KOUPUSANKU SOGIGISOM
Monday, April 26, 2010
INSAN TERPILIH
Kau insan terpilih
Menyinari dunia dengan caramu yang tersendiri
Walau sering rebah dan menyembah bumi
Kau terus bangun dan merangkak menuju kedewasaan itu
Tanpa erti penat dan jemu
Kau susuri jalan kehidupan yang penuh liku
Tanpa terdetik sekelumit ragu..dihatimu..
Kau insan terpilih
Tak pernah menyesali kurniaan Illahi
Kau berdiri dengan seribu keyakinan
Walau sering dihujani dengan kata kejian
Kau tetap berdiri
Berdiri di situ
Berdiri dan terus berdiri
Suatu ketika manusia terlupa dengan kehadiranmu
Dan suatu ketika juga manusia ingin melupai dirimu
Apa salahmu?apa dayamu?
Hanya kerana kau istimewa..
Istimewa yang bukan kaupinta
Istimewa yang kau tak daya menolaknya..
Namun kauterima dengan hati yang redha
Kerana apa?
Hanya kerana kau hambaNya
Hamba ciptaan Allah Yang Esa...
~Sekian utk sajak y terpilih pada hari ini.. jumpa lagi di masa2 y akan datang~
*B&N*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment