KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 9, 2011

Apa ada pada usia..

Assalamualaikum....

Hai readers!! Selamat pagi semua..

Dah berkurun rasanya aku tak intip belog aku ni, dah bersawang dah. bukan setakat labah-labah, lebah pun datang buat sarang kat sini. Tapi kalau lebah, ok jugak, boleh jugak rasa manisnya madu lebah, lagi bagus burung layang-layang. kalau layang-layang buat sarang, boleh buat sup untuk kesihatan... hekhekhek

Kecoh betul, padahal baru semalam post pasal Wordless Wednesday.. adeh~ Actually, entry semalam aku dah buat seminggu yang lepas, tunggu masa tuk publish jea..sebab aku tahu aku akan jarang online sebab komputer aku dah jahanam...berapa banyak sebab daaaa..so, aku buat entry wordless siap-siap.. =D

Ok... Perasan tak? cantik betul date hari ni kan.. 09.09.11

Setiap tahun kalau masuk jea bulan September, bertarikh 9 september, mesti tarikh tu cun kan?? apa ada di sebalik tarikh itu??

Alhamdulillah...9 september adalah tarikh kelahiran seorang bayi perempuan yang sangat comel oleh sepasang suami isteri yang berasal dari bachok, Kelantan. kelahiran bayi comel itu sangat menggembirakan hati pasangan tersebut kerana itulah kelahiran yang pertama dalam keluarga mereka dan kerana baby itu sangat comel dan sihat.

Bayi itu di jaga dengan penuh kasih sayang.. sehinggalah sekarang, membesar menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara... ceeeeewaaaaaahhhhhhh!!!! =D

Nak tahu sapa bayi itu???? hehehehe.. cuba teka.. Sapa yang sedang menaip entri ini?.. kalau dapat jawapan.. itulah jawapannya... ahaks!! Aku laaa nii...taraaaa -)

Terima kasih kepada yang maha Esa, kerana masih lagi memberi peluang untuk aku berusaha menjadi hamba yang solehah. Terima kasih kepada Ma dan Abah kerana menjaga aku dari kecil sehingga sekarang...Terima kasih tidak terhingga..

Semoga, dengan usia yang meningkat ini, menjadikan diriku semakin matang dalam menempuh setiap dugaan serta cabaran yang mendatang...

Harapan di masa hadapan, Aku inginkan kebahagiaan. Bahagia yang diredhai oleh ALLAH. semoga, dengan usia yang telah pun ditambah oleh ALLAH ini, aku dapat mengejar kebahagiaan itu..

Di pagi ini, aku menadah kedua-dua tangan ku.. memohon doa dari yang Esa, meminta pada yang Maha Kuasa..

Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam keimanan,
Angkatlah segala apa masalahku,
Permudahkanlah segala urusanku,
Bukakanlah seluas-luas pintu rezekiku,
Berikankan kepadaku istiqamah dalam setiap amalanku,
Berikan aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan yang Engkau berikan,
Golongkan aku dalam kumpulan hambaMU yang beroleh Jannah...

Amin....
Buat kawan-kawan yang memberikan ucapan beserta doa buatku dihari usiaku bertambah ini, terima kasih. Semoga ALLAH merahmati hidup kalian..

Papai!!!




No comments: