KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 29, 2009

Tabahkanlah Hati insan yang Kerdil ini....


Islam tidak menafikan perasaan cinta..
krn ia adalah satu perasaan y fitrah
dalam kehidupan manusia..
hidup seorang manusia..
sentiasa diliputi dgn cinta dan kasih syg..

Islam mengakui..
adanya rasa cinta y ad dlm diri manusia
ketika seseorg memiliki rasa cinta,
maka hal itu adalah anugerah Allah SWT:

Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik. (ali-'Imran: 14).

Namun...
Islam sbg al-Din memberi panduan lengkap
bagi setiap lapangn idup
termasuklah..
dalam bab bercinta..
cinta itu harus diatur dgn sebaik-baiknya..
agar..
tidak salah dan tersasar dr penerapannya y sebenar
rasa cinta sebenarnya...
wajar dipendam dlm hati..
dan kelak..
baru diungkapkan setelah menjadi pasangan suami isteri y sah
menurut ajaran Islam..
sebelum berlakunya akad nikah,
Islam tidak membenarkan seorg wanita bercanda dgn lelaki
yang bukan mahramnya..
untuk mengungkapkan perasaan cinta
baik secara langsung
mahupun melalui komunikasi
ini kerana..
pada hakikatnya..
ia bukan sebuah cinta..
melainkan nafsu syahwat dan tarikan
sepintas lalu sahaja...
sedangkan diluar dari ruang pernikahan..
Islam tidak pernah membenarkan semua itu..
firman Allah yang bermaksud...

Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. (al-Israk: 32).

prinsip asas dlm adab bercinta dlm Islam ialah..
berpasakkan keredhaan Allah
mematuhi segala suruhanNya
dan..
tidak boleh mengikuti kehendak makhlukNya..
sehingga mengingkari perintah atau laranganNya...

PERTAMA...
seseorg y benar-benar ingin mengamalkan Islam dlm dirinya..
perlu membetulkan niat apabila bercinta..
bercinta krn Allah SWT
dgn tujuan menghalalkan perhubungan itu..
daripada segenap sudut...
melalui perkahwinan y sah..

Menjalin hubungan cinta
anatara lelaki dan perempuan yang BUKAN ISLAM
tidak dibenarkan (HARAM)

kerana...
lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada manfaat...
seseorg muslim atau muslimah
perlu berhati2 dlm persoalan hati
apatah lagi apabila jalinan perasaan tersebut..
melibatkan seorang yang berlainan agama...
sebabnya...
seseorg Muslim hny dbenarkan bekahwin dgn muslim sahaja...
jika
salah seorg drpd pasangan bkn Islam tidak memeluk Islam..
hukumannya...
mereka mestilah berpisah..
dan tidak boleh mengikat tali perkahwinan...

ini kerana...
seorg hamba perempuan y beriman itu..
adalah lebih baik drpd seorg wanita musyrik..
sekalipun kamu tertarik padanya..
dan...
sesungguhnya..
seorg lelaki beriman itu..
adalah lebih baik drpd lelaki musyrik
sekalipun kamu tertarik padanya..
larangan ini berdasarkan
firman Allah SWT dlm surah al-Baqarah ayat 221 y bermaksud:

Dan janganlah kamu mengahwini wanita-wanita musyrik sehingga mereka beriman (memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu adalah lebih baik daripada seorang wanita musyrik sekalipun kamu tertarik kepadanya. Dan janganlah kamu mengahwini lelaki musyrik sehingga dia beriman (memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman itu adalah lebih baik daripada seorang lelaki musyrik sekalipun kamu tertarik kepadanya. Sesungguhnya mereka itu menyeru kepada neraka. Manakala Allah menyeru kepada syurga dan keampunan dengan izin-Nya.

Selain ayat al-Quran di atas..
trdpt hadis2 y menyatakn bahawa..
baginda SAW tlh mberi peringtan y sgt keras..
dlm hadis baginda mengenai azab
y disediakn Allah kpd hambanya
krn menyentuh wanita y bkn mahramnya..
(tanpa ikatan perkahwinan y sah)
sabda Nabi y bermaksud:

"Lebih baik ditembusi dengan jarum dari besi yang panas dari dubur sampai kepalanya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya". (riwayat Imam al-Tabrani dalam Mu'jam al-Kabir)

Sesungguhnya...
besarlah dugaan bg umat2 Islam..
yang jatuh cinta pada lelaki/perempuan y bukan Islam....


[Ya Allah...
Berikan aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi DugaanMu ini..Sesungguhnya.. ak hanyalah insan yang lemah....]

3 comments:

Anonymous said...

Kita x pernah diuji dengan ujian yg melebihi takat kemampuan kita..I-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Anonymous said...

suruhlah dia cintakan Allah dahulu... sukar nanti jika cintanya hanya pada diri kita dan bukannya pada Allah...

NinaAz said...

I-Allah. harap2 semuanya berjalan dgn lancar.. amin..~