KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 27, 2011

Cara Sihat Makan Aiskrim

Assalamualaikum..Halo readers!!

Dengar jea orang menyebut nama AISKRIM, tentu korang boleh bayangkan? kesedapan menikmati aiskrim.. Belum lagi tengok pic Aiskrim.. SAH-sah meleleh..

Bagi insan-insan yang sedang berDIET macam aku ni, macam mana pulak? hah? macam aku?? >confius< Aiskrim menggemukkan!! Owhh.. tidakkk..euuuwww..

Jom ikuti cara yang betul untuk menjadikan makan aiskrim sebagai aktiviti yang sihat!

1) Suap perlahan-lahan

- Jangan terlalu gelojoh. Nampak sangat buruk bebenor gayenya. Aiskrim ni merupakan makanan yang sejuk, maka apabila ia mengenai lelangit anda, akan berlaku sedikit kejutan disitu. Saraf yang ada pada mulut akan terus berhubung dengan saraf di bahagian kepala. Bila saraf ini terganggu ketika anda makan aiskrim terlalu cepat, kemungkinan mendapat sakit kepala adalah tinggi risikonya.

2) Satu Skop Sahaja

- Ikutkan hati, satu skop memang laa tak cukup oiii... kalau boleh ni haaa.. 4 skop sekali bedal.. No..no..no..ingat..jangan sampai terlebih kalori OK. Teliti terlebih dahulu perisa aiskrim yang anda inginkan. Pilih kandungan yang menyihatkan, kalau tersilap pilih, kalori dalam badan akan berlebihan.

3) Bekas aiskrim

- Untuk diet seimbang, LUPAKAN aiskrim yang dimakan dengan waffle, biskut, kon wafer, roti ataupun madu. Walaupun rasanya memang mengiurkan, tapi kesannya sangat memudaratkan =D. sebolehnya, pilihlah bekas yang diperbuat daripada gelas mahupun cawan.

4) Perisa Tambahan

- Semua perisa tambahan seperti marshmallow, jeli, aneka cairan coklat, kekacang, strawberi, caramel dan whip cream yang ditabur di atas aiskrim sememangnya melazatkan lagi kesedapan aiskrim itu. TETAPI, kandungan kalori di dalamnya adalah tinggi kecuali jika diletakkan pelbagai jenis potongan buah-buahan segar.

5) Minum Air Putih

- Aiskrim juga mempunyai unsur karbohidrat yang tinggi. Sebaik sahaja selesai menikmati aiskrim, anda disarankan untuk memperbanyakkan minum air kosong dan juga menggosok gigi (takut mengundang kerosakan pada gigi).

-Untuk kesihatan yang terbaik, minumlah TEA MIX dari HERBALIFE yang mampu membakar kalori yang ada dalam badan anda. CUBALAH! Aku dah cuba, korang? bila lagi.. (tetiba teriklan disini)

Sumber: DARA.com edisi 113

Papai!!




Wednesday, October 26, 2011

NinaAz Tiramisu Cake

Assalamualaikum..halo readers!!!

Dah lama aku peram perasaan sampai jadi pekasam nak buat Tiramisu ni.. Tapi tak jadi-jadi jugak.. Asal aku masuk Mall jea, benda yang aku nak tak de, asal aku masuk mall jea, biskut yang aku cari tak de...

Tapi kali ni aku nekad, ade kea, tak ade kea, aku nak buat jugak kek ni..

Tiramisu ni femes kat Italy, Asal usulnya dari Italy. TIRAMISU = 'Pick Me Up' . Aku kenal tiramisu ni melalui sebuah novel yang aku baca dulu. Novel apa ntah. LUPA. Suka benar watak perempuan dalam novel tu makan tiramisu.

Aku yang tak tahu pekebenda tiramisu masa tu, pergi la cari kat kedai pastry, baru laa tahu rupa tiramisu ni macam mana... rasa dia macam mana..SODAP rupanya.. =D, harga pun.. BOLEH TAHAN.

Asalnya, Tiramisu ni diperbuat daripada LADYFINGERs (sejenis biskut) dan layer paling atas di tabur dengan serbuk koko. Tak de pulak aku jumpa kat pacific KBMall semalam biskut tu. So, nak tak nak, aku ambik jea laa biskut marie perisa kopi..muahahhaha... layer atas plak aku tabur biskut oreo.. Adeh~ Belasah jea la..

Jadi tak jadi, belakang kira.. Hantam saja. Yang penting, BARANG ada.. baikkkkk punya! AHAKS!!~ Nak buat kek ni mesti ada feel.. dengar lagu Kisah Dongeng.. COnfirm best kek ni =D (terbayang-bayang muka 'botak' vs 'Elysa' )

NINAAZ TIRAMISU CAKE

Bahan-bahan:
Seketul cream cheese (aku guna philadelphia, Terbaik~)
Susu pekat manis
Biskut marie cap munchys
Nescafe
Susu segar
Biskut Oreo
Nestum
Coklat cip

Cara-caranya:

1) Putar Cheese sehingga gebu, Masukkan susu pekat manis secukup rasa (aku letak tak sampai satu tin pun, tu pun Abah aku cakap manis, bagi aku ok jea.. hekhek =D ), putar lagi..

2) Panaskan satu gelas susu + satu sudu kecil nescafe (sekadar nak bagi panas jea, tak payah sampai menggelegak)

3) Ambik bekas, lapik dengan plastik (plastik ni jea ade kat rumah, adeh! tak profesional betul, hahahha... Alang2 korang pergi kedai, beli laa aluminum foil yea, baru nampak pro) - Taburkan nestum

4) Masukkan Cream cheese yang diputar tadi

5) Celupkan biskut dalam susu yang telah dipanaskan tadi dan susun dalam bekas (susun mengikut citarasa anda =D )

6) Sapu Cream cheese, tabur nestum dan susun lagi biskut sampai selesai

7) Lapisan yang paling atas mestilah lapisan cream cheese.. Masukkan ke dalam peti sejuk, lebih kurang 4jam

8) Hias mengikut citarasa anda (aku tabur biskut oreo yang telah pun dikeluarkan cream dan juga coklat cip)

9) Apa lagi..Makan.. (mesti disimpan dalam peti sejuk, nak makan baru dikeluarkan..hehe)

Tiramisu kea macam ni??? AH! Lantak.. janji sedap! (ceh, perasan~)

Dalam masa 30 saat... Separuh hilang!!..~ Nampok bebenor sedapnyer =D

SELAMAT MENCUBA!!

Papai!!


Saturday, October 22, 2011

Sebab kenapa lelaki perlu memilih CIKGU sebagai isteri

Assalamualaikum..Halloooo & Hai readers!

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaj menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

USMAN AWANG -1979

Sajak yang berkisarkan seorang Guru @ CIKGU oleh Sasterawan Negara ni memang terbaik (gerak2 ibu jari gaya boboiboy) . . . Aku yang menaip pun boleh tersentuh, lagi-lagi bila ada orang yang mendeklamasikannya.. confirm meleleh..huwaahuwaa..

Ok.. entry kali ni bukan pasal hari guru, bukan juga pasal tugas-tugas guru di sekolah, tapi berkisarkan kenapa seorang lelaki perlu memilih cikgu sebagai isteri...Ngeh3

1. Hidup berjadual

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tak ada jadual.. tapi kalau nak dibandingkan dengan cikgu ni, jadualnya setiap hari sudah ditetapkan. Sekolah mana yang dia kena ngajar pun dah ditetapkan, tak boleh suka-suka nak pilih mana yang berkenan melainkan ada alasan dan sebab musabab. Biasanya sebab berjauhan dengan suami, jadi, dia diberi pilihan, tu pun kena apply, tu pun belum tentu dapat..muahahaha =D

Cikgu ni biasanya benda yang dia buat dalam sehari sama saja. kalau cikgu yang mengajar sesi pagi, sah-sahla dia kena bangun pagi-pagi buta. secara automatiknya, dialah jam loceng untuk suaminya..

