KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 26, 2010

First Day....

Kehidupan yang baru..
bermula pada hari ini...(^_^)
Kini aku bukan lagi penganggur yang sedap2 duk goyang kaki..
heheheh...
aku kini adalah salah satu daripada staff MYDIN MOHAMED HOLDING BHD..,
iaitu satu nama yang tidak asing lagi di Negara kita..
aku ditempatkan di cawangan Kubang Kerian dan cawangan ini adalah merupakan cawangan yang terbesar di Kelantan
iaitu MYDIN HYPER..
Langkah pertama...
hmmm..bukan senang nak jadi warga Mydin ni rupanya,.,,
Bukan 1st day masuk kerja,..terus kerja..
1st day kat Mydin..aku mesti mengikuti set induksi..seharian aku dalam bilik kuliah..
aku juga dibawa utk melihat setiap department yang ada dalam pasaraya tersebut..
hmm..agak menyeronokkan..
apatah lagi dapat berjumpa dengan orang atasan dan diberi sedikit kata2 semangat oleh beliau..
aku menyukai suasana kerja seperti ini..
dapat bergaul dengan ramai orang..kerana dalam satu Mydin ni terdapat banyak bahagian...
aku juga suka suasana kerja sebegini kerana dapat berdepan dengan bermacam2 ragam manusia yang dinamakan sebagai pelanggan..
jawatan yang diberikan padaku adalah sebagai seorang CASHIER..Fuh~..satu tanggujawab yang amat berat,,..
Mydin amat menitikberatkan aspek AMANAH & JUJUR...
hmm..apa yang pasti..
aku akan cuba buat yang terbaik..
dan memberikan komitment yang terrrbaik...
Alhamdulillah..terima kasih TUHAN..kerana memberiku peluang untuk mencari pengalaman bekerja..
dan terima kasih MYDIN ..kerana sudi memberikanku pengalaman yang cukup berharga ini...
semoga.. langkah yang seterusnya..
akan memberikan banyak lagi pengalaman yang dapat mematangkan fikiranku..
TUHAN memberkati selalu...


~Danish&Nina~

3 comments: