KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 21, 2013

Kerang Beli tak Masak - Masak sendiri LOL

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Kami, memang hantu kerang. Cakap jea kerang apa, kerang bakar? kerang rebus? kerang stim? kerang kukus? semua kitaorang makan. Kalau kat kedai makan tu, kalau sepinggan memang tak cukup, dua pinggan baru sedang2, nak order tiga pinggan malu la pulak. hahaha. Tapi selalunya aku dan abang order 2 pinggan jea. Kalau kat KL ni, kami selalu ke kedai WAN MAD dekat area Batu 9 Hulu Langat. Kat situ jea yang kami tahu ada kerang bakar setakat ni. kat mana lagi yea yang ada kerang bakar kat area CHERAS ni. tau tak? 

Sabtu lepas, abang mendarat di LCCT dekat jam 9 malam, lepas tu terus kami drift ke kedai wan mad, semata2 nak makan kerang bakar. hohoho. dekat SONG tak de kerang kot. kesian abang, dah lama teringin. 

Hari ni pulak, tengah syok2 aku jaga budak exam, abang wassap kat aku bagitahu yang dia ada beli kerang. Hah? apakah. macam mana nak masak kerang. Kalau kari kepala ikan aku tahu la. Ahaks! nak masak kerang? ermm.. yang aku ingat, kat kedai makan, dalam kerang ada serai. So, aku suruh abang beli serai seketul dua.

Selalu makan kat kedai sepinggan dekat 4 hengget. Kali ni masak kat rumah dua kilo 4 hengget setengah jer bai!. fuyohhh! sangat berjimat cermat disitu. Boleh simpan duit untuk ke Korea suatu hari nanti. hahaha
Memang Puas Hati Makan banyak macam nih
    

Lepas Magrib, aku masuk dapur,.. tetiba kena warning. 

Abang: Awak duduk diam2 eh. tak payah cakap apa2. saya yang akan masak kerang nih 

Aku: waaahhhhh... awak nak masak yea. yeay! 

Apalagi, aku terus bersila depan TV....

Tetiba... 

Abang: Bawang putih manaaaaaaaaaaaaa.... Halia manaaaaaaaaa 

Aku: Alamak, dah habis. tadi last guna buat sup. hahahaha. 

Abang: Ala, tadi cakap suruh beli serai jea. Kalau tahu tak de, tadi beli dah. Tak pe lah. kita ambik bawang yang ada dalam sup ni jea lah. 

Aku: A'aah... boleh jea... hehehe 

Hadoiiii. ginilah gamaknya rumah yang ala-ala bujang ni. time berdua baru berasap dapur. kalau aku sorang, memang tak de maknanya aku nak main masak2. hahaa
Nampak tak bawang yang lunyai tuu.. hehe. 

Penuh periuk... Dua orang makan. memang mabeles.


Memang puas hati makan kerang malam ni. Lepas ni, confirm masak sendiri lagi best. boleh makan banyak2. 

Resepi Kerang rebus Sawoku: 

1) Halia 
2) Bawang Putih 
3) Bawang Besar 
4) Asam Jawa 
5) Cili 
6) Serai 
7) Garam secukupnya 
8) Air secukupnya 

Cara-caranya:   

Masukkan semua dalam periuk. tunggu sampai masak!!! :)
Amacam? Ada rasa nak makan kerang tak sekarang? Ahaks! 

Tq for reading. K bai!

     



Saturday, May 18, 2013

Review: Facial Mask Made in Korea

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sejak beli Obuse lip Tint bajet korean hari tu, rasa sangat semua benda nak yang ala-ala korea. kahkah. 

Tadi aku teman adik aku beli barang kat Body Shop Aeon Cheras Selatan. Oleh kerana SALE sampai 70% kat Body shop tuu, aku pun terkedek2 ikut sama. orang perempuan ni pantang dengar sale. memang sangat pantang. pantang beli pun yea jugak. ahahaa. Cepat2 weh, SALE ni sampai esok jea kalau tak silap aku, so.. rugi besar kalau tak beli time sale. :) 

Hari ni aku nak review pasal facial mask. Mask ni baru jea tadi aku beli. dekat WATSON Jusco cheras selatan. Asalnya, aku nak cari mask yang biasa aku pakai jea, jenama watson, tak pun jenama guardian. Tapi, tak tahu kenapa, aku macam akur jea dengan apa yang salesgirl tu promote kat aku. ke aku kena pukau eh? tiga kotak sekaligus pulak tu aku angkut. hahaha, kau! tak baik tau fitnah macam tu. dosa! 

Facial mask yang aku nak review ni adalah dari brand PURE BEAUTY. ada dua jenis mask dari brand ni, yang pertama
POMEGRANATE ANTIOXIDANT FACIAL MASK 
(Harga Sale: RM20.90 - harga asal tak dapat dikenalpasti)


Kenapa aku jatuh cinta dengan mask ni?

1) Kotak dia warna merah. nampak macam mak datin sangat. bersinar2 lagi, kalau tak tengok harga, memang macam bajet seratus hengget. nampak mahal kot, warna hot dia sesuai untuk orang2 high class, tapi, bila tengok price, excited! aku mampu beli! aku mampu beli!, kahkah.

2) Nampak tak gambar kat kotak tu? Itu buah delima namanya. Buah delima ni banyak kebaikan dan berguna dalam dunia kecantikan dan kesihatan. hehe. kalau tak tahu apa kebaikan delima, mintak tolong pak cik google eh! 

3) Contain 25ml essence - Aku memang tak boleh tengok perkataan tu, nampak jea 'essence', aku duk bayang SK-II essence. Nak pakai SK-II, bukan aku laahhh tu. Pure Beauty pun jadi lahhh. ada essence jugak kan? dekat2 laa tu dengan SK-II. hahaha 

4) Detoks - Nuetral - Energise - Brighten: Aku suka part detoks dan brighten. nak bajet kulit secerah korea. auwwwwww.

5) 3D Stretchable - senang nak melekap kat kulit muka, mudah diserap. dia punya mask, sangat beza dengan yang pernah aku pakai sebelum nih. yeah. bukan iklan semata. :)
Satu kotak ada 5 keping. ok laa kan?


SEBELUM: Mak Jemah bermask.
SELEPAS: Nampak tak ada NUR disitu? hahaha. Mak Jemah buat muka nak mintak penampo. haha. No 360degree camera. No edited. Muka aku memang tak flawless pun. pfft. fine! lubang2 kawah tu dah tak boleh nak diubati, bak kata doktor. sentap ok. tssssk.tsssskkk.



Mask yang kedua pula
Super Brightening Facial Mask
(Harga sale: RM14.95. Harga asal RM20++)


Kenapa aku rasa nak cuba mask ni?

1) Nampak jea brightening, aku apa lagi.. memang nak laa kan. tambah pulak perkataan SUPER kat situ, memang tak dapat tido laa malam ni kalau aku tak beli

2) Kontrol Pigmentasi - Haa! yang ni memang aku suka gila. sekarang memang aku tengah buat treatment pigmentation. So, sesuai sangat laah mask ni dengan situasi aku sekarang. Selain memutihkan muka, Mask ni jugak dapat kontrol pigmentasi kat muka taw! korang ada pigmentasi tak? kalau ada, cepat2 pergi Watson, cari mask ni yea.
Satu kotak ada 5 keping. Aku beli dua kotak. Sebab? seperti yang korang baca diatas. Pigmentasi.. warghhhh!! aku stress.


Nak cantik, mestilah konsisten. haha.!! 

Tq for reading. k bai!  



Friday, May 17, 2013

Pengeposan Hadiah Giveaway

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Tak habis-habis lagi dengan giveaway kan? ok.ok. Ni entri last untuk giveaway yang hari tu. 

Aku just nak maklumkan kepada pemenang-pemenang, hari ni aku akan pos kepada 4 pemenang yang terakhir tu. 

Kenapa aku hanya pergi pejabat pos pada hari JUMAAT? 

1) Waktu panjang - aku mula kerja jam 2:20pm (hari Jumaat jea yea, hari lain 1:10), so boleh laa aku melambat2 sikit keluar dari rumah. 