5.00 pagi : bangun pagi, masak air, buat sarapan
5:50 pagi : Persiapan diri
6.20 pagi : Bersiap dan terus ke tempat kerja
7.10 pagi : Berada di sekolah
2.oo ptg : Balik rumah dan meneruskan tugas sebagai seorang suri rumah separuh masa

Senang kan? jadi kalau yang dah berkahwin, isteri akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (InsyaAllah)

2.Dedikasi, komited dan penuh komitmen

Seorang guru, hidupnya hanya berkisarkan sekolah, anak-anak didik yang tersayang, buku-buku mata pelajaran, orang atasan dan bilik percetakan. Biasanya ibu bapa yang menghantar anak muridnya ke sekolah mengharapkan 100% cikgu memberikan didikan yang sempurna sampai anaknya berjaya..adeiii~ Bila anaknya fail! cikgu jugakla yang dipersalahkan.. Ajar tak betul laa, ajaran sesat laa, tak masuk kelas la.. homework tak bagi laa.blaa..bla..blaa.. Damn! Sabar2.. semua nak salahkan cikgu.. yea laa, tak kan nak salahkan mak cik cleaner pulak, tak kan nak salahkan doktor kotttttttt...... so, cikgu mestilah memberi komitmen dalam setiap hal

Maka, cikgu kena bagi lebih perhatian pada murid2 supaya mereka dapat menerima apa yang ingin disampaikan dan yang paling penting, duit yang masuk hujung bulan itu HALAL.. tapi jangan sampai jatuh cinta dengan anak murid pulak, itu jadi kes lain ler jawabnya.. muahaha =D

konsep yang sama, jika suami dan anak-anak terabai di rumah, siapa yang salah? kalau di sekolah seorang cikgu boleh komited, maka di rumah isteri perlu komited memastikan suami gembira, makan minum terjaga, tidur malam lena, anak-anak tak kebulur.. rumah tangga pun bahagia.. sampaikan suami langsung tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. OPSS!! tapi kalau isteri dah giler baik macam ni, dan ada jugak suami yang nak tambah cawangan, macam mana ek?? Grrrrrrrrr....

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran

Nak bagi markah, ada skema jawapan, bukan ikut pandai jea. Nak ke tempat kerja, ada etika pakaian, bukan ikut suka hati jea nak pakai jeans ke hape. Nak tanda kertas, ada garis panduan, bukan main tanda jea.. Tak datang sekolah kena ada alasan kukuh, bukan main cabut saja. Walhal, nak kutip yuran persekolahan pun mesti ada surat kuasa you! bukan main pungut macam ceti haram jea..

Agak-agak, bila masa boleh menipu yea?

Nak berpelesaran? jauh sekali. silap haribulan kena tangkap buang kerja! kang tak pasal2 terpampang di dada akhbar.. seorang penjawat awam...seorang guru dijatuhi..bla..bla..blaa...

serius takut + tak mawww.. gila kottt...

Hidup dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi..

Tak sempat den nak menipu...

4. Banyak cuti sekolah, kerja cuma separuh hari

haaa...yang ni terbaik~ semua orang mesti suka kalau cuti kan..

Kerja pun dah separuh hari, ada masa untuk sama-sama keluarga. Anak cuti sekolah, mak pun cuti sekolah, tak payah pening-pening kepala pikir nak pergi hantar nursery.. tak payah duk risau-risau anak ok ke tak, makan kea belum.. suami pun happy, isteri 24jam di rumah.

5. Penampilan

Bab-bab penampilan ni.. para lelaki jangan risau.. kebanyakan cikgu biasanya mempunyai penampilan yang sedap mata memandang. yea laaa... tak kan selekeh kot... berapa banyak pasang mata tu yang nak jumpa.. satu kelas dah 40 orang, kalau sehari ada 4 kelas??

Masuk kelas pulak, tak kea melambung kena puji dengan anak murid... aiyo..ari ni haa..cikgu banyak lengloi maaaa... -> cikgu pun pengsan teross...muaahahahaha...

Masuk kelas lain pulak.. hari ni haa..cikgu haa..banyak cantik woo...kasut cikgu haa..banyak kilat woo... -> adoii..cikgu hidung besar terus..

Budak-budak ni biasanya jujur, bila ada silap sikit pun diorang boleh cakap.. lagi-lagi bab penampilan..bab mengajar tak yah cakap laaa..biasala..budak-budak katakan...

Tu jea laa kot yang aku dapat info.. terima kasih kerana sudi bangun awal untuk baca entry ni.. (giler perasan)

So, lelaki diluar sana.. apa tunggu lagi...serbu sekolah sekarang..cari cikgu-cikgu yang bujang, yang dah berlaki jangan pulak gatal2 nak ayat yea...huuuuuuuuuuuuuuuuuu... (aku pun bujang hape? OPS!)


Papai!!




Thursday, October 13, 2011

Dua musim sudah berlalu...

Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu.

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan.

Juga jangan sentiasa dingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini.

Sebaliknya, carilah "resepi" yang menghasilkan dahulu dan dengan itu kita ciptakan kegembiraan yang baru pada HARI INI!!..

5 tahun aku kenal dia sebagai seorang hamba Allah yang cukup istimewa dimata kasar dan juga mata hatiku =) Walaupun dulu tidak seakrab sekarang, tapi aku cukup gembira dapat menjadi sahabat di alam mayanya dahulu.. Friendster, YM.. apa lagi yea..erm, tu jea lah kot yang femes masa tu..

Percaya atau tidak, aku menerima hakikat dan aku tidak meragui lagi yang sememangnya dia ikhlas. Keikhlasan memilih Tuhan yang sebenarnya dari Tuhan yng palsu. Ikhlas dalam memurnikan pandangan seorang mukmin hingga dapat membezakan mana Tuhan yang sebenarnya dan mana Tuhan yang palsu. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doaku..

Yaa..benar.. Aku ni tidak sempurna, aku ni bukannya alim ulamak, walaupun ilmu aku ni cetek, dan walaupun aku tahu besar tanggungjawab ku.. entahlah, aku pun tak tahu kenapa dia yang aku pilih...

Tanakwaguku.. Selamat Ulangtahun ke-2. Whatever it is.. muhang oku dika digulu, baino om sogigisom. Same goes to you.. I know it.. Pounsikou =)

Melangkah ke tahun 2012.,, dengan harapan, akan terbinanya mahligai indah dan masjid yang kukuh untuk kami berdua.. Doakan kami.. InsyaAllah..

Terima kasih kepada semua yang memahami dan kepada semua yang menyokong kami..

Ma, Abah.. Terima kasih kerana merestui kami dan mendoakan yang terbaik buat kami..

Ku pohon restu darimu - Gapa, Gama...

With Love, NinaAz

Papai!!





Monday, October 10, 2011

Konvo Oh Konvo!

Assalamualaikum!! Hai readers!! hAlllllOOOOoooooooo.......

Baru jea semalam pot pet pot pet merungut pasal tak de sumber internet, hari ni dapat lagi aku berbelog, menaip merapu ntah hape2.. TQ Cik Fatimah sebab sudi menghulurkan Laptop yang comel ni untuk aku membuang masaku yang terluang ini.. hekhek..

Syok giler drive pagi-pagi buta, lagi-lagi bila berteman, OPS!! Sama jantina OK,, Housemate aku jea pun.. Pecut 110km/j dari Bukit beruntung dalam jam 1:30 pagi, tepat jam 2:20pagi dah sampai depan rumah di Hulu Langat..

Pergh!! sebelum ni dah 4 bulan aku ulang alik Hulu Langat-Bukit Beruntung,Paling awal pun sejam setengah baru sampai..tu paling awal laaa..kalau jem kreng, maw 2 jam.. Serius! jalan lengang giler.. lain kali boleh laa balik lewat pagi.. tak dea la stress besar kecik besar kecik..hahhaha.. Tapi kalau tak de teman, Jangan harap la kot.. baik aku bertapa kat CC sampai pagi.

Pernah tak korang bengang bila tengok gambar sendiri? hahaha.. Aku selalu jea bengang bila tengok gambar sendiri. sikit jea lagi nak bengap, lagi lama boleh jadi bengong.. 3B la katakan. Tapi kali ni serius aku memang bengang giler +++..

