KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 4, 2013

♥ Honeymoon Trip Day 2 ♥: KOH PHI PHI TOUR (Phi Phi Island)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hari kedua kami di Krabi adalah kenangan yang tak dapat dilupakan. 

♥♥ Syukur Alhamdulillahhh.  Allah pinjamkan kami sepasang mata untuk melihat keindahan ciptaanNya. Sungguh indah dan cantik sekali. ♥♥ 

Hari tu kami bersiap awal untuk misi menjelajah pulau2 yang ada di Krabi. Pihak AoNang speedboat tour akan menjemput kami pada Jam 8.30 pagi waktu Thailand. So, dalam kekalutan aku bersiap, abang sempat lagi snap gambar aku nih. 

Shawl: Cala Qisya 

Orang laki biasalahhh. 2 saat pun dah siap. Siap kena perli lagi. "Ni nak ke pulau ke, kemana nih melawa2". Adehhhhh... mentangg2 laaa tudung kita ni berbelit2kann.. melawa2  laa pulak. Haha. Aku sebenarnya lupa nak bawak tudung ekspress a.k.a syria. aku hanya bawak shawl ke sana. Ahaks. Muda2 lagi dah lupa yea. 

Oh ya! jangan lupa pakai sunblock yea. jangan tak tahu. kalau duk tengah2 panas lelama boleh merosakkan sel kulit kita. sunburn of course. kan.kan? Sunblock ni aku beli semata-mata nak ke Krabi ok. 130spf tuu.. tinggi kot. hak ni rm30 jea.

sunblock aku yang sedia ada spf50 jea, sayang nak guna banyak2 sebab hak ni mahal. 75 hengget kot. sob.sob.

Lepas semua settle. Barulah kami turun untuk sarapan. Kami mamam pulut ayam. Hehe. Tapi, lagi best pulut ayam yang kami beli dekat Wang Kelian hari tu. Kalau hari3 makan pulut. Kulit boleh jadi gebu macam orang ChiangMai kan? Yea ke?. Hehehe.

Ok. Ni first time aku tengok nasi kerabu dibungkus macam ni. Hehe. Serius comel ok.

Tepat jam 8.30pagi. Kami naik van dari hotel ke AoNang beach, dimana tempat yang boleh dikatakan jeti untuk kepulau. Sampai2 tu, kami lepak2 dulu sambil2 menunggu pihak pengurusan memanggil kami untuk berkumpul dan membawa kami ke pantai. 








Bila semua orang dah cukup, barulah kami berjalan secara berjemaah untuk ke bot. Weeeee~ aku rasa, ini adalah pengalaman pertama aku naik speedboat. Haha. Seperti yang di taip dalam entry sebelum ni. Kami menggunakan khidmat AoNang speed boat Tour untuk satu hari travel ke Phi Phi Island.



Untuk pengetahuan semua, Phi Phi Island terletak diantara Pulau Terbesar Phuket dan western Andaman Sea. haa. jangan tak tahu. Koh Phi Phi juga menjadi backdrop kepada lebih 2000 movie yaa!. Antara program travel kami hari tu ialah:  Bertolak dari AoNang Beach ke Phi Phi Island.Lohsamah Bay.Pileh Bay.Monkey Bay. Maya Bay.Viking Cave.Phi Phi Don Island.Hin Kland dan Bamboo Island. Harga untuk pakej yang kami ambik ni ialah 1200-THB. Maklumat lanjut, boleh ke website AoNang Speedboat Tour.

Suasana didalam bot. Dengan muatan lebih kurang 60 orang

Menggunakan 3 enjin kuasa kuda. Hihihi.(225 Hp x 3). off course laju giler ok. HONDA tuue

Aku dan abang. feeling2 di pinggiran bot kejap.


Dalam perjalanan, sempat lagi aku snap island nih. Cer teka apa nama island ni berdasarkan rupa bentuknya. Iyaaaaaaa. This is Chicken Island ok. Sama macam ayam kan bentuknya?. 

We are here now!!! Tempat pertama yang kami singgah. BAMBOO ISLAND!!! Setahu aku, Bamboo tu buluh kan? Mabe kat sini banyak buluh kot. sebab tu nama pulau ni Bamboo island. tapi, aku tak jumpa pulak buluh kat sini. mungkin ada kat dalam2 nuh. kami tak masuk dalam pun, hanya berkeliaran kat kawasan pantai jea. 

BAMBOO ISLAND 
(Explore the coral and the beach)






Aktiviti utama kat sini adalah Snorkeling. Tapi aku memang tak ah. tengok jea. sedih kan? sob.sob 




Memang jodoh ah aku dengan kawan UPSI aku nih. kat sini pun kitaorang jumpa lagi. haha

Next, kami melawat Viking Cave. Aku sempat snap 2 ketul jea gambar kat sini. kami duduk kat tengah2 boat. so, agak susah nak ambik gambar. tak pe.tak pe. next trip kita main panjat-panjat kat sini pulak. InsyaAllah.

VIKING CAVE (Photography and Sightseeing)


Next, kami melawat Pileh Bay dan Lohsamah Bay. Actually, aku pun tak berapa nak pasti yang mana satu Pileh Bay, yang mana satu Lohsamah Bay. Berpandukan pamphlet yang diberi, boleh laa aku bezakan sikit2 antara Pileh dan Lohsamah Bay. kalau salah tu, maap lah yea. ahaks! cekidout! Sungguh indah ciptaan Allah. SUBHANALLAH! ALLAHUAKBAR!! 

PILEH BAY (Sightseeing and Photography)





LOHSAMAH BAY 
(Enjoy the colorful fish and Coral - tapi kami tak de nampak pun sebab kejap jea berenti kat sini. ikan tak sempat nak timbul. main sembunyi2. hehe)





Next! tempat ni sangat2 awesome! Maya bay. Kat sini ada tandas, air yang sangat jernih dan view yang sangat cantik!. 

MAYA BAY 
(Stunning location for the Hollywood film "THE BEACH")

















Next, kami ke Monkey Bay untuk melawat monyet2 yang ada di krabi Island nih. 

MONKEY BAY (Exploring)







Lunch time at Phi Phi Don Island. Pakej yang kami ambik ni sekali dengan Lunch. free lunch ok. menu yang paling best, sup ikan dan bebola ikan. fuh! dua tiga kali abang tambah. sampai lupa nak snap gambar sup ikan dan bebola ikan. kalau tak, boleh korang tengok kan? haha. Sini jugak ada gerai2 yang jual T-Shirt dan cenderamata untuk kenang-kenangan. 

PHI PHI DON ISLAND (restaurant lunch)


Aktiviti terkahir kami selepas makan tengah hari. OPEN SNORKELING. Dua kali kami berhenti untuk Snorkeling.*snorkeling? aku memang tak ah. jadi photographer jea* Aku pun tak pasti kat mana. yang aku tahu, dalam list ni ada tulis Hin Klang. Macam berada di tengah2 lautan. Jauh mata memandang. sayup2 jeaaa.. ececece. 

HIN KLANG 
(Opportunity for open sea snorkeling)









Lebih kurang jam 3.30 petang kami sampai di AoNang beach!. serius penat. Tapi, pengalaman yang cukup menyeronokkan!. :)




 AO NANG BEACH

Sampai hotel terus pengsan. Malam tu baru kami keluar untuk dinner. RABEAB'S KITCHEN INTER-BUFFET (HALAL FOOD). cer teka kami makan apa? haha. Malam tu kami pilih untuk santai2. makan Steamboat. Roasts and grills. Selain seafood, ada jugak makanan lain kat situ. nasi goreng, nasi berlauk dan sewaktu dengannya. Makanan pertama yang aku ambik. "Laksa edisi thailand". ada tiga jenis kuah. aku campur semua. benda yang seketul hitam tu. aku pun tak tahu apa. rasa dia masin2, macam kena jeruk. 

Yeah! kami memang betul2 enjoy makan malam tu. aku paling suka daging yang di grill. sungguh sadap.  oh ya! harga untuk seorang makan, 230-THB. ok lah kan. Makan sampai kenyang. Air pun free of charge. boleh tambah2 jugak. :)





ni pamphlet restoren. kalau korang teringin nak makan steamboat area Krabi ni, boleh la singgah sini yea!


