KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 20, 2013

Wedding Review: Pakej Perkahwinan (Lokasi: Bachok, Kelantan)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Dah setengah tahun adik aku kawin, baru hari ni aku nak buat review pasal pakej bridal yang dia ambik hari tu. kihkihkih. 

Tergerak hati aku nak share dengan korang pasal ni sebab ada kawan yang bertanya pakej bridal mana yang adik aku ambik, lepastu melalui feedjit live aku tengok ramai gak arr yang menggoogle carik pasal pakej bridal dan terjumpa blog aku, padahal tak de kaitan pun dengan apa yang diaorang nak cari, so aku rasa bersalah disitu. uhuk!! 

Entri ni khas aku buat untuk bakal2 pengantin yang sedang giat mencari bridal mana yang sesuai dihati dan juga dipoket, lokasinya perlulah bakal pengantin itu berada di dalam Negeri Kelantan. Bagi aku, bajet pakej yang adik aku dapat hari tu sangat2lahhh OK. serius aku cakap. 

OKeh! let's cekidout! 

Pakej perkahwinan yang adik aku ambik hari tu COMPLETE PACKAGE. 

Pelamin + bantal akad nikah, bilik pengantin, meja makan pengantin, busana lengkap pengantin (3 pasang) + aksesori, mekap dua kali, pintu gerbang pengantin, kameraman. 

Dengan pelaminnya yang besar gabak + ada kameraman lagii aku rasa susah kot nak dapat harga pakej yang macam ni. Aku rasa laaa... rasa jea. ihiks! kalo jumpa yang lagi rendah, jangan dimarah aku yea. 

Tema adik aku hari tu Biru merah kot. entahlah. aku pun tak tahu apa tema sebenarnya sebab macam2 warna ada. Agagaga~ 

Nie lah pelamin raja sehari. Agak muat untuk familyku yang ramai untuk berposing di atas pelamin ni jika nak dibandingkan pelaminku yang dulu. Almaklumlah, tumbesaran adik beradikku semuanya tidak terbantut. AHAKS!





Kamar pengantin juga termasuk dalam pakej



Meja makan pengantin. Makanan pengantin sendiri buat, tidak termasuk di dalam pakej




Mekap dua kali dan busana pengantin 3 pasang. Adik aku cuma pakai dua pasang jea, sepasang warna putih (akad nikah), sepasang lagi pakai masa menghantar menantu (pink + pepel gitu).

Mekap malam akad nikah 

Mekap hari reception

Busana dari bridal (malam akad nikah)

Busana dari bridal (Hari menghantar menantu)

Masa reception day adik aku tempah sendiri bajunya. Jubah biasa jea dia buat sebab katanya nanti lain hari boleh dipakai, tak de lah over sangat kalo nak pergi pasar pakai jubah kawin biasa cenggitu.. kahkah :D 

Tempah jahit RM65 jea, lace merah tue adik aku sendiri tampal. (^_^)

Baju pengantin dua2 tempah  kedai, lace tu jahit sendiri, yang lain semua bridal punya

Aku ada tanya adik aku, apa nama bridal yang dia ambik tu. Tapi dia cakap tak tahu. Dia cuma tahu, nama mak andam (pemilik butik) tu KAK G. yang ada hanyalah no telefon, FB bagai aku tak dapat share dengan korang sebab adik aku tak tahu. adees~ *tepuk dahi* 

Total pakej yang adik aku ambik hari tu RM3500. Tapi adik aku buat muka kesian kottt, so dapatlah harga rendah dari harga asal. hehe. tak perlulah kot aku mention berapa, Ciannn kak g nanti kena serbu korang dan kena minta harga yang sama dengan adik aku. kihkihkih. Nanti korang pandai2 arr bodek dia yea!!. Agagagaa~ 

So, untuk maklumat lanjut, korang try ar halo2 KAK G ye : 014-8423997 

Ok, tu jealah kot yang dapat aku share. harap dapat membantu eh!. 

eh jap! aku nak iklan + promote kejap. 