2) Orang tak ramai, so... tak payah tunggu lama2 sangat. tapi, ada time ramai jugak. huuuuu. Yea la, walaupun aku guna pos biasa jea (pakai setem - tapi kena timbang), aku kena ambik nombor jugak, sebab aku takut orang marah.. masuk2 terus melulu pergi beli setem kat depan. kot2 ada mak jemah kat situ, tak kea kena maki aku. ahaks! 

Boleh terima tak alasan aku nih? hahaha. Maaf yea pemenang-pemenang kalau aku membuatkan korang tertunggu2, mandi tak basah, tidur tak lena. hehehe

Dua pemenang pertama yang aku pos, 3 MEI 2013 - Jumaat


Tiga pemenang yang seterusnya, 10 Mei 2013 - Jumaat


4 pemenang yang terakhir, 17 Mei 2013 - Jumaat


So, kalau abang posmen lalu depan rumah tu, cepat2 lambai eh. kot2 abang posmen lupa nak singgah rumah korang. hikhikhik

GULP!!! My feveret oooooiiiiii!!!!!!!!! kalau seperiuk pun aku habis ni makan sorang2. huhuhhu.. setakat ni, siput yang mama masak adalah yang tersedap didunia. off course la kannn...


K bai!  




Thursday, May 16, 2013

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Dulu, ingat lagi masa zaman sekolah rendah. Time hari guru jea, mesti kalut bagitahu ma nak bagi cikgu hadiah. nak jugak bagi. nak jugak bagi. Ala, zaman budak2 kan., kalau kawan2 lain bagi hadiah kat cikgu, mesti nangis teresak2 sorang2 sebab kita tak bagi apa2. Off course laa aku tak nak pergi sekolah kalau tak bawak hadiah untuk cikgu. hahaha.

Ko tahu aku bagi apa?
kononyaaa. akulah antara orang yang hadiah  paling besar bagi kat cikgu. hahaha. mana tak besarnya. sekotak tisuuu kotttt. hohoho


Itu jea lah kot kenangan hari guru masa zaman persekolahan yang aku ingat. yang lain. lupa ingatan daaaa~ 

Uolls pulak macam mana? ada kenangan hari guru tak masa kecik2 dulu? ahaks! 

Dalam keluarga besar aku, ramai sangat insan2 yang bergelar guru. Bermula dengan 

Arwah atuk belah arwah abah aku 
Mama aku 
Suami aku 
Mak & Pak sedara belah mama aku (Ming, Cik Nun, Mak su Tie, Ayah Su) 
Mak sedara belah arwah abah aku (Mak Nik, Mak su Sarah) 
dan sepupu-sepupuku (Kak Teh, Kak Ngoh, Abe Ja, Zaherah) Haaaaa.. tak lupa, aku sendiri. hahaha. 

Ramai kan? Kalau buat sambutan hari guru dengan sedara mara nih, konfirm gempaq habis. 

Hari ni sekolah aku baru hari kedua peperiksaan. tak de maknanya nak buat sambutan hari guru hari ni. So, next week baru ada majlis sikit2. sehari sebelum Hari wesak dan cuti pertengahan tahun. Biasanya, time sambutan hari guru, bab makan lah yang paling aku suka. hahaaha. 

Di kesempatan ini, *skema tetiba*, aku nak ucapkan.. Selamat hari guru istimewa buat: 

SUAMIKU, 
MAMAKU, 
SEDARA MARAKU, 
Guru Tadika Kemas Gunong, 
Guru-guru Sk. Gunong, 
Guru-guru SMUAY Nipah, 
Guru-guru SMK Gunong, 
Guru-guru SMKA Wataniah, 
Pensyarah Matrikulasi Pahang, 
Pensyarah UPSI, 
Jurulatih Kor SUKSIS UPSI
Guru-guru SMK Taman Connaught
dan semua kawan2 guru yang lain. 

Dengan ucapan: Selamat hari Guru, semoga sentiasa menjadi PELITA yang terrbaik untuk anak bangsa (^_^) . Terima kasih CIKGU!

Yeahhhh!!! Kami adalah GURU yang sentiasa muda. always 25 years old! :)


Kawan-kawan seperjuangan yang lain. ececece. Selamat hari GURU GENG CIKGU CIKGI! :)




Tq for reading. k bai! 



Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Oh my SAWO!!




RevitaLens & Giordano Contact Lenses

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Ada orang kata, rabun ni keturunan. adakah itu benar? dulu aku pernah dengar petua orang tua2, jangan baca buku rapat sangat, nanti power mata kurang. jangan tengok TV dekat sangat nanti jadi rabun. entahlah. seingat aku, aku ni bukan hantu TV pun. Ulat buku? memang tak lah kan. Keturunan? erm. arwah abah aku rabun. 

Aku mula sedar yang aku ni kerabunan dari kejauhan bila aku pindah sekolah. lepas form 3, aku masuk sekolah lain. kalau sebelum ni, aku ssangat skema, dalam kelas muka aku jea kat barisan depan. sebab tu berkat kot. hari2 kena tempias guru. hahak. 

So, bila di sekolah baru, kononnya aku ni pendatang asing. kirim salam ah orang nak bagi kau duduk depan. Sila sedar diri, datang tempat orang, terhegeh2 nak request duk depan sekali. apakah? haha. So, tempat aku nun jauh di belakang. isk.isk. Time tuu lah yang aku sedar yang aku ni rabun. sebab tak nampak hape pun yang cikgu tulis kat papan hitam. sob.sob. sedih wooo. macam tak dapat nak terima kenyataan jea kena pakai spek. 

Bermulalah dunia bermata empatku. 

Bila aku start berjinak2 dengan LENSES? 

Masuk Universiti, Aku ada masuk Kor Suksis. tahu tak? Ala, kalau kat sekolah lebih kurang kadet polis ah. cuma yang ni upgrade banyak sikit. kalau dah nama kadet polis, memang tak dapat di pisahkan dengan KAWAD KAKI kan? 

So, korang paham tak perasaan aku? kawad kaki tengah2 panas, berpeluh2 bagai, masin pulak tu. tetiba ada spek kat mata. memang rimas ooo. nak tanggal, kang tak pasal2 tersepak bontot teman kat depan tu.  Acaner? Aku bab2 kawad ni memang semangat. haha
bangga wooo, dapat bergambar dengan bekas ketua polis Negara. walaupun gambar macam ni jea. aku tetap kembang hidung. cer teka mana aku?


So, bermulalah dunia bermata dua ada mata tersirat disebalik original itu.. 

Bermacam2 contact lenses dah yang aku pakai sebenarnya. semua jenis brand aku cuba. Ada yang lembik, terlalu lembut, so bila pakai kat mata memang tak rasa apa, cumanya, time nak cabut tu. memang bercinta ah. so, aku reject. next, ada yang jenis keras. bila pakai tu rasa tak selesa sangat. walaupun senang nak cabut dan pakai, tapi kalau tak selesa, buat apa kan? nama jea branded. huh. 

Dulu, pernah lah popular kejap, lens yang boleh membuatkan mata bolat macam mata heliza. haha. aku apa lagi. join sekaki. Aku pernah buat entri pasal brand lens tu. IBIG CONTACT LENS. memang itu contact lens berwarna yang terrrrbaikkk yang pernah aku pakai. sedang2. tak lembut sangat, tak keras sangat. Lama jugak lah menggila dengan lens tu. sampai satu tahap. aku dah malas nak layan. 

Sekarang, aku tengah jatuh cinta dengan brand ini. Ssssangat selesa kuasa 100 ok. best wo! tak rasa macam pakai lens. bajet tak rabun gitu. senang nak pakai, senang nak cabut buang. Yaaaa! itu yang kita maw!.walaupun tak fofular sangat brand dia, kalau kena dengan kita, why not kan..
Kalau tak silap aku, brand ni dah bertukar ke nama lain. sebab GIORDANO sama dengan brand butik pakaian, tapi aku lupa apa nama baru dia...


dapat free case yang cute. sebab beli 3 pasang lenses kot dia bagi nih


Solution pulak, aku memang selesa dengan yang ni. Aku rasa, yang ni terbaik untuk mata aku :)
Promo pack sangat jimat! Dua botol besar, percuma satu botol kecik. aku beli kat Watson. :)