Ok guys! entri ni dah sampai ke penghujungnya. next entri dah tak de pasal Krabi ni. akan diupdate pasal Haatyai pulak yea!. hehe.  Sob.sob. Next time nak datang lagi untuk aktiviti yang lain, berkayak, viking cave (hiking-bajet reti), nak ke 4 pulau (Chicken island, Tup island, Poda island, Phra Nang cave), nak ke Hong Island, Pakbia Island, Lading island...) fuh! banyak giler wishlist! InsyaAllah. ada rezeki kami nak datang sini lagi! Alhamdulillah. bersyukur dengan nikmat yang diberi. 


Tq for reading! see ya!



Tuesday, April 2, 2013

♥Honeymoon Trip Day 1♥: Welcome to Krabi, Thailand

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

~AWAS! ENTRI INI PANJANG BERJELA~

Seperti yang dijanjikan. Entri kali ni akan direview berkaitan dengan holiday kami minggu lepas. Holiday a.k.a our first honeymoon laaa lebih kurang. Mabe aku akan buat 3 part sahaja memandangkan kami hanya berada 3 hari disana. Kalau 10 hari, 10 part la aku buat kot. Haha. Dan part yang ke-4 aku akan review total bajet kami ke sana. Hikhikhik. So, stay tune with love ok!♥♥ 

Hari rabu lepas (27 Mac ) kami bertolak ke Thailand dari Kuala Perlis. Kami kesana hanya menaiki sebuah van yang panjang dan selesa. Hihihi. Kipasss sangat ayat aku nih. Perjalanan ke Krabi dari Kuala Perlis tak de lah lama sangat pun. Lebih kurang 5 jam kot. Ada 5 pasang suami isteri termasuk aku dan seorang kumbang yang join trip ni. Hihihi. 

We are here!!! Wang kelian ( sempadan thai) 


Sempat lagi beli pulut ayam. Besttttt sangat ayam dia. Nyesal beli dua ketul jea! Huh. 

Sepanjang perjalanan aku tidur jea. Awal2 tu gagah lagi mata. Lelama. Tak larat dah nak bukak mata. Last2 terlelap. Pemandangan sepanjang perjalanan tak berapa nak menarik. Sebab tu aku lena kot. Hihihi. Sampai jea krabi, benda pertama yang kami nak buat, NAIK GAJAH. Haha. Excited sungguh nak naik gajah!. Bangun2 tidur terus excited! Haha 

Elephant Safari :)


Memula tempat gajah yang kami singgah ni, gajah tinggal sekor jea lagi. So semua orang tak bolehla nak merasa naik gajah. Memula nak booking untuk hari Jumaat, hari last kami di krabi,. Tapi tak jadi sebab nak cuba kea tempat yang lagi satu. Mana taw ada rezeki naik gajah on that time!. 

Rezeki hari tu. Kami customer yang last. Semua orang boleh naik gajah!!.Hoyeeeehhhh. Tempat kedua ni harga agak rendah berbanding yang first tu. Tadi 800baht. kat sini  500baht jea. bolehh lahhh kannn. gajah punya pasal. 






Lepas tunggang gajah, boleh bagi gajah makan. Nenas lagi uolss! aku pun suka makan nenas, tapi kena cicah dengan kicap + belacan baru meletops!. lepastu tengok gajah berendam.. 


Next, kami ke Aonang, untuk booking travel ke pulau esok.



Pening2 pilih, last2 kami pilih untuk naik Speedboat ke 7 Pulau. wow! sangat2 menarik. Banyak sangat pakej2 yang menarik, pulau pun banyak jugak. kalau nak jejak semua, maw seminggu kat sini kot. haha. Ni antara pakej yang ada. 


so, kami pilih yang ini :) 1200baht seorang :) *Phi-phi Islands, Lohsamah Bay, Pileh Bay, Monkey Bay, Maya Bay, Viking Cave, Phi-phi Don Island (Transit untuk LUNCH), Hin Klang dan Bamboo Island* Menarik kan? kan?

Next, misi cari tempat untuk menginap. Kami pilih tempat menginap yang berdekatan dengan Aonang. So, disinilah tempat kami lepak semata2 untuk melelapkan mata. Diamond Cave :) 800baht untuk satu malam. ok la kan... tempat untuk tido jea pun. ahaks!