Kalau korang tercari2 PAKEJ KATERING untuk PERKAHWINAN, boleh lah deal dengan adik aku ni. PROMOSI baikkkkk punyer. IHIKS! 0129637878 - Aini (Az Amnie katering)   

TQ for reading! k bai~   




Product Review: Himalaya Almond & Cucumber Peel-off Mask

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Tak sangka pulak aku Himalaya ada produk untuk penjagaan muka, aku ingat himalaya ni ada produk untuk penjagaan rambut jea. Ngeee~ 

Actually aku baru jea try peel-off mask by Himalaya ni. Baru nak masuk sebulan kot. Aku suka tukar2 mask. Macam2 brand aku try, saja suka2. bukan tak rasi kea hapa. cuma macam cepat bosan pakai mask yang sama. Mask jea pun, bukan pakai hari2, paling rajin pun seminggu sekali pakai, so.. rasanya macam tak de effect kot kalau aku tukar2 brand. hekhek

Last peel-off mask yang aku pakai, yang sepet bagi FREE kat aku as her customer. masa tu aku beli obuse lip tint, dia bagi aku free peel-off mask brand Shiseido. Alaa.. yang femes tuu, mask yang jenis warna hitam legam tuu. sesuai sangat kalo nak menyamar jadi orang minyak pakai mask tu. Agagaga~ 

Mask brand tu not bad la, tertanggal jugak whitehead ngn blackhead kat muka aku ni, tapiiii,, bercintaaa oiiittt nak tanggalkan dari muka. dah la muka aku jenis yang terlebih bulu roma, sadis dan pedisss. :P Okeh! 

So now, aku tengah pakai peel-off mask by Himalaya. Tadaaaa~ Cantik kaann packaging dia. i loikee hijau! :)

Harga: Lupa.. huhu. rasanya dalam lingkungan RM25-RM30, aku beli dekat Guardian KBMall

Aku tertarik dengan Mask ni sebab aku suka produk yang berasaskan timun. yeah!! 

Mask ni agak cair sedikit berbanding dengan mask2 yang aku pakai sebelum ni. Masa mula2 nak apply kat muka, aku rasa macam aku pakai gam gajah pulak. satu lagi, melekit. Sekali picit pun dah banyak keluar, so kena hati2 bila nak picit mask nih.

Model Himalaya yang baru nak cari job. Agaga~

Masa aku pakai mask ni, aku sapu lebih sikit. hehe. Aku suka pakai tebal2 sebab nanti senang bila kita nak peel-off mask ni. Kalau pakai nipis2, agak susah jugak lah nak cabut keluar. lagi satu, teori aku sendiri, lagi tebal aku pakai, lagi banyak blackhead/whitehead yang akan dinyah keluar. setuju? 

Bagi aku, mask ni tak mengeringkan kulit muka aku, lagi satu, aku rasa macam bersih jea muka bila dah cabut mask ni dari muka. haaa. lagi satu, ada sesetengah mask, aku rasa panas taw bila pakai, tapi yang ni. tak panas. cumanya, bau dia agak kuat sikit. sikit jeaaa, tak banyak. Agagaaga~

Ops! ini bukan kepala aku eh. jari jemari yang mulus tu aku yang punya. haha. Ni aku nak demo kat korang cara nak remove mask ni kononya. Pinjam dahi husby. haha

Pasal whitehead/blackhead tanggal ke idok tuu... not bad laaa. ngeee~ 

Okeh. tu jea la kot! Selamat mencuba! :) 

TQ for reading! k bai~ 




Thursday, December 19, 2013

Sejak bila aku suka pokok nih... pelik!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Semalam sampai KL, sedih sangat bila tengok pokok bunga yang aku belai selama ini terkulai layu. Asalnya ingat memang nak bawak balik kampung sekali, tapi suami cakap tak nak sebab takut kereta kotor. Sob.sob. Dah la ni pokok bunga pertama yang aku pelihara, sebelum ni, hurm. hampeh. i hate pokok bagai. :P

APokok betik pulak yang tumbuh subur kat bawah tuu.. haish! bila masa aku tanam entah. haha

Sebelum balik kampung hari tu, memang aku dah kasi jirus air banyak2, kononnya cukup la untuk tiga minggu. Hahaha. apalah aku ni, memang jenis yang tak reti pelihara pokok sungguh. Setakat hari ni, dua pasu pokok cili aku bela, dua2 tak hidup, pokok bunga yang ni pun hidup sebab aku selalu siram air jea kot, buat benda lain memang aku tak reti... 

Walaupun hati tengah bersedih dek pokok bungaku yang mati kering ni, hati sedikit terubat bila abang bersusah payah isi tanah, baja dan siap tanam pokok dari kampung bawak datang KL. Cilok pokok bunga mama jea, next time nak cilok pokok orkid pulak. 

6 pasu coklat ni abang yang tanam semua, siap bubuh tanah dengan baja sekali. baja organik, juga cilok dari pasu mama. haha. Pasu plastik tu kami beli dekat kedai dua hengget, satu pasu dua hengget jea, mampu ssangat nak beli. Dua pokok yang berpasu hitam tu, beli dekat pasar wakaf che yeh, Rm15 satu pokok. kira ok la kan...


Entahlah, aku pun tak tahu sejak bila aku suka tengok depan laman rumah aku ni ada pokok bunga bagai. Mungkin sebab faktor usia yang semakin merudum ni kot. tak pun faktor keturunan dari mama aku yang sememangnya jenis yang sukaaaa sangat menanam dah menurun sikit demi sedikit dekat aku. Kan? haha 

Korang suka pokok apa weh? tahu tak pokok bunga apa yang senang nak bela? tak payah letak baja, cuma siram air jea. tahu tak? nanti share2 eh!!! 

Tq for reading! k bai.   



Product Review: Mentholatum Organic Lipbalm

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sebelum ni aku ada review pasal natural treatment lipbalm, juga dari brand yang sama iaitu mentholatum. kali ni pun aku nak buat review lipbalm dari mentholatum jugak. Aku rasa aku dah rasi kot dengan mentholatum. Ssssukaaa sangat pakai lipbalm mentholatum!!! 

Kalau sebelum ni, more kepada natural and treatment lipbalm, kali ni jenis lain sikit. Oleh kerana lip aku dah agak pulih sikit dari sebelum pakai natural lipbalm tu, so aku saje la menggedik nak try organic lipbalm pulak. Saja nak berubah angin. First2 yang aku cari mestilah lipbalm brand mentholatum. Dekat watson/guardian belambak lipbalm brand nih, macam2 jenis ada, pening nak pilih yang mana satu. 

Last2 aku pilih yang ni. Mentholatum Organic Certified Lipbalm



Kenapa aku pilih organic lipbalm? 



1) Sebab pertama, aku percaya yang perkataan organic ni satu perkataan yang bagus. betul tak? ngee~ 
2) Sebab dia tulis kat situ 100% origin dan dekat2 100% dari organic farming 
3) Sebab kandungan bahan2nya sangat2 bagus bagi aku, kalau korang baca list kat atas tu dia ada tulis Olive oil, jojoba oil.. kan? bagi aku, olive oil tersangatlah berguna dalam dunia kecantikan. hikhikhik 
4) Sebab lipbalm ni ada natural fragrance dari Raspberry & Strawberry. Rasa nak jilat2 jea lip bila pakai lipbalm nih. Agagagaa~ 

At first, aku bayang lipbalm ni warna pink taw, yea la, strawberry kan pink color, sekali bila bukak, warna putih kuning biasa jea, cuma bila sapu dekat lip, adalahh rasa2 macam buah2an gittew!


5) Boleh repair jugak lip yang rosak (berpandukan ayat di atas. hee)
6) Off course sebab free chemical! yahoooo~ 

Okeh! tue jea lah kot. So far, aku puas hati pakai Organic Lipbalm ni. Tak mengeringkan lip aku, rasa fresh ssangat bila sapu lipbalm ni, rasa macam dekat ladang strawberry! *hyperbola overrr sangattt*. 

Satu lagi, lip nampak berkilat shining2 gittuuu, nak dibandingkan natural treatment lipbalm sebelum ni, tak de kilat2 pun.. *dah namanya natural kan* 

Overall! Aku suka brand Mentholatum!!! TQ yawww! 

Tq for reading! k bai..   




BE Nuffnang Disember: LIBRESSE

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Kembang 50 inci rasa lubang hidung bila bukak akaun nuffnang hari ni... Alhamdulillah.. hehehe. 

Baru dua hari lepas check akaun, status campaign masih lagi ON GOING,  tup2 hari ni dah credited uolsss!! first time aku rasa excited, sebab first time dapat rasa amount yang banyak dari nuffnang, walaupun kecik nilainya, tapi besar bagiku yang tak pernah2 dapat banyak sebegitu, ceewah!!!



Tq banyak2 nuffnang! Nuffnang sangat baik hati sebab bagi BE/CPUV yang pertama untuk bulan Disember nie. hehe.. Sayangggg nuffnang ketat2 *kipas2*. hakhak :)

Untuk info lanjut pasal libresse: KLIK SINI


Mudah2an, makin hari makin banyaklah nuffnang bagi BE kat belog cikai ni eh! hikhik. 

Apa yang penting, kesabaran tu perlu dalam dunia blogging!

Tq for reading! k bai! 