TIPS memilih lense dan memakainya: 

1) Pilih lens yang sesuai dengan mata kita. yang penting selesa. 
2) Jangan beli lens di sembarangan tempat yea. ingat tu! beli kat kedai spek better 
3) Pakai lens tidak melebihi 8 jam. ataupun, jangan terlalu lama, nanti mata mudah kering. untuk tidur. memang tak boleh. bahaya taw!
4)Pastikan tangan anda bersih semasa memakai dan membuka lens. Pakailah sabun dettol yang khas untuk tangan. Nyahkan kuman! 

Itu jea lah kot tips yang aku boleh bagi. hehe.  

TQ for reading. k bai!    



Tuesday, May 14, 2013

OBUSE LIP TINT: Bibirku KOREAN ssangat!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Hari tu aku ada ternampak kat belog SEPET yang dia ada jual barang baru. *ternampak sangattt kan.. padahal hari2 duk bukak belog dia. hikhikhik. Banyak sungguh produk yang dia jual. memang sangat gigih si sepet ni. aku suka baca entri dia pasal kisah dari awal dia bertatih dalam dunia perniagaan, sampailah dimana dia sekarang. Aku doakan ko berjaya dalam bidang kerjaya ko sebagai usahawan yea sepet. hikhik. *harap dia baca statement aku nih*. kembang empatpuluhlapankali hidung aku kalo dia baca. retiss kottt. hohoho. 

Selama aku kerja, aku hanya pakai lip balm jea. tak reti aku nak pakai gincu bagai. mungkin sebab lip aku kering kot, sebab tu tak sesuai nak tonyoh gincu. so, bagus aku pakai lip balm jea. tu pun kalo aku ingat nak pakai, kalau tak. kirim salam ah nak pakai. 

Produk baru yang aku maksudkan tu adalah. OBUSE LIP TINT. Produk korea kot rasanya. aku pun tak pasti. penangan cerita korea la ni semua. haha. Patutla lip diaorang comel2 jea kan. benda alah ni lah rahsianya! baru jea semalam aku order dan buat payment. hari ni dah sampai. sungguh pantas dan cekap. :) 

Aku teringin nak try mende alah ni sebab ianya bukan dari spesies gincu. semalamam aku google cari review pasal lip tint nih. nampak macam menarik. so, aku apa lagi..... 
Aku terus beli dua botol. senang. boleh tukar2. ikut mood. belah kiri warna cherry pink kot, belah kanan tu red


Cara nak pakai senang jea. titik2 jea dekat lip. lepastu sapu. hehe. 
pic dari pakcik google. pic dari aku? len kali jea lah. tak de kerja aku nak pakai malam2 buta nih. haha


Ni lip balm yang aku guna, dari dulu sampai sekarang. lip balm terbaikkk yang pernah aku pakai. Korang pakai lip balm apa? sape pernah pakai yang brand mentholatum? OK tak? teringin jugak nak try yang tu. 

Kalau aku, aku kena pakai lip balm ni dulu, lepastu baru aku titik2 kot lipt tint tu, lepastu sapu lip balm ni sekali lagi. huh. macam ni lahh nasib si bibir kering. ahaks!
my lip balm best ever. ada sapa2 nak try tak? boleh order dengan aku. aku kan herbalife distributor. ahaks!


Tak sangka pulak sepet bagi free gift nih. dapat jugaklahh merasa pakai mask hitam gelap nih. dan2 malam ni jugak aku pakai. haha
Siap dapat kolagen eye mask lagi taw. macam taw2 jea mata aku ni macam panda. haha

woooo. tanjat boboi tengok gambar nih. 


Esok aku boleh berangan bibirku secantik dan sekiut korean girl! auwwww gittew. Sape2 teringin nak try obuse lip tint ni, boleh la ke blog SEPET yea. 

TQ for reading! k bai!  



