan abah kurang stabil. Sekali lagi hati aku sedih bila tengok keadaan abah. penuh dengan wayar sana sini. hanya doa yang mampu aku lakukan tika tu. berdoa agar abah dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik
26.12.12: Hari ke-16 abah di ICU, aku nampak abah semakin stabil. esok aku ada mesyuarat. Aku macam nak tak nak jea pergi sekolah. Aku nak berada di sisi abah. Nak jaga abah lagi. Tapi, dalam hati risau pula bila tak hadir first meeting. Aku bagitahu abah yang aku dah nak balik KL. Hati aku sedikit lega bila nampak abah makin ok. Sempat lagi abah suruh aku bagi duit kat Nurse yang jaga dia tu. AKu akur dengan permintaan abah. Sebelum aku pergi, aku sempat cium dahi abah berkali2, aku cium tangan abah berkali2. Aku bisik kat telinga abah, yang aku akan balik lagi nanti. Abah mesti kuat, abah mesti bertahan, kami adik beradik sangat2 perlukan abah. Abah angguk jea dengar aku cakap.
29.12.12: Aku call ma tanya keadaan abah. Ma cakap abah bertambah ok, ma suruh aku sujud syukur sebab abah bertambah baik. Abah dah boleh makan bubur selepas 19 hari hanya dimasukkan susu melalui hidung. Ma cakap abah gembira hari tu. senyum memanjang. bercakap dengan orang2 yang datang melawat. sebelum ni abah hanya tulis jea sebab tak dapat nak cakp. wayar oksigen dimasukkan terus ke paru2 abah.
30.12.12: Lebih kurang jam 5 pagi abah pergi meninggalkan kami semua. Sungguh! macam mimpi. Aku tak percaya langsung. Baru semalam ma cakap abah baik, abah ok. sungguh aku tak percaya. sehinggalah aku tengok jenazah abah depan mata. Ya Allah.. beratnya dugaan yang Kau berikan pada aku....
Sebelum abah pergi tinggalkan kami selama2nya.. Abah sempat pesan kat aku, suruh settlekan hutang2 dia. minta aku halalkan makan minum dia.. Sungguh air mata aku laju saat itu. Abah, jasa dan pengorbanan abah tak dapat long balas walaupun dengan wang emas, duit berjuta2..
Abah jugak sempat pesan kat abang supaya jangan tinggal solat. Abah sempat pegang dan usik mulut adik aku yang nombor 5, sebab tak sempat nak pakaikan braces. Kami sempat tunaikan hasrat abah untuk makan bubur. 3 hari abah stabil. 3 hari tu lah macam2 yang abah cakap. pesan itu ini. nak itu ini. sungguh kami tak sangka rupa2nya pesanan itu adalah yang terakhir. sungguh kami tak sangka Allah bagi masa untuk abah sihat bersama keluarga, berborak2, bergurau hanya dalam masa 3 hari. Kalau kami sayangkan abah... ALLAH lebihhhhh sayangkan abah..
Antara pesanan terakhir abah untuk adik aku yang nombor 3. **Ya Allah... lindungilah abahku dari siksa kubur, dari siksa api neraka. Tempatkan dia dalam kalangan orang2 yang beriman....**
Abah tiada seawal umur 51 Tahun. Abah tinggalkan aku seorang ibu yang tabah dengan dugaan Tuhan, abah tinggalkan aku 6 orang adik beradik yang masih lagi memerlukan. Keluarga.. adalah harta yang tak ternilai.
Selagi hayat dikandung badan, akan aku cuba bahagiakan ibuku, akan aku cuba penuhi hasratnya.. Akan ku jaga adik beradikku sebaik yang mungkin.
Abah, semoga abah tenang disana. semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah buat abah. Azahar Abdullah
**Buat sahabat yang masih mempunyai kedua2 orang tua, hargailah mereka, berbaktilah kepada mereka, jagailah hati mereka selagi mereka masih ada.**
Salam...
Subscribe to:
Posts (Atom)