Tuesday, December 17, 2013

Cepatnya masa berlalu pergi... ceeewah!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Esok dah nak balik KL, macam tak bersedia lagi mental dan fizikal untuk kembali sibuk di kota yang sesak, padat, dan bla.bla.bla. Ni lah kekdahnya kalau dah lama sangat bercuti. Minda masih lagi nak bercuti dari kecelaruan kerja yang melanda,. hahaha!!! 

Sapa cakap duduk kampung tak best, memang sah laa. memang sah tak lama dah tu. Ahaks!! 

Walaupun duduk kat kampung reti habiskan beras mak jea, tapi duk kat kampung itu still best! rileks, hari2 gaduh dengan adik beradik pun rasa best tahu. Lebih kurang 3 minggu aku duk kampung, baru sekali aku tanak nasi, baru sekali aku masak nasi goreng, punyalahh best kan! hari2 makan masakan mak, hari2 ternak badan dengan macam2 jenis makanan. Tengoklah adik-adik aku macam mana kebesarannya, kat kampung memang syurga makanan. Agagagaga~ 

Hari ni hari last aku buat part time. part time kekononnya. Awal bulan 12 hari tu, adik aku dapat tender kafe, main jual2 kat kafe, jual2 untuk budak2, jual2 untuk staf2. Alhamdulillah, rezeki adik aku dengan laki dia. Bila dah dapat tender ni, suami adik aku yang kerja kat KL, dengan excitednya berenti kerja. Dari duk berjauhan dengan bini, dari makan gaji dengan orang, baik balik kampung kerja sendiri kan? sama2 susah payah dengan bini tercinta. ecece. 

InsyaAllah, bulan 1 ni dia balik Kelantan. So, diaorang dah tak PJJ lagi. kerja sekali laki bini, best kan?? NO BOSS! Diri sendiri jadi Boss! everyday masyuk. tak payah tunggu cukup bulan makan gaji. good! pilihan yang bijak adik iparku. huhu. jeles mak jemah. hehe. tak jeles pun sebenarnya, tumpang gembira. haih. dengan adik sendiri pun nak jeles kea? tolonglah!! 

Sinilah tempat kerja part time aku.





Suka hati aku nak pergi pukul berapa, paling lambat jam 9 pagi aku masuk kerja. lepastu aku banyak kerja sekerat hari jea. haha. dalam jam 1 petang aku blah ah. Seronok kan kerja macam ni. Kat sini orang tak ramai pun, time pukul 10pagi jea ramai orang masuk, sebab time tu time rehat. lepas jam 10.30pagi sikit2 jea yang datang. bukan sekali harung orang datang, so tak penatlah. 

Tugas aku, bungkus nasi. hahaha. Apa, ingat aku tak pandai bungkus nasik kea? bukan main terer lagi aku taw! haha. kalah kak Som gerai nasi berlauk kat cabang sekolah tu taw, lagi kemas aku yang bungkus tahu. kihkihkih. 

Pernah sekali tu, ada sorang budak request nak lauk tu, lauk ni, kuah lebih. sekali, bila aku nak ikat getah, habis keluar kuah bilis, kah3. kesian budak tu,, nampak sangat aku terer bungkus kan. Aku kalau nak bungkus nasi lauk ikan memang fail, sebab tak reti nak sembunyikan kepala/ekor ikan, confirm nampak punya. hikhik 

Rasa syokkkk jea kerja macam ni. Macam malas pula nak balik KL. hohohho. boleh? 

Barang-barang tak kemas lagi oiii. Bilalah mood rajin nak masuk dalam badan aku nih. Malam ni mak bidan nak datang lagi, aku request nak beki perut lagi. syok pulak berurut hari tu. Lepas ni, dua bulan lagilah baru aku balik kampung. sob.sob. lambatnyaaaaa.... 

Oklah uolls, doakan aku rajin dan rajin dan rajin.. rajin packing barang balik KL. hakhaks  

Tq for reading. k bai!   



Sunday, December 15, 2013

Engagement review: Barang hantaran pertunangan Aiman ♥ Zalina

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Morning uolls. Entri hari ni pepagi aku nak kongsi sikit dengan korang pasal barang hantaran pertunangan adik aku semalam. 5 berbalas 5. 

So, tak yah cakap banyak. lets cekidout terus eh! 

Barang hantaran untuk perempuan 

Cincin + Sireh (time ni tak siap lagi, adik pompuan aku tengah letak sireh. Main cucuk jea. memang simple giler.)

Kain pasang (yang ni aku yang buat. Hasil keras tanganku, nak buat bunga kononnya, tapi tak tahu apa yang jadik. AHAKS!)

Puding roti (yang ni pun aku yang buat. hikhik)

Pulut + bunga telur

3 tin koktail (aku yang balut. pastu gunting atas buat rambut. haha)


Barang hantaran untuk lelaki 

Cincin + Sireh

Kain untuk baju melayu

Satu set pakaian (Jubah+kopiah+kain pelikat)

Kain Tuala bersulam

Kek


Okeh. tu jea la kot. 

Semoga berguna untuk korang yang sedang mencari2 idea untuk barang hantaran pertunangan. Kalau nak tengok yang lain, boleh klik dekat link sidebar sebelah kanan nih, ada satu lagi review barang hantaran pertunang adik aku sorang lagi.

Tq for reading! k bai!!   



Saturday, December 14, 2013

Engagement review: Selamat bertunang Aiman ♥ Zalina

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Nampak gayanya, tiga tahun berturut2 rumah aku makan kenduri besar. Macam hattrik 3 gol bola la pulakkk. ohoi! Mula dengan aku 2012, adik perempuan aku 2013 dan InsyaAllah adik lelaki aku 2014. Alhamdulillah, masjid akan terbina tak lama lagi. :) 

14.12.13 adik aku selamat bertunang dengan gadis pilihan, seorang gadis yang bersopan santun berbudi bahasa, pemalu orangnya. pandai adik aku pilih. ihik! Muda lagi budaknya, lebih kurang sebaya dengan adik aku yang nombor 6.  

Rombongan meminang ke rumah perempuan tak ramai pun, kami pergi dalam 15 orang. Adik beradik aku, ma, mak sedara, tu jea yang join. tak de la ajak satu kampung. meminang jea pun. haha. Majlis pertunangan ni pun cukup-cukup simple, benda mudah, buat apa nak buat payah2, yea dok?

IbuNina & DaddyDanish :)
OOTD IbuNina:
Azalea Cotton Maxi Dress by Cattleya
Wide Shawl by Sg House

My adik perempuan. Masih single, solo gitu. maw berkenalan? Pm me.
Mabe dia next. 2015. hahaha

Kami bawak 5 dulang, berbalas 5 dulang jugak. pasal barang hantaran, nanti aku review dalam entry lain. saje jea nak suruh banyak post. Biarpun aku syok menaip sorang2. ahaks!



Biasalah, kalau dah namanya nak meminang anak orang, mestilah ada mukaddimah dan bagitahu tujuan kita datangkan. Lepastu adalah jugak diaorang bincang pasal bila nak bina masjid, pasal mas kahwin, pasal barang hantaran perkahwinan. bincang gitu2 jea. tak tetapkan pun lagi. Cuma, InsyaAllah Raya puasa tahun depan adik aku akan kahwin.. itu jea lah yang dibincangkan. pasal tarikh tu tak pasti lagi. :) Pandai2 lah korang berdua berbincang macam kami dulu2 yea.. 

Bab2 perbincangan orang tua aku tak ambik port sangat, aku cuma excited time acara kemuncak jea.. Sarung cincin dan makan. Hahahaha 

Inilah bakal menantu mama aku.., nak kena sarung cincin pun malu2, kena panggil dua tiga kali baru datang.. hehe. comel sangat bakal adik ipar aku nih.



Bakal adik ipar aku ni anak tunggal. Dialah kakak dialah adik. hehe.. habislahhh adik lelaki aku, jadi menantu kesayanganlah dia nanti, Aaggagaga~

My mom with bakal adik ipar dan bakal besan

Ni lah adik lelaki aku, dulu macam Osama, sekarang ni ada rupa Ustaz Azhar Idrus sikit2. hahak. yang sarungkan cincin tu atuk kepada Zalina.. tetiba adik lelaki aku jadi pemalu, lepas sarung cincin, salam atuk, terus bangun nak ke belakang, sampai lupa nak bersalam dengan orang tepi2 tu. haha. kang dah kena gelak. kahkahkah


Acara akhir penutup majlis, acara makan2. hehe. bila tengok menu yang ada, macam tahu2 jea diaorang ni pasal menu kegemaran aku : Petai jeruk, kerabu sarang, gulai tempoyak ikan patin, labu siro. fuhhhh. makan sampai lupa husby kat mana. haha



Alhamdulillah, majlis berjalan denga baik, lega bila tengok adik aku gembira.. :)

Semoga semuanya diberkati oleh yang Maha Esa. InsyaAllah, tahun depan ada orang baru dalam keluarga kami. menantu perempuan pertama mama. hikhik.    

Tq for reading. k bai!