Monday, May 13, 2013

THE IMPOSSIBLE

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 



Memula aku tengok trailer cerita ni, teringin sangat nak tengok full movie. Dah lama dahh sebenarnya cerita ni. kalau tak silap aku, tahun lepas kot keluar panggung. Cuma aku jea yang baru tengok. tu pun sebab ada kat Astro Best. lembap kann. haha. orang lain dah tengok Iron Man. aku? next year baru tengok kot. tu pun kalo keluar kat Astro Best. muehehe. 

Jalan cerita ni, bagi aku.. Slow sikit. tak seperti movie2 omputih yang pernah aku tengok sebelum ni. mula2 tengok, agak bosan ah. Cerita ni start dalam kapal terbang, dimana satu keluarga yang dalam perjalanan ke tempat percutian. Lepas tu, duk cerita dalam bilik hotel, pasal pagi krismas, dapat hadiah.. dan.. Bila sampai part tragis tuuu... baru aku rasa macam up sikit. Saat yang cukup mengecutkan perut aku, bila mana ombak besar yang melanda sampai menghanyutkan semua orang, meneggelamkan rumah dan semua benda. fuh! ngeri! seram sungguh.
Ni LUCAS, anak kepada Maria. nampak tak ombak tsunami tuu...huuuu


Filem ni berdasarkan cerita sebenar yang berlaku ke atas keluarga Maria. Percutian di Thailand, meninggalkan kenangan yang cukup menakutkan. Tsunami 2004 berlaku di Thailand ketika keluarga Maria bercuti di sana. Filem ni, mengisahkan macam mana keluarga maria Survive selepas Tsunami melanda. keluarga mereka terpisah.. dan ahkirnya bersatu juga. :) Hubungan kekeluargaan sangat menyentuh perasaan. (T___T) 

Jalan cerita yang mudah aku nak paham. tak perlu ulang banyak2 kali untuk aku tengok. cukuplah sekali. hehehe. untuk filem ni, aku bagi 2 bintang! wohaaaa. 

Tq for reading. k bai!





Sunday, May 12, 2013

SELAMAT HARI IBU, hari2 adalah hari ibu. (^_^)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Biasanya, benda yang paling best kalau hari-hari yang istimewa ni... adalah, MAKAN KEK. Feeling dia lain taw. kalau hari2 biasa, makan kek macam tak de perasaan jea. nikmat kek tu tak rasa. Tapi, kalau makan time hari lahir, hari ibu, hari kawin, hari tunang dan sewaktu dengannya, kenikmatan dan kesedapan kek tu sangat2 terserlah. obvioussss ssangat. hehehe. 

Sebenarnya, setiap hari adalah hari IBU, tapi, hari ni. aku nak jugak wish SELAMAT HARI IBU, buat semua yang bergelar ibu. khas buat mamaku dan ibu mertuaku. juga selamat hari ibu buat aku sendiri *tetiba*. Semoga, kedua ibuku sihat, panjang umur, murah rezeki... :) 

Tetiba aku rasa macam feeling sedih2 pulak. Lama sungguh rasanya aku tak balik kampung. Last aku balik time cuti tahun baru cina bulan dua hari tu. huhuhu. Rindunya kat kaum kerabatku. Especially my mom. Kalau balik kampung, selera sungguh aku makan. ye la, mana tak seleranya, masakan ibu adalah yang terrrbaikkkk di dunia! kan?kan? oh nasi kerabu. oh laksa lemak. oh asam pedas. oh gulai tempoyak ikan patin. oh..oh...@#$%^^&*()!~ 
Ini gambar TAHUN 2011. tuu. adik bongsu aku yang sengal. ahaks! tahun ni adik aku ambik  SPM

Bila tengok gambar ni, baru aku perasan, mama aku dah kurus sikit sekarang. beza sangat gambar dulu dan sekarang

OUR mom. Hanya satu di dunia. 

TQ mom for everything. Saat kami kehilangan abah, mama kehilangan suami. Tapi, ketabahan mama, membuatkan kami semua pasrah. kami terima ketentuan Tuhan. Kami sangat kagum dengan mama. walaupun wanita sebenarnya lemah, tapi bagi kami, mama adalan insan yang paling kuat. :) we love you mom! 

HARGAI IBUMU, SAYANGI IBUMU, JAGAI IBUMU... KELAK SYURGA MILIKMU. AMINNNN!