Dinner malam tu kami makan dekat kedai yang berdekatan dengan Hotel kami. dekat jea. jalan kaki boleh sampai. Tomyam kat situ best! maklumlah, tomyam thailand mari. memang power lah kan. 


Malam tu aku makan Phad Thai  40 baht (macam kue tiow lebih kurang) 

air pulak aku order Coconut Shake. haha. lawak sungguh cerita coconut shake nih!.. guess what??? Aku ingat betul2 punya air kelapa. sekali bila aku rasa. mak ai!!!!! santan yang diblend dengan susu. nah! hambek kau.. coconut shake malam2 buta. coconut lah ssangat!. haha 

Lepas makan, kitaorang jalan2 cuci mata kat Aonang. banyak deretan kedai kat situ. macam2 ada. tak sangka pulak terrrjumpa kawan satu UPSI. kat KL tak de pulak terrjumpa.. kat Krabi jugak nak berjumpa. hehe. 


Kalau nak shopping kat kawasan nih, memang kena survey betul2. aku dan abang dah terkena. haha. memula beli Tshirt  I LOVE KRABI dengan harga 300baht, kali kedua beli 130baht, haha. kaw2 kena makan. sama jugak dengan Harem pant. aku beli pun harga 300baht, jumpa kat kedai lain 150baht jea. haha. nasib3. tapi beg kalis air yang abang beli kami bernasib baik sikit. first2 jumpa untuk 15Liter dia jual 700baht, survey punya survey, dapatlah 15Liter dengan harga 400baht. hehe. Alhamdulillah.

ok dah.. penat dah menaip. panjang giler kot entri nih. aku nak bersiap pergi sekolah daa.. wargghh!! Tuesday blues! hahaha.. 

*Next entri: Pasal pulau2 pulak yea. * 


Jom join my first giveaway. KLIK SINI yea. 

Tq for reading! K bai! :)



52 days to go!!!! perghhh. lama kot??!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Setelah 10 hari berdua. Hari ni kembali bersatu. Bersatu = sorang2 ok.  Tadi pagi jam 4 kami ke Lcct, flight abang jam 6 pagi. Alhamdulillah. Aku bertambah tabah dari sebelum ni. Air mata tiada lagi tatkala sampai ke kereta untuk balik kerumah. Huhehuhe. 

Semalam, aku tanya abang. Abang tak sedih ke nak fly esok? *bajet nak dapat simpati la ni konon.* sekali abang jawab. "Kalau sedih sekalipun. Nangis guling3 huhahuhahuwaaaa kea. Esok memang abang dah kena balik pun. So. Sabar jea lah yea." Hurm. Betul jugak. Buat apa nak sedih. Jiwa kacau jea...  bertabah jea laaa. Harap2 ada rezeki bulan ni. Sebab bulan ni abang akan isi e-tukar untuk kali ke-2. Doakan yea!! Tapi. Tak de lah berharap sangat pun.. haha. Taku nanti aku frust menunggeng! Kalau ada rezeki ada laaaa.

Masa ni memang betul sangat2 jeleskan kami kan.kan.kan. Takpe2. Lagi 52 hari kami akan berdua kembali. Apa??????? 52 hari???????? Lama kot!!!!!! (T_____T) 

Ingat tak yang aku post entri pasal ole2 Sarawak mari??. Hehe. Semalam baru abang sempat pasang. Dah cun sikit dinding rumah kami. Hihihihi. Welcome to my home tanduk rusa!!! Haha. Pasni abang cakap nak cari tanduk kijang pulak. Ops! Whatever la bang. Jangan bawak balik kulit biawak dahhhhhh.

Semalam jugak kami bekerjasama untuk baiki sofa yang agak penyet nih.abang tambah kayu kat bawah sofa ni sebab aku berat sangat kot.. sampai dah jadi penyet dah. Tak boleh nak menampung. Haha. Yea laaa. Hari2 aku duk lepak depan tv jea. Sampai berkarat dah sofa ni. 

Yang ni pulak, hadiah kawin dari kawan sekolah menengah dulu. Semalam baru sempat nak ketuk2 kat dinding. Heeee. 

Ok. Langadon my sawo oredy. Hurm.hurm. Semoga selamat sampai ke destinasi ♥♥♥ God bless.  

★★next entri aku nak review pasal holiday kami. Tungguuuuuu★★ 

tq for reading. K bai!!