Mana tak bengangnya, bayar mahal tapi kualiti macam hampeh! OPSS!!! Tahun lepas memang puas hati, tapi tahun ni.. agak kureng!!

Bila tengok gambar ni, aku macam nak lempar jea benda alah yang aku pegang tu.. hadoiiiyaaaaa.... Nampak sangat pendeknya aku ni (terimalah hakikat ini)...wawawawa... tenggelam dek bunga dan bear.. bear tu lagi menonjol dari aku..Ohhh!!! Katakan Tidaaaakkkkk... Aku tak percaya...Aku tak percaya..lalalalaa...

Gambar ni pun macam pelik... ce tengok kiri tu.. Asal laaa macam tak center pic ni.. terlebih laaa pulak sebelah kirinya tu.. haddooiiyyaaaaii... baru nak belajar snap kea apa?? Dush!Dush!Dush!!

Dalam banyak-banyak pic,Walaupun hanya tiga, kira banyak juga la kan.. yang ni laa puas hati sikit.. nampak laa ceria.. gambar pun nampak center.. dengan kehenseman jejaka-jejaka yang ada.. pic ini menyerlah kecantikannya.. AHAKS!!

Yeay! Baru rasa macam betul2 dia dah konvo, sebab dah ada pic konvo, dah berkulat kat kedai gambar, semalam baru berkesempatan untuk pergi ambik..

Tahniah yea! You dah ada IJAZAH.. SUKA2!!!

Papai!!




Langadon Oku dika Belogku... Muaahahahaaa!!!

Assalamualaikum..halooo and haii my lovely readers!!!

Rindu berbelogging... Lamo bebenor doh rasenya aku tak klik new post.. tak pe lah yea.. kali ni aku nak pelihara sarang lebah2 banyak sikit.. biar bersarang beranak pinak dalan belog aku ni...

Susahnya bila laptop dah jahanam, monitor ade tapi terbungkam dalam kotak bawah meja, CPU pulak cantik dibuat hiasan dalam bilik belakang pintu..berukbeng pulak setia di tepi TV cuti tanpa gaji...huwaaa...hadeh! nasib Cyber cafe masih wujud lagi kat Malaysia ni..

hekhekhek... Waiting for something... tik..tok.. sabor jea lah yea.. bila dah dapat, aku nak lompat setinggi2 yang dapat.. yuuuuhhhhuuuu~

ok bye! sekian saja laporan untuk hari ni




Saturday, September 17, 2011

Terima Kasih dan POUNSIKOU!!

Assalamualaikum.. hai readers!!!!

Dalam hati ada taman
Taman berbunga dari semalam
kembang mekar menghiasi taman
Aku gembira tidak tertawan....

Tidak di sangka rezeki semalam
rezeki tergolek kata orang
sengih aku sampai demam
Mana tak nya, special gift dari seseorang!!!!

Terima kasih aku ucapkan
dapat jugak merasa bergaya sakan
KLCC menjadi saksi kejadian
terlompat-lompat macam tikus terkena renjatan

Walaupun sudah seminggu tarikh kelahiran
tak pe.tak pe..tak de gift pun aku tak heran
tapi kalau ade boleh laa kan..
tetiba terasa macam mata duitan..hahahaha

Maaf laaa kalau terover sakan
tak pasal-pasal di cop pisau cukur pulak kan
aku sekadar pisau buah-buahan
ahaks! mana2 pisau pun boleh laa kan????

Terima kasih sekali lagi
kalau boleh, tahun depan nak mintak LV
Sila bersedia, kumpul yen dari hari ni
harap-harap ada rezeki lagi..hekhekhek (gelak jahat)

at Menara Condong Teluk Intan with Sawo Kalangadanku



Friday, September 9, 2011

Apa ada pada usia..

Assalamualaikum....

Hai readers!! Selamat pagi semua..