Tq for reading. k bai!   



Saturday, May 11, 2013

Nak pelihara apa yea?

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Adik aku sedang menghitung hari dupdapdupdap hari bahagia dia. Aku pulak menghitung hari menanti kepulangan suami nun jauh di seberang laut sana. hikhikhik. mengada kan... Ada lagi 2 minggu sebelum cuti bermula. hoho. As a teacher, off course la hepi ssangat. tersenyum girang, sambil2 melompat bintang. haha. nampak sangat tak matang disitu. haaa. ada gegirl pedulik? 

Next week, budak2 dah start exam. Boleh laa aku bertenang sikit. tak de lah nak serius sangat seperti hari2 biasa. hahaha. Bukan apa, kalau aku buat muka serius, budak2 takut sikit. kang aku buat muka selamba, mahunya dia nak hantar kerja rumah kat aku? memang tak lah kan kottt. Kadang2, aku terpikir gak, nak bela haiwan peliharaan yang boleh membuatkan aku tersenyum bila aku balik rumah. korang rasa, haiwan apa yang paling best?. Risau jugak nih. umur baru 20 tahun *sangat* tapi, takut ternampak macam 40 tahun. ye la, aku ni bukannya jenis sengih 24jam, time kerja aku serius, garang macam pak belang pun ada, haha. mati lah sel2 muda aku cenggitu. ayokkkkkk... Balik rumah pulak, layan AFC je kerja, karoot komedia kadang2. Kalau aku rasa nak gelak tu, aku layan Betul ke Bohong. confirm sel2 muda aku kembali aktif. haha. 

Hari ni aku tekun menanda buku-buku budak kat sekolah. Tatkala orang lain bersenang lenang di kopitiam, aku bajet OT la pulak. hehe. Bukan apa, Aku, kalau nak dekat2 Holiday ni, mood excited memang menggila. mood rajin memang tahap maksima lah. Sambil ngadap hasil kerja budak2, sambil ngadap hasil cetusan idea rakan2 blogger. sambil menyelam minum air. itu barulah namanya pandai membahagikan masa. AHAKS!
Sejukkk mata memandang bila tengok dua ekor kucing yang comel ni...

Ok. jom layan Masterchef Selebriti. Aku suka tengok Sharifah Shahora. Walaupun mulut dia laser, tapi dia best! Minggu lepas time penyingkiran, orang lain nangis, aku pun nangis jugak. ntah pape lahh aku ni. tapi ok la, tiada penyingkiran. hehe. saje jea chef nih, buat gempaq! 

Uolls layan tak Masterchef? ke aku sorang jea yang tengok. hahaha 

pSSTTT: nak KUCING PARSI gebu montok baka baikkk punyer *free please! 

Tq for reading. k bai!    




Friday, May 10, 2013

pemenang Giveaway. Attention. ♥

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Haloooo.. salam Jumaat buat anda semua. Dah nak masuk bulan Rejab dah kita kannn. Kejap jea masa berlalu. Pejam celik.pejam celik. Rejab datang. Disusuli syaaban. Ramadhan menanti. Alhamdulillah.  Semoga kita masih lagi diberi kesempatan untuk menjana pahala dibulan yang mulia. ♥ 

oh ya! MAAF yea pemenang2 giveaway. Hari ni baru aku nak buat proses penghantaran untuk second group. Group pertama aku dah hantar. Hari ni untuk group kedua. Hehehe. Aku menanti alamat2 dari pemenang. Sebab tu lambat nak hantar. Masih ada lagi 4 pemenang yang tak ada respond. Huwaaaa. Hehehee. So. Next week baru aku pos la gamaknya untuk 4 orang tu. Heee. Kalo tak de jugak. Aku bagi orang lain eh. Hahahaa. 

Peserta Boleh check kat SINI yeaa. Kot2 uolls tak tahu yang uolss menang. Ahaks!. Nanti hantar maklumat cepat2 yeaaaa. Tak sabar nak pos. ♥

Opsss. Tertempek menu semalam. Hehee. Setelah almost 12 months tak jumpa mee goreng basah. Semalam memakannya dengan tekun sekali ♥


Tq for reading. K bai