Dah berkurun rasanya aku tak intip belog aku ni, dah bersawang dah. bukan setakat labah-labah, lebah pun datang buat sarang kat sini. Tapi kalau lebah, ok jugak, boleh jugak rasa manisnya madu lebah, lagi bagus burung layang-layang. kalau layang-layang buat sarang, boleh buat sup untuk kesihatan... hekhekhek

Kecoh betul, padahal baru semalam post pasal Wordless Wednesday.. adeh~ Actually, entry semalam aku dah buat seminggu yang lepas, tunggu masa tuk publish jea..sebab aku tahu aku akan jarang online sebab komputer aku dah jahanam...berapa banyak sebab daaaa..so, aku buat entry wordless siap-siap.. =D

Ok... Perasan tak? cantik betul date hari ni kan.. 09.09.11

Setiap tahun kalau masuk jea bulan September, bertarikh 9 september, mesti tarikh tu cun kan?? apa ada di sebalik tarikh itu??

Alhamdulillah...9 september adalah tarikh kelahiran seorang bayi perempuan yang sangat comel oleh sepasang suami isteri yang berasal dari bachok, Kelantan. kelahiran bayi comel itu sangat menggembirakan hati pasangan tersebut kerana itulah kelahiran yang pertama dalam keluarga mereka dan kerana baby itu sangat comel dan sihat.

Bayi itu di jaga dengan penuh kasih sayang.. sehinggalah sekarang, membesar menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara... ceeeeewaaaaaahhhhhhh!!!! =D

Nak tahu sapa bayi itu???? hehehehe.. cuba teka.. Sapa yang sedang menaip entri ini?.. kalau dapat jawapan.. itulah jawapannya... ahaks!! Aku laaa nii...taraaaa -)

Terima kasih kepada yang maha Esa, kerana masih lagi memberi peluang untuk aku berusaha menjadi hamba yang solehah. Terima kasih kepada Ma dan Abah kerana menjaga aku dari kecil sehingga sekarang...Terima kasih tidak terhingga..

Semoga, dengan usia yang meningkat ini, menjadikan diriku semakin matang dalam menempuh setiap dugaan serta cabaran yang mendatang...

Harapan di masa hadapan, Aku inginkan kebahagiaan. Bahagia yang diredhai oleh ALLAH. semoga, dengan usia yang telah pun ditambah oleh ALLAH ini, aku dapat mengejar kebahagiaan itu..

Di pagi ini, aku menadah kedua-dua tangan ku.. memohon doa dari yang Esa, meminta pada yang Maha Kuasa..

Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam keimanan,
Angkatlah segala apa masalahku,
Permudahkanlah segala urusanku,
Bukakanlah seluas-luas pintu rezekiku,
Berikankan kepadaku istiqamah dalam setiap amalanku,
Berikan aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan yang Engkau berikan,
Golongkan aku dalam kumpulan hambaMU yang beroleh Jannah...

Amin....
Buat kawan-kawan yang memberikan ucapan beserta doa buatku dihari usiaku bertambah ini, terima kasih. Semoga ALLAH merahmati hidup kalian..

Papai!!!




Saturday, September 3, 2011

Wedding Ceremony ~ ila & Amir~

Assalamualaikum.. Salam 5 Syawal!!!!

hai readers! Dah lama rasanya aku tak buat entri pasal kawin-kawin ni kan?..

Pertama sekali, aku nak minta maaf banyak-banyak kat kawan-kawan aku yang telah pun selamat diijabkabulkan. maaf sebab aku tak dapat menghadirkan diri. kekangan masa yang menyebabkan hal sedemikian berlaku.. maaf yea kawan-kawan.. jangan pulak merajuk sampai turn aku korang tak nak datang yea..hekhekhek (gelak nakal)

Mak aiiiii.... Hari ni aku tak berapa sehat. kesakitan perut yang melampau. Sakit tak de la sampai terguling-guling macam tenggiling, tapi agak penat jugaklah aku ulang alik ke tandas. Sampai terhidrasi. kekurangan air yang boleh menyebabkan kulit aku yang gebu ni menjadi kering kontang... Ahaks! Elok sangatla kalau time-time raya macam ni, pil chikitteaaun(entah betul kea aku eja) sentiasa ada sebagai stok!

Kalau dah macam-macam masuk dalam perut, bercampur aduk tak tentu hala, kesannya sangat membahagiakan.. betul tak? =D

Alhamdulillah.. hari ni, sempurna sudah majlis perkahwinan sedaraku. Seronok,seronok,seronok! seharian aku di rumahnya, tolong apa yang patut, sambil-sambil berposing sakan. Jarang dapat peluang berlama-lama di majlis perkahwinan.

Yea la, kalau setakat rumah kawan tu, tak pasal-pasal jadi tukang sibuk pulak, orang tengok pun tak senang..bila laa budak ni nak balik..hahahaha.. kalau rumah sedara sendiri tak pea. nak tunggang terbalik kea, hape kea.. line clear... Aku tak kesah hape pun~ kalau diorang nak kesah, ada aku kesah? hahahahaha (gelak jahat)

Dari baju warna ungu, warna merah, warna pink, aku jadik tukang photo yang tak bertauliah dan tak ditempah khas dengan hanya menggunakan kamera capuk sahaja. Time pengantin potong kek aku tak sempat nak snap. masa tu aku balik rumah serbu tandas. perut dah tak boleh tahan.. kacau betul!

Memandangkan dah tengah malam buta ni, mata pun dah ngantuk, otak pun dah blur, bagus aku bagi korang review gambar-gambar yang ada ni, segar sikit kan...

Debaran seorang pengantin yang sedang menanti pengantin lelakinya =D

Pelamin yang indah permai lagi mengasyikkan

Hiasan dalaman bilik pengantin~ Hijau itu harmoni

Barang-barang hantaran dari pihak perempuan

Makanan untuk makan beradap. Santapan yang cukup menyelerakan
Sebelum rombongan lelaki sampai, bagus bergambar dulu.. lepas ni, mekap pun dah cair, bulu mata pun tertanggal, gigi pelesu pun mungkin akan tercabut.. Gegar!!!!! =D

baby Zahirah... Anak kakak pengantin.. comel budak ni, dengan semua orang dia layan., tak macam setengah baby tu, kalau bertukar tangan, confirm melalak..uwaaa...uwaaa..

My Cousin, kalau cakap pakwe pun boleh gak ni. walaupun umur beza 6 tahun muda dari aku. Biasalah, aku kan awet muda..haiiiikkkk~

Ini kebulur kea apa ni?

With my younger Sister.. Esok aku ke KL dia ke Perak... hukhukhuk

Baru siap mekap terus snap. Cun betul sedara aku ni..

My MOM!! mama layan stail Dato' CT.. lawa kan tudung tu..aku yang beli.. yes!


Kumpulan boria dari Sri Permai

With hajar

With Rosniza~ Geng sekolah rendah =P - Alamak, selipar jepun tu..kacau betol
Cuba teka ni sape? Alone~ kasiaaannnn ni sumandak, tak dea teman!

Rombongan lelaki sudah sampai. Tiada dalam aturcara yang aku kena pegang payung masa pengantin jalan naik ke rumah.. hehe., orang cakap, kalau dah iring pengantin pegang payung tu.. dah tak lama dah tuuu..hurm..apa yang tak lama?? aku pun tak tahu! hahaha

Majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh Ayahandaku

Makan beradap/beradat? entah, aku pun tak tahu

Raja sehari~
Alamak! macam hero hindustan laa pulaaaakk..,


Kenangan bersama pengantin =)

Aku suka dress yang warna merah hitam... cun sesangat... pengantin lelaki pun tak kurang segaknya dengan suit uniform PDRM... Tabik springggg =)

Ok lah kengkawan.. Esok aku dah nak pulang ke KL yang tak best tu... dalam jam 8pg aku bertolak. Dengar-dengar, hari ni ada yang bertolak ke KL lepas subuh, sampai sana jam 8mlm. Aku pulak bertolak esok jam 8pg entah jam berapa sampai. Yang penting!! Selamat sampai!! doakan aku yea kengkawan..

Tahniah buat Ila dan Suami. SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA DIBERKATI YANG MAHA ESA... AMIN~

p/s: mood kerja masih lagi 0%

Papai!!